lightning-solid
Berita :

Artikel "Sidang DUN" Terkini

Terengganu Teroka Sumber Baharu Hadapi Sekatan Royalti
Terengganu Teroka Sumber Baharu Hadapi Sekatan Royalti
Kerajaan Negeri telah mengatur langkah bagi menghadapi sekatan royalti petroleum dengan mengukuhkan kewangan negeri melalui pengawalan perbelanjaan, mengoptimumkan perolehan hasil sumber sedia ada serta mengeksplorasi dan mengeksploitasi sumber baharu.
30 Jul 24
135
Royalti Hak Rakyat Terengganu Berdasar Akta Kemajuan Petroleum 1974
Royalti Hak Rakyat Terengganu Berdasar Akta Kemajuan Petroleum 1974
Kerajaan Terengganu bertegas untuk terus menuntut royalti petroleum hak rakyat dan negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.
30 Jul 24
144
Kaedah Bayaran Royalti Pelik Bebankan Kerajaan, Penjawat Awam
Kaedah Bayaran Royalti Pelik Bebankan Kerajaan, Penjawat Awam
Kerajaan Terengganu menyifatkan kaedah baharu pembayaran royalti petroleum yang ada ketika ini sebagai pelik, menyusahkan negeri dan membebankan penjawat awam di Putrajaya. 
29 Apr 24
3567
ADUN Ladang Saran Kerajaan Laksana Pelan Kontingensi Banjir
ADUN Ladang Saran Kerajaan Laksana Pelan Kontingensi Banjir
KUALA TERENGGANU, 29 April - Kerajaan Terengganu perlu menyediakan Rancangan Sokongan (Backup Plan) sebelum Pelan Kontingensi Banjir dilaksanakan di daerah ini, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang bagi mengatasi masalah banjir kilat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor mencadangkan agar agensi-agensi dan pihak-pihak yang berkaitan mengadakan rancangan sokongan itu bagi membantu mengurangkan kesulitan rakyat ketika menghadapi bencana tersebut. Ini kerana katanya Pelan Mitigasi Banjir (Flood Mitigation Plan) bertujuan mengatasi masalah  banjir kilat di kawasan tersebut bagaimanapun  pelan itu masih dalam perancangan pelaksanaan kerajaan. "Seperti mana yang kita tahu dalam Rancangan Tempatan Daerah Kuala Terengganu 2030 dan 2035 (Pengubahan 1) sudah ada perancangan mitigasi banjir bagi menangani banjir kilat sekitar Kuala Terengganu. "Tetapi memandangkan pelan ini masih dalam perancangan dan tempoh masa pelaksanaan pelan tersebut yang agak lama, kita seharusnya mengambil satu langkah proaktif dengan menyediakan rancangan sokongan atau ‘backup plan’ yang mampu mengurangkan beban kepada rakyat yang terpaksa menghadapi banjir kilat ini hampir saban tahun," katanya ketika membahas Usul Menjujung Kasih Titah Ucapan Diraja di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di sini baru-baru ini. Beliau berkata bencana banjir kilat berlaku di DUN Ladang sebelum ini berlaku sebanyak dua kali dalam tempoh masa terlalu hampir iaitu pada penghujung tahun lepas dan awal tahun ini. "Jumlah taburan hujan yang agak tinggi telah menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan perumahan sekitar Jalan Sultan Omar dan Jalan Kamaruddin. "Bencana banjir kilat ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakyat tetapi juga melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada semua pihak, rakyat dan juga kerajaan," ujarnya. Untuk rekod, kira-kira lebih 450 keluarga terlibat dengan bencana banjir itu termasuk mereka yang tinggal berdekatan dengan perparitan menghala ke arah Sungai Ibai.
29 Apr 24
201
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
Terengganu Mahu Buka Industri Hidrogen Hijau Bernilai RM1.75 Bilion
Terengganu berhasrat untuk mula membuka Industri Hidrogen Hijau pada tahun ini dengan jangkaan Pelaburan Langsung Asing (FDI) bernilai RM1.75 bilion.
28 Apr 24
112
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Terima 270 Pelatih
Pusat Pemulihan Dadah Holistik Terima 270 Pelatih
 Pusat pemulihan dadah secara holistik di Perkampungan Darul Barakah (PDB), Marang telah menerima kemasukan pelatih seramai 270 pelatih mengikut fasa pengambilan bermula Jun 2021 sehingga sekarang.
28 Apr 24
246
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
PITIH Akan Jadikan Terengganu Hab Pelaburan Hijau
Kerajaan negeri merangka Pelan Induk Teknologi Hijau (PITIH) Negeri Terengganu 2024-2030 yang akan menjadikan Terengganu sebagai hab pelaburan hijau.
28 Apr 24
141
Penubuhan JPKKP Persenda Rakyat
Penubuhan JPKKP Persenda Rakyat
 Idea-idea yang dikeluarkan oleh wakil Kerajaan Persekutuan hari ini mengenai penubuhan jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) telah menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk serta dianggap mempersendakan gaya hidup rakyat.
28 Apr 24
156
NGO Serah Memo Desak MB Tuntut Kembalikan Royalti
NGO Serah Memo Desak MB Tuntut Kembalikan Royalti
KUALA TERENGGANU, 25 April - Sekretariat menuntut royalti Terengganu bersama dengan wakil ratusan gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Terengganu hari ini sebagai gesaan supaya Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus menuntut bayaran royalti (wang ihsan) daripada Kerajaan Persekutuan.  Menurut Ahmad Samsuri, memorandum tersebut adalah manifestasi daripada rasa tidak puas hati terhadap penindasan dan penafian hak yang dilakukan terhadap rakyat negeri ini.  "Pelbagai perkara telah dinyatakan disini tetapi saya belum teliti lagi. "Insya-Allah kita akan melaksanakan langkah-langkah seterusnya untuk memastikan royalti Negeri Terengganu dapat kembali ke pangkuan negeri ini. Kita cuba dulu, InsyaAllah, " ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima memorandum yang diserahkan NGO Terengganu selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, hari ini. Ketika disoal sampai bila kerajaan Terengganu hendak berdiplomasi dengan Kerajaan Persekutuan, Ahmad Samsuri berkata, setiap langkah mesti memerlukan strategi. "Macam kita hendak naik atas rumah, kita tidak terus melompat atas rumah, ada tangga dia. Naik atas rumah pun buka tingkap dulu, pergi ke dapur tengok suasana dalam rumah, jadi panjang lagi perjalanan. "Pun begitu saya rasa macam yang saya sebutkan sebelum-sebelum ini pun bahawa perkara seperti ini bukan sahaja tidak menyenangkan kerajaan negeri bahkan mendatangkan kesukaran kepada kerajaan pusat kerana terpaksa meneliti dan melayan desakan-desakan.  "Jadi kenapa tidak dikembalikan kepada keadaan yang asal sebelum ini supaya kita dapat hidup dalam keadaan lebih harmoni, tidak ada gangguan-gangguan yang dianggap oleh kerajaan pusat seperti ini. Dan kerajaan negeri pula dapat mengurus tabdir negeri dengan selesa, itu objektif utama, " jelas beliau.  Katanya, beliau optimis dan akan cuba dengan pelbagai cara termasuk seperti yang disebutkan dalam ucapan penggulungan bahawa kedatangan Perdana Menteri ke Negeri Terengganu untuk raya madani ini akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. "Saya sentiasa sebut dari dulu sampai sekarang tidak menjadi objektif kita untuk berseteru atau mencari pasal dengan mana-mana pihak. "Kita cuma hendak urus tadbir negeri dengan tenang dan baik dan memberi manfaat untuk rakyat. Sebarang masalah yang timbul kita akan tangani dengan pelbagai saluran yang ada, " ujarnya.
25 Apr 24
717
Kerajaan Persekutuan Peralat Akta Laut Nafi Royalti Petroleum
Kerajaan Persekutuan Peralat Akta Laut Nafi Royalti Petroleum
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Persekutuan dilihat telah memperalatkan Akta Laut Wilayah 2012 untuk menafikan pembayaran royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menjadi antara sebab Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang bersidang hari ini meluluskan usul menolak akta tersebut. Jelasnya, akta berkenaan juga tidak menepati syarat seperti mana yang ditetapkan di dalam Perkara 2 (b) dan Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan.  "Perkara 2 (b) menyatakan bahawa undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan melalui undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.  "Sementara itu, Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja, " ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.  Menurut beliau, tindakan Kerajaan Persekutuan menyatakan negeri hanya berhak terhadap tiga batu nautika sebenarnya telah merampas hak kedaulatan negeri terutamanya yang berkait hasil mahsulnya.  "Ini menafikan hak negeri untuk menerokai sumber dan hasil melalui sempadan maritim negeri sekadar tiga batu nautika (5.5 kilometer) sahaja dari garis air surut wilayah Terengganu. "Kerajaan Negeri merumuskan, penggubalan Akta ini adalah tidak mengikut perlembagaan dan telah memberikan beberapa implikasi negatif seperti menafikan hak negeri untuk meneroka sumber dan menikmati hasil di dalam kawasan wilayah negeri tersebut serta menyebabkan berlaku percanggahan dan konflik dengan akta-akta lain," ujar beliau.  Justeru tegas Ahmad Samsuri, Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Terengganu menolak Akta Laut Wilayah 2012. Untuk rekod, negeri pengeluar minyak iaitu Sabah dan Kelantan turut menolak akta ini.
25 Apr 24
2341