lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Vape Lebih Bahaya Daripada Morphin
Vape Lebih Bahaya Daripada Morphin
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Penggunaan vape jenis tertentu didakwa boleh menyebabkan kerosakan otak hanya dalam tempoh 14 hari, jauh lebih pantas daripada kesan morphin yang mengambil masa 40 tahun untuk merosakkan akal manusia. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah mendedahkan kebimbangan ini berdasarkan satu kajian yang menunjukkan bahawa vape jenis 'mushroom' boleh menyebabkan penyakit mental dalam tempoh dua minggu sahaja. "Morphin memerlukan 40 tahun untuk merosakkan akal, tetapi vape jenis 'mushroom' hanya memerlukan 14 hari. Ini sangat membimbangkan," kata beliau kepada pemberita di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Beliau juga berkongsi bahawa pusat pemulihan dadah Darul Barakah menerima banyak kes ibu bapa yang membawa anak-anak mereka kerana ketagihan vape. Malangnya kata beliau, tiada pelan pemulihan yang tepat kerana vape memberi kesan terus kepada mental, bukan sekadar ketagihan biasa. "Kesannya bukan sekadar ketagihan fizikal, tetapi juga menyebabkan gangguan mental yang serius.  "Mereka sepatutnya mendapatkan rawatan di hospital, bukan di pusat pemulihan dadah," tambahnya lagi. Menurut Wan Sukairi, Kerajaan negeri dalam perbincangan akhir untuk melaksanakan pengharaman vape secara menyeluruh di negeri ini. "Jika cadangan ini diluluskan, pengharaman ini bukan hanya tertumpu kepada vape jenis 'mushroom' sahaja, tetapi melibatkan semua perisa vape tanpa pengecualian," tegasnya.
24 Feb 25
259
Terengganu Bakal Haramkan Vape Secara Total?
Terengganu Bakal Haramkan Vape Secara Total?
KUALA TERENGGANU, 24 Februari - Kerajaan Terengganu sedang dalam perbincangan untuk melaksanakan pengharaman 'total' ke atas vape di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dato' Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri untuk mengharamkan vape secara menyeluruh di Terengganu. "Kertas cadangan ini sedang dalam proses akhir dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMKN) untuk dibincangkan. "Pengharaman turut melibatkan penjualan, pengiklanan dan sebarang aktiviti berkaitan vape di seluruh premis di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini semalam. Menurut beliau, jika cadangan ini dipersetujui, satu undang-undang ketat akan diperkenalkan bagi memastikan pengharaman itu dapat dikuatkuasakan sepenuhnya. "Jika cadangan pengharaman ini diluluskan, semua jenis vape tanpa mengira perisa atau kandungannya akan diharamkan sepenuhnya di Terengganu. "Pengharaman ini bukan hanya tertumpu kepada vape jenis 'mushroom' sahaja, tetapi melibatkan semua perisa vape tanpa pengecualian," jelasnya. Sebelum ini, Mantan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyarankan agar penggunaan rokok elektronik atau vape diharamkan secara total. Baginda bertitah, saranan itu dibuat susulan kebimbangan baginda terhadap penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat terutama dalam kalangan belia berdasarkan statistik oleh Agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK). Titah baginda, antara punca utama golongan muda terjebak dalam ketagihan dadah secara langsung dan tidak langsung bermula dengan penggunaan vape.
24 Feb 25
1993
Semua Pihak Harus Hormati Etika Pakaian Sopan Di Terengganu
Semua Pihak Harus Hormati Etika Pakaian Sopan Di Terengganu
 Kerajaan negeri menegaskan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada orang bukan Islam untuk menutup aurat sebaliknya meminta mereka memahami dan menghormati etika berpakaian sopan yang diamalkan di negeri ini.
23 Feb 25
69
Majlis Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil Ditubuh di Setiap Daerah
Majlis Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil Ditubuh di Setiap Daerah
Kerajaan negeri mewujudkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja Dan Peniaga Kecil peringkat daerah di Terengganu bermula tahun ini.
23 Feb 25
96
Rakyat Perlu Buat Bantahan Tegas Terhadap URA
Rakyat Perlu Buat Bantahan Tegas Terhadap URA
KUALA TERENGGANU, 23 Februari - Usaha untuk menghalang Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) terletak di tangan rakyat dengan cara menunjukkan bantahan yang keras terhadap akta itu. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, dengan cara itu ia akan menghalang hasrat DAP untuk teruskan akta yang bakal menekan golongan kurang berkemampuan yang masih menjadi pemilik hartanah di tengah bandar. "Penentangan terhadap cadangan akan beri kekuatan kepada ahli-ahli parlimen yang berada di dalam kerajaan untuk tidak menyokong akta ini," ujarnya melalui hantaran di facebooknya, semalam. Mengulas lebih lanjut, katanya jika menunggu akta itu dibentangkan dahulu di parlimen kemudian dibuat bantahan dikhuatiri akan terlewat. "Sudah terlambat jika berbuat demikian. 'tyranny of the majority' seperti yang dimasukkan dalam akta melalui penurunan had ambang persetujuan akan mereka lakukan di parlimen. "Menggunakan bilang ahli parlimen yang jadi komponen sekarang," katanya. Tambah beliau, ketika Perikatan Nasional dahulu menjadi kerajaan, akta itu tidak pernah digubal sebaliknya hanya meneliti cadangan daripada Kerajaan DAP Pulau Pinang berhubung had ambang persetujuan pemilik hartanah. "Termasuk menurunkan had ambang persetujuan pemilik strata, tanah, cadangkan itu ditelitikan oleh PlanMalaysia dan dibincangkan. "Tetapi PN tidak pernah gubal akta baru seperti yang dibuat oleh kerajaan sekarang,"jelas beliau. Tambah beliau cadangan pengubalan akta baru itu telah dibawa ke sesi taklimat kepada ahli-ahli parlimen minggu lalu yang memperincikan tentang had ambang persetujuan. "Sebelum ini sejak tahun lalu, KPKT telah secara aktif melaksanakan pelbagai penerangan mengenai cadangan akta ini kepada kerajaan kerajaan negeri. "Pertemuan dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan)  dan juga sekect committee parlimen," ujarnya.  
23 Feb 25
241
Pertanian Terengganu Fokus Lima Teras Utama
Pertanian Terengganu Fokus Lima Teras Utama
Pelan Strategik Pertanian Terengganu (PSPT) 2024-2030 menjadi mercu tanda baharu dalam landskap sektor pertanian negeri ini. 
23 Feb 25
107
EPIC, Tujuh Rakan Strategik Jalin Kerjasama
EPIC, Tujuh Rakan Strategik Jalin Kerjasama
Syarikat Kerajaan Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) dan anak-anak syarikatnya telah memeterai kerjasama strategik dengan tujuh rakan perniagaan bagi merancakkan lagi pertumbuhan serta memperkukuh daya saing dan ekonomi tempatan.
23 Feb 25
71
Sektor Pertanian Sasar Sumbang KDNK 12 Peratus
Sektor Pertanian Sasar Sumbang KDNK 12 Peratus
Kerajaan Terengganu menyasarkan sektor pertanian menyumbang 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menerusi Pelan Strategik Pertanian Terengganu (PSPT) 2024-2030.
23 Feb 25
33
Terengganu Bakal Perkenal Wangian Berasaskan Pokok Gelam, Cucur Atap
Terengganu Bakal Perkenal Wangian Berasaskan Pokok Gelam, Cucur Atap
Terengganu berpotensi untuk memiliki produk wangian tersendiri, dihasilkan daripada pokok gelam dan cucur atap yang banyak terdapat di kawasan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands).
23 Feb 25
156
21,582 Peserta Gegar Terengganu Marathon 2025!
21,582 Peserta Gegar Terengganu Marathon 2025!
KUALA TERENGGANU, 22 Februari - Penganjuran premier acara Terengganu Marathon 2025 (TM2025) dengan sokongan penuh kerajaan negeri melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyaksikan penyertaan 21,582 peserta di Dataran Pantai Batu Buruk, di sini, hari ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengucapkan syabas kepada semua peserta yang bertanding menjayakan program sehingga mendapat pengiktirafan Persatuan Marathon Antarabangsa dan Perlumbaan Jarak Jauh (AIMS). “Saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta Marathon Terengganu 2025 yang berjaya menamatkan larian mengikut kategori masing-masing, sama ada berjaya naik podium atau sekadar menamatkan larian, anda semua adalah juara. “Anda semua adalah hebat dan luar biasa kerana memberikan komitmen untuk meneruskan larian sejauh 42 kilometer, 21 kilometer, 10 kilometer hatta 100 meter sekalipun. “Keazaman dan semangat inilah yang kita kena ada dalam diri kita,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam satu ucapan penutup bagi acara TM2025, pagi tadi. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri; Dato' Nara Setia, Pegawai Kewangan Negeri; Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham, Pengerusi Lembaga Pengarah Unisza; Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh serta Ahli Parlimen Kuala Terengganu; Datuk Ahmad Amzad Hashim. Dr. Ahmad Samsuri turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memainkan peranan penuh dalam menjayakan acara tersebut. Antara pihak terlibat dalam penganjuran acara yang telah menarik kunjungan peserta dari pelbagai negeri itu tadi termasuklah KBSM, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Terengganu Running Community, penaja utama Him & Her Coffee, Kaharo Jewels dan lain-lain penaja. TM2025 menawarkan pelbagai kategori perlumbaan, termasuk Maraton Penuh (42KM) untuk peserta lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas, serta Separuh Maraton (21KM) bagi mereka yang berumur 16 tahun ke atas, dengan kategori veteran untuk peserta berusia lebih 40 tahun. Selain itu, terdapat Larian 10KM, terbuka kepada individu berumur 15 tahun ke atas termasuk kategori veteran, serta Larian Santai 5KM bagi peserta berusia 13 tahun ke atas, dengan kategori khas untuk golongan muda (10-18 tahun) dan veteran. Bagi kanak-kanak, terdapat kategori Kid Flash 1KM dan 2KM, khusus untuk peserta berumur antara 6 hingga 13 tahun. Di samping trofi kemenangan yang diberikan kepada penamat larian mengikut kategori tersendiri, acara larian yang telah disertakan dalam Calender Of Event (COE) Terengganu 2025 itu turut menyediakan hadiah utama kategori cabutan bertuah jongkong emas bernilai RM100,000. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim mengumumkan bahawa acara larian ini turut akan dibawa kedalam perancangan tahun depan. “Saya merakamkan rasa syukur dan Insya-Allah dengan kelancaran program yang telah terbukti pada hari ini, Terengganu Marathon akan berulang kembali pada 2026 nanti. “Dan mengikut jadual penganjuran kami, tahun ini turut akan diadakan Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud,” ujar beliau.
22 Feb 25
737