lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tiga Beradik Lemas : Mayat Terakhir Ditemui
Tiga Beradik Lemas : Mayat Terakhir Ditemui
Mayat terakhir tiga beradik yang dikhuatiri lemas semalam ditemui 12.40 tengah hari tadi.
28 May 20
121
Kesemua ditemui
Kesemua ditemui
Mangsa lemas terakhir dii Sungai Telemong ditemui. Ketiga-tiga mangsa merupakan adik beradik. Al-Fatihah. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini
28 May 20
35
Mangsa Lemas Pertama ditemui.
Mangsa Lemas Pertama ditemui.
TERKINI : Alhamdulillah mangsa lemas yang pertama baru sahaja ditemui. Takziah kepada keluarga mangsa. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Untuk rekod, petang semalam telah berlaku satu kejadian lemas yang melibatkan 3 orang mangsa di Sungai Telemong, Kg Kuala Telemong.
28 May 20
64
Mangsa lemas kedua ditemui
Mangsa lemas kedua ditemui
Seorang lagi mangsa lemas di Sungai Telemong ditemui. Mangsa kedua tersebut, Khairil Firdaus Bin Mohd, 17 Tahun ditemui jam 11.35 pagi ini. Operasi mencari dan menyelamat mangsa terakhir masih diteruskan.
28 May 20
31
MB zahirkan Rasa Sedih Kejadian Lemas
MB zahirkan Rasa Sedih Kejadian Lemas
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turun padang meninjau lokasi pencarian tiga beradik dikhuatiri lemas selepas hanyut dibawa arus semasa mandi di Muara Sungai Telemong lewat petang semalam. Hadir sama dalam tinjauan tersebut, isterinya, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abdul Rahman
28 May 20
35
Muat Turun Aplikasi Price Catcher Untuk Jadi Pembeli Yang Bijak
Muat Turun Aplikasi Price Catcher Untuk Jadi Pembeli Yang Bijak
Orang ramai disaran menggunakan aplikasi Price Catcher bagi merancang perbelanjaan dengan memilih premis yang menawarkan harga berpatutan di pasaraya, pasar awam dan pasar basah.
25 May 20
63
Ucapan Aidilfitri Daripada Pengarah UPDI
Ucapan Aidilfitri Daripada Pengarah UPDI
Ucapan Aidilfitri Daripada Pengarah UPDI Selamat Hari Raya Aidifitri buat semua rakyat Terengganu yang tercinta. Tidak dilupakan buat barisan hadapan yang sedang bertugas untuk negara. Dan juga perantau yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman. Salam lebaran, Maaf Zahir dan Batin. Semoga Allah SWT menerima amal ibadat kita semua.
25 May 20
195
Wajarkah "Usul Tidak Percaya" terhadap PM Malaysia - Siaran Ulangan
Wajarkah "Usul Tidak Percaya" terhadap PM Malaysia - Siaran Ulangan
Wajarkah "Usul Tidak Percaya" terhadap PM Malaysia di saat cemerlang menguruskan pandemik covid19? Bersama : Tuan Hj Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI), & Abdul Rahim Hilmi Zakariya, Pengulas Politik Studio TV Darul Iman 11.00 Malam | 15 MEI 2020 | Jumaat
21 May 20
3
Petugas Kebersihan 'Wira Tak Didendang' Diraikan Di Hulu Terengganu
Petugas Kebersihan 'Wira Tak Didendang' Diraikan Di Hulu Terengganu
HULU TERENGGANU, 10 Mei - Di saat dunia memerangi wabak Covid-19, ada wira tidak didendangkan yang tidak ketinggalan menjalankan amanah dengan memastikan persekitaran sentiasa dalam keadaan yang bersih dan terjaga. Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid berkata peranan petugas barisan hadapan (frontliner) seperti doktor, jururawat, polis dan tentera dalam memerangi Covid19 tidak perlu dipersoalkan lagi. Katanya, beliau turut menganggap petugas kebersihan juga merupakan barisan hadapan atau wira yang perlu diberi penghargaan. "Petugas-petugas kebersihan sanggup berhadapan dengan risiko untuk dijangkiti disaat mereka terpaksa kerja walaupun dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Mereka ini banyak membantu negeri kita dalam memastikan setiap kawasan terjaga kebersihannya terutama ketika wabak ini melanda. "Sebab kita mengambil keputusan untuk memberi sedikit tanda penghargaan sebagai membalas segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak ternilai dari sudut agama itu sendiri," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Barangan Keperluan Kepada Pekerja Kebersihan Hulu Terengganu di Pusat Tarbiyyah Kawasan Hulu Terengganu, hari ini. Seramai 185 petugas dari 10 syarikat kebersihan  di daerah ini menerima sumbangan barangan keperluan asas sempena Ramadan kali ini.
10 May 20
182
Persidangan DIGIT2020 Ditangguhkan Cegah Penularan COVID-19
Persidangan DIGIT2020 Ditangguhkan Cegah Penularan COVID-19
Program Conference On Digital And Intelligence Technology 2020 (DIGIT2020) yang akan berlangsung pada 17 sehingga 19 Mac ini di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terpaksa ditangguhkan sebagai langkah awal mencegah penularan COVID-19.
07 May 20
31