Artikel "Semasa" Terkini
Rumah Mampu Milik Banggol Pauh Tawar 162 Unit Kediaman
Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh menjadi satu lagi projek perumahan (Awam) bawah kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 di Terengganu dalam memiliki kediaman sendiri.Â
21 Mar 22
622
Buka Sempadan : Sultan Mizan Syor Kerajaan Laksana Kajian Impak
KUALA TERENGGANU, 21 Mac- Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengesyorkan supaya kerajaan negeri melaksanakan satu kajian impak untuk Negeri Terengganu dengan mengambil kira persekitaran global.
Titah baginda, kajian impak itu termasuk kesan langsung terhadap sektor-sektor penting ekonomi negeri seperti perkhidmatan dan pelancongan, apabila sempadan negara dibuka semula nanti.
"Kajian impak perlu mengenalpasti bukan sahaja kesan ke atas pembangunan Negeri Terengganu malah menghasilkan cadangan khusus bagi mengurangkan impak langsung ke atas isi rumah yang berpendapatan Rendah B40 dan berpendapatan sederhana M40," titah Sultan Mizan.
Titah ucapan baginda dibaca Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.
Sultan Mizan bertitah, kedua-dua golongan tersebut sudah terkesan dan terbeban dengan harga barangan khasnya makanan, yang meningkat dan kesan sampingan ke atas punca pendapatan ekoran penularan wabak COVID-19.
"Misalnya, data terkini merekodkan terdapat 985 orang golongan miskin tegar dan 26,526 orang golongan miskin di Terengganu yang memerlukan perhatian daripada semua pihak," titah baginda.
Baginda turut menzahirkan keyakinan, kerajaan negeri akan meneruskan usaha untuk membantu golongan lemah dan terkesan.
Terdahulu, baginda bertitah Bank Dunia dalam satu laporannya pada Januari lalu telah membuat unjuran bahawa ekonomi dunia dijangka masih berkembang secara positif untuk tahun 2022.
"Walaubagaimanapun, perkembangan ekonomi dunia ini dijangka menunjukkan trend atau arah aliran yang menurun iaitu pada kadar (5.5 peratus) pada tahun 2021, (4.1 peratus) pada tahun 2022 dan (3.2 peratus) pada tahun 2023.
"Trend penurunan dijangka berlaku ekoran ketidaktentuan ekonomi dunia yang bakal menyebabkan banyak negara terkesan khasnya negara-negara membangun seperti Malaysia.Â
"Perbelanjaan kerajaan dan penggubalan dasar kewangan di negara-negara ini memerlukan pemikiran yang segar dan pendekatan yang berbeza kerana kita kini berada dalam satu keadaan yang belum pernah kita hadapi sebelum ini," titah baginda.
Baginda bertitah, peperangan yang berlaku berikutan serangan tentera Rusia ke atas Ukraine akan mendatangkan impak yang sangat teruk kepada ekonomi dunia dan sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas negara Rusia turut menyebabkan harga komoditi di pasaran dunia seperti bahan api, dan bahan makanan seperti gandum dan jagung meningkat.
Titah baginda, peningkatan harga bahan mentah makanan seperti gandum dan bijirin lain seperti jagung turut akan mendatangkan kesan langsung kepada harga bahan makanan tempatan dan hal ini perlu ditangani.
21 Mar 22
1153
Kerajaan Sedang Kemaskini Data Kerugian Akibat Banjir
Maklumat kerugian mangsa banjir di Terengganu masih lagi di peringkat kemaskini bagi mengenalpasti bantuan sesuai mengikut keperluan masing-masing.
21 Mar 22
180
Kerajaan Negeri Optimis Capai Sasaran 20 Ribu Unit Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri optimis dapat menyiapkan 20,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023 seperti yang ditawarkan dalam manifesto.
21 Mar 22
180
Pasar Tani Kekal Chukai Mula Beroperasi
KEMAMAN, 18 Mac - Pasar Tani Kekal (PTK) Chukai yang bertempat di Kampung Dusun Nyiur telah memulakan operasi perniagaannya secara rasmi sejak semalam.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu, Che Ghani Che Wan berkata, PTK Chukai diwujudkan bagi menempatkan para peniaga di bawah satu bumbung dengan menyediakan premis kekal yang lebih kemas.
"PTK adalah kesinambungan projek pembangunan bagi menaiktaraf serta penambah baik operasi Pasar Tani Runcit.
"Peserta PTK akan ditempatkan di bawah satu bumbung dan akan menjalankan perniagaan setiap hari dalam suasana yang selesa dan kondusif. Situasi ini akan memberi persekitaran yang mampu meningkatkan "volume" urusniaga dan secara tidak langsung akan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan masalah pemasaran hasil-hasil pertanian yang dikeluarkan setiap hari.
Katanya, PTK akan mengekalkan "positioning" Pasar Tani Runcit iaitu memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga yang berpatutan," ujarnya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, dengan adanya PTK Chukai ini memberi pilihan yang lebih luas buat masyarakat setempat untuk mendapatkan barangan keperluan mereka.
"Terima kasih FAMA yang menyediakan kemudahan ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan pembukaan PTK Chukai itu, semalam.
18 Mar 22
760
600 Pemburu Kerja Hadiri Program Outreach
SETIU, 17 Mac : Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja peringkat Daerah Setiu mencatatkan penyertaan kehadiran lebih 600 orang pencari kerja.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, seharusnya peluang yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Terengganu Human Resource Development Centre (THRDC) dimanfaat sebaik mungkin oleh rakyat terutama mereka yang sedang menganggur.
"Ada diantara mereka yang terus mendapat pekerjaan selepas menghadiri temuduga, mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapat jawapan." ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan dan Keusahawanan Jamin Kerja Rakyat Terengganu, Daerah Setiu.
Â
Program yang berlangsung dua hari itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom yang turut disertai dengan kehadiran usahawan produk tempatan dan peniaga kecil.
Dalam program tersebut ,turut disampaikan faedah PERKESO dan inisiatif jamin kerja kepada mereka yang hadir serta terdapat beberapa syarikat tempatan dan luar yang menawarkan peluang pekerjaan antaranya TDM Plantation, McCORMICK, APTIV, Mybrush, Malaysia Rail Line dan Hartalega.
Program berkenaan turut diserikan dengan pelbagai acara termasuklah Master Chef of Setiu, 'Fun Run', cabutan bertuah, sukan rakyat dan costplay transformer.
"Melalui program ini Kita akan cuba permudahkan urusan rakyat agar  peluang yang ada ini dimanfaatkan sebaik mungki insyaa- Allah," tambahnya lagi.
17 Mar 22
480
Kerajaan Negeri Optimis Capai Sasaran 20 Ribu Unit Rumah Mampu Milik
KUALA NERUS, 16 Mac - Kerajaan negeri optimis dapat menyiapkan 20,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023 seperti yang ditawarkan dalam manifesto.
Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata sehingga kini pihaknya telah berjaya membina 90 peratus atau lebih 18,000 dari sasaran pembinaan 20,000 unit rumah.
"Ini termasuk pembinaan 162 unit rumah pangsa mampu milik di Kampung Banggol Pauh di sini yang dijangka siap pada Februari 2024.
"Lima blok RPMM itu dibina dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM41 juta dengan beberapa kemudahan seperti surau, tadika, gerai dan pondok pengawal," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh, di sini hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Diraja dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak.
Tambahnya, RPMM Banggol Pauh juga menjadi projek perumahan pertama yang menawarkan dua unit kediaman mesra Orang Kurang Upaya(OKU).
Permohonan bagi projek RPMM Banggol Pauh ini nanti boleh dibuat melalui sistem ePerumahan di pautan https://eperumahan.terengganu.gov.myÂ
16 Mar 22
469
Kerajaan Sedang Kemaskini Data Kerugian Akibat Banjir
KUALA NERUS, 16 Mac - Maklumat kerugian mangsa banjir di Terengganu masih lagi di peringkat kemaskini bagi mengenalpasti bantuan sesuai mengikut keperluan masing-masing.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perkara itu akan mengambil masa kerana jumlah kerugian mangsa berbeza-beza dan perlu diaudit.
Katanya, buat masa sekarang Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Pengurusan Kampung (JPKK) yang terlibat sedang berurusan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Daerah untuk penyelarasan data serta bantuan.
"Bantuan akan disalurkan dari Tabung Darul Iman dan pada masa sama bantuan segera dari badan-badan korporat juga ada yang telah disalurkan termasuk dari sumbangan zakat negeri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek rumah pangsa mampu milik Kampung Banggol Pauh di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, bagi rumah yang rosak sepenuhnya, Ahmad Samsuri berkata, pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan terlibat bagi menanggung kos pembinaannya seperti dalam bencana sebelum ini.
Banjir gelombang kelima di Terengganu yang bermula pada 25 Feb lepas melibatkan lebih 17,000 mangsa di lapan daerah.
Â
Â
16 Mar 22
429
Rumah Mampu Milik Banggol Pauh Tawar 162 Unit Kediaman
KUALA NERUS, 16 Mac - Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh menjadi satu lagi projek perumahan (Awam) bawah kerajaan negeri bagi membantu golongan B40 di Terengganu dalam memiliki kediaman sendiri.Â
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, RPMM Banggol Pauh dibina sebanyak 162 unit dengan menggunakan peruntukan kerajaan negeri dengan kos RM41 juta.
"Demi membantu golongan B40 di Terengganu, kerajaan negeri telah memperuntukkan subisidi bagi setiap unit rumah sehingga RM65,000, kos sebenar pembangunan bagi setiap unit rumah bagi tahun 2021 adalah sekitar RM145 ribu.
"Harga jualan kepada pemohon adalah RM80,000 seunit, kos ini tidak termasuk kos tanah dan prasarana yang turut disertakan di dalam projek RPMM Banggol Pauh ini seperti surau, taska dan tadika, gerai dan kedai yang akan turut dibangunkan untuk kegunaan bakal penduduk di RPMM Banggol Pauh nanti," ujarnya.
Beliau berkata demikian di Majlis Pecah Tanah Projek Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Banggol Pauh yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di sini hari ini.
Tambahnya, pembiayaan perumahan RPMM ini akan dibuat kepada pihak PMINT dengan bayaran balik tanpa faedah, RM 261 sebulan (termasuk yuran pengurusan strata RM 40) selama 30 tahun.
"Orang ramai boleh membuat permohonan setelah kemajuan projek mencapai 80 peratus yang akan diumumkan melalui iklan oleh SUK Bahagian Perumahan," ujarnya.
16 Mar 22
3965
Kerajaan Negeri Bantu Pengusaha CBT Terjejas Banjir
KUALA TERENGGANU, 17Â Mac - Kerajaan negeri telah mengadakan rundingan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu membaik pulih produk pelancongan berteraskan komuniti (CBT) yang terkesan ekoran banjir luar jangka melanda Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, Pusat Rekreasi Pengkalan Warisan dan Dataran Banggol Cempedak antara CBT yang terjejas teruk dengan bencana alam itu.
 “Kalau di Pengkalan Warisan, hampir semua tempat jualan mereka musnah. Ini menyebabkan kita terpaksa tangguh program itu.
"InsyaAllah kerajaan negeri akan cuba ambil peranan membantu dua tempat ini dan tempat lain yang terkena banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut pada sidang media sempena penganjuran program Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelancongan Negeri, kelmarin.
Menurut Ariffin, kerja-kerja pembersihan kesan peninggalan banjir itu juga masih giat dilaksanakan di dua lokasi CBT yang dibangunkan penduduk setempat itu.
Ujar beliau, pihaknya menganggarkan kerugian kira-kira RM200,000 yang terpaksa ditanggung pemain industri CBT dengan kerosakan sekitar 30 hingga 80 peratus.
Bagaimanapun Ariffin berkata pihaknya sedang menilai jumlah kerugian sebenar yang dialami penggiat industri pelancongan susulan musibah banjir berkenaan.
16 Mar 22
259