lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Penternak Akuakultur Terengganu Paling Untung
Penternak Akuakultur Terengganu Paling Untung
KUALA TERENGGANU, 30 November- Penternak akuakultur di Terengganu boleh dikatakan paling beruntung berbanding penternak akuakultur negeri lain kerana menerima pelbagai bantuan ketika ditimpa musibah banjir awal tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, selain mendapat bantuan tunai daripada Kerajaan Negeri, mereka turut menerima bantuan peralatan serta input daripada Kerajaan Persekutuan. Katanya, dalam masa yang sama Kerajaan Negeri turut membantu penternak dalam sektor tersebut untuk membuat penyelarasan dan penjadualan semula pinjaman dengan agensi pembiaya seperti Skim Bantuan Modal Tani (SBMT), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Agrobank. “Kita telah salurkan bantuan tunai melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri Terengganu sebanyak RM221,000 sebagai ganti rugi kepada penternak akuakultur ini. “Selain itu, turut disalurkan bantuan dibawah Program Pembangunan Semula Projek Agromakanan daripada Kerajaan Persekutuan dalam bentuk peralatan dan input bernilai RM2.079 juta.  “Setiap penternak dapat bantuan bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000 dan penyerahan telah dibuat di Kampung Getang Hulu Terengganu pada 2 November lalu,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada ADUN Telemong, Dato’ Rozi Mamat dalam sesi soal jawab lisan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, hari ini. Dr Azman berkata, kerugian sektor pertanian Terengganu dalam bencana angin kuat, hujan lebat yang berterusan dan banjir yang bermula Disember 2021 sehingga Februari 2022 adalah sebanyak RM12 juta dan meninggalkan kesan mendalam kepada sektor sekuriti makanan negeri.  “Sektor perikanan akuakultur mencatatkan kerugian terbesar RM8.56 juta yang melibatkan seramai 175 pengusaha dimana 104 dari jumlah tersebut adalah pemilik ternakan sangkar manakala bakinya penternak kolam. “Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut adalah daerah paling terjejas,” ujarnya.    
30 Nov 22
580
Kaji Semula Bantuan 'One-Off' Sempena Perayaan
Kaji Semula Bantuan 'One-Off' Sempena Perayaan
KUALA TERENGGANU, 30 November - Kerajaan negeri dipohon mengkaji kembali perkara 78 (halaman 26) tentang pemberian tunai ‘one-off’ bernilai RM300 untuk isi rumah miskin sempena menyambut hari perayaan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkata ia perlu diperhalusi secara bersama dengan Teras Ekonomi Dipacu dan Teras Pembangunan Dilestari. "Apa yang dilaksanakan pada tahun ini adalah Kategori A bagi pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebanyak RM400.00 dan Kategori B bagi pendapatan isi rumah antara RM2,501-RM5,000 sebanyak RM250.00. "Justeru, formula yang telah dilaksanakan pada tahun ini dimohon agar dapat dikekalkan dan bukannya berstatus RM300.00," katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Sementara itu, Hishamuddin turut mencadangkan agar pakej Skim Pinjaman Perumahan Rakyat Terengganu (i-Rahman) diperkasakan dengan lebih saksama. "Dasar perumahan yang menetapkan perumahan Jenis A yang diusahakan secara penswastaan dan memerlukan kepada pembiayaan daripada pihak bank. "Sebaiknya diberikan kuota rakyat mengikut dun agar pemohon yang gagal mendapatkan pembiayaan bank dapat dibantu dengan skim ini secara lebih berstrategik," ujarnya.  
30 Nov 22
404
Zon Industri Bebas Perlu Diwujudkan Bagi Sektor Pembuatan
Zon Industri Bebas Perlu Diwujudkan Bagi Sektor Pembuatan
KUALA TERENGGANU, 30 November - Kerajaan negeri perlu  mengkaji untuk mewujudkan kawasan zon industri bebas untuk sektor pembuatan di Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim berkata zon ini sangat penting untuk mengelakkan pengenaan cukai kepada setiap proses nilai tambah pengeluaran.  "Sebagai contoh, satu produk perlu melalui lima proses pengeluaran. Tanpa zon ini, setiap peringkat pengeluaran akan dikenakan cukai. Harga barang akhir akan menjadi lebih mahal.  "Dengan adanya zon ini, cukai hanya dikenakan sekali sahaja iaitu apabila ia keluar dari zon ini. Dengan syarat semua pengilang untuk kelima lima proses tadi berada dalam zon ini," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Menurutnya, zon-zon ini mampu merancakkan pertumbuhan sektor pembuatan sebagai fokus baharu di Terengganu. "Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perangkaan menyatakan bahawa Peneraju pertumbuhan utama bagi Selangor, Pulau Pinang dan Kedah adalah sektor pembuatan iaitu 13.1 peratus, 12.4 peratus dan 6.2 peratus," tambahnya.  
30 Nov 22
257
Cadang Perkenalkan Pakej Perintis, Tarik Pelabur
Cadang Perkenalkan Pakej Perintis, Tarik Pelabur
KUALA TERENGGANU, 30 November - Kerajaan negeri disaran agar memperkenalkan pakej perintis kepada pelabur-pelabur bagi memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan di Terengganu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata antaranya dengan memberi kemudahan pengecualian cukai atau cukai yang sangat rendah dan dasar subsidi upah.  "Sebagai contoh gaji pekerja RM2,000.00, RM500 subsidi kerajaan negeri bagi setiap pekerja dari kalangan rakyat Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama,"katanya. Beliau berkata demikian ketika membahaskan Enakmen Perbekalan 2023 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. Tambahnya, melalui tiga teras Belanjawan 2023, beliau yakin kerajaan negeri sangat menyedari tempias ekonomi dan keperluan untuk berdaya tahan.  "Selain agenda menyantuni rakyat, teras memacu ekonomi dan melestarikan pembangunan dilihat sebagai pemangkin utama untuk kita harungi cabaran ekonomi semasa secara bersama," ujarnya.
30 Nov 22
234
RM10 Juta Selesai Masalah Air di Ajil
RM10 Juta Selesai Masalah Air di Ajil
KUALA TERENGGANU, 30 November - Masalah air yang kerap berlaku di Pekan Ajil akan diselesaikan oleh Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd (SATU) dengan peruntukan RM10 juta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, masalah yang mula berlaku sejak banjir besar luar jangka pada awal tahun lalu dan berlarutan sehingga kini itu menimbulkan reaksi tidak senang di kalangan penduduk. "Alhamdulillah pada Isnin, 31 Oktober perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif SATU (Abdul Karim Endut) diadakan bagi membincangkan perkara itu dan diberi jaminan penyelesaian dengan kos sebanyak RM10 juta untuk melakukan pengubahsuaian bagi meningkatkan keupayaan Loji Rawatan Air (LRA) di Hulu Terengganu. "Cuma saya berharap agar dipercepatkan (kerajaan) supaya tidak menjadi satu bahan untuk penduduk menghentam, orang ramai ini biasalah bila berlaku masalah air dia tidak tembak (marah) kepada SATU tetapi dia akan tembak saya dahulu. "Walau bagaimanapun saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada SATU yang cuba untuk memberikan komitmen yang padu bagi menyelesaikan masalah isu air ini," ujarnya. Beliau berkata demikian, pada sesi perbahasan Mesyuarat Ketiga Penggal Keliman Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas (BAJET), di Wisma Darul Iman, semalam. Dalam pada itu beliau turut mengharapkan agar pihak kerajaan membuat satu kajian melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Pejabat Daerah serta yang berkaitan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat membabitkan empat buat sekolah di Mukim Hulu Berang. "Implikasi banjir besar telah mengakibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bentong, SK Lubuk Periuk, SK Kua dan SK Gunung mudah dinaiki air apabila berlakunya hujan. "Sebagai contoh SK Lubuk Periuk berada di kawasan yang sangat rendah dan sebenarnya sangat tidak sesuai sekolah itu berada di situ, kerana apabila hujan sekejap sahaja air akan masuk sampai ke dalam pejabat dan kelas sehingga menyebabkan peralatan cepat rosak. "Apabila hujan sesi pembelajaran tidak dapat diteruskan pelajar akan diminta balik, jadi saya mengharapkan kerajaan komited untuk membantu sekolah-sekolah yang terlibat banjir ini dengan mengadakan empangan, tebatan atau apa sahajalah yang difikirkan bersesuaian bagi menangani perkara ini," katanya.
30 Nov 22
607
BAJET 2023 : RM15 Juta Untuk Projek Berimpak Tinggi
BAJET 2023 : RM15 Juta Untuk Projek Berimpak Tinggi
Sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi melaksanakan projek-projek berimpak tinggi yang memberikan kesan langsung kepada peningkatan sosioekonomi penduduk setempat.
29 Nov 22
98
Bajet 2023: Terengganu Bakal Anjur Ijtimak Ulama Sedunia
Bajet 2023: Terengganu Bakal Anjur Ijtimak Ulama Sedunia
Kerajaan negeri berhasrat untuk menganjurkan Ijtimak Ulama Sedunia pada tahun hadapan.
29 Nov 22
379
Bajet 2023: Laksana Pembangunan Berkait Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Sosioekonomi
Bajet 2023: Laksana Pembangunan Berkait Infrastruktur, Kemudahan Awam Dan Sosioekonomi
Demi kesejahteraan penduduk, Kerajaan Negeri bersetuju menambah peruntukan bagi projek-projek kecil di peringkat DUN kepada RM32 juta untuk melaksanakan pembangunan berkaitan infrastruktur, kemudahan awam dan sosioekonomi setempat.
29 Nov 22
223
BAJET 2023: Kerajaan Negeri Peruntuk RM29.18 Juta Untuk Sektor Pertanian
BAJET 2023: Kerajaan Negeri Peruntuk RM29.18 Juta Untuk Sektor Pertanian
 Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM29.18 juta bagi melaksanakan pelbagai program dan projek untuk meningkatkan sektor pertanian di Terengganu.
29 Nov 22
136
BAJET 2023: Bonus RM900 Untuk Penjawat Awam Terengganu
BAJET 2023: Bonus RM900 Untuk Penjawat Awam Terengganu
Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pemberian bonus RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam termasuk kakitangan kontrak di Terengganu.
29 Nov 22
310