Artikel "Semasa" Terkini
Insiden Paip Putus Di Dungun, Tindakan Pantas SATU Jamin Tiada Gangguan
DUNGUN, 18 Januari - Beberapa kawasan di Dungun iaitu Bandar Paka, Ketengah Jaya, Felda Kerteh 2 dan 3 dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selama seminggu, bermula petang tadi.
Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan berkata, keadaan itu berlaku berikutan dua paip utama berukuran 700 milimeter (mm) yang menyalurkan air dari Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Bauk ke Bandar Paka terputus semasa proses pembaikian struktur sokongan paip berkenaan.
"Dalam kejadian insiden ini, kedua-dua paip utama berukuran 700 mm yang menyalurkan air dari LRA Bukit Bauk ke Bandar Paka telah terputus semasa proses pembaikian struktur
sokongan paip tersebut.
"Pihak SATU telah mengambil langkah segera untuk mengurangkan impak gangguan bekalan dengan menampung keperluan Bandar Paka dengan bekalan dari Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi.
"Sementara itu, keperluan ke kawasan Ketengah Jaya dan Felda Kerteh 2 dan 3 akan dibantu dengan bantuan alternatif lori tangki," kata kenyataan itu.
SATU turut memaklumkan
kerja pembaikan paip dijangka mengambil masa selama tujuh hari.
Bantuan alternatif menerusi lori tangki dan tangki statik telah digerakkan ke kawasan yang dijangka terlibat dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal.
Pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan boleh menghubungi Careline di 1300-88-2111.
18 Jan 23
273
Tongkang Terlanggar Paip SATU, Ribuan Pengguna Di Paka Terjejas
DUNGUN, 18 Januari - Ribuan akaun pengguna air di kawasan Paka dan Kerteh dijangka terjejas susulan insiden paip Syarikat Air Terengganu (SATU) di Jambatan Paka, di sini dilanggar tongkang dalam kejadian petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka, Datuk Satiful Bahri Mamat menerusi hantaran di laman Facebooknya kira-kira jam 4 petang Rabu.
Menurut hantaran itu, Satiful berkata, sewaktu kejadian tongkang milik kontraktor tersebut difahamkan sedang menjalankan kerja-kerja pembaikian paip berkenaan yang hampir patah akibat dilanggar sebuah bot sebelum itu
Tambah beliau, sebagai penyelesaian sementara, sumber air alternatif akan diambil dari Loji Rawatan Air (LRA) Kemudi, Serdang.
"Untuk pengguna Felda Kerteh 2 dan Felda Kerteh 3 serta Ketengah Jaya yang terjejas, pihak Satu akan menghantar bekalan air dengan lori tangki,” ujarnya.
Justeru itu katanya, pengguna disarankan membuat persiapan seperti menadah dan menyimpan air terlebih dahulu kerana dikhuatiri berlaku gangguan bekalan air.
18 Jan 23
550
RM14.5 Juta Bagi Projek Rumah PPTS Marang
Kerajaan negeri telah membelanjakan RM14.5 juta sejak tahun 2018 sehingga 2022 bagi pembinaan Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) dan baik pulih rumah di daerah Marang.
18 Jan 23
553
Terengganu Terima Bayaran Royalti RM447,749.97 Daripada KUTT
Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran wang royalti sebanyak RM447,749.97 daripada Koridor Utiliti Teknologi Terengganu Sdn Bhd (KUTT) dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Wisma Darul Iman.
17 Jan 23
281
Kerajaan Negeri Perketat Operasi Taska
Kerajaan Terengganu bakal memperketatkan syarat kemasukan dan prosedur perlesenan taman asuhan kanak-kanak (Taska) di negeri terbabit bagi mengelakkan kejadian dera berlaku.
17 Jan 23
175
Projek RM36.71 Juta Dibangunkan di Besut
Sebuah lagi projek hidro mini dengan kapasiti 3 Mega Watt (MW) bakal dibina di Besut yang dijangka siap menjelang tahun 2027.
17 Jan 23
222
Velodrom Azizulhasni Bakal Diuji
Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun yang telah siap dibina bakal diuji.
17 Jan 23
194
Rumah Murah Siap Dibina, Pemilik Terima Kunci
Seramai 250 pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin Sejahtera ini menerima kunci apabila projek perumahan milik kerajaan negeri itu siap sepenuhnya sejak dibina pada Julai 2019.
17 Jan 23
140
Petisyen Umno : 'Serah Pihak Berkuasa Adili Sepenuhnya'
Petisyen difailkan Umno Terengganu bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu di tiga kawasan di negeri ini akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak perundangan.
17 Jan 23
85
Kehadiran PM Diurus Dengan Kehendak PMO
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan bahawa Kerajaan Negeri menerima kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Terengganu serta menyediakan keperluan seperti diminta Pejabat Perdana Menteri (PMO).
17 Jan 23
154