Artikel "Semasa" Terkini
ADUN Belia Jangan Jadi ‘Burung Kakak Tua’
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu diingatkan agar terus memberikan komitmen melaksanakan program dan agenda belia serta tidak takut membuat kritikan jika mempunyai asas dan fakta yang kukuh.
14 Feb 23
123
Kerajaan Perpaduan Tipu Rakyat, Bukan Madani
KUALA TERENGGANU, 13 Februari - Pakatan Harapan (PH) telah menipu rakyat serta seluruh dunia dengan menubuhkan 'Kerajaan Perpaduan' serta bukan kerajaan 'madani' sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mengikut istilah sains politik kerajaan perpaduan yang sebenar tiada pembangkang atau dalam jumlah yang sedikit.
Menurut beliau, PH sebenarnya memimpin kerajaan campuran dengan ahli Parlimen mereka didominasi oleh bukan Islam seramai 50 orang dan 31 daripada kalangan orang Islam serta tidak menjadikan Melayu Muslim yang berintegriti bagi mendominasi penduduk negara ini sebagaimana yang terkandung dalam hadis.
"Selain itu, kerajaan campuran ini bercampur aduk pula dengan pelbagai ideologi seperti kalangan liberal, puak ekstrem berhaluan kiri mahupun kanan, serta kalangan opurtunis.
"Malah mereka disertai oleh kalangan yang dipertikai integritinya seperti bekas banduan, kluster mahkamah, kronisme dan nepotisme yang menjadi gejala dalam kerajaannya.
"Betapa mereka adalah paling jauh daripada ciri-ciri 'madani' yang mampu mencipta kemajuan yang positif dan jauh daripada konsep al-din yang wajib menjadi panduan," ujarnya melalui Bicara Media Presiden yang dimuat naik di facebooknya semalam.
Presiden PAS itu turut berkata, kepimpinan negara yang dilantik menerajui negara adalah kalangan mereka yang hanya menang tipis dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 yang lalu dengan mendapat sokongan bukan muslim.
"Bukannya sokongan kaum muslim yang mendominasi penduduk negara. Calon pemimpinnya berpindah randah tempat bertanding sehingga terpaksa bergantung kepada sokongan bukan Islam yang tidak mendominasi keseluruhan penduduk.
"Makin hari, makin terdedah perkara-perkara yang melibatkan soal salah laku, sehingga beberapa orang pemimpin dalam komponennya sendiri membuat teguran secara terbuka kepada media melalui lisan dan tulisan, menyentuh prinsip dan integriti yang menggoncangkan kedudukan mereka.
"Keadaannya tidak mampu ditutup dengan alasan kenyataan dan tindakan menyerang parti lawan dengan tujuan menutup kelemahan mereka," ujarnya lagi.
14 Feb 23
638
'Bukan Diskriminasi Kaum’ - MB Terengganu Jawab Pemimpin DAP
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan wujud diskriminasi kaum berkait keberadaan komuniti etnik Melayu dalam perkhidmatan awam.
14 Feb 23
244
ADUN Belia Jangan Jadi ‘Burung Kakak Tua’
KUALA TERENGGANU, 13 Februari- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belia Terengganu diingatkan agar terus memberikan komitmen melaksanakan program dan agenda belia serta tidak takut membuat kritikan jika mempunyai asas dan fakta yang kukuh.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sebagai orang muda yang telah diberi kepercayaan, mereka seharusnya turun ke bawah membuat kajian, seterusnya memberikan cadangan dan penyelesaian kepada isu-isu yang dibangkitkan.
“Kalau tidak, kita hanya bagaikan ‘burung kakak tua’ yang hanya pandai menyebut dan mengulang perkara yang sama, tetapi tidak menyelesaikan masalah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Persidangan Adun Belia Terengganu 2023, di Wisma Darul Iman, hari ini.
Mengulas mengenai persidangan tersebut katanya, ADUN Belia terpilih diharap dapat memerah otak untuk berbahas dengan baik dalam persidangan kali ini dengan idea-idea yang segar dan bernas bagi mengetengahkan isu-isu rakyat terutamanya yang berkait dengan orang muda.
“Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah tempat yang kebal bagi mengemukakan sebarang pandangan.
“Diharapkan mereka dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat kepimpinan dan seterusnya berusaha mendekati golongan sasaran untuk mendengar, memahami serta mencari penyelesaikan terbaik terhadap sebarang isu yang dilontarkan.
“Seterusnya jangan takut untuk jumpa dengan mana-mana pihak dalam pentadbiran kerajaan bagi mengetengahkan sebarang usul atau apa yang mereka perolehi dari dapatan kajian yang mereka lakukan di komuniti masing-masing,” ujarnya.
13 Feb 23
386
Kerajaan Negeri Iktiraf 586 Anak Terengganu Cemerlang Akademik
Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu mengiktiraf serta menghargai kecemerlangan 586 anak Terengganu yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang di peringkat institusi pengajian tinggi termasuk Sijil Peperiksaan Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia Tahun 2021.
13 Feb 23
80
Kerajaan Jumpa Segera Kontraktor Perumahan Gong Cempedak
Kerajaan negeri akan berjumpa kontraktor penyelamat dan pemaju asal Perumahan Gong Cempedak dengan kadar segera bagi memastikan projek terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu dapat diteruskan pembinaan dalam masa terdekat.
13 Feb 23
217
Tabung Haji 'Turun Padang' Santuni Pelanggan
SETIU, 12 Februari -Tabung Haji (TH) Cawangan Setiu 'turun padang' santuni pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan seperti di kaunter.
Pegawai Pentadbiran Tabung Haji Cawangan Setiu, Zurina Ismail berkata, usaha berkenaan bagi memudahkan orang ramai terutama yang berada di kampung-kampung untuk berurusan dengan Tabung Haji dan meminimakan kos ke pejabat.
"Kita bekerjasama dengan pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam membuat hebahan dan makluman kepada penduduk untuk bersama pada program hari ini," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Balairaya Kampung Mangkok.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah, pembukaan akaun, pendaftaran THiJari (perbankan secara atas talian), simpanan dan kemaskini maklumat.
"Kita akan terus adakan program sebegini dari semasa ke semasa dalam memudahkan urusan pelanggan-pelanggan Tabung Haji," tambahnya.
13 Feb 23
272
'Beach Comber' Sapu Sampah Pantai Terengganu
Kerajaan negeri bakal menggunakan jentera 'Beach Comber' dan traktor bagi operasi pembersihan sampah sarap di kawasan pantai tumpuan pelancong di Terengganu.
13 Feb 23
280
JHEAT Laksana Kempen 'Say No To Valentine Day '
KUALA TERENGGANU, 13 Februari – Satu kempen 'Say No To Valentine Day ' dilaksanakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT sebagai usaha pencegahan kepada maksiat dan perlakuan tidak senonoh pada hari kekasih yang disambut setiap 14 Februari.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, sebagai langkah pertama dalam menjayakan kempen dakwah ini, pihaknya mensasarkan beberapa kawasan strategik yang menjadi tumpuan ramai.
“Seramai 20 pegawai penguat kuasa syariah terlibat dalam kempen tersebut dalam usaha memberi pendidikan dan kesedaran mengenai sambutan hari kekasih yang bercanggah dengan Islam.
"Program ini bertujuan memberi peringatan kepada masyarakat berkaitan sambutan hari kekasih yang mana ramai pasangan muda mengambil kesempatan meraikannya hingga terjebak dengan maksiat," katanya.
Tambah beliau, antara kesalahan yang sering dikesan adalah di bawah Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.
Selain itu katanya, ada juga pasangan yang ditangkap di bawah Seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 Terengganu kerana berkhalwat.
Jelas beliau, jika sabit kesalahan pesalah bagi kedua-dua kesalahan itu boleh dikenakan hukuman denda maksimum sebanyak RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun atau kedua-duanya sekali.
"Kita tidak mahu ada yang melakukan kesalahan ini jadi, JHEAT mengambil pendekatan pencegahan supaya orang ramai khususnya remaja sedar bahawa hari kekasih tidak wajar disambut sekaligus terhindar dari maksiat," katanya.
13 Feb 23
289
MB Terengganu Bayangkan DUN Bubar Sebelum Julai 2023
KUALA TERENGGANU, 12 Februari - Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memberi bayangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibuat sebelum Julai hadapan.
Katanya, setakat ini tiada keperluan untuk Terengganu membubarkan DUN bagi membolehkan PRN diadakan dalam tempoh terdekat.
"Setakat ini tiada keperluan untuk kita adakan PRN dalam tempoh yang terdekat, jadi kita tunggu dululah, kalau perlu sehingga habis penggal.
"Malah hasil perbincangan dalaman Pas juga memutuskan tiada keperluan untuk Terengganu membubarkan DUN lebih awal,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2022 (kali ke 42)& Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM 2021 dan Anugerah Sarjana Terengganu 2020 & 2021 di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, beliau telah berbincang secara tidak rasmi bersama seorang Menteri Besar dan bersetuju agar PRN untuk enam negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) diadakan serentak bagi memudahkan pengundi menjalankan tanggungjawab mereka.
"Kami bersetuju supaya kesemua lima Menteri Besar dan seorang Ketua Menteri ini untuk duduk kembali (berbincang) ketika tempoh Majlis Mesyuarat Raja-Raja pada minggu hadapan.
"Kebetulan, kami semua ada di Kuala Lumpur ketika itu...jadi kami akan berjumpa balik dalam tempoh tersebut bagi membincangkan perkara tersebut," katanya.
Jelasnya, enam negeri yang akan terlibat dalam PRN ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang.
Ketika mengulas perundingan kerusi kepada BERSATU yang sepatutnya diadakan Selasa lalu, Ahmad Samsuri berkata, perbincangan itu terpaksa ditangguhkan.
"Walaupun begitu saya ada bertemu dan berbincang juga dengan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk berbincang mengenai prinsip-prinsip atau dasar dalam perundingan kerusi ini.
"Pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan adakan pertemuan untuk rundingan agihan kerusi dalam tempoh dua minggu akan datang," katanya.
12 Feb 23
472