Artikel "Semasa" Terkini
Jambatan Angkat Bergelap Sejam Sahut Kempen 'Earth Hour'
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Jambatan Angkat Kuala Terengganu pada malam tadi telah bergelap selama satu jam bagi menyahut kempen 'Earth Hour' bertemakan 'Invest On Our Planet'.
Ketua Pegawai Eksekutif TI Properties Sdn Bhd, Awasi Mohamad berkata, lampu yang meneranggi sepanjang jambatan ikonik itu telah dipadamkan bermula jam 8.30 hingga 9.30 malam.
"Dengan mengambil langkah-langkah kecil ini, ia mampu membawa impak besar terhadap bumi kita dan memberi inspirasi kepada semua untuk membuat perubahan ke arah masa depan yang mampan.
"Saya harap kempen ini mendapat sokongan semua pihak dalam mewujudkan dunia yang lebih mampan dan memberi impak positif kepada perubahan iklim negara,"katanya menerusi suatu kenyataan, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya sentiasa menyahut kempen tersebut pada setiap tahun dalam usaha menyokong dan menjayakan pemulihan bumi.
" Ia adalah kempen global yang menyatukan komuniti di seluruh dunia bagi melindungi planet ini dengan menggalakkan orang ramai menutup lampu satu jam sebagai isyarat simbolik perpaduan.
"Bagi meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim dan kesan alam sekitar daripada penggunaan cahaya,"ujarnya.
Menurutnya, antara perkara yang boleh dilakukan oleh orang ramai bagi menyahut kempen berkenaan adalah dengan mencabur soket elektronik apabila tidak digunakan.
"Bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan gunakan mentol lampu serta peralatan yang cekap tenaga bagi penjimatan elektrik,"ujarnya.
26 Mar 23
263
PN Tak Bermusuh Dengan Pejuang
Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai gabungan itu tidak bermaksud mereka bermusuh.
26 Mar 23
46
Menara MOCN Pertama Malaysia Beroperasi di Alur Limbat
Menara JENDELA Celcom di Malaysia yang pertama beroperasi secara ‘Multi Operator Core Network’ (MOCN) kini beroperasi sepenuhnya bagi manfaat penduduk sekitar Alur Limbat.
26 Mar 23
142
Hasil Kebun Warga Majlis Daerah Marang Dikongsi Bersama
Inisiatif pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Marang manfaatkan ruang tanah terbiar di jabatan itu bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan pejabat malah turut membantu mengawal impak karbon.
26 Mar 23
77
Bayaran DKKP : Terengganu Pegang Janji PM
Kerajaan negeri berpegang kepada janji Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) akan dibayar seperti biasa dan optimis diberi sebelum berakhir Mac.
26 Mar 23
48
Madinah Ramadan Bermula 30 Mac
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Program Madinah Ramadan bakal memeriahkan kembali malam di bulan puasa ini apabila ia kembali diteruskan pada 30 Mac nanti.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Terengganui sepertinya sudah tidak sabar lagi untuk merasai kemeriahannya sejak ia diadakan sebelum ini.
"Baru ini ada yang bertanya di media sosial facebook saya tentang program (Madinah) Ramadan yang kita telah jalankan sebelum ini.
"Alhamdulillah, seperti tahun sebelumnya kita juga meneruskan program ini dan bermula pada 30 Mac 2023, Dataran Jambatan Angkat Terengganu menjadi destinasi pilihan kali ini, jemput hadir beramai-ramai,"ujarnya.
Beliau berkata demikian melalui facebooknya, di sini, semalam.
Untuk rekod, Madinah Ramadan merupakan inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan negeri bermula 2018 untuk menyebar luaksan usaha dakwah serta menyampaikan ilmu kepada masyarakat Terengganu bagi memenuhi bulan ini dengan melakukan perkara bermanfaat.
Antara acara yang dijangka akan diadakan selama 12 hari sebagaimana sebelum ini ialah berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah kemudiaan disusuli solat Tarawih.
Selain akan turut diisi dengan tazkirah, bicara ilmu, ceramah Badar al-Kubra dan Nurul al-Qur'an serta pelbagai lagi aktiviti yang akan menjadikan sambutan bulan ini akan pernuh bermakna.
26 Mar 23
466
Awas Geng Plastik Hitam, Anda Diperhatikan
KUALA TERENGGANU, 24 Mac- 'Geng plastik hitam' yang tidak berpuasa kini dalam 'radar' Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sepanjang Ramadan ini.
Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan JHEAT, Khairul Azizi Idris berkata, rondaan berkala oleh anggota penguat kuasa akan terus diperhebatkan dari masa ke masa untuk memastikan tiada pelanggaran dilakukan oleh umat Islam.
"Hasil pemantauan yang dilakukan tahun-tahun sebelum ini, golongan yang tidak berpuasa itu akan membeli makanan dari kedai-kedai atau warung yang menjual makanan pada waktu tengahari.
"Antara alasan yang sering diberikan oleh 'geng plastik hitam' adalah membeli makanan untuk anak kecil dan isteri yang uzur, penat kerana bekerja berat dan sedang sakit pada Ramadan tahun lepas," katanya ketika dihubungi pemberita.
Justeru itu katanya, Bahagian Penguatkuasaan JHEAT dan Unit Penguatkuasaan Syariah daerah akan menggandakan rondaan dan pemantauan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti menjadi tempat melepak untuk geng plastik hitam ini.
"Kebanyakan mereka memilih untuk makan di tempat yang sunyi dan tersorok dari orang ramai bagi mengelakkan perbuatan itu terbongkar.
"Antara lokasi panas pilihan geng plastik hitam seperti di tempat perkelahan, kawasan perindustrian, tapak pembinaan dan tempat rekreasi yang terpencil," katanya.
Individu yang ditangkap kerana makan dan minum termasuk merokok secara terbuka di tempat awam pada bulan Ramadan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir 2001.
Tambah Khairul, pihaknya
akan memantau penjualan makanan kepada mereka yang tidak berpuasa terutama di kawasan terbuka.
"Umat Islam yang didapati melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak lebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Dalam masa yang sama, pemantauan juga akan dibuat sekiranya geng plastik hitam menggunakan aplikasi media sosial untuk membuat tempahan makanan.
"Mungkin mereka beranggapan cara itu lebih selamat dengan menggunakan anak kecil dan wanita yang uzur sebagai alasan munasabah," ujarnya.
Menurutnya lagi, Bahagian Penguatkuasaan JHEAT komited menjalankan pemantauan berterusan dan menyiasat aduan berkaitan sekiranya ada bagi memastikan kesucian Ramadan terpelihara.
24 Mar 23
484
Maahad Tahfiz Jalin Kerjasama Strategik Dengan Kolej Komuniti
Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Kolej Komuniti Kuala Terengganu dalam memastikan pelajarnya terus mendapat kemahiran lain untuk menjamin kebolehpasaran apabila tamat pengajian kelak.
23 Mar 23
193
Hasil Kebun Warga Majlis Daerah Marang Dikongsi Bersama
MARANG, 23 Mac - Inisiatif pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Marang manfaatkan ruang tanah terbiar di jabatan itu bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan pejabat malah turut membantu mengawal impak karbon.
Yang Dipertuanya, Zuwislan Awang berkata, pelaksanaan projek menghijaukan kawasan berkenaan secara tidak langsung juga menjimatkan perbelanjaan dapur warga jabatan.
“Ketika bertukar ke sini pada Mac 2022, saya lihat ada ‘pocket land’ atau tanah-tanah yang tidak besar ruangnya berpotensi untuk dimajukan dengan pelbagai tanaman yang boleh mendatangkan hasil dan dalam masa yang sama ia merupakan salah satu usaha menjadikan daerah ini sebagai bandar rendah karbon.
“Kawasan ‘pocket land’ ini kemudiannya dibahagikan kepada empat zon iaitu laman meranti, tembesu, cengal dan jati. Kita ada Bahagian Landskap yang membekalkan baja dan benih. Pegawai dan kakitangan yang ditugaskan diberi kebebasan untuk menanam apa jua sayur-sayuran dan buah-buahan yang mereka mahu.
“Alhamdulillah sejak usahakan setahun lalu, sudah beberapa kali hasil tanaman seperti kangkung, terung, bayam, cili, bendi, kacang panjang, tomato, pudina dan lain-lain dituai dan ada zon yang boleh jual hasil sayur-sayuran yang ditanam dan mendermakan keuntungan yang diperolehi kepada tabung-tabung kebajikan,” ujarnya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.
Katanya, setiap pagi Khamis, warga jabatan akan manfaatkan waktu tersebut untuk mengindahkan laman masing-masing selain mengutip hasil tanaman untuk dikongsi bersama.
Zuwislan berkata, memandangkan kawasan majlis agak terhad beliau berhasrat untuk kembangkan projek tersebut kepada sekolah dan komuniti setempat.
“Setakat ini, kita telah mengadakan perbincangan bersama beberapa sekolah, Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Kawasan Rukun Tertangganu (KRT) dan ada yang menunjukkan minat. Insyaallah lepas Aidilfitri kita akan laksanakan,” ujarnya.
23 Mar 23
585
PN Tak Bermusuh Dengan Pejuang
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk menyertai gabungan itu tidak bermaksud mereka bermusuh.
Naib Presiden PAS, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mempunyai alasan tertentu apabila membuat tindakan tersebut.
"Saya tidak mahu sebut sebab-sebanya itu, kerana ia akan menyentuh parti-parti lain, tetapi sudah tentu ada hujan-hujah tertentu kenapa tidak diterima.
"Bukan bermakna (kita) hendak bergaduh atau berseteru dengan parti-parti ini tetapi sebab-sebab yang berkait dengan (strategi) pilihan raya dan sebagainya," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas Majlis Penyerahan Bantuan One-Off kepada 141 imam dan bilal di negeri ini, di bawah Skim Mubaligh, di Perkarangan U2, di Wisma Darul Iman (WDI), hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.
Mengulas lanjut Ahmad Samsuri berkata, keputusan itu juga tidak bermakna pintu rundingan ditutup sampai bila-bila, sebaliknya perbincangan di masa akan datang boleh dipertimbangkan kembali.
"Saya rasa lebih baik bertanya kepada Setiausaha Agung PN (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) untuk memberikan jawapan yang lebih baik (kenapa menolak Pejuang).
"Kita (buat keputusan) bersama dalam mesyuarat, tidak membuat kenyataan yang berbeza di luar mesyuarat melibatkan seluruh kepimpinan PN,"ujarnya lagi.
22 Mar 23
305