Artikel "Semasa" Terkini
3,608 Graduan UniSZA Dirai Dalam Konvokesyen Ke-15
KUALA TERENGGANU, 5 November- Seramai 3,608 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) diraikan dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-15 selama empat hari bermula hari ini.
Naib Canselornya, Prof. Dato' Dr. Fadzli Adam berkata, graduan yang diraikan terdiri daripada 111 penerima ijazah doktor falsafah, 76 ijazah sarjana, 110 diploma pascasiswazah pendidikan, 2,057 ijazah sarjana muda dan 1,254 diploma.
"Jumlah ini termasuk 27 graduan sulung program Sarjana Muda Farmasi (Kepujian). Majlis turut meraikan 16 graduan dari Republik Mauritius yang berjaya memperoleh Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab (Dengan Kepujian) menerusi program pesisir, " ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada sidang pertama Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-15 yang disempurnakan oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UniSZA, hari ini.
Katanya, UniSZA buat julung kali turut menganugerahkan Profesor Emeritus kepada Dato' Dr. Alias Daud, yang merupakan mantan Naib Canselor UniSZA dan juga profesor di Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT), UniSZA.
"Manakala Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang Sariyan yang berjasa memartabatkan Bahasa Melayu pula dianugerahkan sebagai penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan, " katanya.
Beliau dalam masa sama memaklumkan, selain PhD, majlis konvokesyen terbabit turut menyaksikan penyampaian anugerah lain seperti Anugerah Pelajaran Diraja Pingat Jaya Cemerlang serta Anugerah Terbaik Fakulti (Pingat Ibnu Al-Baytar) kepada graduan terpilih.
05 Nov 23
515
Tun M Kagum Pengusaha Produk Makanan di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 November - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dua syarikat perusahaan makanan di Kuala Terengganu semasa lawatan kerja sebagai Penasihat Kehormat kepada empat negeri (SG4) di sini.
Menurutnya, beliau bangga kerana ada pengusaha Melayu yang menggunakan cara moden mengeluarkan produk barangan makanan untuk eksport ke Australia, Singapura, Korea Selatan, Jepun, Saudi, Ireland dan lain-lain.
Katanya, penggunaan mesin boleh percepat dan perbanyakkan produk mereka di samping menjaga konsistensi sesuatu produk.
“Lawatan tersebut diadakan di kilang pengusaha AdeqSue yang menyediakan makanan siap masak dalam bentuk pek (package), dan Muslim Food Industries.
“Perusahaan tersebut mengeluarkan makanan seperti bihun, mee, laksa, kuetiau, bebola ikan dan lain-lain,” katanya dalam satu hantaran di laman facebook rasmi miliknya kelmarin.
Tambah Tun Dr Mahathir, kedua-dua perusahaan itu menggunakan jentera mesin yang boleh hasilkan pengeluaran dalam jumlah besar dan memenuhi permintaan.
“Ia merupakan contoh terbaik yang boleh dijadikan panduan kepada pengusaha lain yang berminat dalam bidang sebegini.
"Industri pembuatan dan pembungkusan seperti ini mempunyai permintaan harian kerana barang makanan biasanya diperlukan setiap hari,” katanya.
Selain itu, perusahaan ini juga memerlukan pengurusan logistik yang cekap bagi menentukan ia sampai ke pasaran.
Jelasnya lagi, apabila sesuatu industri diadakan, ianya membuka peluang kerja kepada orang tempatan dan sekeliling.
Beliau berkata, keperluan logistik menghantar produk itu tadi juga adalah peluang kerja kerana kenderaan memerlukan pengendali seperti kelindan dan pemandu.
“Ini sahaja sudah beri pendapatan kepada orang tempatan dan kitaran ekonomi berlaku secara tidak langsung.
“Selain peluang kerja, saya dapati perusahaan seperti ini mengajar peniaga bagaimana membekal mengikut permintaan.
“Jika kita masak secara manual dalam jumlah sedikit, ini sekadar memenuhi permintaan sekeliling kita sahaja.
“Tetapi jika kita guna mesin atau jentera dan adaptasi kaedah pengeluaran secara besar-besaran, bukan sahaja permintaan sekeliling boleh dipenuhi malah permintaan di luar kawasan termasuk di luar negara juga kita mampu penuhi dan kuasai.
“Kita perlu hantar barangan kita ke negara-negara lain, jadi pasaran bukan lagi sekadar di kampung atau dalam negara tetapi terus ke peringkat antarabangsa,” ujarnya.
05 Nov 23
3085
PETRONAS Sumbang RM 298,100 Untuk Rumah Perlindungan HIV
Yayasan PETRONAS (YP) menerusi yayasan AIDS Malaysia (MAF) menyumbangkan sebanyak RM298,100 bagi membantu anggota Pertubuhan Komuniti Cakna Terengganu.
05 Nov 23
7
Kadar Pengangguran Terengganu Turun ke 3.6 Peratus
Kadar pengangguran di Terengganu mencatat penurunan kepada 3.6 peratus tahun lalu berbanding 4 peratus tahun sebelumnya.
05 Nov 23
9
Terengganu Memiliki Balai Cerap Moden dan Lengkap
Terengganu bukan sahaja memiliki ramai alim ulama serta tenaga yang berkepakaran dalam bidang ilmu falak tetapi negeri ini mempunyai balai cerap paling moden dan serba lengkap.
05 Nov 23
233
Polis Terengganu Lupus Dadah Bernilai RM6.2 Juta
Polis Terengganu akan melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM6.2 juta yang dirampas sepanjang 27 tahun bermula 1996 hingga 2023.
05 Nov 23
89
Havoc Asean Food Festival Himpun Makanan Lima Negara
Havoc Event & Management Sdn Bhd dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Terengganu telah menganjurkan Havoc Asean Food Festival dengan menghimpunkan makanan pelbagai variasi popular dari lima buah negara asia.
05 Nov 23
246
Primula Raih Anugerah di IDEA Award 2023
KUALA TERENGGANU, 5 November - Primula Beach Hotel melakar satu lagi sejarah apabila meraih anugerah 'Consumer Choice Brand' pada malam Anugerah Usahawan Berprestij Islam (IDEA Award 2023).
Pengurus Besar, Suaibah Harun berkata Anugerah IDEA Award 2023 menjadi platform yang luar biasa untuk mengiktiraf usaha cemerlang usahawan Muslim di Malaysia, serta menyokong pertumbuhan perniagaan komuniti Muslim
yang cemerlang dan berdaya saing.
Katanya, anugerah tersebut bukan sahaja milik Primula Beach Hotel tetapi juga tanda kejayaan bersama sebagai salah satu anak syarikat milik kerajaan negeri.
"Keunikan anugerah ini tidak hanya mengiktiraf pencapaian dalam bidang perniagaan, tetapi juga menilai kesediaan usahawan terbilang untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT melalui perniagaan.
"Sekali gus dalam usaha memenuhi tuntutan fardhu kifayah dengan menyediakan perkhidmatan serta manfaat kepada seluruh masyarakat," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.
Anugerah berprestij ini dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Muslim Insiders dan diadakan di Hotel St Regis Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pemenang anugerah menerima trofi dengan ukiran khat 'Mari Menuju Kejayaan' sebagai simbolik pencapaian cemerlang mereka dalam dunia perniagaan.
IDEA Award 2023 bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada usahawan Muslim yang telah mencapai tahap keunggulan luar biasa dalam pelbagai sektor ekonomi.
Anugerah ini juga memupuk kerjasama dengan pemilik perniagaan bukan Islam yang
mengamalkan ciri-ciri 'Muslim-friendly businesses'.
05 Nov 23
254
Terengganu Jadi Tuan Rumah Muzakarah Falak Kebangsaan
Terengganu telah terpilih menjadi tuan rumah sempena Muzakarah Falak Peringkat Kebangsaan 2023.
05 Nov 23
92
MB, Presiden PAS Terima Kunjungan Tun M
KUALA TERENGGANU, 2 November – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada hari ini.
Tun Dr Mahathir bertemu Ahmad Samsuri pada jam 10.30 pagi di bangunan Wisma Darul Iman dan mengadakan pertemuan selama dua jam.
Ahmad Samsuri dalam catatan di akaun Facebook rasminya berkata pertemuan itu memperkemaskan lagi kerjasama antara negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Buah fikiran serta pengalaman beliau begitu mahal buat kami.
“Terima kasih Tun M sudi datang ke negeri cantik, Terengganu Darul Iman,” ujar kenyataan itu.
Tun Dr Mahathir kemudiannya beredar meninggalkan Wisma Darul Iman dan menuju ke rumah Presiden Parti Islam Se-malaysia (PAS) yang terletak di Rusile, Marang.
Beliau menunaikan solat zuhur secara berjemaah di Masjid Rusile sebelum mengadakan pertemuan bersama Abdul Hadi.
Tambah Ahmad Samsuri, apabila figura tokoh negarawan yang dihormati dan disegani bertemu, banyak bicara mereka.
“Kita yang masih muda ini, perlu banyak menuntut daripada kedua-duanya,” ujarnya.
Selepas kunjungan hormat itu, Tun Dr Mahathir bersama delegasi sempat singgah di Warung Pok Nong sebelum berangkat pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).
02 Nov 23
231