lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Bayi 17 Bulan Maut Disyaki Didera Rakan Lelaki Ibu
Bayi 17 Bulan Maut Disyaki Didera Rakan Lelaki Ibu
BESUT, 9 November – Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan maut dipercayai didera oleh teman lelaki kepada ibu mangsa..  Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan dari Klinik Kesihatan Kampung Raja, di sini pada 8 November yang memaklumkan mangsa meninggal dunia di klinik itu. “Hasil siasatan awal mendapati bayi berkenaan telah diserahkan ibunya yang berusia 27 tahun kepada suspek pada Selasa lepas untuk dijaga pada kira-kira 4 petang. "Mangsa kemudian dihantar semula kepada ibunya pada 7.30 pagi semalam bagaimanapun dalam keadaan tidak sedarkan diri selain mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Abdul Rozak, hasil bedah siasat awal di Hospital Sultanah Nur Zahirah mendapati terdapat kebocoran pada usus kecil mangsa yang dipercayai menyebabkan kematian bayi itu. Namun begitu, beliau berkata,  punca kebocoran usus belum dapat dipastikan sama ada di sebabkan trauma atau jangkitan kuman dan memerlukan sampel di hantar ke makmal. Susulan itu, polis telah menahan ibu mangsa yang merupakan ibu tunggal bagi membantu siasatan dan akan direman hari ini.Pihak polis juga sedang mengesan rakan lelaki suspek. "Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta kanak-kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak yang boleh disabitkan denda tidak melebihi RM 20,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau keduanya. "Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes boleh menghubungi ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222," katanya.
09 Nov 23
438
Kerajaan Negeri Lancar Kenyir Geopark
Kerajaan Negeri Lancar Kenyir Geopark
KUALA TERENGGANU, 9 November- Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Pelancongan terus memperkasa kempen promosi Beautiful Terengganu menerusi penyertaan di World Travel Market (WTM London) 2023 yang berlangsung selama tiga hari berakhir 8 November lalu di ExCel Hall, London. Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dato’ Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak yang mengetuai delegasi itu berkata, penyertaan Kerajaan Negeri diharap mampu melonjakkan lagi imej Terengganu sebagai destinasi percutian yang mampu menawarkan pelbagai keunikan dan keindahan Malaysia. “Pada WTM London kali ini, Kerajaan Negeri turut mempromosikan produk-produk pelancongan eko yang terdapat di Terengganu selari dengan tema kempen promosi yang dibawa Tourism Malaysia, “Discover the charms of Terengganu’s Nature”. “Selain melancarkan logo Kenyir Geopark sebagai usaha penjenamaan promosi destinasi pelancongan eko tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan. Mengulas lanjut katanya, penjenamaan semula kluster pelancongan iaitu Tasik Kenyir kepada Kenyir Geopark diharap dapat memberikan dimensi baharu pelancongan dalam mempromosikan Kenyir Geopark sebagai destinasi pelancongan eko terkemuka dalam negara. “Diiktiraf secara rasmi sebagai tapak geopark pada 31 Mei lalu, Kawasan Geopark Kenyir berkeluasan 244,900 hektar merangkumi kawasan Tasik Kenyir seluas 26,000 hektar, 340 buah pulau, 15 kawasan geotapak antaranya fosil kesan tapak kaki dinasour, batu kapur Bukit Bewah, penara Gunung Gagau.  “11 tapak warisan budaya seperti Batu Bersurat, Makam Tok Gajah, Kampung Tradisi, serta 10 lokasi biotapak antaranya Gua Bewah, Gua Taat, Sungai Lawit, Taman Orkid, Gunung Gagau dan Santuari Gajah. Termasuk Gua Bewah sebagai tapak geoarkeologi terpenting dalam pembentukan geopark,” jelasnya. Untuk rekod, seramai 2.8 juta pelancong telah hadir ke Terengganu sepanjang tahun ini (bermula Januari hingga Ogos 2023) , manakala statistik kedatangan pelancong tempatan ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian dari tahun 2020 sehingga Ogos 2023 adalah seramai 431,656 pelancong. Sejumlah 96,298 pelancong asing turut direkodkan hadir kedua pulau tersebut pada tempoh sama.  
09 Nov 23
283
Sultan Terengganu Berkenan Kurnia Hadiah Pertandingan Sultan Mizan Underwater Photography
Sultan Terengganu Berkenan Kurnia Hadiah Pertandingan Sultan Mizan Underwater Photography
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Sultan Mizan Underwater Photography Award 2023.
08 Nov 23
137
TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
TI Properties Catat Keuntungan Lebih RM2 Juta
TI Properties salah satu anak syarikat yang berada di bawah Terengganu Incorporated berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 2,039,652 juta pada tahun 2022.
08 Nov 23
190
Bacaan Qunut Nazilah, Solat Hajat di Masjid Seluruh Terengganu
Bacaan Qunut Nazilah, Solat Hajat di Masjid Seluruh Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 November – Semua Masjid di seluruh Terengganu diminta untuk mengadakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah setiap kali lepas solat bermula Jumaat ini. Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M Rozi Bidin berkata arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Masjid di lapan daerah negeri ini.  Katanya, ia berikutan situasi terkini yang berlaku kepada umat Islam di Palestin. “Serta memohon kepada Allah SWT agar memberikan keselamatan kepada umat Islam di sana,” katanya dalam kenyataan pada hari ini. Pertempuran antara Hamas, pihak berkuasa di Semenanjung Gaza dan rejim Israel sejak 7 Oktober lepas telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa. Setakat ini, angka kematian penduduk Palestin akibat pengeboman Israel secara berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 10,328 orang.            
08 Nov 23
382
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
GLC Ditagih Tambah Baik Zoo Kemaman
Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Terengganu diharap dapat membantu memajukan Zoo Kemaman dengan menambah haiwan yang berpotensi menjadi daya tarikan untuk meningkatkan jumlah pengunjung.
08 Nov 23
126
Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Diwartakan Januari 2024
Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Diwartakan Januari 2024
KUALA TERENGGANU, 8 November - Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 seperti perbomohan dan sihir akan diwartakan pada Januari 2024. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pada masa ini pindaan yang diluluskan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dalam proses untuk diwartakan. “Kita baru sahaja bermesyuarat di bawah Jawatankuasa Penyelarasan Pemerkasaan Syariah di mana untuk Negeri Terengganu alhamdulillah, kita mempunyai enakmen jenayah syariah yang merupakan enakmen ibu yang telah diluluskan dan digunapakai sejak tahun 2001. “Pada hari ini, kita telah membuat beberapa pindaan untuk diperkasakan enakmen tersebut, di mana pindaan-pindaan tersebut telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pada tahun 2022. Jadi ia masih lagi dalam proses untuk diwartakan dan akan digunapakai setelah melalui proses seterusnya dengan entiti yang lebih tinggi,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil daripada Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri, JHEAT, MAIDAM, Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri dan Pejabat Penjara Negeri Terengganu. Mengulas lanjut katanya, pindaan tersebut yang pertamanya ialah melibatkan 17 peningkatan kadar hukuman. “Di mana dalam enakmen yang lalu (enakmen 2001), hukuman-hukuman itu telah ada tetapi tidak boleh menjangkau hukuman ‘356’ iaitu tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam kali sebatan. “Kesemua kesalahan-kesalahan takzir yang melibatkan unsur-unsur mempersendakan agama Islam, pemujaan, sihir dan seumpamanya kita tingkatkan semaksima mungkin. Maknanya, maksimum di situ ialah hukuman ‘356’ yang saya sebutkan tadi,” jelasnya. Tambah beliau, antara pindaannya juga dimasukkan seksyen-seksyen baharu dalam pindaan ini iaitu berkait dengan perbomohan dan sihir dikira sebagai satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman takzir. “Ketiganya, ialah pindaan terhadap peruntukan sedia ada,” ujarnya. Katanya, kerajaan negeri akan terus berusaha untuk memartabatkan syariah Islam di Negeri Terengganu ini mengikut kadar kemampuan yang dimiliki.  
08 Nov 23
308
Nur Aufa Raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Nur Aufa Raih Anugerah Pelajaran Diraja UniSZA
Kesukaran mengikuti pembelajaran ketika di peringkat sekolah menengah akibat diuji dengan masalah kesihatan, tidak menghalang Nur Aufa Johan,24, untuk akhirnya lulus cemerlang dan berjaya menggenggam segulung ijazah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
07 Nov 23
952
Terengganu Juara MAKSAK Berbasikal 2023
Terengganu Juara MAKSAK Berbasikal 2023
 Terengganu muncul juara keseluruhan kejohanan berbasikal Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 2023.
07 Nov 23
289
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Sabtu Ini Hingga Mac 2024
Musim Tengkujuh Dijangka Bermula Sabtu Ini Hingga Mac 2024
KUALA TERENGGANU, 7 November - Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 November 2023 dan sehingga Mac 2024. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata dalam sepanjang tempoh ini, empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku . "Semasa fasa awal MTL dari November 2023 hingga Januari 2024, episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. “Namun, sekiranya luruan monsun yang berlaku adalah kuat dan pada masa yang sama wujud sistem cuaca tekanan rendah, hujan lebat berterusan boleh berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia," katanya menerusi kenyataan itu. Jelasnya, hujan lebat berterusan boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan rendah dan kawasan kerap banjir dan sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan air pasang besar dan luruan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih ekstrem. Selain itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang boleh menyebabkan laut bergelora, risiko kenaikan paras laut dan ombak besar di perairan Laut China Selatan. "Manakala, pada fasa akhir MTL iaitu Februari hingga Mac 2024 dijangkakan utara Semenanjung (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu), Sabah, Labuan dan utara Sarawak mengalami kurang hujan.  “Keadaan cuaca panas dan kering yang dijangka bermula Mac 2024 berpotensi menyebabkan berlakunya gelombang haba," katanya. Situasi itu berikutan El Nino yang dijangka berterusan sehingga pertengahan 2024 dan Indian Ocean Dipole (IOD) positif pula dijangka sehingga suku pertama tahun 2024. Sehubungan itu, Met Malaysia menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkannya melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia.  
07 Nov 23
467