Artikel "Semasa" Terkini
Mangsa Banjir di Terengganu Meningkat, 11 PPS Dibuka
KUALA TERENGGANU, 20 November - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan kepada 1070 mangsa daripada 321 keluarga di tiga daerah setakat jam 8 malam hari ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu tujuh di Kuala Nerus, Kuala Terengganu (tiga) dan Setiu (satu).
"Kuala Nerus merekodkan mangsa teramai dengan 564 orang terjejas selepas kediaman dinaiki air.
"Semua mangsa daripada 166 keluarga kini ditempatkan di tujuh PPS di daerah berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan sejak semalam.
Secara keseluruhan, hujan melanda di seluruh Terengganu bermula awal pagi tadi dengan penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter di sekitar daerah Kuala Terengganu.
Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa tempat di Terengganu.
20 Nov 23
233
Sungai Terengganu Lepasi Paras Bahaya
KUALA TERENGGANU,20 November - Paras air Sungai Terengganu di Parit Utama, Padang Kemunting (Kuala Nerus) telah melepasi tahap bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.85 meter(m) berbanding tahap bahayanya ialah 3.8m.
Rekod tersebut dicatatkan setakat jam 3 petang tadi berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my.
Manakala dua lagi sungai di negeri ini masing-masing melebihi paras amaran dan waspada iaitu Sungai Chalok di Jambatan Setiu merekodkan bacaan 8.26m melebihi tahap amaran 7.7m dan Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaan 16.52m melebihi paras waspada iaitu 16m .
20 Nov 23
1728
Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon
KEMAMAN, 20 November - Kalangan pimpinan UMNO ramai yang terkejut serta mungkin tidak menjangkakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipertaruhkan oleh PAS sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sehingga timbul suasana tidak tenteram dalam kem kerajaan gabungan parti tersebut.
Ahmad Samsuri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri dalam kalangan parti UMNO mengenai situasi tersebut sehingga mengeluarkan pelbagai kenyataan seperti perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar,.
Katanya, ada juga pihak lawan menyatakan beliau tamak jawatan sedangkan perkara itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi negara.
"Terkejut di belah belah sana, (kerana) mereka (UMNO) tidak menjangkakan, orang Terengganu kata 'settok' dalam keadaan demikian macam-macam keluar (daripada) pemikiran dan (pelbagai) persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang menteri yang berkenaan.
"Mungkin 'stres' dalam keadaan begitu, lari habis perancangan dia, maka timbullah kenyataan-kenyataan demikian," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program sembang santai yang disiarkan melalui platform media sosial, di sini, hari ini.
Justeru, Ahmad Samsuri menasihatkan pihak lawan agar menghadapi PRK kali ini dengan penuh tenang serta bersaing secara sihat.
"Nasihat saya kepada mereka 'cool down'. rileks, jangan rasa 'stress' jadi kita hadaplah pilihan raya ini dengan penuh ketenangan, insya-Allah," ujarnya.
20 Nov 23
196
Pembudayaan Inovasi Sektor Awam Mampu Tambahbaik Penyampaian Perkhidmatan
KUALA TERENGGANU, 20 November- Pembudayaan inovasi di sektor awam mampu menambahbaik penyampaian perkhidmatan untuk manfaat rakyat dan negara.
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja berkata, pembudayaan inovasi mampu mengubah masyarakat daripada masyarakat pengguna semata-mata kepada yang aktif menyumbang dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan baharu.
“Seterusnya akan mencorak revolusi digital dan teknologi yang dapat menyumbang dalam merealisasikan visi Malaysia MADANI.
“Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia dimana kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Anugerah Persada Inovasi Terengganu 2023 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Katanya, kreativiti dan inovasi menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan.
“Melalui inovasi, kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi, kedua-dua elemen ini sangat diperlukan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan berdaya saing selaras dengan gerakan Revolusi Industri 4.0,” ujarnya.
Juteru beliau menyarankan semua penjawat awam harus menginovasikan sistem perkhidmatan yang lebih baik terhadap masyarakat dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa.
“Jangan pasif untuk mencadangkan sesuatu idea dan sistem baharu,” ujarnya.
20 Nov 23
118
Mangsa Banjir Terus Meningkat ke 1,418 Orang
Mangsa banjir terus meningkat sebanyak 1,418 orang yang melibatkan 396 keluarga di Terengganu.
20 Nov 23
48
Pertembungan Dua Penjuru di PRK Kemaman
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS-Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
20 Nov 23
118
Perkemas Dan Perkukuh Kebajikan Untuk Rakyat- Dr Sam
Isu tempatan dan nasional menjadi fokus calon Perikatan Nasional (PN-PAS) Parlimen Kemaman, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam membentuk manifesto yang mahu ditawarkan kepada rakyat di kawasan berkenaan.
20 Nov 23
159
Dr Sam Tidak Perlu Letak Jawatan - Abdul Hadi
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu meletakkan jawatannya setelah dipilih sebagai calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.
20 Nov 23
154
Cabaran 4x4 KBS Zon Timur Terima Sambutan Mengujakan
Penganjuran Malaysia Active Motorsport @ Cabaran 4x4 KBS Peringkat Zon Timur 2023 yang berakhir semalam, menjadi tumpuan apabila berjaya menghimpunkan penyertaan seramai 150 peminat kenderaan pacuan empat roda meskipun berlangsung dalam suasana hujan lebat.
20 Nov 23
117
Undang-undang Syariah Cuba Dirobek Musuh
Status undang-undang syariah berada di tahap membimbangkan apabila wujud usaha pihak tertentu yang cuba menggugat enakmen syariah di negeri dan negara ini.
20 Nov 23
66