Artikel "Semasa" Terkini
Adakan Munajat Agar PM Kembalikan Royalti Terengganu
Rakyat negeri ini diseru mengadakan munajat dengan melakukan solat hajat dan berdoa agar Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilembutkan hati sekali gus memulangkan kembali hak royalti petroleum.
29 Nov 23
111
Tambah Kawasan Industri, Kurangkan Kebergantungan Hasil Petroleum
Kerajaan negeri disarankan menambah kawasan industri di Terengganu, agar pertumbuhan ekonomi semakin rancak dan kebergantungan pada hasil minyak dapat dikurangkan.
29 Nov 23
100
Pinjaman Tanpa Caj Bantu Belia Ceburi Sektor Pertanian
KUALA TERENGGANU, 29 November- Kerajaan Negeri memperkenalkan kemudahan pinjaman tanpa faedah mulai tahun 2019 bagi penyediaan modal permulaan kepada golongan muda yang berminat menceburi sektor pertanian.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ianya melalui Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) bagi membantu mereka (anak muda) yang terlibat dengan bidang pertanian, penternakan dan perikanan.
“Tumpuan pelaksanaan skim ini adalah kepada aktiviti pengeluaran makanan dan skim bantuan dalam bentuk barangan.
“Pada tahun ini, sebanyak RM 2 juta diperuntuk kepada golongan belia dalam SBMT bagi memulakan projek dalam sektor pertanian,” ujarnya pada Menyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-15 (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian bagi menjawab soalan lisan ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli yang ingin tahu mengenai apakah strategi kerajaan bagi penyediaan modal permulaan kepada golongan muda yang berminat menceburi sektor pertanian.
Mengulas lanjut katanya, melalui program Agropreneur Muda pula, kerajaan negeri menyediakan bantuan dalam bentuk geran kepada usahawan muda berumur antara 18 hingga 40 tahun yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
“Kerajaan melalui kerjasama strategik dengan Agrobank juga menyediakan pelbagai program dan inisiatif bagi menggalakkan golongan muda menceburi bidang pertanian.
“Antara bentuk bantuan untuk golongan belia termasuk pemberian dana kerajaan melalui Agrobank sebanyak RM950,000 sebagai modal permulaan petani muda serta peruntukan pinjaman RM100 juta kepada usahawan di bawah usia 40 tahun,” jelasnya.
Menurut beliau, Agrobank menerusi usahasama dengan para rakan strategiknya turut giat menguruskan Program Pembangunan Belia Tani dalam Kalangan Siswazah (PROBEST), terutama dalam penyediaan dana program di samping membangunkan usahawan belia tani dengan membekalkan latihan dan bimbingan keusahawanan, termasuk pemantauan dan pelaporan program.
29 Nov 23
433
Wanita Terengganu Akan Terus Diperkasa
Kerajaan negeri dengan kerjasama Urus Setia Wanita Terengganu (USWA) melalui Dasar Wanita Terengganu sentiasa menambah baik strategi dan perancangan bagi memastikan penglibatan wanita secara optimum dan sistematik.
29 Nov 23
94
Usahawan Terengganu Berpotensi Pasar Produk Halal Ke Peringkat Global
Usahawan Terengganu digesa mengambil peluang bagi memasarkan produk halal yang berkualiti ke peringkat antarabangsa.
29 Nov 23
118
Tangani Penyalahgunaan Dadah Melalui Program Pembangunan Belia
Kerajaan negeri memberi penekanan kepada program pembangunan belia sebagai salah satu strategi utama dalam usaha menangani gejala penagihan najis dadah di kalangan generasi muda di Terengganu.
29 Nov 23
147
TADC, MCT Meterai Perjanjian Bangunkan Rimbunan Kasih
Jabatan Pertanian Terengganu, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) dan MCT Agriculture Sdn BHd (MCTA) menandatangani perjanjian bagi Projek Rimbunan Kasih Rantau Abang, Dungun di Wisma Darul Iman.
29 Nov 23
159
MB Terengganu Komited Pacu Pentadbiran Lebih Ke Hadapan
Persidangan Dewan Undangan Negerin(DUN) Terengganu pada kali ini sangat penting kerana ia melibatkan masa hadapan negeri selaras komitmen Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dalam memacu pentadbiran negeri lebih ke hadapan.
29 Nov 23
66
Lebih 500 peserta Sertai Bulan Keluarga Kebangsaan Terengganu
Seramai lebih 500 peserta mengambil bahagian dalam program Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Besut.
29 Nov 23
131
Lantik DDW, DDR Tambah Had Simpanan Bekalan Sepanjang Banjir
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melantik 86 pemborong utama (DDW) dan 162 peruncit terpilih (DDR) di setiap daerah di Terengganu bagi memastikan keperluan asas mencukupi ketika musim banjir.
29 Nov 23
73