Artikel "Semasa" Terkini
Penyelenggaraan Berkala Infrastruktur Sistem Saliran Kurang Risiko Banjir
KUALA TERENGGANU, 12 Disember- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu melaksanakan penyelenggaraan secara berkala infrastruktur sistem saliran sebagai usaha mengurangkan risiko kejadian banjir.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu merupakan salah satu inisiatif dilakukan JPS dalam menangani isu banjir sebelum musim tengkujuh 2023 di kawasan berisiko banjir di negeri ini.
“Keberkesanan projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem aliran yang sistematik boleh dipertingkatkan lagi dengan pembinaan saliran perumahan / kampung (dibina oleh PBT) yang menghubungkan sistem saliran utama/parit monsun (dibina oleh JPS) bagi mengurangkan banjir yang berlaku,” katanya.
Menurut beliau, sejumlah RM13,697,681 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan kerja penggalian sungai dan kerja yang berkaitan di bawah Program Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja-kerja kecemasan di luar jangka (sebelum dan selepas banjir) di bawah peruntukan persekutuan.
“Selain itu, bagi menampung aliran air banjir kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir turut dilaksanakan dengan peruntukan persekutuan sebanyak RM3.7 Juta.
“Sistem pengoperasian mekanikal dan elektrikal tebatan banjir turut diselenggara dengan sejumlah RM820,000.00 diperuntukkan,” jelasnya.
Manakala katanya, di pihak Kerajaan Negeri, sejumlah RM250,000 juga telah diperuntukkan bagi menyelenggara saliran bandar dan RM100,000 bagi penyelenggaraan muara sungai.
“Dengan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak JPS ini adalah diharapkan risiko kejadian banjir dapat dikurangkan sementara menunggu program-program penyelesaian jangka panjang disiapkan,” ujarnya.
12 Dec 23
281
Terengganu Teruskan Bacaan Qunut Nazilah
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Bacaan Qunut Nazilah beserta solat hajat setiap kali solat Jumaat diteruskan seperti biasa di setiap masjid masjid dalam negeri ini.
Peseruruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin berkata, amalan itu telah dimulakan sejak 10 November lalu sebagai tanda solidariti terhadapan rakyat Palestin yang ketika ini masih menghadapi kekejaman rejim Zionis.
"Setakat ini tiada sebarang perubahan melainkan ada arahan baru dikeluarkan mengikut keperluan," ujarnya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.
Dalam pada itu M Rozi, memohon umat Islam terus memperbanyakkan doa agar rakyat Palestin tidak akan berterusan ditindas dan banyak nyawa akan dapat diselamatkan.
12 Dec 23
184
Agong Rasmi Pemasangan Landasan Pertama ECRL
KUANTAN, 11 Disember - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), hari ini.
Dalam majlis yang penuh bersejarah di tapak Stesen ECRL Sekseyen 10 di Gebeng turut dihadiri Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, Ouyang Yujin dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.
Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ; Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Dato Mohd Nassuruddin Daud. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Pengerusi China Communication Company Ltd (CCCC), Wang Tongzhou.
Perasmian itu menandakan sebuah titik permulaan penuh bersejarah bagi memulakan pemasangan landasan pertama sejauh 94 kilometer (KM) dari Stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, di mana ia dijangka mengambil masa dalam tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan.
Selepas itu, projek ini akan disambung untuk memasang landasan dari Stesen KPC ke Temerloh, dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor.
Dalam pada itu, Pengerusi CCCC, Wang Tongzhou berkata majlis pelancaran ini merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di negara ini.
"Kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi kami untuk kecemerlangan, keselamatan dan kesinambungan komuniti,
"Inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang berhubung" ujarnya ketika menyampaikan persembahan ucapan.
Sementara itu,Anthony Loke memaklumkan kadar kemajuan Keseluruhan ECRL telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas ia selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, dan dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.
11 Dec 23
304
TFC Kalah Bermaruah
Terengganu Football Club (TFC) mempamerkan aksi cemerlang sebelum tewas ke atas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023.
10 Dec 23
123
Karnival Silat Gegarkan Gong Badak
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Yayasan Al Amin dengan kerjasama Kerajaan Terengganu akan menganjurkan Karnival Silat Kebangsaan (KSK) Kali Pertama 2023 di Stadium Tertutup Komplek Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak selama empat hari bermula 14 hingga 17 Disember ini.
10 Dec 23
395
KPKKT Terima Anugerah Best Brand Awards
KUALA TERENGGANU,9 Disember- Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu (KPKKT) berjaya merangkul anugerah Best Brand Awards 2022-2023 bagi kategori "Sustainable Forestry Management".
KPKKT berkata, anugerah tersebut telah diterima pada 6 Disember lalu dalam satu majlis yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
"Anugerah ini didedikasikan kepada semua warga KPKKT dan Golden Pharos Berhad Group di atas usaha yang keras sepanjang tahun untuk semaksimum mungkin menjaga kelestarian hutan.
"Di samping memenuhi keperluan permintaan dari industri perkayuan dengan mengusahasil secara "Selective Management System," ujar KPKKT dalam satu hantaran dilaman facebook rasmi jabatan itu.
Katanya, dengan #Sustainableforestry, KPKKT akan terus komited dalam melestarikan hutan demi kelansungan generasi yang akan datang.
09 Dec 23
410
Terengganu Sertai 36 Acara di SUKMAXXI Sarawak
Terengganu dijangka menyertai 36 daripada 37 acara Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Sarawak tahun depan bagi merampas kejuaraan sukan berprestij itu dari negeri Johor.
07 Dec 23
98
Taska Permata WDI Kekal Operasi Di Premis Sama
Kerajaan negeri menjelaskan bahawa Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman (WDI) kekal beroperasi di premis sama pada tahun hadapan.
07 Dec 23
78
Taska Permata WDI Kekal Operasi Di Premis Sama
KUALA TERENGGANU, 6 November- Kerajaan negeri menjelaskan bahawa Taska Permata Keluarga Wisma Darul Iman (WDI) kekal beroperasi di premis sama pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim berkata, langkah itu sebagai penyelesaian kepada isu sebilangan ibu bapa yang didakwa tidak menerima tawaran bagi penempatan anak masing-masing untuk kemasukan tahun 2024 di taska terbabit.
“Operasi taska ini akan diteruskan macam biasa pada tahun hadapan di premis sedia ada, jadi bagi ibu bapa yang telah menghantar anak di sini dan mengisi borang permohonan pada Oktober lalu boleh menghantar anak mereka macam biasa.
“Walaupun bangunan baru dalam proses pembinaan tetapi tahun depan memang kita tidak pindah lagi, diharap penjelasan ini melegakan ibu bapa yang selama ini ada tanda tanya berkenaan penempatan anak mereka dan operasi taska,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Taska Permata Keluarga WDI, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, pihaknya akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad mengenai pemindahan taska ke premis baru memandangkan premis yang masih dalam pembinaan itu saiznya lebih kecil berbanding premis sedia ada.
“Tempat baru (taska) bulan 5 atau 6 tahun hadapan baru siap fizikal. Jadi kemungkinan tahun 2025 baru boleh operasi.
“Jumlah kanak-kanak di taska ini kini seramai 120 orang manakala premis baharu nanti hanya dapat menampung 70 orang kanak-kanak sahaja, jadi kita akan ambil perjalanan untuk selesaikan isu ini,” ujarnya.
Dalam pada itu katanya, ibu bapa diharap dapat memberikan kerjasama kepada pihak taska bagi memastikan anak-anak mendapat penjagaan yang sempurna.
“Pastikan anak-anak dihantar dalam keadaan yang bersih kerana ianya turut mempengaruhi emosi dan psikologi mereka, selain dapat ringankan tugas pengasuh.
“Selain itu, luangkanlah masa untuk turut serta dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan taska,” ujarnya.
Katanya, taska ini diwujudkan oleh kerajaan negeri untuk mempermudahkan kakaitangan kerajaan yang bertugas di Wisma Darul Iman.
06 Dec 23
355
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
MARANG, 5 Disember - Kerosakan jalan di Kampung Sungai Serai di sini, yang mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna memerlukan pembaikan segera.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, beliau bimbang keadaan jalan dan pembentung yang tertimbus boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk.
"Struktur jalan sekarang ini memang membahayakan orang ramai. Tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan warga setempat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai JKR di lokasi tersebut hari ini untuk mencari penyelesaian segera hari ini.
Sementara, Pengerusi JPKK Sungai Serai, Othman Said mengharapkan agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
"Keadaan jalan yang senget dan terjejas memerlukan perhatian serius untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini," jelasnya.
Mengulas mengenai jalan itu, Jurutera Awam JKR Marang, TS. Muhammad Nazrin Ruslan, memaklumkan bahawa surat berkait isu itu telah disampaikan kepada pihak swasta kira-kira sebulan yang lalu.
Saat ini katanya, pihak JKR sedang menanti tindakan lanjut dari pihak berkenaan.
"Pihak berkuasa setempat menjamin bahawa mereka akan memantau perkembangan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan bersama.
"Lokasi jalan yang merbahaya itu diberi perhatian ekstra yang rosak kerana faktor cuaca dan penambunan tanah oleh pihak swasta yang berhampiran," katanya.
TS. Muhammad Nazrin Ruslan Juruter Awam Jalan JKR Marang
05 Dec 23
279