lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

TDM Bantu 200 Asnaf Jerteh
TDM Bantu 200 Asnaf Jerteh
KUALA TERENGGANU, 30 Mei -TDM Berhad dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh hari ini telah menyantuni 200 asnaf melalui program TDM Bersama Masyarakat Jerteh yang diadakan di Dewan Masjid Hadhari Jerteh, Besut. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin berkata, ia merupakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat dalam menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat.  "Kami warga TDM sedar bahawa masih wujud sebilangan masyarakat yang memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan seharian. "Kalau kita lihat dari segi kos sara hidup kini, kesulitan kenaikan harga barang merupakan masalah utama yang membelenggu sebilangan besar rakyat. "Kali ini kami fokus kepada daerah Besut dalam usaha menjalin hubungan dan memastikan agihan kepada mereka yang memerlukan dirasai oleh semua lapisan masyarakat di peringkat daerah," katanya.  Beliau memaklumkan, objektif utama TDM mengadakan program tersebut adalah untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan, dengan harapan sedikit sebanyak dapat meringankan serta membantu kelangsungan hidup penerima. "TDM juga merupakan salah satu anak syarikat negeri yang sentiasa menyokong usaha baik kerajaan serta program-program kerajaan terutamanya yang melibatkan kebajikan dan sosial masyarakat," ujarnya. Sementara itu, Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, inisiatif yang dilakukan pihak TDM itu seharusnya menjadi contoh kepada pihak lain.  "Berbakti kepada masyarakat serta cakna kepada mereka yang memerlukan adalah menjadi tanggungjawab bersama.  "Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus berkekalan dan ukhuwah sesama kita semakin kukuh melalui program TDM Bersama Masyarakat ini," katanya.
30 May 24
222
Terengganu Bakal Wujudkan Garis Sempadan Tukun Dari Kemaman ke Besut
Terengganu Bakal Wujudkan Garis Sempadan Tukun Dari Kemaman ke Besut
MARANG, 30 Mei - Kerajaan negeri dan agensi persekutuan sedang merancang projek usaha sama untuk mewujudkan garis sempadan tukun daripada Kemaman sehingga ke Besut sepanjang 245 Kilometer. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebanyak lapan hingga unit 10 tukun disasarkan bagi dilabuhkan di setiap kelompok. Katanya, projek itu merupakan satu usaha besar yang akan memberi manfaat kepada 8,309 nelayan Terengganu. "Alhamdulillah pada tahun ini kita mendapat peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kini dalam proses perolehan sebanyak RM3 juta bagi membolehkan sebanyak 100 unit tukan akan dapat dilabuhkan pada tahun ini. "Usaha berterusan ini semakin lama semakin membuahkan hasil yang diperkatakan di semua peringkat termasuk usaha kita untuk menyelesaikan tiga isu besar nelayan. "Iaitu pertama isu ketiadaan sumber, kedua isu perlesenan dan yang ketiga isu pencerobohan nelayan asing." ujarnya. Beliau demikian berkata demikian semasa sidang media di Program Melabuh Tukun Tiruan Konservasi, di Jeti Pelancongan Marang, di sini, hari ini. Dr Azman berkata pada hari ini sebanyak 12 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Pulau Kapas dan Pulau Redang, yang berada dalam kawasan taman laut sebagai tukun konservasi. "Tujuannya adalah untuk memastikan berlaku pembiakan ikan yang kita labuhkan di kawasan larangan menangkap ikan. "Usaha selama ini menampakkan impak positif yang sangat sangat ketara di mana peningkatan hasil perikanan Terengganu tahun 2023 berbanding tahun 2022 meningkat kira-kira 32 peratus. "Suatu peningkatan yang sangat ketara dan maklumat ini diberikan secara langsung oleh para nelayan di lapangan," ujarnya.
30 May 24
311
Multaqa Asatizah Platform Bincang Cabaran, Masa Depan Umat Islam
Multaqa Asatizah Platform Bincang Cabaran, Masa Depan Umat Islam
KUALA TERENGGANU, 30 Mei - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan program Multaqa Asatizah yang menghimpunkan para ulama, pendakwah serta agamawan bagi membincangkan serta bertukar pandangan mengenai cabaran, permasalahan serta masa depan umat Islam. Pengarah DUAT, Mohd Zulkhairi Ngah berkata, gerak kerja para asatizah yang memperjuangkan agama Islam dan berusaha untuk meletakkan Islam pada kedudukan tertinggi bukan suatu kerja mudah. “Kita menyaksikan sejarah nabi dan rasul yang menghadapi pelbagai cabaran dan ujian bersama dengan pengikut yang menyokong dan mendokong mereka. “Menyedari perkara itulah mesti diusahakan sesuatu di Negeri Terengganu ini yang berpegang kepada slogan maju, berkat dan sejahtera.  “Tujuan kita menghimpunkan para asatizah adalah untuk membina penyelarasan, atau satu gerak kerja bagi bergerak seiringan dalam membina dan membentuk rakyat Terengganu mengikut acuan Islam untuk mencapai satu matlamat iaitu mendapat rahmat berpanjangan dari Allah S.W.T,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Multaqa Asatizah Bersama YB Exco Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi di Dewan Auditorium Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, di sini, hari ini.  Katanya, para asatizah memainkan peranan penting dalam melaksanakan tujuan tersebut. “Ia agar kita mampu menghasilkan rakyat Terengganu yang mencapai keimanan dan ketakwaan melalui siri-siri ilmu yang disampaikan oleh para asatizah,” ujarnya. Terdahulu, dalam sesi dialog para asatizah bersama Muhammad Khalil itu, pelbagai isu, cadangan dan pandangan yang diutarakan dan beliau memberi jaminan akan memberikan perhatian sewajarnya demi untuk memperkasakan agama Islam di negeri ini.  
30 May 24
199
Karnival Tech Com Semai Keusahawanan Digital di Kalangan Belia
Karnival Tech Com Semai Keusahawanan Digital di Kalangan Belia
 Karnival Tech Com 2024 yang berlangsung di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) menjadi platform utama untuk menyemai semangat keusahawanan digital dalam kalangan generasi muda negeri itu. 
29 May 24
136
Kaji Kesan Kenaikan Kos Sektor Perikanan Secara Holistik
Kaji Kesan Kenaikan Kos Sektor Perikanan Secara Holistik
 Kenaikan kos dalam sektor perikanan dan pertanian susulan Program Subsidi Diesel Bersasar adalah isu kompleks yang memerlukan pendekatan holistik.
29 May 24
81
Dr Sam Terima Kunjungan Hormat MB Kedah
Dr Sam Terima Kunjungan Hormat MB Kedah
KUALA TERENGGANU, 28 Mei - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini. Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen tinggi kedua-dua belah pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan dan meneroka lebih banyak peluang kerjasama antara dua negeri. Muhammad Sanusi turut meluangkan masa hampir setengah jam mendengar taklimat pembangunan negeri yang disampaikan oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak. Beliau bersama delegasi kerajaan negeri Kedah yang sedang berada di Terengganu untuk lawatan kerja turut menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian antara Yayasan Terengganu dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.
28 May 24
277
Program TVET Bantu 50 Bekas Penagih Temui Pekerjaan
Program TVET Bantu 50 Bekas Penagih Temui Pekerjaan
 Seramai 50 bekas penagih berjaya mendapatkan peluang pekerjaan melalui program seminar kerjaya Hari Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang diadakan setiap tahun bermula 2022.
28 May 24
182
Pemain Industri Pelancongan Mesti Peka Keselamatan Pelancong
Pemain Industri Pelancongan Mesti Peka Keselamatan Pelancong
KUALA TERENGGANU, 27 Mei - Pengusaha serta pemain industri pelancongan digesa agar tidak mementingkan keuntungan semata-mata sebaliknya perlu bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan pelancong terjamin. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata, dengan memastikan keselamatan lokasi yang menjadi tumpuan pengunjung diutamakan ia akan memberi pulangan yang lumayan apabila dikunjungi secara berterusan tanpa ada kebimbangan. "Pematuhan kepada Prosedur Operasi Standart (SOP) yang ditetapkan, keselamatan, kebersihan dan lain-lain perlu dititikberatkan untuk menarik pengunjung datang ke Terengganu dan ia mesti menjadi tanggungjawab bersama. "Keuntungan itu akan kembali kepada pemain industri, pihak kerajaan akan membantu untuk mempromosikan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi yang akan memberi pulangan yang lumayan kepada pemain-pemain industri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, semasa menghadiri sambutan pelayar antarabangsa Sempena Program Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally 2024, di Jeti Marina Garden, Duyong Marina, di sini baru-baru ini. Mengulas mengenai kejadian pelancong warga emas dari Jerman yang maut akibat lemas semasa bercuti di Pulau Perhentian, beliau berkata ia perlu menjadi iktibar kepada penggiat industri tersebut. "Jadi kita minta supaya semua yang terlibat dalam pelancongan ini memastikan SOP keselamatan dipatuhi agar insiden seumpama itu tidak berulang dengan memeberikan perkhidmatan yang tebraik bagi memastikan industri ini terus maju. "Ini merupakan 'industri kita bersama' jadi masing-masing perlu ambil peranan dan perhatian, kerajaan akan mengambil perjalanan melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan memastikan pakej pelancongan yang ditawarkan memberikan keselesaan dan selamat kepada mereka yang bertandang ke negeri ini. "Kalu semua dapat mengambil tanggungjawab insya-Allah kita yakin sasaran untuk mencapai 4.5 juta pelancong pada tahun ini akan dapat dicapai,"katanya.  
27 May 24
149
'Titian Muhibah' Realisasikan Impian Usahawan Terengganu Tembus Pasaran Indonesia
'Titian Muhibah' Realisasikan Impian Usahawan Terengganu Tembus Pasaran Indonesia
KUALA TERENGGANU, 26 Mei - 'Titian Muhibah' bukan sahaja mengeratkan hubungan Terengganu dan Indonesia melalui dunia perdagangan malah turut merealisasikan impian usahawan Terengganu  untuk mengeksport produk dari negeri ini ke Indonesia. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, menebusi pasaran negara republik itu merupakan impian setiap usahawan kerana ia memiliki pasaran yang terbesar di dalam negara ASEAN. "Ini terbukti melalui kejayaan 100 orang usahawan dari Malaysia khususnya dari Terengganu akan menjadi pendorong kepada usahawan lain untuk turut serta memasarkan produk mereka ke Indonesia. "Tahniah juga kepada 16 usahawan yang telah berjaya mendapat kelulusan Badan Pengawas Ubat dan Makanan (BPOM) bagi 22 produk, iaitu syarat utama yang telah ditetapkan bagi memasarkan produk ke Indonesia. "Saya merasa bangga kerana sembilan daripada 16 usahawan ini merupakan rakyat Terengganu, kerjasama daripada semua pihak MATRADE yang diadakan pada hari ini amat disambut baik oleh Kerajaan Negeri Terengganu kerana ia dapat membantu meluaskan lagi produk usahawan Terengganu ke peringkat antarabangsa," ujarnya. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan ketika mengadakan lawatan ke negara berkenaan baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut katanya, Indonesia merupakan rakan dagang ketujuh terbesar malaysia di dunia dan rakan dagang ketiga terbesar dalam ASEAN selepas Singapura dan Thailand sepanjang tahun lalu. "Perdagangan dua hala Malaysia dengan Indonesia bernilai RM111.21 bilion berkurang sebanyak 14.3 peratus daripada RM129.70 bilion direkodkan dalam tahun 2022. "Manakala eksport dan import mencatatkan sejumlah RM50.91 bilion, menurun sebanyak 8.7 peratus dan RM60.3 bilion, berkurang 18.5 peratus. "Diharap dengan penganjuran program ini dapat meningkatkan lagi perdagangan dua hala Malaysia dan Indonesia," ujar beliau.
26 May 24
293
Terengganu FC Lepas Geram, Tumbangkan Kelantan
Terengganu FC Lepas Geram, Tumbangkan Kelantan
Terengganu FC (TFC) tidak berdepan masalah membenam pasukan Kelantan Darul Naim (KDN) dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan Liga Super Malaysia.
26 May 24
261