lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Primula Raih Anugerah 'Hotel Amalan Lestari Terbaik 2024'
Primula Raih Anugerah 'Hotel Amalan Lestari Terbaik 2024'
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Primula Beach Hotel yang popular dengan lokasi penginapan pelancongan di negeri ini membuktikan kualiti yang ditawarkan mereka menerusi kemenangan 'Hotel Amalan Lestari Terbaik' di Anugerah Industri Pelancongan 2024 di Royale Chulan Kuala Lumpur. Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata pengiktirafan itu berdasarkan  komitmen teguh Primula Beach Hotel terhadap kelestarian dan usaha inovatifnya dalam mempromosikan amalan mesra alam dalam industri perhotelan. Katanya, pihak mereka sentiasa  komited untuk menetapkan penanda aras dalam hospitaliti lestari dan menginspirasi orang lain dalam industri untuk mengamalkan amalan hijau. "Sejak tahun 2021, Primula Beach Hotel telah bekerjasama dengan TNB GSPARX untuk menggunakan sistem tenaga suria, mengurangkan jejak karbon hotel dengan ketara dan mempromosikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.  "Primula Beach Hotel  menganjurkan acara-acara hijau seperti Beach Run Primula Eco Green pada Februari 2024, sebuah acara yang promosikan kesedaran kesihatan dan alam sekitar,"ujarnya dalam satu kenyataan. Suaibah juga berkata, pihaknya juga bekerjasama dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk inisiatif "Bring Our  Turtle Back" pada tahun 2022 dan 2023. "Ia bertujuan melindungi dan memulihkan penyu, serta memelihara kehidupan marin,"ujarnya. Tambah beliau,  bagi memastikan hasil tani yang segar dan lestari untuk para tetamu, Primula Beach Hotel menanam sayur-sayuran menggunakan teknik hidroponik dan fertigasi. Selain itu katanya, pihak hotel juga telah melaksanakan program kitar semula dalam pembuatan sendiri sabun menggunakan minyak masak terpakai.  Menurut Suaibah lagi, inisiatif baru yang diperkenalkan pertengahan tahun 2024 iaitu pengkomposan sisa makanan, menukar sisa organik kepada baja yang berharga. "Hasilnya ia berjaya meningkatkan kesihatan tanah dan kurangkan sisa yang dibuang ke tapak pelupusan," ujarnya.  
27 Jul 24
549
PMINT, ECORIDE Rintis Industri Kenderaan Elektrik
PMINT, ECORIDE Rintis Industri Kenderaan Elektrik
KUALA TERENGGANU, 27 Julai- Kerajaan negeri melalui Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama ECORIDE Sdn Bhd bagi cadangan Program Migrasi Mobiliti Hijau Kenderaan Elektrik (EV). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Dato' Wan Adnan Wan Derahman berkata, MoU tersebut bertujuan merintis jalan bagi kedua-dua pihak menerokai peluang usahasama dalam industri EV di negeri ini. "Melalui MoU yang dijalin ini, kedua-dua pihak akan bersama-sama merangka dan membentangkan pelan migrasi EV bagi dilaksanakan di Negeri Terengganu dengan menjadi perintis kepada pengguna terutamanya melibatkan agensi negeri, syarikat berkaitan kerajaan dan badan berkanun negeri. "Selain mewujudkan dan merancang rangkaian infrastruktur stesen EV di Terengganu," ujarnya dalam satu kenyataan.  Tambah beliau, kerjasama tersebut juga bertujuan membina pelan komprehensif dan terperinci untuk migrasi EV khusus untuk kegunaan komersial di negeri ini sekali gus mengurangkan kos pengangkutan. "Ia juga bagi menyelaras dan mempromosikan pembangunan industri berkaitan EV di Terengganu," ujarnya. Katanya,  PMINT melalui subsidiari Cas Ligas Sdn Bhd yang terlibat secara langsung dalam sektor pengangkutan di Negeri Terengganu pasti akan memperolehi manfaat dalam jangka masa pendek dan jangka panjang dalam perkara ini sekaligus membantu menjayakan hasrat kerajaan Negeri dalam merintis keberhasilan dalam EV.
27 Jul 24
789
Exco 'Terjah' Kampung Hulur Bantuan Kepada Keluarga B40
Exco 'Terjah' Kampung Hulur Bantuan Kepada Keluarga B40
Seramai 10 keluarga B40 yang berdepan bebanan kewangan di daerah Hulu Terengganu menerima bantuan segera melalui program Ziarah Kasih yang dilaksanakan di daerah berkenaan.
25 Jul 24
110
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
Usahawan Bumiputera Perlu Rebut Peluang Ekonomi Digital
KUALA TERENGGANU, 25 Julai- Komuniti perniagaan Melayu di Terengganu perlu merebut peluang daripada revolusi ekonomi digital yang berpotensi besar melonjakkan pendapatan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ekonomi digital dan revolusi industri 4.0 (IR 4.0) yang menjadi tumpuan sektor perniagaan menyediakan peluang luas buat usahawan bumiputera meneroka pasaran tanpa modal besar tetapi mampu menjana pulangan tinggi. Katanya, sektor berkenaan bukan hanya menyediakan pasaran lebih luas, malah boleh diusahakan di mana jua lokasi dengan syarat mempunyai akses internet yang stabil. “Apabila ekonomi berubah ke dunia digital, kita kena lebih peka apa yang berlaku secara dalam talian dan sebagai usahawan, kita perlu bersedia dari segi minda untuk melakukan perubahan. “Selain ekonomi digital, negeri kita juga mempunyai banyak peluang lain yang boleh diterokai usahawan contohnya teknologi hijau yang melibatkan industri silika bermutu tinggi. “Walaupun sektor tersebut melibatkan pelaburan agak besar itu tugas kerajaan untuk mencari pelabur dan sebagainya, tetapi kita sebagai usahawan perlu bersedia menyambut apa yang dibangunkan kerajaan,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama sempena Kolokium Usahawan Melayu anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Hotel Grand Puteri di sini, hari ini. Dalam ucapannya, Nurkhuzaini turut merakamkan penghargaan kepada DPPMT atas inisiatif menganjurkan kolukium yang dapat menghimpunkan suara usahawan dari pelbagai sektor ekonomi. “Semoga DPPMT berupaya meneruskan misinya dalam memperjuangkan usahawan Melayu di negeri ini,” ujarnya. Sementara itu katanya, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan usahawan Melayu terus berdaya maju serta dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. “Antaranya menyediakan peluang perniagaan, sokongan, pemberian insentif disamping bimbingan, khidmat nasihat dan lain-lain,” katanya. Tambah beliau, selain usaha gigih kerajaan untuk membangunkan usahawan Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS), usahawan sendiri perlu berusaha meningkatkan keupayaan bersaing mereka. “Gabungan dan kerjasama antara mereka perlu diteruskan dengan meningkatkan kerjasama dan saling bantu membantu terutama di antara yang telah maju dan kurang maju,” ujarnya.
25 Jul 24
168
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Pemberian Air Percuma Diteruskan Walau Royalti Disekat
Kerajaan negeri Terengganu menegaskan pemberian bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada golongan B40 tetap diteruskan meskipun bayaran royalti disekat.
24 Jul 24
155
Terengganu Terima Bayaran Royalti TNB RM16.51 Juta
Terengganu Terima Bayaran Royalti TNB RM16.51 Juta
KUALA TERENGGANU, 24 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menyerahkan pembayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud Kenyir dan Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM16.51 juta bagi tahun kewangan 2024. Pembayaran royalti bagi penggunaan air dan lesen takungan air di Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud sebanyak RM11,673,000 manakala untuk Stesen Janakuasa Hulu Terengganu berjumlah RM4,836,218. Penyerahan cek itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Pembangunan, TNB Power Generation Sdn Bhd, Shahrir Abdul Latiff kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis ringkas di Wisma Darul Iman di sini. Untuk rekod, TNB telah mula membuat bayaran itu setiap tahun sejak kedua-dua stesen berkenaan memulakan operasi.
24 Jul 24
4033
UMT Terima 416 Pelajar Baharu
UMT Terima 416 Pelajar Baharu
KUALA NERUS, 23 Julai- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima kemasukan 416 pelajar baharu program Asasi dan Diploma bagi sesi 2024/2025. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Menjalankan Fungsi Naib Canselor UMT, Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim berkata, jumlah itu mewakili pecahan 337 orang pelajar program Asasi STEM manakala 79 orang bagi mengikuti program pengajian jurusan Diloma Perikanan. Katanya, mahasiswa perlu bertekad dan beriltizam dalam menimba ilmu bagi membalas jasa serta harapan ibu bapa dan seterusnya menyumbang kepada negara. “Sebagai golongan terpelajar, anda dipandang dan diletakkan pada kedudukan tinggi oleh masyarakat. Masyarakat mengharapkan anda menjadi pewaris kepimpinan, peneraju ekonomi, pencipta ilmu dan teknologi, ejen perpaduan dan perubahan serta sumber modal insan dalam pembangunan negara.  “Justeru, tugas anda adalah membalas harapan mereka dengan sebaik mungkin dengan menyemai bakti demi keutuhan agama, bangsa dan negara,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ikrar Pelajar sempena Minggu Jalinan Mesra 2024/2025 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail, UMT. Sesi pendaftaran pelajar baharu sesi 2024/2025 turut menyaksikan wakil kaum orang asli yang berjaya menerima tawaran melanjutkan pengajian ke UMT. Mohd Irwanshah Zainal, 17, bersyukur atas tawaran melanjutkan pengajian di UMT bagi sesi ini. “Sebagai pelajar dari kaum orang asli, saya amat berbangga dan saya mahu buktikan bahawa kaum orang asli turut boleh cipta kejayaan setanding dengan kaum-kaum lain di negara ini. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada rakan-rakan dari komuniti saya untuk terus berusaha mencapai impian mereka” “Terima kasih UMT kerana memberi peluang kepada saya untuk melanjutkan pengajian di UMT dan saya akan manfaatkan peluang ini sebaiknya, insyaAllah,” katanya yang berasal dari Pontian, Johor. Irwanshah antara tiga orang pelajar mewakili kaum orang asli yang berjaya bersaing dengan ribuan calon lepasan SPM untuk menyambung pengajian di UMT dalam jurusan yang berlainan.
23 Jul 24
190
ESCAR Akan Dikomersialkan Sebagai Kenderaan Industri Pelancongan
ESCAR Akan Dikomersialkan Sebagai Kenderaan Industri Pelancongan
KEMAMAN, 22 Julai - Kenderaan inovasi mesra alam, EPIC Solar Car (ESCAR) akan dikomersialkan sebagai kenderaan industri pelancongan dalam masa terdekat.  EPIC Berhad dalam satu kenyataan berkata, kenderaan tersebut akan ditambah baik untuk meningkatkan kapasiti dan ciri sedia ada termasuk pemantauan masa nyata bateri dan Sistem Penentududukan Global (GPS). Ketua Syarikat EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB), Azman Muda dalam kenyataan sama memaklumkan, hasil kerjasama strategik bersama Kolej Universiti TATI (UC TATI) pasukan ESSB berjaya melancarkan Escar pada tahun lalu. “Kenderaan ini daripada inovasi kenderaan ringan kereta ‘buggy’ yang biasanya digunakan di kelab-kelab golf, industri perhotelan dan kawasan pelancongan.  “Ia mengguna pakai tenaga elektrik dijanakuasakan oleh tenaga solar yang disimpan dalam bateri, justeru menjadikannya sebuah alternatif mesra alam kepada kenderaan konvensional berasaskan petrol,” ujarnya dalam kenyataan tersebut, hari ini. Menurut beliau, ESCAR dapat membuat pengecasan elektrik secara automatik selagi wujud sumber cahaya matahari, sekali gus membantu penjimatan kos. “ESCAR pada awalnya dirangka untuk kegunaan operasi di Ladang Solar ESSB, namun penggunaannya telah diperluas ke premis operasi beberapa anak syarikat EPIC Berhad iaitu Kuala Terengganu Support Base, Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd dan Sukma Samudra Sdn Bhd,” katanya.  
22 Jul 24
435
EPIC Solar Sdn Bhd Perluas Rangkaian Perkhidmatan Hijau
EPIC Solar Sdn Bhd Perluas Rangkaian Perkhidmatan Hijau
KEMAMAN, 22 Julai - EPIC Solar Sdn Bhd (ESSB) yang terlibat dalam pembangunan Stesen Janakuasa Solar Berskala Besar Fotovoltaik berhasrat memperluas rangkaian perkhidmatan sebagai usaha mengetengahkan sumber tenaga solar dan teknologi hijau.  EPIC Berhad dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu selaras dengan komitmen anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad) itu yang merupakan perintis dan pemacu projek solar di Pantai Timur. Pengerusi ESSB, Dr. Mamad Puteh dalam kenyataan sama berkata, ESSB merupakan syarikat pertama di Negeri Terengganu mempunyai ladang solar berkeluasan 70 ekar di kawasan perindustrian di sini.  “Loji janakuasa ini menghasilkan sehingga 18.5 megawatt (mw) tenaga elektrik yang dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad melalui grid nasional selama 21 tahun sehingga 2039, hasil Perjanjian Pembelian Kuasa atau Power Purchase Agreement (PPA) yang ditandatangani antara kedua-dua organisasi pada 2017,” ujarnya. Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Meraikan 150,000 Jam Bekerja Tanpa Kemalangan (LTI-Free) di Ladang Solar milik EPIC Berhad di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, semalam.  Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Ts. Haji Muhtar Suhaili. Sementara itu, Ketua Syarikat ESSB Azman Muda dalam kenyataan berkenaan berkata, demi menyokong aspirasi Malaysia untuk mencapai 40 peratus tenaga boleh diperbaharui menjelang tahun 2035 serta terus kekal menjana perubahan mampan perniagaan, pihak syarikat mengorak langkah menambah baik dan mempelbagaikan perkhidmatan.  Katanya, bertepatan dengan aspirasi untuk menjadikan Pelabuhan Kemaman sebagai sebuah pelabuhan hijau atau green port, ESBB turut menyediakan kemudahan dijanakuasakan tenaga solar, terutamanya bagi membantu operasi anak-anak syarikat EPIC Berhad.  “Ini termasuk pemasangan lampu jalan solar (solar street light) dan lampu limpah solar (solar floodlight) di terminal Dermaga Timur atau East Wharf (EW) kelolaan Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) dan di dermaga yang diuruskan oleh Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB), selain beberapa lagi khidmat sokongan yang sedang dalam perancangan,” katanya. Tambah beliau, perkhidmatan tersebut juga dilanjutkan kepada penyewa-penyewa utama di Pangkalan Bekalan Kemaman.  “PETRONAS Carigali Sdn Bhd antara penyewa yang telah menggunakan khidmat ESSB untuk pemasangan lampu jalan solar dan lampu limpah solar ini,” ujarnya. Katanya, selain penawaran sedia ada lain seperti pengurusan projek, khidmat perundingan dan pembersihan panel solar, ESSB juga sedang membangunkan keupayaan untuk menjadi pelabur, pembekal dan pemasang bumbung berkuasa solar (solar rooftop).  “Dengan kekuatan tenaga kerja berpengalaman dan berkemahiran, ESSB yakin akan menjadi pesaing utama dalam industri tenaga boleh baharu, demi menjana pendapatan selain memberi impak positif kepada transformasi ekonomi Negeri Terengganu sambil mendukung rangka kerja amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus EPIC Berhad,” menurut kenyataan itu.
22 Jul 24
537
Kes Malaria Import Meningkat di Terengganu
Kes Malaria Import Meningkat di Terengganu
BESUT, 22 Julai -  Sebanyak 25 kes malaria di rekodkan di Terengganu sejak awal tahun ini membabitkan 24 kes malaria import dan satu kes jangkitan malaria zoonotik. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata jumlah itu menunjukkan penurunan 62 peratus daripada tahun lepas iaitu 65 kes namun berlaku peningkatan kes ketara apabila 20 kes malaria direkodkan dalam kalangan warga asing Katanya, daripada 24 kes ini, 20 kes adalah berlaku di Hulu Terengganu, manakala Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun serta Kemaman masing-masing mempunyai satu kes. "Berlaku peningkatan kes ketara  dalam kalangan warga asing bekerja di tapak pembinaan di Kampung Machang, Hulu Terengganu. "Kes malaria import ini membabitkan etnik Rohingya dan warga Bangladesh, Pakistan, India serta Papua New Guinea," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Jertih di sini semalam. Justeru itu, beliau berkata saringan awal sudah dilakukan ke atas penduduk di sekitar Kampung Machang, Kampung Kua serta Kampung Pengkalan Ajal, namun tiada kes dalam kalangan warga tempatan direkodkan. “Hasil tinjauan ke lokasi penempatan mereka yang terlibat dan dijangkiti malaria itu, pihaknya mendapati keadaan kawasan diduduki tidak bersesuaian dan ada yang hanya tinggal di dalam khemah. Katanya, majikan juga perlu memaklumkan kepada jabatan kesihatan sebelum membuka tapak baharu pembinaan untuk saringan awal malaria dan menyediakan penginapan lebih baik kepada pekerja. Dr Kasemani juga memaklumkan bagi menjalankan kerja-kerja pembasmian di kawasan terlibat, JPNT turut melantik 'Duta Malaria'  yang bertangungjawab memaklumkan akan kemasukan pekerja asing baru kepada pihak kesihatan bagi membolehkan saringan penyakit malaria dilakukan. Tambahnya lagi, setakat ini seramai 176 orang duta malaria telah dilantik di seluruh Terengganu.
22 Jul 24
411