Artikel "Semasa" Terkini
Kebajikan Orang Asli Sentiasa Dijaga
Oleh: Haida Al-Ayyash
HULU TERENGGANU, 4 Ogos- Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan masyarakat Orang Asli di seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, menerusi program Kembara Dakwah dan Kebajikan Perkampungan Orang Asli, pihaknya telah mendekati masyarakat Orang Asli untuk menghulurkan sumbangan disamping bagi menarik lebih ramai masyarakat Orang Asli mendekati Islam.
“Kebajikan rakyat termasuk orang asli sentiasa dijaga melalui konsep yang diamalkan iaitu dari rakyat untuk rakyat.
“Dalam masa yang sama, kerajaan negeri turut menitikberatkan juga pengetahuan agama sebagaimana program yang diadakan ini.
“Program ini berteraskan keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan yang fokus kepada aspek dakwah dan kemasyarakatan dengan mendampingi masyarakat orang asli bagi membawa penghayatan Islam kepada mereka,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Kembara Dakwah dan Kebajikan Perkampungan Orang Asli di Perkampungan Orang Asli Sunga Berua, Hulu Terengganu, baru-baru ini.
Sempena program tersebut, beberapa acara menarik telah diadakan antaranya menampal stiker risalah asas dakwah di kediaman, beramah mesra, dan mengagihkan sumbangan berupa keperluan harian serta acara sukaneka melibatkan semua pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Berua.
Program tersebut turut mendapat kerjasama Pusat Khidmat DUN Telemong, Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu, warga Sekolah Kebangsaan Sungai Berua, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Terengganu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sungai Berua dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sahabat Cakna Masyarakat serta Al Azhar Care.
Sementara itu, Ketua Pusat Pentadbiran Pos Kampung Sungai Berua, Razali Ngah mewakili 158 ketua isi rumah yang mendapat bantuan berupa kit makanan sempena program berkenaan menzahirkan kesyukuran dengan kepihatinan semua pihak dalam menjaga kebajikan mereka.
"Musim-musim tiada duit ni dapat bantuan sebanyak ni, puas hati sangat, terima kasih banyak kerajaan negeri. Banyaknya barang bantuan yang dapat ni,” ujarnya.
04 Aug 24
240
Satu Rumah Satu Jalur Gemilang
Semua agensi kerajaan, sektor swasta, dan rakyat di Terengganu diseru mengibarkan Jalur Gemilang di bangunan serta kediaman masing-masing sebagai usaha menyemarakkan semangat patriotisme melalui konsep "Satu Rumah Satu Jalur Gemilang".
04 Aug 24
187
Dua Acara Baharu Dipertandingkan Rebut Piala YDSM 2024
Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) memperkenalkan dua acara baharu dalam pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris bagi merebut Piala YDSM 2024 iaitu Public Talk: Back To The Future dan My Terengganu Proposal Quest.
04 Aug 24
126
'Lapor Polis Jika Berlaku Aktiviti Karan Ikan'
MARANG, 1 Ogos - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menggesa orang ramai membuat laporan kepada pihak polis atau pejabat perikanan berhampiran jika terdapat aktiviti kaedah penangkapan iakn terlarang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab seperti menggunakan racun, bom ikan atau menangkap ikan menggunakan arus elektrik.
Pengarahnya, Ruzaidi Mamat berkata, kaedah tersebut akan mengakibatkan kepupusan spesies ikan dan hidupan lain sekali gus akan mengganu ekosistem sungai dan turut memberi kesan kepada nelayan darat hilang sumber pencarian.
"Jika ada nampak cara yang salah digunakan untuk menangkap ikan laporkan segera kepada Jabatan Perikanan, tindakan undang-undang akan diambil melalui Akta Perikanan 1985.
"Adalah perlu untuk orang ramai peka dan cari jalan bagi mengatasi perkara ini bagi menjaga ekosistem sungai dan memelihara spesies ikan dan hidupan lain bagi mengekalkan kelestarian yang akan memberi manfaat kepada semua," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program Pelepasan Benih Ikan dan Penyerahan Bantuan Peralatan Nelayan Darat Daerah Marang dan Hulu Terengganu, di Kalang Warisan, Kampung Pulau Manis, di sini, hari ini.
Perasmian program berkenaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman.
Mengulas lebih lanjut, Ruzaidi berkata individu yang didapati bersalah menangkap ikan menggunakan kaedah terlarang di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan Darat Terengganu 1988 (pindaan 1993).
Katanya, individu bersalah boleh dikenakan kompaun tidak melebihi RM500 atau denda sehingga RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Orang awam juga diingatkan agar tidak melepaskan spesies ikan asing ke perairan sungai dibimbangi ia akan turut menjejaskan ekosistem sungai dan kepupusan spesies ikan asli.
"Antara spesies asing adalah Ikan Baung Ekor Merah, Ikan Bandaraya, Ikan Peacock Bass dan Ikan Pacu," ujarnya.
01 Aug 24
280
‘Usikan’ Motosikal Klasik dan Retro Kini di Muzium Negeri
Lebih 40 buah motosikal klasik dan retro menjadi perhatian orang ramai serta pengunjung pada Pameran Muto dan Kenangan 2024 yang berlangsung di Dewan Mandalika dan Ruang Foyer, Kompleks Muzium Negeri Terengganu bermula 1 Julai sehingga 31 September ini.
31 Jul 24
122
Pembayaran Royalti : "Pelik, Ajaib dan Tak Pernah Berlaku"
Prosedur pembayaran royalti petroleum atau wang ehsan dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Terengganu menggunakan kaedah ‘itemised’ dan ‘case-by-case basis’ adalah sesuatu yang memelikkan.
31 Jul 24
77
Dua Acara Baharu Dipertandingkan Rebut Piala YDSM 2024
KUALA TERENGGANU, 31 Julai- Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) memperkenalkan dua acara baharu dalam pertandingan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris bagi merebut Piala YDSM 2024 iaitu Public Talk: Back To The Future dan My Terengganu Proposal Quest.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Azri Sani Dato’ Mazlan berkata, Program Pengukuhan Bahasa Inggeris yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya itu telah mencapai hasil yang membanggakan dengan beberapa pembaharuan yang dilaksanakan menjadikan lima pertandingan iaitu Smart English, Choracisical Sketch, Chain Stori Telling dan dua acara baharu yang dipertaruhkan kali ini lebih mencabar.
“Acara baharu iaitu Public Talk: Back To The Future bertujuan menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.
“Ia lebih kepada menekankan kematangan pelajar membentang cita-cita dan aspirasi selain memupuk mereka menjadi pengkaji kerana pembentangan perlu dikuatkan dengan bukti.
“Untuk tahun rintis ini, seramai 102 pelajar dari 43 sekolah telah mengambil bahagian dimana peserta mempamerkan kebolehan serta matang dalam menyampaikan idea masing-masing,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengurniaan Hadiah Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2024 bagi Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Program Pengukuhan Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Negeri Terengganu di Istana Syarqiyyah, hari ini.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin serta paduka anakanda, Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Yang Dipertua Dewan Undangan negeri, Dato’ Mohd Nor Hamzah, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Jelani Sulong dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, M. Rozi Bidin.
Pada majlis itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu diangkat sebagai johan pertandingan Smart English, manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong, Hulu Terengganu johan kategori pertandingan Chorasical Sketch; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu johan pertandingan Chain Story Telling.
Sementara bagi acara baharu iaitu Public Talk: Back To The Future johan dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Besut dan johan My Terengganu Proposal Quest adalah Sekolah Menengah Kebangsaan kompleks Gong Badak, Kuala Nerus.
Azri Sani berkata, Program Pengukuhan Bahasa Arab yang memasuki tahun ke-8 penganjurannya pula masih meneruskan pertandingan Kalam Jama’ie dan Dikir Arab bagi mencungkil bakat pelajar dalam penguasaan Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah agama di negeri ini.
Tambah beliau, mulai tahun ini juga pertandingan akhir program diadakan dalam bentuk Karnival Bahasa Inggeris Dan Bahasa Arab Piala YDSM menjadikan suasananya lebih meriah.
31 Jul 24
360
Terengganu Tumpu Industri Teknologi Tinggi
KUALA TERENGGANU, 30 Julai- Kerajaan negeri telah mengatur beberapa strategi dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai sebuah negeri Industri Berteknologi Tinggi selari dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, antaranya dengan memberi tumpuan kepada industri berasaskan teknologi yang boleh memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi.
“Terengganu juga akan mengutamakan pembangunan mapan, mengimbangi pertumbuhan ekonomi dengan pertimbangan alam sekitar dan sosial.
“Selain itu, kerajaan negeri akan membangunkan modal insan dengan melabur dalam program pendidikan dan latihan untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran yang diperlukan untuk industri teknologi tinggi,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15 di Wisma Darul Iman, semalam.
Mengulas lanjut katanya, Terengganu akan mempelbagaikan ekonominya dengan melabur dalam pelbagai industri termasuk pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan.
Katanya, kerajaan negeri sedang menggubal satu dasar baharu iaitu Dasar Pembangunan Pelaburan Perindustrian Negeri Terengganu 2023-2030.
“Dasar ini selari dengan perkembangan revolusi industri 4.0 yang memberi penekanan kepada Internet of Thing (IOT) sebagai iltizam Negeri Terengganu membentuk pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui pelaburan perindustrian dalam pelbagai sektor perindustrian selaras dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030),” ujarnya.
30 Jul 24
971
GLC Terengganu Terlibat Aktif Bangunkan Industri CCUS
KUALA TERENGGANU, 30 Julai - Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Terengganu akan terlibat secara aktif dalam perbincangan membangunkan hab Industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) dengan Kerajaan Persekutuan melalui PETRONAS.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia sebagai langkah permulaan untuk membangunkan CCUS dengan memastikan kepentingan ekonomi dapat dimanfaatkan oleh kerajaan negeri.
"Rakyat tidak akan 'participantas directly' di dalam isu CCUS ini, tetapi apabila hasil kerajaan negeri bertambah melalui GLC akhirnya ia akan ditumpahkan kepada rakyat juga dalam pelbagai program sosial, program ekonomi dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada sidang akhbarnya, selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
Berkongsi perkembangan semasa, beliau menyatakan bahawa Kementerian telah memaklumkan akan menggubal undang-undang berkaitan CCUS sebelum berakhir tahun ini.
"Sebab CCUS ini merupakan perkara baru dan ia memerlukan rangka polisi dan peraturan-peraturan dalam bentuk undang-undang untuk dilaksanakan kemudian baru ia boleh dilaksanakan dengan begitu kemas.
"Ia juga sebagai panduan kepada pelabur-pelabur di peringkat antarabangsa ataupun syarikat-syarikat luar negara yang ingin menggunakan khidmat CCUS supaya akhirnya kepentingan negara dan negeri dapat dijaga," ujarnya.
Sebelum ini, Kementerian Ekonomi berkata, projek itu dijangka menarik pelaburan mencecah RM20 bilion.
30 Jul 24
218
Terengganu Teroka Sumber Baharu Hadapi Sekatan Royalti
Kerajaan Negeri telah mengatur langkah bagi menghadapi sekatan royalti petroleum dengan mengukuhkan kewangan negeri melalui pengawalan perbelanjaan, mengoptimumkan perolehan hasil sumber sedia ada serta mengeksplorasi dan mengeksploitasi sumber baharu.
30 Jul 24
143