Artikel "Semasa" Terkini
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Bakal Gegarkan Bumi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan Terengganu bakal mengadakan karnival Indahnya Hidup Bersyariat pada September depan sebagai usaha untuk merancakkan agenda pemerkasaan syariah di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jawatankuasa karnival berkenaan sudah bersiap sedia dan hanya menunggu masa untuk menggegarkan negeri ini dengan pelbagai program acara.
"Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan seperti qiamullail perdana, subuh macam Jumaat, tadabbur kitab dan cerama perdana.
"Semua itu akan disediakan sebagai sajian rohani kepada seluruh rakyat Terengganu.
"Sama-sama kita realisasikan 'tagline' Terengganu Maju Berkat Sejahtera dan Indahnya Hidup Bersyariat," ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya semalam.
Terdahulu, Dr Muhammad Khalil berkata slogan Indahnya Hidup Bersyariat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada penggal ini sebagai langkah memperkasa serta meninggikan agenda pemerkasaan syariah yang menjadi matlamat kerajaan negeri.
Katanya, ia juga sebagai langkah berterusan dalam mengajak rakyat menghayati keindahan ajaran Islam.
"Fokus utama pelaksanannya adalah bagi memupuk kesedaran dan melantun keinsafan seluruh rakyat negeri Terengganu tentang peri pentingnya pelaksanaan dan pembudayaan hidup bersyariat.
"Sehingga kemuncaknya, kita mahu rakyat merasai sendiri kemanisan dan keindahan tatacara hidup Islam bermula dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya," ujarnya.
21 Aug 24
1694
KESSUMA : Pahang Ranapkan Impian Terengganu
KUALA NERUS, 21 Ogos - Impian pasukan bola sepak Terengganu untuk melakar kejuaraan pada Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) diranapkan pasukan dari negeri pahang dengan kekalahan tipis 2-1.
Dengan menyenaraikan pemain terbaik dalam usaha Sang Penyu untuk memburu kejuaraan pada perlawanan peringkat suku akhir dalam kejohanan yang berlangsung di padang B Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT).
Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun tindakan kasar pemain Terengganu terhadap pemain Pasukan Pahang telah menyebabkan pengadil memberikan sepakan penalti yang akhirnya disempurnakan oleh penyerangnya, Amin Mohd Rosli pada minit ke-27.
Tersentak dengan jaringan gol pihak lawan, Sang Penyu cuba bangkit dengan mengatur strategi dan mencorakkan serangan bagi memastikan harapan ke separuh akhir kembali cerah.
Hasilnya, kelekaan pertahan lawan telah memberi peluang kepada pemain sayap Terengganu, Adeeb Firdaus Zainal Abidin menjaringkan sekali gus menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Keputusan seri pada babak masa pertama kekal sehingga wisel ditiupkan.
Bersambung babak kedua, peluang terhidang buat Sang Penyu apabila hampir menjaringkan gol pada minit ke-39 menerusi Adeeb Hadif namun dipatahkan oleh penjaga gawang Pahang yang meluru keluar dari pintu gol.
Pada minit ke-48, tuan rumah akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Tok Gajah yang berjaya mencipta gol kedua menerusi Amin Mohd Rosli.
Keputusan itu kekal hingga tamat perlawan dan menyaksikan Sang Penyu berputih mata dengan kekalahan tipis itu.
21 Aug 24
5801
Penjualan Vape Bercampur 'Mushroom Magic' Kepada Pelajar Membimbangkan
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kes 'Mushroom Magic' yang dicampurkan di dalam 'vape' dan dijual kepada pelajar-pelajar sekolah semakin menular dan mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat.
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, setiap minggu pasti ada llaporan mengenai guru sekolah yang menghubungi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi memastikan tindakan diambil terhadap isu berkenaan, Terengganu tidak terkecuali.
Sebagai contoh katanya, memetik ucapan pegawai AADK dalam ceramahnya tentang bahaya dadah, telah menjadikan contoh yang berlaku di Kemaman tempoh hari mengenai 'Mushroom Magic' yang disyaki dicampur dalam cairan vape dan dijual kepada pelajar sekolah.
"Inilah realiti yang perlu kita hadapi buat masa sekarang dek kerana tidak ada satu punca kuasa pihak yang berwajib bagi menghalang fenomena ini terus membarah," ujarnya melalui facebooknya.
Mengulas lebih lanjut katanya, beliau hairan bagaimana kes itu boleh dicetuskan oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan yang menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran untuk menjual bahan terlarang itu.
"Saya pun hairan keran ada manusia yang sanggup untuk menjual bahan bahaya ini kepada anak-anak pelajar.
"Adakah mereka tidak rasa bersalah ataupun berdosa menjual bahan yang diharamkan di dalam islam?," katanya.
Dalam pada itu, Suhazali berkata ketika menyampaikan ceramah beliau sering memberikan kesedaran tentang bahaya vape dan rokok.
"Pagi tadi saya juga sampaikan satu slot cerama mengenai rokok dan vape serta isu yang berkiatan dengan pondaan terbaharu RUU (Rang Undang-Undang) Kawalan Tembakau 2024," ujarnya.
21 Aug 24
665
MAIDAM Agih RM14 juta Zakat Untuk Asnaf Melalui KAHA 2024
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tahun ini mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM14 juta menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2024.
21 Aug 24
295
Projek Tebatan Banjir, Pemuliharaan Sungai Bernilai RM141.27 Juta Siap
Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini menerima tiga projek siap membabitkan dua tebatan banjir serta satu pemuliharaan muara sungai bernilai RM141.27 juta.
20 Aug 24
271
Dana Wakaf Tunai MAIDAM Cecah RM334 Ribu
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos- Kutipan dana wakaf tunai dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) mencatatkan jumlah sebanyak RM334,269.15 setakat 18 Ogos lalu.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, kutipan tersebut hasil sumbangan wakaf daripada pelbagai pihak termasuk masyarakat serta pihak korporat sama ada melalui potongan gaji, secara dalam talian atau yang hadir ke kaunter MAIDAM.
“Dana terkumpul merangkumi wakaf tunai am iaitu sebanyak RM286,301.84, wakaf hemodialisis (RM24,299) dan wakaf perkuburan Paya Bunga (RM23,118.31).
“Manakala agihan wakaf tunai am yang telah dilaksanakan adalah sebanyak RM134,800 meliputi sektor pendidikan, agama dan sosial,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Konvoi Agihan Hak Asnaf Fakir Miskin MAIDAM (KAHA) 2024 di Masjid Al-Muttaqin Kampung Kepong, di sini, semalam.
Dalam perkembangan lain katanya, orang ramai diseru menyertai program yang bakal diadakan sempena 75 tahun penubuhan MAIDAM iaitu ‘Run and Walk For Waqf pada 28 September ini.
Menurut beliau, dengan menyertai program itu peserta secara automatik akan berwakaf kerana yuran sebanyak RM50 yang dikenakan kepada setiap peserta akan disalurkan ke akaun wakaf tunai.
“MAIDAM juga membuka kepada peserta untuk mendaftarkan suami atau isteri dan anak-anak agar dapat beriadah secara santai bersama keluarga masing-masing.
“Setiap peserta yang mendaftar layak mendapat sehelai baju t-shirt serta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah,” ujarnya.
Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui pautan https://app3.maidam.gov.my/form/
20 Aug 24
173
MAIDAM Agih RM14 juta Zakat Untuk Asnaf Melalui KAHA 2024
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos- Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) tahun ini mengagihkan bantuan zakat berjumlah RM14 juta menerusi program Konvoi Agihan Hak Asnaf (KAHA) 2024.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, KAHA merupakan salah satu kaedah pihaknya mengagihkan wang zakat kepada asnaf fakir dan miskin yang layak selain skim bantuan sedia ada.
“Pada tahun ini MAIDAM memperuntukkan sebanyak RM14 juta bagi agihan KAHA di mana fasa pertama melibatkan RM10.2 juta kepada 18,761 Ketua Isi Rumah (KIR) yang disalurkan terus ke akaun penerima.
“Manakala baki sebanyak RM3.8 juta akan diagihkan pada fasa berikutnya,” ujar beliau ketika ditemui pemberita pada majlis ‘Flag Off’ Konvoi Agihan Hak Asnaf Fakir Miskin MAIDAM (KAHA) 2024 yang disempurnakan Pesuruhjaya Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin di Perkarangan Kompleks Seri Iman, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, penerima KAHA tersebut merupakan penerima bantuan bulanan dan sara hidup MAIDAM bermula awal Januari lepas sehingga hujung tahun ini.
"KAHA mula diperkenalkan pada tahun 2022 di mana konvoi motosikal diadakan serentak di seluruh Terengganu melibatkan semua daerah dan menariknya, penganjuran KAHA pada tahun ini adalah bersempena dengan Sambutan 75 Tahun MAIDAM.
“Jumlahnya bergantung kepada yang berhak, terdapat tiga kategori bantuan iaitu untuk isi rumah tunggal sebanyak RM300, isi rumah dua atau tiga orang (RM500) dan isi rumah empat orang ke atas (RM700).
“Besarlah harapan MAIDAM agar agihan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan asnaf selain menimbulkan rasa ingin memajukan ekonomi keluarga mereka,” ujarnya.
Sementara itu, salah seorang penerima Fatin Nabila Taim ,23, berkata, bantuan tersebut memberikan sedikit kelegaan buat dirinya yang juga pencari nafkah tunggal dalam keluarga.
Katanya, selain membeli barangan keperluan, duit KAHA boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan perubatan kakak dan dua adiknya yang merupakan (Orang Kelainan Upaya).
“Sumbangan ini kami terima dengan penuh kesyukuran memandangkan saya terpaksa ambil alih menjaga keluarga selepas ayah meninggal dunia dua bulan lalu,” ujarnya yang juga OKU masalah pembelajaran.
19 Aug 24
4661
Projek Tebatan Banjir, Pemuliharaan Sungai Bernilai RM141.27 Juta Siap
DUNGUN, 19 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini menerima tiga projek siap membabitkan dua tebatan banjir serta satu pemuliharaan muara sungai bernilai RM141.27 juta
Pelaksanaan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merangkumi projek Tebatan Banjir Gong Kiat, Kuala Terengganu bernilai RM5.8 juta yang siap pada Januari 2022, manakala projek Tebatan Banjir Guntung Luar, Setiu bernilai RM3.22 juta pula siap Mei 2022.
Sementara itu Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Dungun yang menelan kos RM132.5 juta siap pada Mac lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Mohd Zawawi Ismail berkata, mewakili kerajaan negeri beliau berterima kasih kepada kementerian terlibat serta JPS negeri yang telah berjaya menyiapkan tiga projek berimpak tinggi terbabit.
"Alhamdulillah, dengan terlaksananya projek tebatan banjir di Kuala Terengganu dan Setiu, risiko kejadian banjir di kawasan yang itu dapat dikurangkan dan memberi keselesaan kepada penduduk setempat serta aktiviti mereka tidak lagi terjejas," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Perseketuan Kepada Kerajaan Negeri Terengganu di Rumbia Resort Villa Paka, di sini, hari ini.
Terdahulu, mewakili Kerajaan Persekutuan, Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Mohd Zawawi telah menyaksikan majlis penyerahan tiga projek siap itu.
Mengulas lebih lanjut, Zawawi berkata dengan projek pemuliharaan Sungai Paka pula risiko kerosakan bot-bot nelayan akibat dari muara cetek serta pukulan ombak dapat dikurangkan.
"Selain daripada itu, penduduk di sekitar kawasan pantai berkenaan juga tidak lagi perlu risau dengan risiko hakisan pantai.
"Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pihak terutama pihak kontraktor yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek-projek ini.
"Ucapan terima kasih juga kepada semua yang turut menyumbang dan bekerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam pelaksanaan projek-projek ini.
"Semoga projek-projek yang diserahkan ini akan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada penduduk sekitar dan saya yakin penduduk sekitar akan lebih selesa dan selamat berbanding dengan keadaan sebelum ini," kata beliau.
19 Aug 24
996
28 Peserta Hadir Kursus Pemantapan Kemahiran Refleksologi
Oleh : Ammaarsalehudin
KUALA TERENGGANU, 19 Ogos - Seramai 28 peserta telah terlibat dalam kursus Pemantapan Kemahiran Refleksologi kaki, Tangan dan Telinga dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Persatuan orang-orang Cacat Penglihatan (PERTIS) dan DQaseh Skill Academy.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, kursus yang diadakan selama dua hari itu sangat memberi manfaat untuk para peserta dalam meningkatkan kemahiran berkenaan.
"Dengan kehadiran para peserta ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program berlangsung termasuk latihan amali bagi memantapkan kemahiran masing-masing.
"Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan kursus ini dan semoga dapat mengambil manfaat sepenuhnya." ujarnya ketika berucap semasa perasmian penutup program berkenaan, di sini, semalam.
Turut hadir. ketua Pegawai Eksekutif YPU negeri, Afnida Aini Alwi, Pengerusi PERTIS, Mohd Fauzi Mansor, Pengarah Urusan DQaseh Skill Academy, Junaimaslinda Othman dan Pengerusi Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT, Fakhruddin Zakaria.
19 Aug 24
99
Jabatan Pelancongan Berhasrat Hidupkan Kembali 'Pesta Pantai'
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) berhasrat mahu menghidupkan kembali acara Pesta Pantai yang pernah menjadi fenomena dan acara tahunan rakyat negeri ini dengan memastikan ia lebih patuh syariah.
19 Aug 24
850