lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Lebih RM10,000 Anak Pokok Terjual Dalam Masa Setengah Hari
Lebih RM10,000 Anak Pokok Terjual Dalam Masa Setengah Hari
HULU TERENGGANU, 1 April - Lebih RM10,000 nilai anak pokok habis dijual dalam masa tidak sampai setengah hari sempena Hari Terbuka Jabatan Pertanian 2021 di Ajil, kelmarin. Pengetua di Kompleks Pertanian Negeri Ajil, Hulu Terengganu, Mohd Fauzi Mohd Zin yang menyelia proses jualan memaklumkan, setakat jam tiga petang, hanya anak pokok durian belanda yang berbaki. "Untuk jualan, kami ada empat jenis anak pokok iaitu durian musang king, limau kasturi, durian belanda dan lemon dengan harga yang ditetapkan kerajaan iaitu RM12 bagi durian musang king, RM7 (durian belanda) dan RM4 bagi lemon dan limau kasturi. "Itupun kami terpaksa hadkan tiga anak pokok sahaja bagi seorang pembeli kerana sambutan terlalu hangat," katanya. Tambahnya, sebagaimana nasihat Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Azman Ibrahim, jabatan perlu melibatkan petani dalam program mengeluarkan anak benih pokok sendiri. "Potensi pertanian itu ada. Apabila kita libatkan petani secara langsung, jabatan cuma perlu bertindak sebagai fasilitator. "Apa yang penting, kita perlu memberikan pendidikan tentang pertanian supaya petani dapat bercucuk tanam dengan cara yang betul sejak awal supaya mereka dapat mengeluarkan hasil terbaik," katanya.              
03 Apr 21
1513
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386
Projek Lembu Sado Beri Pulangan Lumayan
Projek Lembu Sado Beri Pulangan Lumayan
Usaha kerajaan Terengganu memperkenalkan Projek Pembangunan Lembu Sado Berkelompok dijangka mampu memberi pulangan kepada penternak di negeri ini.
16 Mar 21
545
CSR Tani, Langkah Penjimatan
CSR Tani, Langkah Penjimatan
DUNGUN, 10 Mac- Langkah  mengadakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tani adalah sebagai satu langkah penjimatan kepada peruntukan kerajaan.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bajet pertanian sebanyak  RM20 juta lebih yang diperuntukkan kepada pertanian, perlu diagihkan kepada empat sektor iaitu sektor pertanian, perikanan, perternakan dan industri makanan.  "Kemudian ianya perlu dibahagikan kepada lapan daerah dalam negeri Terengganu, selepas itu mesti dibahagikan kepada 70 peratus daripada 1.2 juta orang penduduk di Negeri Terengganu. "Jawabnya RM20 juta tidak banyak mana, sebab itu ada kaedah - kaedah kita hendak berjimat, kita buat secara gotong royong ataupun CSR Tani." katanya.  Dr. Azman berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Program CSR Tani bertempat di Ladang Projek Kelompok Kelapa Pandan, Kampung Alor Mak Bah di sini semalam.  Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.  Menurutnya lagi, sempena 2021 diisytiharkan sebagai Tahun Pertanian Negeri Terengganu program sebegitu dianjurkan hampir setiap hari dengan memanfaatkan kemudahan jentera-jentera yang sedia ada di jabatan.  "Dengan tidak mengira tempat samada dalam baruh, laut, kebun kelapa ataupun kebun durian,kita pakat-pakat turun bersama - sama", tambahnya lagi.  Sementara itu Pegawai Pertanian Daerah Dungun, Nur Shazwani Mohd Salleh menjelaskan kebun kelapa pandan tersebut adalah di bawah Projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang diusahakan seramai 46 peserta untuk fasa pertama dan kedua melibatkan 18 hektar.  "Setiap peserta telah diperuntukkan seekar tanah untuk diusahakan tanaman kelapa pandan  secara berfasa dengan pembangunan kawasan bermula sejak 2014.  "Kelapa ini mengambil masa selama 3 hingga 4 tahun untuk berbuah dan sehingga kini sebanyak 30,000 biji buah telah dihasilkan, "jelasnya
10 Mar 21
457
Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian
Pemilik Tanah Terbiar Disaran Tanam Durian
Penduduk luar bandar yang memiliki tanah terbiar di Terengganu ini digalakkan untuk mengusahakan tanaman durian, terutama Musang King.
01 Mar 21
127
Tindakan Segera Atasi Kekurangan Bekalan Makanan Ternakan
Tindakan Segera Atasi Kekurangan Bekalan Makanan Ternakan
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Mesyuarat penyelarasan Kerajaan Negeri bersama pihak terlibat sedang mengambil tindakan segera tentang isu kenaikan harga serta kekurangan bekalan makanan ternakan yang membelenggu penternak di Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia berpunca daripada pelbagai perkara yang terlibat dalam rantaian pengeluaran makanan ternakan sehingga mengakibatkan kenaikan harga serta kekurangan bekalan. Sehubungan itu katanya, jalan segera perlu diambil bagi menggelakkan masalah itu berpanjangan. "Di Gong Badak, Kuala Terengganu terdapat kilang makanan ternakan milik Koperasi Peserta-Peserta Felcra Berhad (KPFB) dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 60 ribu beg sebulan bagi setiap beg seberat 50 kilogram berjenama Sepadurumi. "Antara strategi yang diputuskan ialah akan memanfaatkan sepenuhnya kewujudan kilang makanan ternakan KPFB yang ada di Terengganu. Selain itu, PPRNT akan memainkan peranan penting dari segi pemasaran dengan memanfaatkan kemudahan 54 outlet pemasaran milik ahli PPRNT yang terdapat di seluruh Negeri Terengganu. "Sementara itu, TADC juga akan membantu memasarkan produk makanan ternakan jenama Sepadurumi. Malah, FGV Kernel Produk yang memiliki kilang makanan ternakan di Semambu Kuantan akan meningkatkan jumlah makanan ternakan ke Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelas Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu, formula pemakanan produk Kilang KPFB adalah menggunakan kepakaran Professor Dr Wan Zahari, seorang pakar dan penyelidik yang dikenali dalam bidang makanan ternakan. "Isunya ialah produk ini tak dikenali oleh penternak Terengganu lalu ia tidak menjadi pilihan penternak tempatan yang lebih meyakini produk luar yang telah lama dikenali serta biasa digunakan sebelum ini. "Suka untuk dimaklumkan bahawa produk makanan ternakan dengan jenama lain yang dikenali ramai juga sebenarnya menggunakan kepakaran Professor Dr Wan Zahari. Produk Kilang KPFB tak kalah dari segi kualiti cuma memerlukan beberapa penambahbaikan dari segi promosi dan pemasaran. Dalam pada itu, harga makanan keluaran KPFB juga lebih rendah berbanding jenama luar yang biasa digunakan. "Suatu kerugian apabila Terengganu mempunyai kilang makanan ternakan tetapi produknya dihantar ke negeri-negeri lain dalam keadaan penternak negeri sendiri tak cukup bekalan. "Semoga langkah penyelesaian jangka pendek ini dapat merungkai sebahagian permasalahan yang sedang dihadapi penternak kita di Terengganu. Penyelesaian cara kita dengan memanfaatkan sumber tempatan sedia ada. Orang ramai boleh menghubungi Kilang Koperasi Peneroka-Peneroka Felcra Berhad di atas talian 01114969893 (Siti Nur Syeefa).
25 Feb 21
849
Kerajaan Negeri Serius Banteras Tuba Udang Galah
Kerajaan Negeri Serius Banteras Tuba Udang Galah
Kerajaan Terengganu memandang serius isu kerja segelintir pihak menangkap udang galah dengan menggunakan taktik haram di Kampung Pasir Gajah, Air Putih, Kemaman dan akan mengambil tindakan melalui Enakmen Peraturan Perikanan Darat.
24 Feb 21
83
Agrobazaar Buka Peluang Pasarkan Produk Usahawan Tempatan
Agrobazaar Buka Peluang Pasarkan Produk Usahawan Tempatan
Kewujudan Agrobazar sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih buat usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
23 Feb 21
162
Agrobazar Buka Peluang Pasarkan Produk Usahawan Tempatan
Agrobazar Buka Peluang Pasarkan Produk Usahawan Tempatan
BESUT, 22 Februari – Kewujudan Agrobazar sebagai hab pemasaran dan jualan produk tempatan berpotensi meraih pendapatan lebih buat usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, ia juga dilihat mampu memenuhi keperluan barangan harian dengan harga lebih murah. "Agrobazar pertama di Besut menyasarkan hasil jualan sebanyak RM5,000 sehari dan akan meningkat dari semasa ke semasa. "Sasaran utama juga supaya Agrobazaar ini menjadi pusat pemasaran produk tempatan sama ada dalam bentuk IKS atau produk lain. Bagi memastikan matlamat tersebut tercapai, pihak kami mencadangkan sebuah ‘database’ bagi mengumpul maklumat pengusaha tempatan melalui pelbagai jabatan berkenaan, merangkumi produk lokal dan asas tani dari kawasan tepi pantai hingga ke pedalaman. “Tujuannya supaya Agrobazaar menjadi pusat pemasaran utama dan teratur, menarik pengunjung dan menyokong IKS di sekitar kawasan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Program Mybest Buy Agrobazar di PTK Nyiur Tujuh, di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah FAMA Terengganu, Che Ghani Che Wan dan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh. Tambah Dr Azman, Agrobazar tersebut kini membekalkan 30 peratus produk IKS dan bumiputera terdiri daripada sejuk beku, sayur-sayuran segar dan produk buatan tempatan dengan harga rendah berbanding di pasaran luaran. “Insya-Allah dengan ‘pilot project’ yang diterajui FAMA ini adalah langkah pertama membuka ruang kemudahan pasaran dan serta peluang pekerjaan untuk penduduk sekitar,” jelasnya. “Sebelumnya, bangunan Pasar Tani Kekal Nyiur Tujuh telah siap dibina tiga tahun lepas namun tidak dimanfaatkan secara optimum, hasilnya kerajaan negeri bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu menjadikan tapak ini sebagai Agrobazaar pertama di Besut. Untuk rekod, Agrobazaar Nyiur Tujuh telah dibuka pada 1 Februari 2021 kini mencatatkan nilai jualan sebanyak RM52,364.37 sehingga 12 Februari tahun tersebut.  
21 Feb 21
1007
Ambil Ujian RBPT Sebelum Pindahkan Ternakan
Ambil Ujian RBPT Sebelum Pindahkan Ternakan
SETIU, 7 Februari - Pemilik haiwan disaran melakukan pengambilan sampel darah ternakan untuk ujian ‘Rose Bengal Plate Test (RBPT) sebelum memindahkan ternakan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pemindahan ternakan dalam Terengganu termaktub dengan perundangan Warta Kerajaan Negeri Terengganu T.r.P.U 10 dan T.r.P.U 4 iaitu Perintah Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut dan Hawar Berdarah (HS) yang  berkuatkuasa sejak tahun 2006. "Perintah ini dibuat di bawah Seksyen 36 Akta Binatang 1953. Sebelum sesuatu peraturan dikuatkuasakan, ruang perbincangan telah dan akan terus dibuka seluasnya untuk mewujudkan situasi menang-menang. Peranan kerajaan ialah untuk menjaga kepentingan semua pihak.’ "Selain daripada untuk menjamin daging ternakan yang disembelih selamat dimakan oleh manusia, ternakan yang akan dipindahkan juga perlu dipastikan sihat agar tidak berlaku pembawaan wabak penyakit seperti FMD, Brucellosis dan Hawar Berdarah ke kawasan lain ekoran pemindahan yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan. Menurut Dr Azman, beliau menerima banyak sungutan dan bantahan daripada penternak serta pemborong haiwan ternakan berkaitan cadangan untuk menguatkuasakan pengambilan sampel darah ternakan. Katanya, kerajaan negeri telah dipersalahkan kerana kononnya telah mewujudkan 'budaya' baru yang menyusahkan penternak sedangkan peraturan tersebut telah ada sebelum ini. "Peraturan ini sebenarnya sudah lama wujud. Dalam konteks Terengganu, pengambilan sampel darah bagi ujian RBPT tidak dipraktikkan dalam kes pemindahan antara daerah dalam negeri tapi telah dikuatkuasakan untuk pemindahan ternakan antara negeri. Negeri-negeri lain sudah lama menguatkuasakan ujian RBPT bagi pemindahan ternakan antara daerah. "‘Brucellosis’ adalah penyakit zoonosis iaitu penyakit haiwan yang boleh menjangkiti manusia. Kerana itu adalah sangat mustahak untuk memastikan bahawa haiwan ternakan yang dipelihara dan disembelih bebas dari Brucellosis melalui pengambilan sampel darah untuk ujian RBPT,’’ Jelasnya lagi. Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar sedang mengkaji daripada pelbagai aspek untuk menguatkuasakan ‘Standard Operating Procedur’ (SOP) bagi ujian RBPT terbabit. "Kajian dijalankan dengan mengambil kira semua kepentingan samada penternak dan rakyat sebagai pengguna. Setakat ini ia belum dikuatkuasakan lagi, "Untuk info, ujian sampel darah RBPT ini adalah percuma, boleh dibuat di lapangan dengan keputusan serta merta," katanya
07 Feb 21
222