lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

Terengganu Sasar Peningkatan Lima Peratus Hasil Ikan Zon A
Terengganu Sasar Peningkatan Lima Peratus Hasil Ikan Zon A
KUALA NERUS, 9 Oktober – Kerajaan negeri menyasarkan pengeluaran ikan di pesisir pantai (Zon A) sekitar lima peratus sempena Tahun Pertanian 2021 selepas melaksanakan inisiatif memperkayakan sumber hasil laut tersebut di perairan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sasaran dibuat melihat kepada peningkatan sebanyak 4.8 peratus tahun 2020 masing-masing 17,266.1 tan matrik berbanding tahun 2019 sebanyak 16,462.2 tan matrik “Bermula tahun 2018, kerajaan negeri telah mula bergiat dalam program membina dan melabuh unjam di seluruh negeri Terengganu, kenaikan hasil program memperbanyakkan sumber nelayan boleh dibuktikan dengan data terkini. “Fokus kita adalah nelayan pantai, kerana kategori zon A ini kelompok masyarakat yang berada di bawah golongan B40. “Sehingga kini, 188 orang nelayan di tujuh daerah mendapat manfaat program pembinaan unjam 2021 dengan 320 unit berjaya dilabuhkan dengan peruntukkan kerajaan negeri sebanyak RM160,000,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Program Labuh Tukun Tiruan, di perairan Tok Jembal Kuala Nerus, pagi Khamis. Turut hadir, Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab. Menurutnya lagi, sebanyak 27 unit tukun tiruan rekreasi telah dilabuhkan pada siri jelajah keempat di Kuala Nerus, diikuti dengan Setiu (Kuala Setiu) pada 17 Oktober ini.
09 Oct 21
276
Pelepasan 440,200 Benih Ikan Manfaatkan 273 Nelayan Darat
Pelepasan 440,200 Benih Ikan Manfaatkan 273 Nelayan Darat
Pelepasan 440,200 benih ikan dan udang secara serentak seluruh negeri ke perairan umum Terengganu bakal memberi manfaat kepada 273 nelayan darat di negeri ini. #TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera #Fasa3
05 Oct 21
39
Bilangan Haiwan Ternakan Yang Berdaftar Dengan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Bilangan Haiwan Ternakan Yang Berdaftar Dengan Perkhidmatan Veterinar Negeri
Bilangan Haiwan Ternakan Yang Berdaftar Dengan Perkhidmatan Veterinar Negeri  
22 Sep 21
108
Terengganu Sasar Jadi Pengeluar Utama Susu Segar
Terengganu Sasar Jadi Pengeluar Utama Susu Segar
KUALA TERENGGANU, 21 September – Terengganu bakal memperluaskan sektor industri susu segar melalui kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) sejajar dengan sasaran untuk menjadi pengeluar utama produk tenusu di Malaysia. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara terbabit telah dibincangkan melalui pertemuan kerja bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Mersing, baru-baru ini. “Saya telah menghadiri satu sesi taklimat tentang agrofood@ECER dan Pembangunan Mampan di kepulauan ECER yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat. “Dalam pada itu, ECERDC telah menandatangani Perjanjian Kerjasama untuk membangunkan projek Lembah Tenusu Jamaluang (JDV) untuk mewujudkan dan memperkembangkan industri tenusu di negara kita yang melibatkan beberapa buah negeri termasuk Terengganu,” katanya menerusi ciapan di Facebook rasminya. Sementara itu, Baidzawi menjelaskan, JDV adalah salah satu komponen Lembah Tenusu ECER yang dirancang oleh ECERDC bagi mewujudkan industri tenusu yang cekap dan mampan merentasi ECER, di Setiu, Terengganu, Pahang Barat, Lojing, Kelantan serta Jemaluang, Mersing. “Ini bertujuan meningkatkan Tahap Mampu Diri (Self-sufficiency Level – SSL) susu segar di negara ini sebanyak 40% bagi mengurangkan kebergantungan kepada susu import. “Matlamatnya adalah untuk membangunkan rantaian nilai yang kukuh merangkumi aktiviti huluan dan hiliran, termasuk pembangunan pusat-pusat pemprosesan susu. “Dengan cara ini, ECERDC menyasarkan untuk mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan dan juga peluang keusahawanan dalam industri tenusu sebagai Peladang Satelit, pengedar dari rumah, dan pembekal makanan haiwan,” tambahnya.
21 Sep 21
823
Sidang DUN : Penyakit LSD Lembu Tidak Jangkiti Manusia
Sidang DUN : Penyakit LSD Lembu Tidak Jangkiti Manusia
Orang ramai tidak perlu khuatir tentang penularan penyakit kulit kental (LSD) pada ternakan lembu kerana ia tidak menjangkiti manusia, malah dagingnya selamat dimakan.
19 Sep 21
84
Apakah Kilang Yang Sedia Ada Mencukupi?
Apakah Kilang Yang Sedia Ada Mencukupi?
Apakah kilang yang sedia ada mencukupi?
15 Sep 21
67
Kejayaan Negeri Terengganu Dalam Usaha Meningkatkan Pengeluaran Hasil Negeri
Kejayaan Negeri Terengganu Dalam Usaha Meningkatkan Pengeluaran Hasil Negeri
Kejayaan Negeri Terengganu Dalam Usaha Meningkatkan Pengeluaran Hasil Negeri
14 Sep 21
209
Enakmen Perladangan Unggas Dilaksana Tahun Hadapan
Enakmen Perladangan Unggas Dilaksana Tahun Hadapan
KUALA TERENGGANU, 6 September – Kerajaan negeri memutuskan penguatkuasaan Enakmen Perladangan Unggas Negeri Terengganu 2015 akan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari tahun hadapan bagi memastikan sektor penternakan tersebut dapat berjalan dengan lebih tersusun, sistematik dan mesra alam. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, antara bidang pertanian tumpuan kerajaan negeri dalam mencapai tahap pencukupan sara diri (SSL) adalah penternakan unggas sebagai satu daripada sumber makanan. “Oleh itu kita gerakkan, selangkah demi selangkah untuk mencapai sasaran tersebut, dari segi bekalan daripada sumber mesti dipertingkatkan. “Di bawah enakmen ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan memastikan sektor ini dapat berjalan bagi memastikan industri unggas maju secara mampan,” katanya ketika berucap dalam program Jerayawara Kesedaran Penternakan Unggas Siri 1, baru-baru ini. Tambahnya, beliau turut menyeru para penternak agar mematuhi dan memberi kerjasama erat kepada JPV bagi menjayakan kerja perlesenan secara tidak langsung dapat membantu penternak ke arah pertanian moden. “Ini bukan untuk membebankan penggiat pertanian dengan komitmen kewangan, tetapi untuk mengawal selia dalam masa sama bagi memacu penternak ke langkah lebih jauh,” katanya lagi. Sementara itu, Pengarah JPV Terengganu, Dr Anun Man berkata, perkembangan sektor penternakan unggas seperti ayam kampung, itik pedaging/penelur, ayam pedaging dan sebagainya bermula dengan peningkatan reban sistem tertutup dengan kapasiti besar lebih 50,000 ekor setiap ladang. “Dengan sistem berteknologi tinggi menjelang tahun 2022, pihak JPV mensasarkan sebanyak 139 premis perladangan ternakan dilesenkan dengan pelaksanaan enakmen tersebut,” jelasnya.
06 Sep 21
927
Terengganu Peruntuk RM250,000 Kepada Pengusaha Melon Manis
Terengganu Peruntuk RM250,000 Kepada Pengusaha Melon Manis
Terengganu memperuntukkan RM250,000 kepada pengusaha fertigasi tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di seluruh negeri.  
26 Aug 21
172
Pertanian Pacu Pembangunan Rakyat Setiu
Pertanian Pacu Pembangunan Rakyat Setiu
KUALA TERENGGANU, 20 Ogos – Kerajaan negeri menyasarkan pembangunan di daerah Setiu melalui sektor pertanian selepas pelbagai faktor tempatan dan projek besar yang sedang dijalankan diambil kira. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim memaklumkan, sasaran tersebut menjadi keutamaan kerana keistimewaan Setiu adalah 70 peratus rakyatnya terlibat dalam sektor perikanan, pertanian, penternakan. “Berdasarkan faktor sedemikian, menerusi Pelan Strategik Pertanian Negeri 2019-2023, pada tahun ini 73 program dan 13 projek dijalankan dan sebahagian besar bertumpu di sini. “Antaranya seperti pemilihan Setiu sebagai Gedung Pengeluaran Makanan Negeri Terengganu melihat kepada beberapa faktor antaranya daerah ini masih lagi mempunyai tanah pertanian berskala komersial untuk diusahakan di dalam sesuatu kawasan. “Kita melihat keperluan rakyat setempat, oleh itu antara dasar yang kita letakkan buat syarikat dan pelabur luar adalah tiga persoalan iaitu apakah tujuan datang di sini?, bagaimana kerajaan negeri boleh bantu dan apa rakyat boleh tukar?,” katanya. Beliau berkata demikian semasa siaran langsung Dialog Rakyat Terengganu Peringkat Setiu, di Facebook TVDI, baru-baru ini. Sementara itu, Dr Azman turut menceritakan pelaburan asing dari Amerika Syarikat melalui McCormick Global Ingredients Malaysia Sdn Bhd yang mampu memberi manfaat secara langsung kepada penggiat tani di sekitar daerah itu. “Dengan tanah seluas 500 hektar, 100 hektar daripada itu akan digunakan untuk rakyat kita seperti petukaran kemahiran dan teknologi dengan bakal pengeluar komersil yang terbesar lada hitam di Asia Tenggara itu," jelasnya. Tambahnya lagi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, beliau menyeru agar semua pemain taruh dalam industri tersebut bergerak sebagai satu pasukan. “Rantaian pembuat dasar, pegawai pelaksana dan rakyat yang mendapat manfaat tidak boleh putus, kita perlu saling melengkapi dan sasaran agar rakyat boleh kebaikan dari inisiatif ini,” katanya lagi.
22 Aug 21
1593