lightning-solid
Berita :

Artikel "Pertanian" Terkini

MINIMAKAN IMPAK BURUK BANJIR DI SEKTOR PERTANIAN
MINIMAKAN IMPAK BURUK BANJIR DI SEKTOR PERTANIAN
23 Nov 21
224
Minimakan Impak Buruk Banjir Di Sektor Pertanian - Dr Azman
Minimakan Impak Buruk Banjir Di Sektor Pertanian - Dr Azman
BESUT, 23 November – Kerajaan Negeri mengambil langkah meminimakan impak buruk sekiranya berlaku bencana banjir akibat musim tengkujuh serta menyeru warga tani agar terus berwaspada akan sebarang kemungkinan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, antara risiko impak selesai dikurangkan seperti sektor padi yang telah selesai musim penuaian. “Antara kebimbangan kita bila musim kedua atau padi luar musim, selalunya kita agak kesuntukan waktu kerana terpaksa berkejar dengan musim banjir. “Namun begitu, Alhamdullilah hasil warga petani telah menyelesaikan kerja menuai dan dalam bulan Disember atau Januari tahun hadapan, musim utama dalam sektor penanaman padi dapat dimulakan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin Peringkat Negeri Terengganu 2021 di Dewan Sivik Jabi, semalam. Tambah beliau, peringatan turut dikeluarkan buat warga penternak ikan terutamanya ikan air paya yang bergiat di kawasan laguna atau kuala untuk peka dengan keadaan cuaca dan sekeliling. “Apabila berlaku hujan di kawasan tersebut, air tawar turun akan menyebabkan kadar kemasinan air di kuala menurun yang boleh menyebabkan berlaku kematian ikan ternakan. “Perkara ini sudah dimaklumkan buat para penternak akuakultur kita, seperti bias akita akan cuba mengurangkan impak apabila berlaku bencana sedemikian. “Walaupun tidak dapat mengelakkan bencana, kita sediakan Tabung Bencana Pertanian Terengganu bagi membantu penggiat tani yang mengalami kerosakan tanaman dan kematian ternakan akibat bencana,” katanya lagi.
23 Nov 21
276
200 Warga Tani Terima Bantuan MAFI Prihatin
200 Warga Tani Terima Bantuan MAFI Prihatin
BESUT 23 November – Seramai 200 orang warga petani telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyerahkan bantuan MAFI Prihatin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan berbentuk barangan keperluan harian tersebut melibatkan sumbangan pelbagai agensi pertanian. Menurutnya, pemberian sumbangan MAFI Prihatin dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan akibat musibah yang melanda negara seperti banjir dan pandemik Covid-19. “Saya istilahkan inisiatif ini sebagai merapatkan hubungan di antara petani, penternak dan nelayan dengan jabatan-jabatan yang sebenarnya memainkan peranan besar dalam menyampaikan dasar-dasar kerajaan. “Contohnya, seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Negeri Terengganu (LKIM), Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan lain lagi agensi dibawah MAFI. “Sehingga kini, pelbagai inisiatif dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah diagihkan dari Januari hingga November tahun yang memberi manfaat kepada lebih 6,000 warga tani dengan nilai RM3 juta,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program penyerahan Bakul Makanan MAFI Prihatin Peringkat Negeri Terengganu 2021 di Dewan Sivik Jabi, semalam. Turut hadir, Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkepli Amin Mat Jusoh @ Yusof. Setakat Oktober, seramai 125,724 orang telah menerima bantuan MAFI Prihatin di seluruh negara melalui 626 program MAFI Prihatin yang dilaksanakan oleh jabatan serta agensi di bawah MAFI.
23 Nov 21
420
HAMPIR ENAM RIBU WARGA TANI NIKMATI MANFAAT BERNILAI RM3 JUTA
HAMPIR ENAM RIBU WARGA TANI NIKMATI MANFAAT BERNILAI RM3 JUTA
19 Nov 21
204
SIDANG DUN : Hampir Enam Ribu Warga Tani Nikmati Manfaat Bernilai RM3 Juta
SIDANG DUN : Hampir Enam Ribu Warga Tani Nikmati Manfaat Bernilai RM3 Juta
KUALA TERENGGANU, 17 November – Pelaksanaan pelbagai program dan bantuan daripada Kerajaan Negeri dari Januari hingga November tahun ini telah memberi manfaat kepada sejumlah 5,949 orang warga tani dengan nilai RM3 juta. Data tersebut dilaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi  dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim yang memperincikan jumlah tersebut melibatkan 3,447 orang petani. “Disamping itu, seramai 622 penternak dan 1880 nelayan turut menerima nikmat pelbagai bantuan sejak bermulanya Tahun Pertanian Terengganu (TPT) 2021. “Apabila tamat pelaksanaan TPT 2021 pada Januari 2022 nanti, Sekretariat TPT bertanggungjawab mengukur pencapaian dan keberkesanan kepada semua golongan sasar melalui soal selidik di lapangan. “Sekretariat TPT turut bertanggungjawab memantau pelaksanaan serta menyediakan perancangan untuk menambahbaik Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023,” katanya. Beliau berkata demikian semasa ucapan penggulungan bajet 2022 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Belas (Bajet) di Dewan Undangan Negeri, semalam. Tambahnya, Terengganu turut menyediakan perancangan kearah penubuhan Perbadanan Pertanian Negeri Terengganu. “Negeri-negeri lain yang menjadikan pertanian sebagai teras ekonomi rakyat mempunyai perancangan yang bersistematik melalui Perbadanan Pertanian Negeri. “Terengganu juga mempunyai perancangan ke arah penubuhan Perbadanan ini melalui perancangan yang tuntas dan berbekalkan data yang tepat,” katanya lagi.
18 Nov 21
207
CEBURI KEBUNITI ALTERNATIF TAMBAH PENDAPATAN
CEBURI KEBUNITI ALTERNATIF TAMBAH PENDAPATAN
03 Nov 21
81
UniSZA Jalin Kerjasama Antarabangsa, Fokus Pembiakbakaan Jagung
UniSZA Jalin Kerjasama Antarabangsa, Fokus Pembiakbakaan Jagung
KUALA NERUS, 23 Oktober – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan dan pengajian tinggi berpusat di Mexico dalam memfokuskan bidang pembiakbakaan jagung. Menerusi satu kenyataan, antara institusi yang menyertai adalah daripada industri utama yang terlibat dalam pembangunan biji benih dan penyelidikan berkaitan jagung di dunia. “The International Maize and Wheat Improvement Center (CIMMYT), Colegio de Postgraduados en Ciencias Agricolas (COLPOS) dan Universidad de Guadalajara dan Pengarah Green World Genetics (GWG) yang telah berbincang sekali sejak bulan September lalu. “Kerjasama ini adalah melibatkan penyelidikan dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan dan skil dalam bidang pembiakbakaan tumbuhan terutamanya jagung dan beberapa jenis tanaman lain. “Antara aktiviti yang dirancang oleh kedua-dua pihak adalah sesi perkongsian pengetahuan melalui webinar antara pakar bidang daripada kedua-dua negara, perkongsian budaya Malaysia dan Mexico, latihan kepada staf dan pelajar,” katanya menerusi laman web rasmi UniSZA. Tambahnya, kolaborasi berkaitan dengan pembiakbakaan tumbuhan, penanaman benih jagung yang akan dibekalkan oleh pihak CIMMYT di ladang UniSZA serta pembangunan bank biji benih jagung di Malaysia dengan kerjasama industri iaitu Green World Genetics (GWG). “Semoga kerjasama ini akan berterusan dan dapat membantu pihak FBIM untuk meningkatkan pengetahuan dan teknik dalam bidang pembiakbakaan tumbuhan di disamping menjadi salah satu hub rujukan dalam bidang pertanian di pantai timur.  
22 Oct 21
406
PROJEK PRODUK NAPIER MAMPU JANA 2,000 PELUANG PEKERJAAN
PROJEK PRODUK NAPIER MAMPU JANA 2,000 PELUANG PEKERJAAN
17 Oct 21
227
TERENGGANU SASAR PENINGKATAN LIMA PERATUS HASIL IKAN ZON A
TERENGGANU SASAR PENINGKATAN LIMA PERATUS HASIL IKAN ZON A
12 Oct 21
67
ORANG RAMAI DISERU SERTAI PENANAMAN KENAF
ORANG RAMAI DISERU SERTAI PENANAMAN KENAF
12 Oct 21
69