lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Penjawat Awam Perlu Faham Lebih Mendalam Tentang SSPA
Penjawat Awam Perlu Faham Lebih Mendalam Tentang SSPA
Program Sesi Libat Urus (SLU) Pekeliling Perkhidmatan Sistem Awam (SSPA) merupakan salah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memberi kefahaman lebih mendalam kepada penjawat awam mengenai sistem persaraan baharu yang diperkenalkan.
13 Oct 24
202
Tanpa Panduan Guru, Tiada Siapa Bergelar Graduan
Tanpa Panduan Guru, Tiada Siapa Bergelar Graduan
Tiada manusia mampu mencapai kejayaan di dunia tanpa kehadiran insan bergelar guru.
08 Oct 24
90
Pelajar Terengganu Inovasi ‘Rumah Pintar’
Pelajar Terengganu Inovasi ‘Rumah Pintar’
Pelajar Terengganu terus ke hadapan mempamerkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) 2024 yang bertemakan ‘Smart Home’ pada edisi kali ini.
06 Oct 24
70
Tanpa Panduan Guru, Tiada Siapa Bergelar Graduan
Tanpa Panduan Guru, Tiada Siapa Bergelar Graduan
KUALA TERENGGANU, 3 Oktober -  Tiada manusia mampu mencapai kejayaan di dunia tanpa kehadiran insan bergelar guru. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat menyeru setiap graduan supaya menghargai pengorbanan dan titik peluh para guru. “Apabila kita menyebut perihal ilmu pengetahuan dan penuntutnya, semestinya para guru serta murabbi bukanlah insan yang asing. “Maka Majlis Konvokesyen yang diadakan pada hari ini, seharusnya menjadi satu medan teristimewa, untuk kita semua khususnya para graduan, menyampaikan apresiasi serta penghargaan kepada para guru yang mendidik kita tanpa jemu, menjadi lilin membakar diri, demi menerangi perjalanan kalian sehingga ke akhirnya,” ujarnya Beliau berkata demikian pada sidang ucapan Majlis Konvokesyen Ke-2 Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) 2024 di Pusat Konvokesyen, Taman Tamadun Islam di sini kelmarin. Turut meraikan, Pengerusi Lembaga Pengelola KYIT; Che Alias Hamid, Pengarah Yayasan Islam Terengganu; Zahanapi Segaf, dan Ketua Eksekutif KYIT; Dzulkefli Mamat. Untuk rekod seramai 60 graduan diraikan dalam majlis gilang gemilang itu, yang terdiri daripada dua program yang ditawarkan di KYIT iaitu Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Diploma Pengajian Islam. KYIT turut mengurniakan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada Nur Anis Solehah Hamzah dan Anugerah Kecemerlangan Akademik, diraih oleh Nurul Ain Rahimi. Kedua-duanya mencapai kejayaan dalam program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak. Bagi program Diploma Pengajian Islam, Penerima Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum disandang oleh Nurul Hikmatul Hijrah Mohd Anuar, manakala Aqilah Ahmad Zaini adalah Penerima Anugerah Kecemerlangan Akademik. Majlis turut mengurniakan Anugerah Ketua Eksekutif kepada Nor Asmira Syafika Jais dari Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak.  
04 Oct 24
221
Pelajar Terengganu Inovasi ‘Rumah Pintar’
Pelajar Terengganu Inovasi ‘Rumah Pintar’
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober -  Pelajar Terengganu terus ke hadapan mempamerkan bakat dan kreativiti dalam pertandingan Spark Your Creativity Challenge (SYCC) 2024 yang bertemakan ‘Smart Home’ pada edisi kali ini. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat sangat teruja dan kagum dengan daya cipta yang ditunjukkan oleh peserta pertandingan. “Saya sangat berbesar hati dapat menyaksikan pertandingan mencungkil bakat, inovasi dan kreativiti pelajar terutamanya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). “Dengan tema ‘Smart Home’, anak-anak kita diberi peluang untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam mencipta solusi lebih pintar dan berinovasi untuk masa hadapan. Rumah pintar bukan sekadar tempat tinggal yang dilengkapi teknologi canggih, tapi boleh menjimatkan tenaga, selesa dan lestari. “Pihak Kerajaan Negeri amat menitikberatkan dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap sumber manusia dan bakat-bakat yang ada khususnya anak Terengganu, supaya tidak ketinggalan bagi memenuhi keperluan teknologi di masa akan datang,” ujarnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian SYCC 2024 di Auditorium Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PSKT, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Naib Presiden ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc, Nadia Khairene Ismail. Sebanyak 40 buah sekolah dari seluruh Negeri menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh PSKT hasil kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan Pendidikan Yayasan Terengganu, serta penaja utama ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. SK Gong Kapas menjuarai pertandingan SYCC 2024 kategori Sekolah Rendah, membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala iringan, plug pertandingan serta sijil penyertaan, naib juara dimiliki SK Sura dan tempat ketiga SK Kelulut. Bagi kategori Sekolah Menengah, SMK Tengku Lela berjaya ketepikan 25 pasukan lain untuk bergelar johan pertandingan, naib johan disandang SMK Rasau Kertih dan diikuti rapat SMK Balai Besar di tempat ketiga.
01 Oct 24
897
Imtiaz Terengganu Sasar Saingi Pelajar Antarabangsa
Imtiaz Terengganu Sasar Saingi Pelajar Antarabangsa
Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu menyimpan hasrat dan sasaran yang besar untuk bersaing dan duduk setaraf dengan pelajar antarabangsa dalam bidang akademik.
01 Oct 24
81
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
Pesta Buku Terbesar Terengganu Berakhir Esok
KUALA TERENGGANU, 30 September - Penganjuran Pesta Buku terbesar peringkat negeri di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu yang bermula 25 September lalu akan berakhir esok. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Ridzuan Hashim berkata Pesta buku kali ini merupakan program paling ditunggu-tunggu oleh para penulis, pembaca dan peminat buku yang sentiasa dahagakan ilmu. Katanya, program yang diadakan setiap tahun bermula 2018 itu dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) serta tajaan Syarikat Muda Osman Sdn Bhd (SMO). "Seramai 73 penerbit dari tempatan dan luar turut hadir. Selain itu, jualan alat bantuan mengajar dan juga alat tulis turut diadakan pada Pesta Buku kali ini. "Pelbagai kategori bahan bacaan juga dijual seperti novel, komik, buku pelajaran dan bahan bacaan umum dengan harga promosi berpatutan, pelbagai pengisian program disediakan kepada pengunjung yang hadir sepanjang tempoh tujuh hari pesta buku ini berlangsung dengan pelbagai kategori bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. "Antara aktiviti menarik turut diselitkan adalah pertandingan mewarna, bercerita, kuiz, busana perpaduan, jigsaw puzzle, ceramah kekeluargaan, bicara karya, ulasan sukan spontan, permainan tradisional, pertunjukan wayang kulit, busking dan banyak lagi program disediakan, pesta kali ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengunjung," katanya kepada media. Selain itu katanya, jualan makanan daripada peniaga-peniaga food truck dan Bazar PPAT, dan juga kehadiran figura terkenal tanah air bagi memeriahkan lagi suasana. “Antara figura terkenal tersebut iaitu Datuk Imuda, Ben Wong, Sharina Elisa, Muzuza, Adik Dhani, Hudanajwa dan ramai lagi masing-masing mempunyai slot khas. “Semasa berlangsungnya Pesta Buku ini, perkhidmatan Perpustakaan juga telah dilanjutkan sehingga jam 10 malam, melibatkan bahagian kanak-kanak dan pinjaman dewasa. “Turut memeriahkan Pesta buku kali ini pembukaan kaunter semakan Wang Tak Dituntut (WTD) oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia, perkhidmatan kaunter bergerak oleh MAIDAM, pameran robotik daripada TATIUC. “Saya amat mengharapkan agar semua pihak terlibat semasa Pesta Buku kali ini sentiasa komited dalam usaha meneruskan dan memajukan industri media cetak dan seterusnya membangunkan masyarakat berilmu pengetahuan, jadi rebutlah peluang ini untuk mendapatkan buku kegemaran dengan harga mampu milik,” ujarnya.
30 Sep 24
974
Pengorbanan Seorang Guru Bantu Pelajar OKU Raih Emas
Pengorbanan Seorang Guru Bantu Pelajar OKU Raih Emas
MARANG, 28 September - Pengorbanan seorang demi melihat anak didiknya yang juga pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU) berjaya dalam sukan lompat jauh berhasil setelah muridnya memperolehi emas peringkat negeri baru-baru ini. Guru Pendikan Khas Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan, Wan Husni Wan Abdullah, 36, berkata Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Majlis Sekolah Sukan Negeri Terengganu yang diadakan pada 21-23 Ogos baru-baru ini telah menjadi bukti bahawa Muhammad Ashreil Mikhail Zawawi mampu meraih kejayaan cemerlang. Dengan memperolehi satu pingat emas dalam acara lompat jauh BPL 12 (Masalah pembelajaran lelaki bawah 12 tahun) Muhammad Ashreil juga berjaya memecahkan rekod baru kejohanan.  "Saya berusaha mencari sumbangan untuk kos makan minum, serbuk protein dan telur dan dia juga banyak juga guna duit sendiri. "Persediaan di peringkat kebangsaan pada tujuh sehingga 11 Oktober ini di Stadium Ipoh, Perak juga memerlukan kos kira-kira RM600, hanya untuk Ashreil seorang," ujarnya  kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, hari ini. Katanya demi melihat kejayaan anak muridnya itu beliau telah menghabiskan RM1,400 untuk menampung empat orang pelajar bermula dari tahun lepas bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Peringkat Daerah dan Negeri, namun hanya Ashreil seorang sahaja yang berjaya ke peringkat kebangsaan. Jelasnya, ia termasuk belanja untuk membeli kasut khas untuk larian, makanan tambahan, ubat-ubatan serta alatan yang lain. "Saya nak ucap terima kasih kepada YB Ustaz Sulaiman Sulong (ADUN Pengkalan Berangan) sebab sudi memberi sumbangan kepada Ashreil. "Besar harapan saya agar  Ashreil menang emas dalam lompat jauh, di peringkat kebangsaan dan semoga dia terpilih ke sekolah sukan khas yang akan dibuka di Nilai, Negeri Sembilan melalui panel pemilih," katanya merujuk kepada penyerahan sumbangan olahraga pendidikan khas kepada Ashreil di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Pengkalan Berangan baru-baru ini.  
29 Sep 24
139
Media Sosial Jadi Ancaman Besar 'Ulat Buku'
Media Sosial Jadi Ancaman Besar 'Ulat Buku'
 Kecanggihan teknologi masa kini boleh memudarkan minat masyarakat terhadap amalan membaca dan menuntut ilmu.
29 Sep 24
69
149 Pelajar Cemerlang DUN Pengkalan Berangan Terima Inisiatif Awal Ke IPTA
149 Pelajar Cemerlang DUN Pengkalan Berangan Terima Inisiatif Awal Ke IPTA
MARANG, 28 September-  Seramai 149 Pelajar dalam Dewan Undangan Negeri DUN Pengkalan Berangan terima Inisiatif awal bagi melanjutkan pelajaran ke Pusat Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata ianisiatif itu bagi memastikan dapat membantu sedikit sebanyak bagi memudahkan urusan serta tidak mahu ada pelajar yang tercici "Kalau diikutkan tarikh tutup 15 september dan terdapat 105 penyertaan, namun atas semangat untuk memastikan setiap anak-anak mahasiswa warga N20 Pengkalan Berangan samaada yang akan menyambung pengajian diperingkat diploma atau ijazah. "Maka kami terima dan pejam mata untuk tambahan kewangan dari ‘ayah angkat kita’ iaitu (TCOM) Terengganu Telecomunication Sdn. Bhd. (TCOMM), jelasnya lagi. “Kebanyakan Universiti ini berada di kawasan bandar-bandar besar dan kita mengharapkan tidak menjadi kejutan  budaya dalam kalangan pelajat nanti sehingga melupakan mak, ayah dan keluarga di kampung", katanya. Beliauu berkata demikian semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar STPM, STAM, , Syahadah Thanawi 2023 dan Sumbangan Awal Ke IPTA itu telah diadakan di Dewan Serbaguna Arkeb Unit 6, PSP Terengganu pada baru-baru ini. Sulaiman Sulong juga turut berpesan kepada anak-anak pelajar tersebut supaya  setiap pelajar  sentiasa mengingati jasa mereka-mereka yang telah berkorban, tidak tinnggalkan solat bagi memastikan hubungan dengan Allah sentiasa dekat dan sekali gus memastikan akhlak terpelihara.
28 Sep 24
199