Artikel "Pendidikan" Terkini
Amar Makruf Nahi Mungkar Pasangan 'Kurang Sopan'
Pelaksanaan penguatkuasaan syariah yang menjadi dasar kerajaan negeri terus diperkasakan melalui sesi dakwah kepada pasangan-pasangan yang difokuskan dalam program Amar Makruf Nahi Mungkar.
03 May 20
307
Mahasiswa Disaran Sertai Lebih Banyak Program
Golongan mahasiswa disarankan mengikuti perkembagan isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dan tidak hanya berfokuskan kepada akademik semata.
02 May 20
48
Abdul Hadi, Jannah Johan Qari, Qariah Terengganu
Abdul Hadi Che Abd Halim dan Nor Jannah Abd Rahman, masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2020.
02 May 20
476
Anak Pemandu Van Juara Hafazan Al-Quran Terengganu
Hasil dorongan ibu bapa, seorang anak pemandu van muncul johan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori satu hingga 30 juzuk bahagian perempuan yang diumumkan sebentar tadi.
02 May 20
271
'Kekalkan Kecemerlangan Imtiaz' - Maliaman Kassim
Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu seluruh negeri digesa untuk terus mengekalkan rekod serta tradisi kecemerlangan yang telah dicapai sebelum ini.
02 May 20
286
Pendaftaran Pelajar Baru SMIDI Terengganu Berjalan Lancar
Pendaftaran pelajar baharu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) berjalan lancar dengan kemasukan 70 orang pelajar telah berdaftar di sekolah berkenaan.
01 May 20
295
Pelajar IPT Di Terengganu Mula Pergerakan Pulang Ke Kampung Malam Ini
HULU TERENGGANU, 30 April - Pelajar di institusi pendidikan tinggi (IPT) awam di Terengganu yang terkandas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing bermula malam ini.
Ketua Polis Terengganu, Dato' Roslee Chik berkata proses berkenaan melibatkan empat IPT awam dan pergerakan mereka dijangkakan akan bergerak pada pada pukul 9 malam.
"Pergerakan pelajar akan berlaku pada malam ini yang melibatkan seramai 181 pelajar di Universiti Malaysia Terengganu ( UMT) yang mana 126 pelajar akan menaiki 11 buah bas, lapan orang menaiki dua buah van dan 14 pelajar lagi akan pulang menaiki kereta.
"Daripada Universiti Sultan Zainal Abidin ( UniSza) seramai 23 orang dengan menaiki dua buah bas dan daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dungun seramai 97 orang dengan menaiki tujuh buah bas.
"Sementara itu dari Politeknik Kuala Terengganu seramai 14 orang akan menaiki dua buah bas dan 11 pelajar Politeknik Hulu Terengganu juga akan menaiki dua buah bas," ujarnya kepada pemberita di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.
Langkah membawa pulang pelajar yang terkandas di kampus dan sekitar susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu adalah antara sedikit kelonggaran yang diumum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis lepas
Bagaimanapun, kerajaan hanya membenarkan pergerakan pelajar pulang dari kawasan zon hijau secara berperinggkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
01 May 20
167
Mesir Lanjut Darurat, Pelajar Terengganu Tidak Terjejas
KUALA TERENGGANU, 29 April - Lebih 500 pelajar Terengganu di Mesir dijangka tidak berdepan masalah dengan lanjutan tempoh darurat selama tiga bulan yang dibuat Abdel Fattah al-Sisi baru-baru ini.
Yang Dipertua Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu di Mesir, Muhammad Nur Adli Najmuddin Mukhtar berkata, tindakan Presiden Mesir bagi menangani wabak COVID-19 itu tidak memberi impak yang buruk kepada mereka kerana keadaan di sana masih terkawal.
"Sebenarnya Mesir sentiasa dalam darurat sejak zaman presiden Hosni Mubarak, selepas Mubarak jatuh dan Dr Mohamed Morsi menjadi presiden, undang-undang tersebut dibuang.
"Namun, selepas al-Sisi ambik alih,
dia mulakan balik kanun darurat tersebut setiap tiga bulan bagi mengekang pengganas dengan sekatan yang tinggi dan kini digunakan ketika COVID-19 menular," katanya ketika dihubungi media hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Adli mengatakan
darurat membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah pencegahan lebih ketat, termasuk merujuk suspek keganasan ke mahkamah keselamatan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menapis laporan akhbar.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan perintah berkurung COVID-19 kekal pada pukul 9.00 malam hingga 6.00 pagi.
"Alhamdulillah, kesemua kami juga tiada yang positif wabak berkenaan sehingga hari ini," ujarnya.
Beberapa hari lalu dalam dekri presiden, al-Sisi berkata aspek kesihatan dan keselamatan Mesir kini dalam keadaan berbahaya.
Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir mengesahkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan 337 orang dan jumlah kes berjumlah 4,782 manakala 1,236 pesakit sembuh.
01 May 20
135
Empat Bidang Utama Tunjang Konsep Universiti Gabungan UMT-UniSZA
Dari kiri: Dr. Nor Aieni, Dr. Siti Hashimah, Tan Sri Halim, Dr. Muhammad Nur dan Dr. Hassan.
Â
Â
Â
KUALA TERENGGANU, 27 September- Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bersetuju menumpukan empat bidang sebagai fokus kepada universiti baharu yang akan ditubuhkan hasil penggabungan sepenuhnya kedua-dua universiti itu.
Â
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Dato' Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, keempat-empat tujahan utama iaitu kelautan, pendidikan Islam dan sains sosial, perubatan serta perniagaan dan undang-undang merupakan kekuatan kedua-dua universiti itu telah dicadangkan untuk dikekalkan.
Â
"Tujahan atau bidang utama ini akan memantapkan universiti berkenaan sebagai peneraju dalam integrasi keilmuan Islam dan sains selain memperkasakan kebitaraan fokus universiti masing-masing serta memberi nilai tambah kepada mahasiswa, fakulti dan komuniti setempat.
Â
"Melalui usaha ini kita akan dapat lihat bidang disiplin misalnya syariah dengan perakaunan atau mungkin pengajian Islam digabungkan dengan sains dan teknologi," katanya dalam sidang media selepas Bengkel Kerja Penyelarasan Penggabungan UMT dan Unisza di Hotel Primula di sini hari ini.
Â
Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah kedua-dua universiti, Tan Sri Dr. Halim Mohamad dan Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty di samping Naib Canselor UMT dan Unisza, Prof. Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar dan Prof. Dato' Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Siti Hashimah beri jaminan kakitangan universiti terlibat tidak akan kehilangan kerja.
Â
Siti Hashimah juga memaklumkan, kerangka penggabungan itu akan dilaksanakan kerajaan menggunakan kepakaran pensyarah tempatan bertaraf antarabangsa.
Â
Beliau turut memberi jaminan tiada mana-mana kakitangan sama ada akademik atau bukan akademik bakal berdepan risiko kehilangan pekerjaan, sebaliknya akan kekal berkhidmat termasuk mereka yang berstatus pekerja kontrak.
Â
"Walaupun secara prinsipnya, keputusan penggabungan sudah dipersetujui, proses libat masih lagi diteruskan urus bersama warga universiti termasuk dengan pelajar yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya.
Â
Dalam bengkel selama dua hari itu, UMT dan UniSZA mengemukakan cadangan berhubung pelaksanaan penggabungan kedua-dua institusi itu untuk pertimbangan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Â
Bengkel tersebut turut menyentuh isu tadbir urus universiti baharu, pembangunan dan kebajikan pelajar di samping penyelidikan dan akademik.
Â
Sesi libat urus dan bengkel akan terus diadakan bersama warga universiti.
Â
Â
27 Sep 19
426