lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Wanita B40 Teruja Mulakan Kelas Jahitan Sulam Tampal
Wanita B40 Teruja Mulakan Kelas Jahitan Sulam Tampal
KUALA TERENGGANU, 15 September – Para peserta kursus jahitan sulam tampal yang terdiri daripada wanita berpendapatan rendah (B40) di sekitar daerah ini sudah tidak sabar untuk memulakan pembelajaran mereka. Kursus anjuran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Nor itu dilaksanakan di bawah inisiatif Pelan Jana Semula Negara ‘Human Resources Development Fund’ (PENJANA HRDF) dan akan memberi manfaat kepada individu untuk jualan secara atas talian. Wakil Richmind Legacy Sdn Bhd (penyedia latihan), Zuraina Ahmad berkata program ini dinamakan sebagai program jahitan ‘patchwork’ ataupun tampal cantum yang tidak memerlukan sebarang modal.   Zuraina Ahmad. “Kita hanya menggunakan kain perca yang sedia ada seperti lebihan-lebihan kain jahitan dan kemudian dijadikan satu produk yang baru seperti beg ataupun kotak pensil, beg sandang, bakul dan sebagainya. “Produk-produk ini boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi, jadi kita berharap kemahiran baharu yang dipelajari oleh wanita B40 Kuala Terengganu ini dapat digunakan untuk menjana pendapatan dengan lebih lumayan kerana produk-produk ini dapat dijual dengan harga yang jauh lebih tinggi walaupun tanpa menggunakan modal. “Wanita-wanita ini asalnya sudah mempunyai kemahiran menjahit, jadi apa yang dilakukan ialah menambah kemahiran menjahit ke satu tahap yang baru,” ujarnya. Zuraina berkata demikian ketika ditemui oleh pemberita selepas Majlis Perasmian Kursus Jahitan Sulam Tampal Untuk Jualan Secara Online Bagi Program Pembangunan B40 Daerah Kuala Terengganu di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Wakaf Mempelam semalam. Turut hadir, Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Wan Mohd Zaki Wan Abdullah, serta Pengarah Urusan Richmind Legacy Sdn Bhd, Ahmad Jafny Jusoh. Menurut Zuraina lagi, daerah Kuala Terengganu adalah ‘pilot programme’ (program pertama) yang dijalankan. Katanya, kejayaan program tersebut akan menjadi kayu ukur untuk dipertimbang dan dikembangkan ke daerah-daerah dan negeri lain.   ADUN Wanita bersama sebahagian peserta. “Kami menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu terutamanya kepada ADUN Wanita yang menyambut baik program ini dan sebenarnya idea ini sudah lama, tetapi tidak dapat dilaksanakan sebaliknya kali ini, ADUN Wanita telah membantu merealisasikannya. “Pihak mereka banyak membantu kami dari segi untuk mendapatkan dan mengenal pasti peserta yang layak sebab kita tahu, golongan B40 ini ramai tapi kita sasarkan golongan yang betul-betul memerlukan untuk dibantu, tambahnya lagi. Beliau turut melahirkan harapan agar peserta dapat belajar dengan bersungguh-sungguh di samping dapat dilatih sebagai usahawan wanita yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk keluarga tanpa perlu mengharapkan orang lain. ADUN Wanita bergambar bersama peserta kursus.  
15 Sep 20
933
Solat Di Surau Sekolah Dibenarkan
Solat Di Surau Sekolah Dibenarkan
KEMAMAN, 13 September - Aktiviti surau sekolah termasuk solat sudah mula dibenarkan semenjak ianya ditutup setelah negara dilanda wabak Covid-19 dan semua pihak terlibat diarahkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan sejak bulan Mac yang lalu. Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Geliga, Wan Mohd Salleh Wan Ismail berkata, hari ini semua pelajar di sekolahnya sudah dibenarkan untuk menunaikan solat di surau sekolah berkenaan. "Sebelum ini kami di sekolah ini mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk solat di surau sekolah tetapi sekarang kita mula membuka semula surau ini untuk solat dilaksanakan. "Namun begitu, kita masih mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara seperti penjarakan fizikal dan lain-lain," ujarnya. Katanya lagi, beliau berharap pelajar-pelajar di sekolah itu terutama pelajar Tingkatan Lima agar dapat memanjatkan rasa syukur pada Allah apabila telah dibenarkan untuk solat di surau sekolah dan mengambil peluang untuk bermunajat untuk memohon kejayaan di dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. "Kita juga mengharapkan semua pelajar di sekolah ini terus cemerlang pada masa akan datang," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kesyukuran sempena pembukaan semula aktiviti solat yang diadakan di surau sekolah berkenaan, hari ini. Beliau yang telah menerima pangkat Pengetua Cemerlang pada tahun 2018 itu turut berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang telah menaja makan tengah hari dalam majlis tersebut untuk guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar-pelajar Tingkatan Lima melibatkan kesemuanya seramai 250 orang. Hanafiah Mat yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga & Perpaduan Nasional negeri telah hadir ke sekolah berkenaan bagi menyampaikan sumbangan sebuah projektor untuk kegunaan di dewan sekolah itu, baru-baru ini.
13 Sep 20
2245
Kerja Awal Bagi Mewujudkan IPT Islam Terengganu Sedang Berjalan
Kerja Awal Bagi Mewujudkan IPT Islam Terengganu Sedang Berjalan
Kerajaan Terengganu sedang giat melaksanakan kerja-kerja awal bagi merealisasikan hasrat untuk mewujudkan institusi pengajian tinggi agama di negeri ini seperti Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KuSZA) sebelumnya.
10 Sep 20
120
Hafizah 30 Juzuk Raih Anugerah Pelajaran Diraja UiTM
Hafizah 30 Juzuk Raih Anugerah Pelajaran Diraja UiTM
  KUALA TERENGGANU, 10 September – Apa jua  kejayaan yang ada pada seseorang individu bukanlah dikecapi dengan mudah. Tanya sahaja mana-mana individu atau pelajar cemerlang di luar sana, pasti ada rahsia di sebalik kecemerlangan yang diperolehi. Begitu juga dengan Afaf Syahira Ahmad Satmi, 25,anak kelahiran Besut yang baharu sahaja diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) UiTM 2020 yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam satu majlis baru-baru ini. Ketika ditemui, anak kedua dari empat beradik itu mengakui kaedah menghafaz al-Quran yang dipelajari  menjadi salah satu resipi terbaik untuk setiap kejayaan yang diperolehinya turut terpilih sebagai graduan terbaik Universiti Teknologi MARA  (UITM) tahun lepas. “Meletakkan al-Quran dan hadis sebagai panduan hidup serta  setiap hari,  dan jangan lupa untuk baca dan mengulang bacaan al Quran, paling minimum, satu muka surat sehari. “Setiap hari, untuk mulakan hari baru, tajdid (perbaharui) niat kita, Afaf berpegang pada hadis nombor satu Imam Nawawi yang bermaksud ‘Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa seusngguhnya bagi setiap orang apa yg dia niatkan. Barangsiapa yang berhijrah menuju kepada Allah dan RasulNya,maka berhijrah kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujunya itu’. “Saya jadikannya satu amalan, jadi setiap perbuatan kita kena niat yang betul dan ikhlas,kalau niat sebab Allah, inshaAllah dipermudahkan bila ikhlaskan hati dalam setiap perkara,” ujarnya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) semalam. Afaf merupakan graduan dalam bidang ljazah Sarjana Muda Pembedahan (Pergigian) di UiTM juga merupakan Hafizah 30 Juzuk dari Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut kini berkhidmat di Klinik Pergigian Padang Luas, Jertih. Katanya, sokongan ibu bapa, Ahmad Satmi Salleh, 56, dan Hayati Awang, 52, adik-beradik serta pensyarah dan rakan sekelas sentiasa melonjak motivasi buat dirinya untuk belajar bersungguh-sungguh. Tidak kedekut atau lokek dengan kejayaan yang diperolehinya, dia turut berkongsikan sedikit tips untuk mencapai kejayaan ini. Menurut Afaf, sebagai anak perlu sentiasa memohon restu daripada ibu bapa, tidak meninggalkan solat dan fokus di dalam kelas juga  menjadi rahsia kejayaannya meraih anugerah itu. “Jaga hubungan dengan Allah dan manusia,terutama sekali ibu bapa kerana doa mereka paling makbul.Rapatkan diri dengan Allah dengan doa, solat sunat ,bangun malam. Allah paling dekat dengan hambaNya yang berdoa padaNya “Doa ibu bapa tiada hijab dan jangan lupa untuk sentiasa meminta orang lain mendoakan kita, kerana kita tidak tahu mungkin doa salah seorang daripadanya diangkat dan dimakbulkan.Jadi salinglah meminta doa dan mendoakan antara satu sama lain,” katanya. Sementara itu, Ahmad Satmi yang berkhidmat sebagai pegawai Rakan Penambahbaikan Sekolah di Pejabat Pendidikan Besut berkata, dia dan isteri cukup berbangga dengan kejayaan anak perempuan mereka dan menyifatkan segala pengorbanan anaknya telah terbalas, “Afaf telah banyak berkorban untuk capai tahap ini, dan apa sahaja yang dia dapat hari ini memang berbaloi dan kami bangga dengannya. “Dia anak yang baik, kuat semangat dan suka mengalah serta rapat dengan keluarga.Saya dan isteri sentiasa memberikan pemikiran positif kepada dia dan adik beradiknya yang lain bahawa jika orang lain boleh buat ...kenapa kita tak boleh buat, usaha yakin dan tawakkal, Insha Allah akan berjaya,”katanya. Ketika ditanya tentang petua mendidik anak, Ahmad Satmi berkata setiap anak mereka sejak lahir akan dididik dengan ilmu agama sebagai bekalan hidup termasuk menyuntik kata-kata motivasi. “kami sekeluarga rapat, sentiasa bercuti bersama-sama malah ketika anak-anak belajar di sekolah berasrama, setiap hari kami akan telefon bertanya khabar dan secara tidak langsung berkongsi masalah jika ada. “Satu lagi amalan kami suami isteri ialah melakukan solat hajat setiap malam dan berdoa hanya yang terbaik untuk Afaf dan adik beradiknya yang lain, sebab doa ibubapa ini tidak ada hijabnya,”tambahnya.  
10 Sep 20
3788
Kerjasama YT Dan UTP Buka Ruang Buat Pelajar Pintar B40
Kerjasama YT Dan UTP Buka Ruang Buat Pelajar Pintar B40
Kerjasama pintar antara Yayasan Terengganu dan Universiti Teknologi Petronas ( UTP)  mampu membuka ruang kepada pelajar pintar B40 negeri ini melanjutkan pelajaran ke peringkat Persediaan/Asas dan Ijazah Sarjana Muda pelbagai bidang di UTP.
09 Sep 20
531
Kejayaan Pelajar, Guru Perkasa Pendidikan Negeri
Kejayaan Pelajar, Guru Perkasa Pendidikan Negeri
Kejayaan para pelajar dalam setiap peringkat pelajaran mampu memperkasa pendidikan negeri sekali gus melahirkan lebih ramai pelapis yang berwibawa.
09 Sep 20
84
Kerjasama YT Dan UTP Buka Ruang Buat Pelajar Pintar B40
Kerjasama YT Dan UTP Buka Ruang Buat Pelajar Pintar B40
KUALA TERENGGANU, 9 September – Kerjasama pintar antara Yayasan Terengganu dan Universiti Teknologi Petronas ( UTP)  mampu membuka ruang kepada pelajar pintar B40 negeri ini melanjutkan pelajaran ke peringkat Persediaan/Asas dan Ijazah Sarjana Muda di pelbagai bidang di UTP. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ia merupakan kolaborasi pertama antara Yayasan Terengganu dengan universiti swasta dalam negara yang merupakan antara 'Top 100 Asia bagi World Ranking Universiti tahun 2020'  telah dilaksanakan secara lebih teratur dan terancang. Katanya, kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan asas-asas yang terbaik untuk terus memacu kecemerlangan Terengganu dalam medan pendidikan. “Untuk permulaan, sepuluh orang pelajar telah terpilih iaitu tiga orang yang akan mengikuti program persediaan (Foundation) dan tujuh lagi akan mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UTP di bawah Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang peringkat Ijazah Sarjana Muda. “Kerjasama ini tidak hanya melibatkan penajaan pelajar semata-mata, bahkan melibatkan  program pendidikan pelajar melalui aktiviti berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) terutamanya di Sekolah Menengah  Imtiaz YT, latihan pembangunan staf/guru berdasarkan perkembangan alaf baharu, dan program penempatan kakitangan termasuk pertukaran kakitangan “Ia bagi melahirkan generasi masa hadapan yang mampu untuk menghadapi apa jua cabaran dan menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara kerana generasi ini dibentuk bukan hanya menerusi kecemerlangan dalam jangka masa  yang tertentu tetapi melalui gabungan berbagai keperluan,” ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara Yayasan Terengganu dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar; Pengerusi Lembaga Pengarah UTP, Dato' Raiha Azni Abd Rahman; Penasihat Undang-Undang negeri, Dato' Razali Che Ani, Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat  dan Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim. Menerusi persefahaman pada hari ini, Tabung Amanah Zakat UTP (TAZU) akan menaja seramai 20 orang pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pengajian peringkat Asas (Foundation) untuk tempoh pengajian selama satu tahun. Yayasan Terengganu dan Tabung Amanah Zakat UTP akan menaja seramai 20 orang pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan untuk pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda yang mana akan ditanggung secara bersama berdasarkan jumlah yang telah dipersetujui.
09 Sep 20
920
Madrasah Tahfiz Persis Taj Mahal Bakal Dibina
Madrasah Tahfiz Persis Taj Mahal Bakal Dibina
MARANG, 25 Ogos - Sebuah madrasah tahfiz atau dikenali sebagai Madrasah Tahfiz Al-Ayyubi yang seni binanya bercirikan negara sruktur binaan negara Timur Tengah dan Taj Mahal bakal dibina di daerah ini.  Pengarah Madrasah, Ustaz Abu Bakar Salleh berkata, institusi itu dibangunkan melalui konsep wakaf sememangnya dan mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk sekitar.  "Kita menjangkakan madrasah ini bukan sekadar bakal dipenuhi anak-anak pelajar tetapi juga para pengunjung akan turut membanjiri persekitarannya bagi menyaksikan keindahannya dan bergambar kenang-kenangan.  "Signifikan pembinaan ini juga dengan visi 'Kampung Kita, hafal al-Quran' dan misinya ialah 'satu rumah satu hafiz' bagi melahirkan generasi celik al-Quran, menghafal dan beramal dengan ilmu penyuluh hidup dunia dan akhirat.  "Insya-Allah kita akan membina sebuah tahfiz empat tingkat berkonsepkan Taj Mahal. Bukan saja kami nak jadikan sekolah tahfiz ini sebagai tarikan. Untuk pelajar-pelajar datang ke sini mengaji menghafal tetapi juga sebagai tarikan pengunjung," jelasnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah merasmikan majlis pecah tanah projek pembinaan Madrasah Tahfiz Al-Ayyubi, Masjid Mujahidin, Kampung Bukit Gasing, pada 20 Ogos yang lalu. Orang ramai yang berminat untuk terlibat sama menyumbang kepada pembinaan madrasah ini boleh menyalurkan ke akaun Bank Rakyat Madrasah Tahfiz Al-Ayyubi (111431007464).  
25 Aug 20
1337
Jumlah Penagih Dadah Wanita Di Terengganu Masih Terkawal
Jumlah Penagih Dadah Wanita Di Terengganu Masih Terkawal
Masalah jenayah dadah dalam kalangan wanita di Terengganu masih lagi terkawal dan tidak membimbangkan berdasarkan rekod terkini.
24 Aug 20
349
Tidak Bertanggungjawab Punca Cerai
Tidak Bertanggungjawab Punca Cerai
Sikap tidak bertanggungjawab sama ada lelaki atau wanita terhadap pasangan dan anak masing-masing menjadi punca utama yang mengakibatkan penceraian di Terengganu.  
14 Aug 20
258