lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

PSMZA Adakan Majlis Graduasi Secara Maya, Rai 1,294 Graduan
PSMZA Adakan Majlis Graduasi Secara Maya, Rai 1,294 Graduan
DUNGUN, 28 September- Seramai 1,294 orang graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) menerima diploma masing-masing di Majlis Konvokesyen PSMZA Kali Ke-17 yang diadakan secara maya untuk mengelakkan penularan COVID-19.  Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Yaswadi Mat Yasim berkata, perasmian dan penyampaian diploma tersebut disempurnakan secara maya oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Ts Dr Mohammad Naim Yaakub.  “Wabak Covid-19 bukan penghalang untuk kita meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dan ini juga menunjukkan keprihatinan kita. "Majlis graduasi kali ini sedikit berbeza dimana tiada acara penyerahan skrol secara terus kepada pelajar sebaliknya mereka perlu bergambar di 'skrin hijau' seolah-olah sedang menerima skrol daripada TS Dr Mohammad dan gambar tersebut akan 'diedit' seperti dalam majlis graduasi sebenar, " katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Menurut Yaswadi, majlis konvokesyen yang berlangsung di Dewan Dagang, PSMZA selama empat hari itu dengan seramai 170 orang graduan akan hadir untuk setiap sesi telah bermula semalam. "Segala persiapan telah diatur rapi bagi menjayakan majlis konvokesyen kali ini dimana dalam keadaan pergerakan yang terkawal dan perlu mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. "Terima kasih juga kepada semua 'frontliner' PSMZA yang menjayakan Majlis Konvokesyen Ke-17 ini," ujarnya.
28 Sep 20
1347
RM500 Bantuan Pendidikan STPM Kepada Pelajar Tingkatan 6 Atas Terengganu Kekal Relevan
RM500 Bantuan Pendidikan STPM Kepada Pelajar Tingkatan 6 Atas Terengganu Kekal Relevan
KUALA TERENGGANU, 1 Oktober - Kerajaan negeri dijangka masih kekal dengan pemberian bantuan pendidikan sebanyak RM500 kepada pelajar Tingkatan 6 Atas 2020 bagi anak Terengganu yang belajar di negeri tersebut. Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, bantuan tersebut adalah susulan inisiatif kerajaan negeri bagi membantu pelajar Tingkatan 6 Atas di seluruh Terengganu yang tidak memperoleh Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP). "Bantuan BKP dari Kerajaan Pusat ini menyediakan peruntukan bagi pelajar Tingkatan 6 Atas aliran sains dan sastera yang berjaya. Memandangkan tidak semua pelajar akan dapat biasiswa tersebut, maka kerajaan negeri menyalurkan bantuan pendidikan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sebanyak RM500 seorang dalam usaha membantu meringankan bebanan pengajian anak-anak Terengganu yang bakal menduduki STPM. "Jumlah bantuan ini adalah keputusan kerajaan negeri berdasarkan keadaan kewangan semasa negeri yang dibentangkan dalam Bajet 2020 yang lalu. Untuk tahun hadapan, kita sedang dalam proses mengangkat permohonan bantuan yang serupa di mana belum diputuskan lagi jumlah bantuan tersebut berdasarkan kriteria yang dinyatakan. "Dijangkakan RM500 seorang akan kekal diberikan oleh kerajaan negeri sebagai pemberian bantuan sepertimana yang dinyatakan," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini. Terdahulu Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri mengharapkan agar insentif dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri akan menambahkan lagi semangat anak-anak pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam pendidikan sehingga peringkat tertinggi. "Sudah pasti dengan adanya bantuan sebegini, meskipun jumlahnya tidaklah besar, sedikit sebanyak dapat menampung kos menyediakan kelengkapan pembelajaran atau membayar yuran peperiksaan," katanya. Selain itu, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu turut menyediakan Bantuan Persediaan Ke IPT (Institusi Pengajian Tinggi) sebagai pemberian 'one-off' kepada anak Terengganu yang berjaya melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat pengajian. Bantuan persediaan ke IPT tersebut diberikan sebanyak RM500 bagi peringkat sijil, asasi dan matrikulasi, RM750 bagi peringkat diploma dan RM1,000 bagi peringkat ijazah pertama, master dan PhD.  
23 Sep 20
2630
ADUN Jabi Agih RM3,000 Kepada Masjid, MPKK
ADUN Jabi Agih RM3,000 Kepada Masjid, MPKK
SETIU, 22 September – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengagihkan sumbangan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan 22 masjid di seluruh DUN terbabit.  ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjumlah RM2,000 turut diberikan bagi merancakkan lagi perjalanan entiti itu. Katanya, walaupun tiada peruntukan khusus untuk institusi-institusi tersebut, pihaknya tetap mengusahakan beberapa langkah supaya ia memberi manfaat kepada semua pihak. "Kesemua 37 MPKK dalam DUN Jabi menerima sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM3,000 dari Pejabat ADUN Jabi. Sebelum ini pun macam-macam peruntukan kita dah bagi berdasarkan keperluan.  "Kita tak ada suatu peruntukan khusus untuk masjid, PIBG atau MPKK. Dengan apa yang ada, kita atur dan agihkan sebaik mungkin agar sama dapat merasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurutnya lagi, pihaknya merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memberi kemudahan kepada semua. "Tahun ini tak ada mesyuarat agong PIBG. Untuk kesemua PIBG bagi 14 buah sekolah dalam DUN Jabi, kita salurkan sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM2,000 di samping sumbangan berkala lain sebelum ini. Tak banyak tapi sama merasa," tambah beliau.
22 Sep 20
826
Wan Sukairi Rai 102 Bakal Mahasiswa Dari DUN Wakaf Mempelam
Wan Sukairi Rai 102 Bakal Mahasiswa Dari DUN Wakaf Mempelam
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah mengambil peluang meraikan 102 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau dalam satu majlis ramah mesra di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
20 Sep 20
261
Hanafiah Bantu PERMATA UiTM
Hanafiah Bantu PERMATA UiTM
KEMAMAN, 20 September - Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah satu badan yang diberi perhatian oleh kerajaan negeri. Yang Dipertua (YDP) PERMATA UiTM, Zikry Hakim Mohd Zakri memaklumkan, kerajaan negeri banyak memberi sokongan dari segi kewangan dan sokongan moral di dalam program-program yang telah diadakan. "Semasa negara dilanda penularan pandemik COVID-19, mahasiswa kesusahan dan gelisah kerana ketiadaan bas pulang ke kampung. Namun dengan bantuan bapa angkat PERMATA UiTM, Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat, mahasiswa anak Terengganu diperuntukkan sebanyak 15 buah bas. "Seluruh IPTA dibantu secara berperingkat dan UiTM diperuntukkan sebanyak tiga buah bas," ujarnya. Katanya lagi, Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut menyumbang dalam program Hari Keluarga PERMATA UiTM yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwah sesama ahli. Dalam pada itu, beliau turut mengharapkan agar hubungan PERMATA dengan kerajaan negeri serta Yayasan Terengganu menjadi lebih utuh di masa akan datang. "Saya juga harapkan PERMATA dapat merencana lebih banyak program untuk kebajikan dan sosial mahasiswa anak Terengganu," ujarnya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi PERMATA UiTM 2020 di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, semalam. Hadir sama memeriahkan majlis, Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim, ADUN Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh dan Timbalan Pengarah (Pendidikan) Yayasan Terengganu, Hashim Azmi Che Noh.
20 Sep 20
1226
60 Bakal Mahasiswa Dirai
60 Bakal Mahasiswa Dirai
DUNGUN,20 September- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi mengadakan program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) bagi meraikan 60 pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, program berkenaan bertujuan memberi penghargaan kepada pelajar yang berjaya menempatkan diri ke pusat pengajian tinggi. "Tahniah kepada semua pelajar. Saya doakan agar semuanya dapat mengikuti pengajian sehingga habis dan mendapat keputusan yang cemerlang. Boleh dikatakan setiap kali anak-anak DUN Bukit Besi dapat menyambung pengajian ke universiti akan kita ambil kesempatan bagi meraikan mereka, meniupkan semangat serta menasihatkan mereka agar menjaga sahsiah diri. "Serta belajar dengan penuh semangat patriotik, maksudnya belajar dengan bersungguh-sungguh serta berniat bagi menyumbang sesuatu kepada negara dan tidak akan sesekali melakukan perkara yang merugikan bangsa, agama dan negara,"katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program LAMEGA yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi, baru-baru ini. Bagi Wan Nur Aqlima Wan Saifulbahrim yang berjaya mendapat tempat Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, nasihat dan pesanan yang diberikan Ghazali akan menjadi pendorong untuknya menempuhi alam universiti. "Saya akan melanjutkan pelajaran ke dalam bidang Pengurusan Operasi. Peluang belajar ini tidak akan saya persiakanlah, rasa sangat gembira mempunyai pegawai penyelaras yang begitu cakna dan prihatin terhadap kami. "Dengan sedikit bantuan yang diberi ini saya rasa sangat bersyukur sebab dapat menampung sedikit perbelanjaan ke universiti nanti," ujarnya. Nur Shafika Imran yang bakal menlanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Usahawan dan Pelancongan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) juga sangat berterima kasih diatas kecaknaan Ghazali. "Sukalah sebab ada orang meraikan kita dengan bantuan diberikan dapatlah tampung serba sedikit bagi membantu mahasiswa seperti kami, serta diberikan nasihat serta tips yang sangat membantu kami agar lebih peka kepada alam baru di universiti yang pastinya lebih mencabar bagi memastikan kami lebih terjaga serta tidak terjerumus kepada perkara yang tidak baik. "Bagi saya apabila tamat pengajian nanti tidak keberatan untuk kembali berkhidmat di DUN Bukit Besi," katanya.
20 Sep 20
482
RM29,000 Untuk APSES
RM29,000 Untuk APSES
KEMAMAN, 18 September - Kerajaan menambah baik astaka Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Puteh atau dikenali Ayer Puteh Secondary School (APSES) yang menelan belanja RM29,000. Astaka APSES yang terbengkalai selama lapan tahun berubah wajah hari ini selepas peruntukan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid digunakan untuk menyiapkan astaka APSES. Katanya, seramai 500 lebih orang murid di APSES mendapat manfaat. "Selepas ini tidak perlu lagi pasang dan cabut kanopi setiap kali program diadakan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Astaka APSES semalam. Gimik perasmian disempurnakan Che Alias dengan memecahkan ketulan air batu yang diselit kain rentang bergulung tertulis SMK Ayer Puteh, Astaka APSES dan berlatar belakangkan astaka yang siap dinaik taraf.  Sementara itu, Pengetua SMK Ayer Puteh, Mohd Sadri Tengah mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang sentiasa turun padang bersama masyarakat. "Alhamdulillah atas kecaknaan Ahli Parlimen Kemaman, Astaka APSES mampu berdiri megah," ujarnya. Astaka APSES dibina untuk mewujudkan suatu tempat kegiatan kokurikulum dan sukan bagi melahirkan murid-murid yang lebih aktif.  Majlis diadakan di Dewan Utama SMK Ayer Puteh. Hadir sama, Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Sekolah (PPD) Sektor Pengurusan Sekolah Menengah, Tajol Abidin Abdullah, Penghulu Mukim, Mohd Azlan Ibrahim, Yang Dipertua PIBG, Nazar Sidek dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat. Che Alias turut melawat Astaka APSES dan menandatangani plak perasmian disaksikan guru-guru dan pelajar-pelajar APSES.  
17 Sep 20
1938
Wan Sukairi Rai 102 Bakal Mahasiswa Dari DUN Wakaf Mempelam
Wan Sukairi Rai 102 Bakal Mahasiswa Dari DUN Wakaf Mempelam
KUALA TERENGGANU, 17 September – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah mengambil peluang meraikan 102 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, hari ini. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri berkata, program ramah mesra ini bertujuan untuk meraikan kejayaan 102 orang pelajar terbabit melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA,IPTS) bersama ibu bapa mereka. “Saya mengharapkan anak-anak kita ini akan membentuk masyarakat yang berilmu, dan menjadi pelapis dalam membangunkan kampung, daerah, negeri dan negara kita pada masa hadapan. “Pada peringkat pertama kira-kira dua bulan yang lepas, kita telah sambut dari rumah ke rumah seramai 100 orang pelajar keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019. Lawatan melalui 34 buah kampung itu untuk meraikan para pelajar yang bakal menyambung pelajaran ke pelajaran matrikulasi, asasi dan diploma,” ulasnya. Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena Program ramah mesra ADUN Wakaf Mempelam bersama para pelajar ijazah pertama sesi 2020/21 di Dewan Camelia, Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu, pagi ini. Turut hadir, Ketua Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Wakaf Mempelam, Radzali Abdul Ghani, kakitangan daripada I-MITS Wakaf Mempelam dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Wakaf Mempelam Katanya lagi, program peringkat kedua yang diadakan itu melibatkan 32 pelajar lelaki dan 60 pelajar perempuan yang bakal melanjutkan pelajaran dalam ijazah pertama di IPTA dan IPTS sesi 2020/2021. “Selepas majlis hari ini, dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN, kita akan mengikuti perkembangan para pelajar melalui pembentukan kumpulan dalam aplikasi Whatsapp. Inisiatif ini berperanan sebagai satu saluran untuk para pelajar berkongsi perkembangan pembelajaran masing-masing. "Selain itu, pihak kami turut merancang untuk berjumpa dengan anak-anak DUN Wakaf Mempelam di Universiti IPTA dan IPTS, untuk melihat perkembangan pelajaran mereka dan mengadakan pertemuan bersama pelajar-pelajar yang sedia ada di sana,” katanya.
17 Sep 20
693
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
Usaha kerajaan Terengganu dalam mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam terus rancak berjalan apabila sebuah lagi pusat berkenaan berjaya ditubuhkan di daerah ini.
17 Sep 20
80
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
Taska Bagi Penjawat Awam Dungun Mula Beroperasi
DUNGUN, 16 September – Usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di tempat kerja bagi penjawat awam terus rancak berjalan apabila sebuah lagi pusat berkenaan berjaya ditubuhkan di daerah ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Taska Permata Keluarga Majlis Perbandaran Dungun (MPD) merupakan taska di tempat kerja yang ditubuhkan hasil inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja. Katanya, pembukaan pusat itu merupakan usaha kerajaan negeri dalam menunaikan Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu iaitu membuka pusat asuhan di setiap jabatan kerajaan negeri.   "Sebelumnya, pembukaan rasmi Taska Permata Keluarga MPD adalah pada bulan januari tetapi ditangguhkan atas sebab pandemik COVID-19. Inisiatif ini dijayakan dengan kerjasama kerajaan negeri bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu serta agensi lain. "Antara Taska Permata yang telah disiapkan, kini beroperasi di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak (UniSZA) dan di Wisma Darul Iman.  "Bagi tahun ini, kerajaan merancang untuk membuka taska seterusnya di UniSZA Kampus Tembila diikuti dengan Bangunan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dalam sekitar bulan ini atau awal Januari 2021, di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu pada awal januari 2021 serta sebuah lagi di Jabatan Kerja Raya Terengganu pada april 2021," ujarnya. Beliau berkata demikian semasa berucap Majlis Perasmian Taska Permata Keluarga Majlis Perbandaran Dungun di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang yang juga Timbalan Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Lizan Che Mat serta Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu Wan Mohd Zaki Wan Abdullah. Menurutnya, perkara itu pasti akan memberi kelegaan kepada para ibu bapa dan secara tidak langsung menyumbang kelangsungan pentadbiran yang baik kepada negeri. "Saya yakin dan percaya dengan pendekatan kokurikulum yang menyeluruh dan bersepadu di taska ini, akan menatijahkan hasil terbaik kearah masyarakat negeri maju, berkat dan sejahtera” "Dengan Doa dan harapan supaya taska sebegini akan melahirkan modal insan berkualiti. Mereka bakal menjadi As-syabab dan Ar-rijal atau pemuda-pemudi hebat yang mampu memenuhi tuntutan kehidupan” tambah beliau Pengambilan di Taska Permata Keluarga MPD melibatkan 23 orang pelajar dari usia 3 bulan hingga 4 tahun serta 6 orang kakitangan terlatih dan menelan kos kira-kira RM 100,000 daripada peruntukan kerajaan negeri.
15 Sep 20
1217