lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

'Pelajari, Hayati dan Contohi Rasulullah'
'Pelajari, Hayati dan Contohi Rasulullah'
Dakwah bukan semata-mata mengajak orang lain ke arah kebaikan, namun ia juga merupakan ajakan kepada diri para daie itu sendiri.
08 Nov 20
64
COVID-19:73 Sekolah Di Dungun Ditutup
COVID-19:73 Sekolah Di Dungun Ditutup
  DUNGUN, 6 November - Sebanyak 73 sekolah di daerah Dungun ditutup mulai 7 hingga 20 November depan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diistiharkan oleh kerajaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata  pihaknya mengambil perhatian berhubung peningkatan kes positif COVID-19  dan memutuskan untuk menutup sekolah dalam usaha membendung penularan wabak itu. Katanya, bilangan institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, Kolej Vokasional serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM. "Senarai institusi pendidikan yang ditutup itu dilampirkan bersama untuk rujukan ibu bapa, penjaga, warga sekolah dan institusi. "Untuk makluman, senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa dan dimuat naik dalam portal KPM: www.moe.gov.my serta platform media sosial rasmi KPM," katanya. Menurut kenyataan itu, sekolah dan institusi pendidikan mempunyai asrama juga ditutup, justeru ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid atau pelajar yang tinggal di asrama untuk pulang ke rumah masing-masing. "Walaubagaimanapun, murid atau pelajar yang menunggu untuk diambil ibu bapa ataupun yang ingin terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan itu, akan berada bawah jagaan warden asrama. "Keperluan makanan dan minuman pelajar yang tinggal di asrama sepanjang tempoh tidak pulang ke rumah mereka, akan disediakan oleh pihak sekolah dan institusi terbabit,"katanya. Manakala bagi murid atau pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan pula hendaklah mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan. "Sepanjang tempoh penutupan itu, pentadbir sekolah dan semua institusi pendidikan diarah untuk memastikan guru, tenaga pengajar serta murid dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah. "Manual PdP di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM: www.moe.gov.my," menurut kenyataan itu. Terdahulu, Menteri Kanan Keselamatan, Dato'  Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Rasau, Dungun berkuat kuasa Sabtu ini sehingga 20 November depan.
06 Nov 20
2248
UniSZA Sedia Kelas Tuisyen Percuma
UniSZA Sedia Kelas Tuisyen Percuma
KUALA NERUS, 5 November  – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melebarkan program kemasyarakatannya dengan menyediakan kelas tuisyen percuma khusus untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) menerusi Program 3T (Teens Tuition Teens). Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Mohd Afandi Salleh, buat permulaan, seramai 40 pelajar dari keluarga B40 di daerah Kuala Terengganu  yang menetap di Flat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang  telah dipilih untuk program kali ini. Katanya, ia  melibatkan  empat buah sekolah iaitu  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam, SMK Seri Budiman, SMK Padang Negara dan SMK Chendering. “Program dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA (MPP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Ladang itu akan diadakan selama dua tahun bermula pada 2 November 2020 sehingga 22 Disember 2022 bertempat di Bilik Kuliah, Kampus Perubatan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambah beliau, program ini bertujuan untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Pelan Strategik UniSZA iaitu menjadikan UniSZA sebagai Hero Komuniti yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat khususnya di daerah sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. Menurutnya lagi, seramai 20 orang fasilitator terdiri daripada pelajar Asasi (PUSPA) dan pelajar Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP)  diambil sebagai tenaga pengajar sepanjang program berlangsung. “Sebanyak enam mata pelajaran yang akan diajar iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Prinsip Akaun pada tahun ini dan tahun 2021 pula kami rancang untuk kembangkan kepada pelajar Daerah Kuala Terengganu seramai 120 orang dan akan melibatkan 10 mata pelajaran. “Dua aliran utama bagi program ini ialah Sains dan Perniagaan yang melibatkan subjek Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Matematik Moden dan Prinsip Perakaunan,” jelas Mohd Afandi.
05 Nov 20
901
SK Pusat Terima Sumbangan 120 Naskhah Al-Quran
SK Pusat Terima Sumbangan 120 Naskhah Al-Quran
KEMAMAN, 3 November - Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat melalui Panitia Pendidikan Islam telah menerima 120 naskhah al-Quran daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat, pagi tadi. Ia diberikan bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Khatam Al-Quran melibatkan 120 orang murid Tahun Enam yang akan berlangsung pada 26 November nanti. Hanafiah ketika ditemui mengharapkan agar dengan sumbangan itu dapat melancarkan majlis yang akan diadakan oleh pihak sekolah berkenaan. "Semoga kita semua beroleh manfaat berpanjangan dan sentiasa berada di dalam rahmat Ilahi," ujarnya. Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran SK Pusat, Ruzlaikha Abdul Rahman memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas penerimaan sumbangan al-Quran itu. "Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat di atas sumbangan yang diberikan ini. Kami sangat menghargainya," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di sini. Sumbangan disampaikan sendiri oleh Hanafiah di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai. Pihak sekolah akan mengagihkan al-Quran kepada pelajar dan ianya akan kekal menjadi milik setiap pelajar untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.  
03 Nov 20
190
RM30 Ribu 'One Off' Untuk Pelajar IPTA IPTS DUN Kijal
RM30 Ribu 'One Off' Untuk Pelajar IPTA IPTS DUN Kijal
KEMAMAN, 3 November - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal telah memperuntukkan sebanyak RM30 ribu untuk Bantuan 'One Off' Persediaan Awal Memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) untuk tahun 2020. Penolong Pembantu Tadbir PKM DUN Kijal, Nurul Iriena Mohd Ariffin, 26, berkata, seramai 146 pelajar yang direkodkan telah menerima bantuan tersebut semenjak bulan Jun tempoh hari. "Semenjak bulan Jun tahun ini sehingga sekarang seramai 146 pelajar telah menerima bantuan ini. "Walaupun nilainya tidak seberapa untuk setiap pelajar namun ianya cukup membantu ibu bapa mereka yang terpaksa berbelanja besar bagi melihat anaknya meneruskan pembelajaran ke menara gading," katanya. Nurul Iriena (kanan) menyerah bantuan 'One Off'. Nurul ditemui oleh Urusetia Penerangan Darul Iman sejurus selepas menyerahkan bantuan yang telah diluluskan kepada pemohon yang berjaya di Pejabat PKM DUN Kijal, baru-baru ini. "Permohonannya amat mudah, pelajar boleh datang terus ke pejabat PKM ini dengan mengisi borang yang telah disediakan dengan beberapa dokumen yang diperlukan. "Insya-Allah ia akan dluluskan dalam masa yang terdekat dan kita akan meneruskan bantuan 'One Off' ini bagi membantu mereka yang memerlukan di tahun yang akan datang dan seterusnya," ucapnya.
02 Nov 20
1150
Terengganu Hasrat Jadi Model Kerajaan Digital Pintar
Terengganu Hasrat Jadi Model Kerajaan Digital Pintar
Kerajaan negeri berhasrat untuk menjadi kerajaan digital pintar yang praktikal dan mampan menjelang 2030 sebagai persediaan memasuki era Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Usaha mencapai hasrat tersebut dibuktikan dengan Terengganu selangkah ke hadapan menyediakan dan melancarkan Pelan Induk Kerajaan Digital Pintar Terengganu dan Pelan Strategik Taman Maya AI (AI-Artificial Intelligence) Terengganu.
02 Nov 20
375
DUAT Gigih Bentuk Wanita Terengganu Solehah
DUAT Gigih Bentuk Wanita Terengganu Solehah
Foto : Media DUAT KUALA TERENGGANU, 1 November – Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) komited untuk melahirkan golongan wanita negeri yang berakhlak solehah.  Pegawai Seranta Unit Majlis Daie DUAT, Ilhami Nadhrah Hamzah berkata, hal itu boleh dibuktikan melalui siri-siri penganjuran program yang menjadikan kaum wanita sebagai golongan sasar utamanya. “Program Bicara Minda Daie Wanita Terengganu yang dianjurkan di Dewan Imam Naafi' Masjid Al-Muktafi Billah Shah, baru-baru ini juga termasuk dalam agenda menjadikan wanita Terengganu berakhlak solehah. “Program ini merupakan program khusus untuk para wanita yang menampilkan moderator dan panel dalam kalangan asatizah wanita dalam Terengganu iaitu Sumaiyah Zakaria, Noorzila Mohamad serta Nor Aqma Zulaikha Roslan. “Walaupun program ini telah dilaksanakan dengan skala kecil demi mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun, ia tetap mencapai matlamatnya."ujarnya. Ilhami berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam. Menurut beliau lagi, antara tujuan utama penganjuran ialah untuk memberi ruang kepada para wanita di Terengganu menggilap ilmu dakwah semasa dan ilmu untuk menjadi wanita solehah. “Di samping itu, kita juga mahu membina keyakinan para wanita untuk menyebarluaskan ilmu kepada masyarakat terutamanya wanita. “Kita juga bercita-cita untuk menjadikan Negeri Terengganu sebagai negeri model yang subur dengan majlis ilmu khususnya buat wanita,” katanya. Ilhami turut melahirkan harapan agar para peserta  dapat mengamalkan ilmu yang telah dikongsikan dalam program tersebut dan sama-sama berusaha untuk menjadi wanita yang solehah.
01 Nov 20
743
Perkasa Kempen Memartabatkan Undang-Undang Syariah
Perkasa Kempen Memartabatkan Undang-Undang Syariah
Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan berterusan kepada usaha untuk memantapkan undang-undang syariah dalam teori dan juga praktikal.  
28 Oct 20
127
DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah
DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah
KEMAMAN, 28 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di 24 buah sekolah di kawasannya di sini baru-baru ini. Agihan sumbangan kepada PIBG kali ini melibatkan sebanyak 17 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional di DUN Air Putih. Dianggarkan sebanyak RM59,000 sumbangan diagihkan kepada PIBG yang terlibat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim memaklumkan, sumbangan yang diberikan itu meliputi semua sekolah rendah dan menengah di DUN Air Putih.  “Kita mengharapkan agar PIBG sekolah dapat menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya terutama demi keperluan para pelajar di sekolah masing-masing,” ujarnya. Setiap PIBG masing-masing menerima RM2,000 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul menerima RM10,000 di atas kejayaan mereka mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik seluruh negeri Terengganu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang lalu. SMK Binjai turut menerima RM5,000 untuk keperluan program di sekolah tersebut.
27 Oct 20
1172
456 Pelajar Terima Bantuan Awal Ke IPT
456 Pelajar Terima Bantuan Awal Ke IPT
DUNGUN, 22 Oktober - Seramai 456 pelajar dalam Parlimen Dungun yang berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta telah menerima bantuan awal pendidikan setakat ini. Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meraikan serta menampung sedikit sebanyak perbelanjaan ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang bakal bergelar mahasiswa. Menurut beliau, sumbangan berkenaan telah mula diagih kepada para pelajar sejak bulan Jun yang lalu dan sehingga kini ianya masih diteruskan sekiranya terdapat permohonan daripada pihak pelajar. Beliau yang ditemui pemberita di pejabatnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua pelajar di daerah ini yang berjaya mendapat tawaran ke IPT selain mengingatkan kepada para pelajar agar menggunakan peluang yang diperoleh sebaik mungkin. "Gunakan peluang ini dengan sebaik-baiknya, jangan dipersiakan harapan ibu bapa yang selama ini telah banyak berkorban dalam membesarkan anak-anak. "Sentiasa berhubung dengan ibu bapa walaupun berada jauh dari penglihatan mereka, sentiasa bertanya khabar kerana berkat doa ibu bapa itulah yang akan mengiringi kita mencapai kejayaan kita dimasa akan datang," ujarnya. Wan Hassan juga berharap agar sumbangan berkenaan dapat dimanfaatkan oleh pelajar sewajarnya khusus dalam hal-hal berkaitan pembelajaran.
26 Oct 20
458