lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Strategi ‘Holistik’ Banteras Dadah
Strategi ‘Holistik’ Banteras Dadah
KUALA TERENGGANU, 26 November – Kerajaan negeri melaksanakan strategi secara holistik selaras dengan manifesto pada PRU-14 lalu bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan rakyat Terengganu.
26 Nov 20
110
Sidang DUN : UC TATI Cadang Buka Kampus Di Kuala Terengganu
Sidang DUN : UC TATI Cadang Buka Kampus Di Kuala Terengganu
Kolej Universiti TATI (UC TATI) merancang untuk membuka kampus baharu di Kuala Terengganu. Ustaz Saiful Bahri Mamat
26 Nov 20
390
Terengganu Taja 12 Pelajar Lanjut Pengajian Di Jordan
Terengganu Taja 12 Pelajar Lanjut Pengajian Di Jordan
KUALA TERENGGANU, 26 November - Seramai 12 pelajar mendapat penajaan Yayasan Terengganu (YT) berjumlah RM8.4 juta untuk melanjutkan pengajian di Jordan.  Pengarah YT, Ishamudin Hashim memaklumkan, sembilan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan dua dalam bidang pergigian di Jordan Universiti Of Science Teknologi (JUST). Jelasnya, seorang lagi pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang perbankan Islam di Universiti Yarmouk, Jordan.  "Sembilan pelajar dalam bidang perubatan akan mengikuti pengajian enam tahun, dua lagi pelajar dalam bidang pergigian akan menamatkan tempoh pengajian dalam tempoh lima tahun, manakala pelajar dalam bidang perbankan Islam selama empat tahun," ujarnya. Ishamudin berkata demikian pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pendidikan) YT, Dr Hashim Azmi Che Noh.  Tambah Ishamudin, kesemua pelajar berkenaan sudah berlepas ke Jordan Selasa lalu. Mengulas lanjut, beliau berkata, penghantaran 12 pelajar ke Jordan adalah sebahagian penajaan di bawah Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang peringkat persediaan serta ijazah pertama dalam dan luar negara yang diperuntukkan kerajaan negeri sebanyak RM10 juta tahun ini.  "Tahun lalu, YT menaja seramai 13 pelajar ke Jordan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan, Perbankan Islam dan Pengajian Islam. "Tiga lagi pelajar mendapat penajaan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Pergigian di Mesir dan semua pelajar itu kini berada di tahun kedua," jelasnya.
26 Nov 20
838
UMT Duduki Senarai 200 Universiti Terbaik Asia
UMT Duduki Senarai 200 Universiti Terbaik Asia
  KUALA TERENGGANU, 26 November - Universiti Malaysia Terengganu (UMT),berjaya menduduki senarai 200 universiti terbaik Asia berdasarkan Laporan QS Asia University Rankings 2021. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan,  QS Asia University Rankings menilai universiti di Asia melalui 11 petunjuk diantaranya reputasi, penyelidikan dan pengantarabangsaan. Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni  Mokhtar berkata, UMT melonjak kepada kedudukan 195 iaitu meningkat sebanyak 48 tangga berbanding penarafan tahun lepas.  Katanya, kedudukan UMT di kalangan 200 universiti terbaik Asia dilihat mampu menarik lebih ramai pelajar antarabangsa, meningkatkan kolobrasi bersama penyelidik luar negara dan memperluaskan jaringan kerjasama dengan industri. Di samping itu, pencapaian ini menonjolkan keterlihatan citra UMT di peta dunia. “Ini merupakan pencapaian terbaik UMT sepanjang penubuhannya dan apa yang lebih membanggakan, UMT menunjukkan peningkatan ketara bagi 10 daripada 11 petunjuk yang dinilai.  “Pencapaian ini juga memberi gambaran bahawa UMT diiktiraf oleh akademia antarabangsa dan juga industri memandangkan penarafan QS melibatkan tinjauan daripada kedua-dua pihak. “Pencapaian ini merupakan satu pengiktirafan kepada hasil usaha warga UMT yang menunjukkan budaya kerja yang tinggi mutunya disamping komited di dalam memastikan strategi PSUMT yang direncana dapat dilaksanakan dengan baik.   ,”ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Tambahnya, kedudukan 195 Asia ini dicapai seiring dengan sasaran kedudukan 200 Asia seperti yang ditetapkan di dalam Pelan Strategik UMT 2018-2022 (PSUMT) bagi tahun 2020.  Beliau turut berkata,  pemerkasaan berterusan terhadap penyelidikan, pengajaran, pengantarabangsaan dan citra universiti akan terus menjadi tumpuan utama UMT. “Ia bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan penarafan tetapi juga pemegang-pemegang taruh yang lain seperti mana terkandung di dalam pelan strategik universiti.  “UMT percaya perlu ada keseimbangan di antara pencapaian di dalam penarafan antarabangsa dan juga keperluan memenuhi matlamat utama penubuhan sesebuah universiti dalam penyebaran dan penciptaan ilmu,”tambahnya.  
26 Nov 20
645
Belanjawan 2021 : RM42.8 Juta Untuk Tabung Pendidikan
Belanjawan 2021 : RM42.8 Juta Untuk Tabung Pendidikan
Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM42.8 juta untuk Tabung Pendidikan Terengganu Sejahtera dalam usaha memastikan Terengganu terus unggul dalam bidang akademik.
25 Nov 20
266
SMK Kuala Besut Juara Dunia KWN Global Summit 2020
SMK Kuala Besut Juara Dunia KWN Global Summit 2020
BESUT, 25 November – Lima pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut (SMKKB) Terengganu telah berjaya mengharumkan nama negeri dan negara di persada global apabila menjadi johan antarabangsa dalam pertandingan Kid Witness News (KWN) Global Summit 2020. Pertandingan peringkat akhir telah berlangsung secara atas talian dengan hanya tiga buah negara terpilih iaitu negara tuan rumah Jepun, Vietnam dan SMKKB yang mewakili Malaysia. Program anjuran Panasonic tersebut sepatutnya dilangsungkan di Osaka, Jepun, tetapi diadakan secara alam maya akibat pandemik COVID-19. Pada peringkat awal, sebanyak 150 video telah dihantar daripada peserta di serata dunia. Ketua Unit Inovasi SMKKB Faizul Abd Rahman berkata, dalam pertandingan akhir yang berlangsung pada Isnin baru-baru ini, pihaknya menampilkan lima peserta terdiri daripada tiga pelajar tingkatan lima dan dua pelajar tingkatan dua mewakili sekolah tersebut. “Pelajar-pelajar tersebut ialah Muhammad Afiq Muhammad Ridzuan, 17, Umar Hamzah, 17, Mohamad Aqif Azfar Mohamad Azhar, 14, Mohamad Aqib Azfar Mohamad Azhar, 14, dan Nik Muhammad Izzul Iman Nik Mawardi, 17, manakala Mohd Masrur Afdie Matzuki, 17, menjadi pelakon utama dalam video pendek tersebut. “Menerusi pertandingan itu, SMKKB atau lebih dikenali KuBEST mencipta video pendek yang berjudul "Mark Roso: The Island Boy", yang mengisahkan kehidupan seorang pelajar yang membantu mencari sumber ekonomi keluarganya dengan bekerja sebagai pemandu bot di Pulau Perhentian pada hujung minggu dan cuti sekolah. Mengulas lanjut, Faizul memaklumkan, beliau selaku ketua unit dibantu oleh empat guru lain iaitu Azriwati Shadzul Bakri , Wan Zul Asri, Rohaya Husin dan Zurawati Abu Bakar. “Memang terbaik, sebuah sekolah harian biasa di perkampungan nelayan sememangnya hebat dan berbakat luar biasa dan mendapat sokongan penuh guru-guru, Jabatan Pendidikan Daerah Besut dan pemimpin tempatan dalam usaha merealisasikan impian agar sentiasa hebat dalam kurikulum dan juga kokurikulum. Pertandingan selama enam jam sejak jam 9 pagi berlangsung di sekolah itu dan hanya disaksikan oleh sebahagian  guru-guru yang berkaitan sahaja kerana mengikut SOP. Untuk rekod, sekolah tersebut pernah dinobatkan sebagai juara dunia dalam pertandingan Kempen Kesedaran Nuklear “Third International Conference on Human Resource Development for Nuclear Power Programmes: Meeting Challenges to Ensure the Future Nuclear Workforce Capability” yang berlangsung di Korea Selatan, pada 2018.- KitaReporters  
25 Nov 20
1137
Sidang DUN : Portal e-Learning Perkasa Pendidikan Norma Baharu
Sidang DUN : Portal e-Learning Perkasa Pendidikan Norma Baharu
KUALA TERENGGANU, 24 November - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah mengambil beberapa langkah yang proaktif bagi memperkasakan sektor pendidikan di Terengganu selaras dengan budaya norma baharu. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, Portal e-Learning Terengganu yang dilancarkan pada bulan Mei 2020 lalu sehingga 3 November 2020, mencatatkan 67 aktiviti secara dalam talian melibatkan 20,876 orang peserta. Katanya, antara aktivitinya adalah meliputi penganjurkan pelbagai webinar, bengkel, sesi perkongsian dan kursus secara dalam talian melalui portal tersebut. “Terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibangunkan oleh guru-guru ditempatkan dalam portal berkenaan yang boleh diakses oleh semua guru dan murid-murid sekolah rendah dan menengah di negeri Terengganu. “Pada masa sama, kerajaan turut menggalakkan bahan pembelajaran (softcopy) kepada murid murid menggunakan kemudahan media sosial seperti aplikasi Telegram, Whatsapp, e-mel dan lain-lain lagi. “Bekalan bahan pembelajaran (hardcopy) secara fizikal kepada murid-murid melalui serahan tangan atau dipungut di stesen-stesen yang disediakan oleh pihak sekolah. Contoh, seperti SMK Pengkalan Berangan yang menyediakan bahan-bahan pembelajaran di sebuah pondok di luar pagar sekolah untuk diakses oleh murid-murid atau penjaga,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas (Bajet) semalam. Satiful turut berkata, Jabatan Pendidikan Negeri juga bekerjasama dengan radio Terengganu FM untuk mengadakan sesi bersama sama Guru AKRAM Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains yang bersiaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
24 Nov 20
306
Sidang DUN : UC TATI Cadang Buka Kampus Di Kuala Terengganu
Sidang DUN : UC TATI Cadang Buka Kampus Di Kuala Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 November - Kolej Universiti TATI (UC TATI) merancang untuk membuka kampus baharu di Kuala Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, UC TATI sekarang ini sedang berusaha untuk mewujudkan kampus yang menawarkan kursus bersesuaian dengan persekitaran bandar raya ini. “Perancangan tersebut merupakan salah satu usaha untuk menambah bilangan pelajar dan berdikari dari segi sumber kewangan di mana ketika ini UC TATI masih bergantung kepada sumber kewangan kerajaan negeri,” ujarnya. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Hilmi Harun (PAS-Manir) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu Penggal Ketiga, Kali ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini. Satiful berkata, UC TATI juga giat mengadakan kempen dan promosi secara atas talian dan turun padang untuk menarik lebih ramai pelajar menyambung pengajian di kolej universiti tersebut. “Seperti universiti-universiti teknikal lain, masalah kekurangan pelajar antaranya disebabkan pelajar lepasan SPM khususnya tidak berminat untuk memilih jurusan membabitkan pembelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM),” ujarnya. Justeru katanya, pelbagai usaha dirancang oleh pentadbiran UC TATI antaranya akan menambah kursus diploma atau ijazah yang menjadi keperluan dan diminati pelajar. Sementara itu katanya, sekiranya mampu menarik 3,000 pelajar UC TATI mampu berdikari dan tidak lagi bergantung kepada kerajaan negeri. “Kapasiti pelajar di kampus sedia ada adalah sebanyak 3,500 hingga 5,000 pelajar. Sekarang ini, kita mempunyai seramai 1,305 pelajar dan sedang berusaha untuk menambah bilangan  pelajar dari semasa ke semasa,” ujarnya.  
23 Nov 20
710
'Home Manager' Terima Permintaan Dari Luar Negara
'Home Manager' Terima Permintaan Dari Luar Negara
Pelaksanaan program 'Home Manager' berjaya mencuri tumpuan ramai apabila mendapat permintaan yang menggalakkan termasuk daripada luar negara.
10 Nov 20
110
Hanafiah Ringan Beban Pihak Sekolah
Hanafiah Ringan Beban Pihak Sekolah
KEMAMAN, 10 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menyerahkan sumbangan sebuah projektor, layar dan 'printer' kepada pihak Sekolah Kebangsaan Seri Geliga (SKSG), semalam. Penolong Kanan Pentadbiran SKSG, Mohd Nazri Nordin bersyukur ke hadrat Ilahi di atas sumbangan yang diterima itu. "Mewakili Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SKSG, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat (YB) Hanafiah Mat kerana sudi memberikan sumbangan ini kepada pihak sekolah. "Bagi kami sumbangan ini amat bermakna bagi memastikan kemenjadian murid pada masa akan datang. Semoga hubungan antara pihak sekolah bersama Pejabat DUN Cukai akan berterusan," ujarnya. "Beliau turut memaklumkan sejak akhir-akhir ini peruntukan untuk pihak sekolah sedikit kurang, namun dengan sumbangan seperti ini mampu meringankan beban pihak sekolah dalam menguruskan hal-hal berkaitan sekolah ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan berkenaan yang disampaikan oleh Pembantu Penyelia Hal Ehwal Masyarakat Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Cukai, Abdul Hafiz Ghazali.    
10 Nov 20
196