lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Kesedaran Tinggi Jadikan Persilatan Melayu Sebagai Ko-Korikulum
Kesedaran Tinggi Jadikan Persilatan Melayu Sebagai Ko-Korikulum
Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 1 Oktober – Kesedaran tinggi dalam mengukuhkan jati diri generasi muda melalui ilmu telah menjadikan Persilatan Melayu sebagai Ko-Korikulum di 53 buah sekolah di negeri ini. Yang Dipertua persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, program Satu Sekolah Satu Silat (1S1S) dijalankan sebagai usaha untuk memperkenalkan seni pertahanan diri itu kepada pelajar. “Ini adalah warisan budaya kita berdasarkan ajaran agama Islam kita yang padat dengan nilai disiplin cukup tinggi untuk pembinaan jati diri. Inilah yang kita mahu terapkan dlm program ISIS.                                                     “Saya juga percaya bahawa anak-anak generasi baru perlu mempunyai jati diri yang tinggi dalam membawa diri dalam kehidupan masing. Antara cara yang boleh mengukuhkan jati diri generasi muda adalah melalui ilmu persilatan,” jelasnya. Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutup Kejuaraan 1S1S negeri Terengganu secara atas talian, baru-baru ini. Katanya, matlamat pendidikan bukan sekadar nak lahirkan warganegara yang baik dan produk bagi memenuhi keperluan negara dalam pelbagai sektor tetapi mereka juga dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran. “Kita sudah punyai pelbagai program ko-kurikulum termasuk seni mempertahankan diri seperti judo, karate yang diimpot dari luar dengan disiplin mereka. “Kita mahu adab Islam dalam dunia persilatan kita seperti menghormati dan mematuhi arahan guru, bekerjasama dalam satu pasukan, bahkan niat belajar silat dari awal diperbetulkan, bukan untuk riak dan mencabar orang tapi sebagai pertahanan diri serta membantu mereka yang menjadi mangsa dan perlu dibantu,” ujar Dato Yahaya. Menurutnya, selain mempunyai nilai-nilai disiplin tinggi yang diterapkan dalam silat, ia juga turut menjadi warisan yang sepatutnya menjadi kebanggaan anak bangsa. Justeru itu, beliau berharap program seumpama ini, yang mengangkat warisan kebudayaan  perlu diteruskan lagi pada masa akan datang.  “Saya ucapkan tahniah dan syabas sekali lagi buat para penganjur diatas kejayaan penganjuran 1S1S ini,” tambah beliau lagi.  
01 Oct 21
277
1,300 Pelajar Seberang Takir Disuntik, Petanda Sambutan Baik PICK
1,300 Pelajar Seberang Takir Disuntik, Petanda Sambutan Baik PICK
KUALA NERUS, 28 September – Sambutan memberangsangkan dapat dilihat dari segi kehadiran setelah 1300 pelajar telah menerima vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir (KOMSTAR) melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja. Pengetuanya, Zalina Hassan berkata, ibu-bapa sudah dimaklumkan awal oleh pihak pengurusan sekolah masing-masing supaya hadir bersama salah seorang daripada penjaga atau membenarkan seorang wakil jika penjaga tidak dapat hadir. “Lima orang petugas dari setiap sekolah telah memberikan komitmen yang baik tambah lagi petugas darip pejabat kesihatan daerah dan para doktor telah menjalankan tugas menyuntik pelajar tingkatan empat dan lima “Setakat hari ini kita tidak menerima apa-apa aduan daripada ibu-bapa, semua berpuas hati dan terima kasih kepada Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang melancarkan proses PPV sebelum ini,” katanya ketika ditemubual pemberita semasa PICK di KOMSTAR, Seberang Takir, hari ini. Turut hadir Pegawai Perhubungan Parlimen Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir mewakili Ahli Parlimen Kuala Nerus, Azmi Mokhtar. Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab menzahirkan penghargaan buat ibu-bapa kerana memberi sokongan kepada anak-anak untuk menerima suntikan vaksin. “Seberang Takir mencatatkan peningkatan kes, oleh itu saya mengharapkan usaha ini dapat memastikan risiko jangkitan di sekolah dikurangkan dan seterusnya mencegah kejadian kes dan kluster di kalangan warga sekolah. "Jumlah kehadiran melebihi 1200 murid merupakan satu petanda baik bahawa golongan pelajar sedia divaksin,” katanya lagi. Dalam pada itu, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir turut mengagihkan bekalan makanan dan pelitup muka percuma kepada pelajar yang telah mendapat suntikan vaksin dos pertama.
28 Sep 21
884
Mahasiswa Terengganu Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Masa Hadapan
Mahasiswa Terengganu Perlu Bersedia Hadapi Cabaran Masa Hadapan
Oleh: Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU, 22 September – Mahasiswa Terengganu khususnya perlu membuat persiapan rapi untuk menghadapi masa depan yang lebih mencabar selepas negara dilanda oleh pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun yang lalu. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, beliau menggariskan tiga perkara utama bagi bakal graduan untuk mempersiapkan diri mereka apabila terjun ke dunia sebenar termasuk perubahan dalam politik dan keperluan sosial.   “Dalam konteks berpolitik kerajaan sudah  mengiktiraf golongan muda yang mana diperingkat parlimen telah luluskan akta yang mana menurunkan hak mengundi dari  21 tahun kepada 18 tahun. Bahkan sudah diusahakan pendaftaran automatik. Cukup 18 tahun ke atas mereka layak mengundi.  “Hak orang muda juga diberikan perhatian termasuk menjadi calon dan mengikut analisa terakhir jumlah pengundi muda dihubung kait undi penentu Pilihan Raya Umum (PRU) nanti,’ jelasnya. Beliau berkata demikian dalam majlis Penutupan Rasmi Persidangan Mahasiswa Intelektual 2021 (PRIMA 2.0) yang diadakan secara atas talian pada hari ini. Menurutnya, beliau menyokong program ini dilaksanakan kerana ia menjadi satu platform untuk mahasiswa khususnya mengasah bakat kemahiran insaniah dalam diri masing-masing sekaligus membantu mereka meningkatkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan masyarakat. “Kita kena berhati-hati oleh kita sebagai orang Islam kena ada dan bawa jati diri sebagai orang Islam walau di mana kita berada. “Macam kita kata ikan dilautlah walaupun air laut itu masin tetapi daging ikan itu tetap tawar kerana ia ada jati diri,” ujarnya. Sementara itu katanya, golongan muda mesti bersedia menghadapi apa jua cabaran dan tidak boleh terlalu memilih pekerjaan apabila keluar daripada institute pendidikan tinggi (IPT) nanti. “Kalau kita mempunyai satu kemahiran dalam bidang ICT umpamanya, ia dapat banyak membantu kita dalam apa bidang sekalipun. Saya selalu sebut kepada mahasiswa supaya kuasailah bidang ICT. “Kalau kita keluar dari kampus nanti apa peluang dan kemahiran yang ada pada kita ini untuk memberikan dalam bentuk kertas kerja, cadangan yang konkrit dan apa yang kita nak  nak lakukan dalam konteks anak Terengganu, kita ingin bersama dalam arus pembangunan negeri Terengganu,” katanya. Dato Yahaya menambah, golongan muda adalah aset yang sangat penting dan kerajaan mengiktiraf mereka sebagai pemegang taruh yang mana Terengganu menghargai pandangan, permasalahan dan cabaran yang dihadapi mereka. “Bahkan kalau kalau kita bincang diperingkat nasional umpamanya banyak kepimpinan kerajaan di banyak negara sekarang ini menjadikan satu kluster bagi nasihat kepada kerajaan adalah golongan muda.  ”Mereka jadikan golongan ini sebahagian penasihat mereka. Orang muda lebih tahu apa yang ada dalam dunia  orang muda, dari segi apa kehendak mereka, apa keutamaan , apa cabaran yang mesti diselesaikan oleh pihak berwajib untuk mereka menjadi sebahagian daripada mata rantai  dalam arus pembangunan dalam sesebuah negeri,” tambah Dato Yahaya.
22 Sep 21
568
Terengganu Kembali Hantar Pelajar Ke Luar Negara
Terengganu Kembali Hantar Pelajar Ke Luar Negara
KUALA NERUS, 17 September – Setelah mengharungi pandemik COVID-19, sektor pendidikan luar negara Terengganu kembali rancak dengan pelepasan 29 pelajar ke Kaherah Mesir bagi menyambung pengajian berbentuk fizikal, semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, para pelajar berkelulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2019 itu telah mengikuti pembelajaran atas talian dan mengikuti persiapan bahasa sejak tahun lepas. “Walaupun suasana COVID-19 telah reda hasil program imunisasi, namun Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan masih dipatuhi dengan kesemua pelajar divaksin penuh dan melalui ujian reaksi rantai polimerase (PCR) sebelum berangkat. “Apabila mereka tiba di Kaherah, pegawai pengiring dan Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) turut bersama dalam melicinkan kerja pendaftaran dan sebagainya. “Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JPINT) dan NGO Al-Azhar Care yang turut serta dalam usaha menghantar kembali anak Terengganu kita menyambung pelajaran dalam pengajian Islam, Usuluddin dan lain-lain lagi,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Pelajar Ke Republik Arab Mesir di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, YB Ustaz Maliaman Kassim, Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari dan Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) Ridhuan Mahmud. Menurut Satiful lagi, dalam masa terdekat, Terengganu juga akan menghantar kira-kira 60 orang bagi menyambung pelajaran ke Jordan di bawah seliaan Yayasan Terengganu dan persendirian. Seorang pelajar yang bakal menjalani bidang Usuluddin, Ahmad Syahmi Mohd Azzam menjelaskan, perasaannya berdebar namun teruja kerana pertama kali dapat menimba ilmu di luar negara. “Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari pelbagai perkara dan pengalaman baharu di Universiti Al-Azhar akan datang. “Insya-Allah sebagai anak pertama ke Mesir, matlamat saya adalah belajar bersungguh-sungguh dan kekalkan niat itu dalam mencapai cita-cita memberi khidmat kepada masyarakat sebagai seorang pengajar,” jelasnya yang juga anak kedua daripada lima beradik. Syahmi turut berterima kasih kepada keluarganya serta kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Ajil, atas segala sumbangan dan bantuan kewangan dan akan membalas jasa dengan berbakti kepada komuniti.  
16 Sep 21
1098
'Nak Berjaya, Kita Kena Tolong Orang'
'Nak Berjaya, Kita Kena Tolong Orang'
KUALA TERENGGANU, 14 September – “Kalau kita inginkan sesuatu, kita kena tolong orang," begitulah antara rahsia seorang pelajar cemerlang Che Ku Muhammad Burhamikhail Che Ku Adnan dalam memperoleh kejayaan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2020 dan tajaan pendidikan daripada PETRONAS. Bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu yang turut memperolehi keputusan 8A 1B+ itu berpegang kepada pesanan Nabi Muhammad SAW yang menyebut Allah akan bantu kita selagi mana kita membantu orang lain. “Saya seronok melihat rakan-rakan gembira, justeru saya tidak pernah menolak apabila mana-mana rakan yang meminta pertolongan dari saya,” kata anak kepada seorang buruh binaan itu. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaannya, Mikhail percaya masa yang berkualiti lebih penting berbanding dengan kuantiti masa yang diperuntukan dalam mengulangkaji pelajaran. “Oleh itu, saya memperuntukkan masa dinihari untuk menelaah selain melazimkan ibadah qiamullail 30 minit sebelum masuk waktu subuh,” katanya lagi ketika ditemubual pemberita. Hasilnya, Mikhail melayakkannya diri melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi PETRONAS di dalam jurusan Sains Komputer. Lebih membanggakan apabila kos lima tahun pengajian Mikhail bakal dibiayai sepenuhnya oleh syarikat petroleum negara itu selepas berjaya melepasi ujian kelayakan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP). Sementara itu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abdul Rahman berkata, Mikhail adalah diantara 43 anak Terengganu cemerlang yang memperoleh lebih RM 11 juta tajaan di bawah PESP. “Semenjak 1975, lebih daripada 37,000 rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada PESP dengan tajaan pendidikan bernilai lebih dari RM3.3 bilion. “Mereka yang terpilih, bakal melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Teknologi PETRONAS dan universiti tempatan lain selain daripada universiti-universiti terkemuka di Australia, Kanada, China, Jepun, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. “Sebagai salah satu usaha menyokong agenda kelestarian dan tenaga lebih bersih daripada PETRONAS, penajaan tahun ini diperluas untuk merangkumi disiplin ilmu seperti Biokimia, Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran & Perdagangan) dan juga Sains Alam Sekitar,” jelasnya. Menurut Che Ahmad Tarmizi, PETRONAS menerima lebih 10,000 pemohon di seluruh Malaysia yang kemudian disenarai pendek dan dinilai berdasarkan kepada kemahiran berfikir secara kritis, kepimpinan dan inovasi sebagai tambahan nilai kepada pencapaian akademik mereka.
16 Sep 21
1233
Pelajar SPM, STPM Terengganu Dijangka Selesai Vaksin Sebelum Oktober
Pelajar SPM, STPM Terengganu Dijangka Selesai Vaksin Sebelum Oktober
Kerajaan negeri akan memastikan sektor pendidikan selamat sepenuhnya sebelum dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan melengkapkan proses vaksinasi terhadap golongan terbabit sebelum Oktober.
13 Sep 21
117
Tiada Institusi Pondok, Sekolah Agama Di Terengganu Gulung Tikar
Tiada Institusi Pondok, Sekolah Agama Di Terengganu Gulung Tikar
KUALA NERUS, 12 September – Tiada institusi pondok persendirian atau sekolah agama rakyat di Terengganu terpaksa menutup operasi akibat kekangan dana sebagaimana yang dilaporkan berlaku di negeri-negeri lain baru-baru ini susulan wabak COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat berkata, tidak timbul isu gulung tikar dalam 142 institusi berdaftar sehingga kini akibat terputus sumber kewangan. “Kerajaan negeri baru-baru ini telah mengagihkan dana melalui Skim Al-Ghazali dengan memberi insentif secara bulanan kepada guru-guru sekolah agama swasta dan seumpamanya. “Kita telah memperuntukkan sebanyak RM5.3 juta daripada awal Januari sehingga Disember sebanyak RM900 seorang guru,” katanya baru-baru ini. Tambahnya, bantuan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) berjumlah RM1.14 juta dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut memastikan institusi pendidikan agama dapat terus beroperasi. Sementara itu, menyentuh usaha pemvaksinan bagi pelajar dan guru pondok dan tahfiz, Satiful menjelaskan, nama-nama terlibat sudah berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu (JAPINT) dan telah diarahkan supaya menerima suntikan. “Kita beri keutamaan kepada mereka kerana golongan pendidikan ini juga dapat dilihat sebagai barisan hadapan, ada juga dikalangan pelajar pondok berusia 17 tahun keatas,” katanya lagi.
12 Sep 21
433
Terengganu Beri Penerangan, Penjelasan Didik Guru Enggan Divaksin
Terengganu Beri Penerangan, Penjelasan Didik Guru Enggan Divaksin
KUALA NERUS, 8 September – Kerajaan negeri mengambil pendekatan mendidik, memberi penerangan dan penjelasan dari semasa ke semasa dalam menangani isu segelintir guru-guru sekolah di negeri ini yang enggan divaksin. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, hanya minoriti kecil sahaja yang masih belum atau memilih untuk tidak disuntik vaksin COVID-19. “Angka mereka yang tergolong dalam kategori ini tidak ramai dan tiada angka tetap, namun menerusi mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), isu ini akan ditangani sebaik mungkin. “Setakat ini, tiada keputusan drastik diumumkan seperti pengasingan daripada pengajaran, kita tunggu keputusan peringkat Kementerian Persekutuan bagi tindakan sewajarnya. “Walaupun, usaha pemberian dos suntikan tidak dipaksa, namun ia memberi kebimbangan kepada orang sekeliling terutamanya pihak ibu bapa dan pelajar,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas kerja pengagihan bantuan air di di Dewan Serbaguna Tepoh, pagi semalam. Tambah Satiful, antara faktor yang mungkin membawa kepada wujudnya golongan sedemikian adalah pengaruh media terutamanya di media sosial. “Kebanyakan maklumat diterima adalah fakta tidak berasas, apa dibuat kerajaan adalah berdasarkan data dan dasar betul seiring dengan perkembangan,” katanya lagi. Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menegaskan bahawa guru-guru yang enggan divaksin akan diberikan tugasan lain di sekolah semasa sesi persekolahan dibuka kelak yang bukan melibatkan aktiviti pengajaran di dalam kelas secara bersemuka dengan pelajar. Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa guru-guru berkenaan tidak perlu mengajar serta terlibat dalam sesi persekolahan yang akan dibuka pada 3 Oktober depan.
08 Sep 21
1168
Pelajar SPM, STPM Terengganu Dijangka Selesai Vaksin Sebelum Oktober
Pelajar SPM, STPM Terengganu Dijangka Selesai Vaksin Sebelum Oktober
KUALA NERUS, 8 September – Kerajaan negeri akan memastikan sektor pendidikan selamat sepenuhnya sebelum dibuka kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan melengkapkan proses vaksinasi terhadap golongan terbabit sebelum Oktober. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, kebanyakan guru dalam negeri sudah lengkap divaksin dan akan diikuti pelajar yang bakal mengambil peperiksaan awam berumur 17 hingga 18 tahun. Katanya, pihaknya turut memberi kemudahan khususnya buat pelajar-pelajar yang ingin menyambung pengajian terutamanya di luar negara pada bulan September walaupun berusia bawah 18 tahun untuk menerima vaksin. “Permohonan khas boleh diteruskan kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah masing-masing ataupun Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masing-masing, para pelajar boleh juga hadir bersama ibu bapa,” katanya. Beliau berkata demikian selepas kerja pengagihan bantuan air di di Dewan Serbaguna Tepoh, pagi tadi. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim, ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik dan Pegawai Khas (Hal-Ehwal Bukan Islam), Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan. Mengulas tentang Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa pembukaan sekolah akan datang, Satiful menjelaskan, pihaknya akan berpandukan kepada panduan peringkat Kementerian Pendidikan. “Bagi kawasan terlibat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) masih tidak boleh beroperasi,” katanya lagi. Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, remaja berusia 18 tahun ke bawah bakal menerima suntikan vaksin Covid-19 pada minggu depan bermula dengan di Sarawak. Dalam masa sama, seramai 95,000 pelajar sekolah menengah di negeri ini layak menerima vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menjelang pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong.  
08 Sep 21
537
Kerjasama Kerajaan Negeri, PETRONAS, Manfaat Buat Komuniti
Kerjasama Kerajaan Negeri, PETRONAS, Manfaat Buat Komuniti
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos - Kerjasama erat antara kerajaan negeri bersama PETRONAS diharap berterusan dalam mengatasi jurang digital serta membantu rakyat di negeri ini menikmati limpahan manfaat ekonomi dan kesejahteraan komuniti. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kolaborasi tersebut mampu membuahkan faedah buat masyarakat seperti penyaluran gajet kepada 735 pelajar dari lima buah daerah (Kemaman, Besut, Kuala Nerus, Dungun dan Marang). “Jumlah keseluruhan sumbangan program CERDIK tajaan Yayasan PETRONAS ini adalah RM1.8 juta untuk negeri Terengganu. “Besar harapan saya agar kerjasama dan hubungan baik antara ini berterusan ibarat kata orang tua-tua, ‘pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, batu segiling pecak setapik,” katanya menerusi ciapan di Facebook rasminya, semalam. Terdahulu, Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Che Ahmad Tarmizi Abd Rahman berkata, bantuan itu turut meliputi penyelenggaraan peralatan serta jaminan dan sokongan teknikal selama tiga tahun bagi setiap pelajar. “Usaha ini adalah sebahagian daripada sumbangan RM30 juta oleh Yayasan PETRONAS melalui program CERDIK yang melibatkan 12,000 pelajar di seluruh Malaysia," katanya.
11 Aug 21
308