lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

Kem Anak Soleh di 15 Buah Masjid Tahun Ini
Kem Anak Soleh di 15 Buah Masjid Tahun Ini
Kem Anak Soleh (KASEH) 11.0 akan diadakan di 15 buah masjid di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam mulai tahun Ini.
01 Jan 24
264
Universiti Tunisia dan Algeria Tempatkan Pelajar Terengganu kini Mendapat Pengiktirafan
Universiti Tunisia dan Algeria Tempatkan Pelajar Terengganu kini Mendapat Pengiktirafan
KUALA TERENGGANU, 29 November - usaha kerajaan Terengganu mengorak langkah menghantar pelajar ke Algeria dan Tunisia membuahkan hasil apabila kesemua pengajian di universiti yang menempatkan pelajar dari negeri ini mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, hasil yang diusahakan oleh kerajaan negeri melalui Jabatan Pendidikan Islam bermula tahun lalu dengan seramai 38 pelajar telah dihantar di kedua negara berkenaan di Peringkat Sarjana Muda. Ujarnya, dengan berita baik itu diharap dapat menjawab spekulasi yang mendakwa bahawa kerajaan negeri ini hanya sekadar menghantar pelajar tanpa mengambil peduli samada diiktiraf ataupun tidak. "Di Algiers 1 University dan Emir Abdelkader University Of Islamic Sciences (Algeria) membabitkan empat pengajian Sarjana Muda  Pengajian Islam iaitu Usuluddin ; Bahasa Arab ;Ketamadunan Islam dan Syariah. "Manakala di Ez-Zitouna Universrity (Tunisia) membabitkan empat  pengajian Sarjana Muda peradaban Islam iaitu Akidah dan Ilmu Kalam; Al-Quran dan Hadi;  Feqh dan usul serta Peradaban Islam. "Kesemuanya ini telah mendapat pengiktirafan MQA," ujarnya ketika dihubungi di sini, hari ini. Caption Sehubungan itu, Satiful berharap agar dengan kesemua pengajian di universiti berkenaan telah mendapat pengiktirafan akan melegakan semua pihak. "Semoga memberikan ketenangan buat ibu bapa, agensi terlibat serta para pelajar yang baru berangkat serta yang telah belajar di sana bermula tahun lalu," katanya.
29 Nov 23
711
SRIDI, SMIDI Tawaran Baharu Pendidikan
SRIDI, SMIDI Tawaran Baharu Pendidikan
Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam (SMIDI) merupakan tawaran baharu supaya masyarakat mempunyai pilihan sama ada belajar di sekolah arus perdana atau sekolah kerajaan Terengganu.
26 Nov 23
323
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
Sedia Bantu Graduan Buka Perusahaan Sendiri
Kerajaan Negeri melalui Terengganu Skills Development Centre (TESDEC) bersedia membantu graduan membuka perniagaan atau perusahaan sendiri selepas berjaya menamatkan pengajian di institusi itu.
06 Nov 23
84
Sasar 100,000 Pengunjung ke Pesta Buku Terengganu
Sasar 100,000 Pengunjung ke Pesta Buku Terengganu
Kerajaan Terengganu bersama pihak penganjur meletakkan sasaran seramai 100,000 orang pengunjung ke Pesta Buku Terengganu yang diadakan di Perpustakaan Awam Negeri di sini.
31 Oct 23
117
UMT Rai 2,388 Graduan
UMT Rai 2,388 Graduan
KUALA NERUS, 23 Oktober - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meraikan 2,388 graduan dengan penuh istiadat dan gilang gemilang dalam Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-21 yang berlangsung selama enam sesi bermula 22 hingga 24 Oktober depan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultanah Nur Zahirah berkenan membuka sidang pertama Majlis Konvokesyen UMT di Dewan Sultan Mizan, UMT semalam. Naib Canselor UMT, Profesor Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, ia membabitkan 46 orang penerima Ijazah Doktor Falsafah, 150 orang penerima Ijazah Sarjana, 2081 orang penerima Ijazah Sarjana Muda dan 111 orang penerima Diploma.  Katanya, buat julung kali UMT memperkenalkan Anugerah Khas Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)   kepada pelajar yang telah mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang pengajian mereka di UMT. "UMT kini telah beralih dari fasa transisi daripada universiti baharu kepada universiti yang lebih matang. Banyak cabaran dan perubahan yang telah kita lalui untuk berada di tahap ini.  "Bagi memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai sebuah universiti marin berfokus, UMT tekad untuk terus komited, berkembang dan kekal menjadi pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi," katanya dalam ucapan alu-aluan. Tambahnya, UMT juga meraikan Graduan Sulong bagi Program Sarjana Muda Operasi Maritim Dengan Kepujian seramai 13 orang, Sarjana Muda Sains Komputer (Komputeran Mudah Alih) seramai 19 orang dan Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) seramai 33 orang.  Beliau berkata,  UMT berbesar hati untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, kepada Yang Berbahagia Profesor Emeritus Dato Dr. Abdul Latiff Mohamad. "UMT juga turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, kepada Yang Berbahagia Dato Sri (Dr.) Michael Tio. "Anugerah-anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf sumbangan tokoh dalam bidang masing-masing," katanya. Dalam majlis ini juga UMT turut memberi penganugerahan kepada penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Anugerah Pingat Emas Canselor, Anugerah Pro Canselor, Anugerah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti dan Anugerah Naib Canselor (Terbaik Pusat Pengajian). Manakala Anugerah Khas PTPTN dan Anugerah Graduan Terbaik Diploma merupakan anugerah yang julung kali diperkenalkan dalam Majlis Konvokesyen UMT.  
23 Oct 23
269
Usia dan Kesibukan Kerja Bukan Penghalang Genggam PhD
Usia dan Kesibukan Kerja Bukan Penghalang Genggam PhD
KUALA NERUS, 22 Oktober – Meskipun ayahnya sudah tiada di dunia, Dr. Abdullah Sulaiman  tetap menunaikan impian arwah yang mahu melihatnya belajar sehingga ke peringkat tertinggi. Beliau yang baru sahaja mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-21 di sini meluahkan rasa terharu dan syukur. Abdullah, 54, berasal dari Pasir Mas, Kelantan menyifatkan pengorbanan menyambung pengajian ke peringkat tertinggi demi menyahut cita-citanya sejak dibangku sekolah selain menunaikan hasrat ibu dan arwah ayah untuk mengubah nasib keluarga melalui pendidikan. "Ayah hanya seorang penoreh getah dan ibu, Siti Jarah Che Jusoh pula menjadi guru al-Quran di kampung. Hidup memang sudah umpama 'kais pagi, makan pagi dan kais petang, makan petang'...makan bercatu itu sudah menjadi lumrah kami sekeluarga. “Kami ingat pesanan ayah yang menggalakkan kami untuk belajar setinggi yang mungkin.. katanya pelajaran boleh mengubah nasib hidup sebab itu walaupun terpaksa menelaah menggunakan pelita ayam dan mandi perigi serta makan bercatu, ayah tetap tak nak kami adik beradik keciciran dalam pelajaran. “Tiap pagi bangun sebelum subuh membawa pelita ayam ke perigi untuk mandi. Bergilir-gilir sehingga kesemuanya selesai mandi barulah balik ke rumah. Itulah rutin harian kami setiap hari sebelum ke sekolah. Waktu tu kampung saya masih belum ada bekalan elektrik dan air sehinggalah pada tahun 1984 semasa saya di tingkatan tiga,”ujarnya. Tambahnya, jika arwah ayah mereka masih hidup, pasti dia tersenyum bangga melihat kami lapan beradik akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Dua antaranya berjaya melanjutkan pengajian ke United Kingdom dan Amerika Syarikat. "Saya harap kejayaan ini dapat dijadikan inspirasi kepada golongan miskin di luar sana agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian mereka. “Dengan ilmu kita mampu mengubah nasib keluarga”, ujar bapa kepada tujuh orang anak ini Beliau yang juga Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) berpegang teguh kepada prinsip ‘Tuntutlah ilmu hingga ke negeri China’.  Berpengalaman dalam bidang geologi selama 30 tahun serta mempunyai kepakaran dalam geologi marin selama 25 tahun, kepakaran Abdullah diangkat oleh UMT dengan melantikknya sebagai Profesor Adjung UMT pada Januari 2022 dan ditempatkan di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS). Abdullah  kini merupakan Ahli Geologi profesional dan membawa gelaran Professional Geologist (P.Geol). Antara sumbangan beliau ialah  melalui kerjasama JMG dan UMT pada tahun 2019 hingga tertubuhnya jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Geosains Marin) yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.  
23 Oct 23
460
Sultanah Nur Zahirah Titah Graduan Jaga Nama Baik Universiti
Sultanah Nur Zahirah Titah Graduan Jaga Nama Baik Universiti
KUALA NERUS, 22 Oktober- Graduan diingatkan agar sentiasa menjaga citra dan nama baik universiti. Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bertitah, sebagai duta kecil dalam masyarakat, graduan perlu menunjukkan adab dalam kehidupan bermasyarakat serta hidup dengan pekerti yang mulia sebagaimana filsafat seni motif flora ukiran Melayu. Baginda yang juga Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bertitah, graduan perlu gunakan ilmu yang diperoleh sebaik-baiknya agar dapat memberikan manfaat kepada manusia dan hidupan sejagat.  "Pikullah amanah dan tanggungjawab dalam memberi khidmat bakti kepada negara, bangsa dan agama," titah Baginda pada Majlis Konvokesyen Ke-21 UMT Tahun 2023 (Sidang Pertama), di sini, hari ini. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin turut berkenan berangkat untuk meraikan graduan pada majlis itu. Pada majlis tersebut, Sultanah Nur Zahirah berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin kepada Prof. Emeritus Dato' Dr. Abdul Latiff Mohamad.  Baginda turut berkenan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, Fakulti Pengajian Maritim kepada Dato' Seri (Dr.) Michael Tio. Pada majlis konvokesyen UMT kali ini, seramai 2,388 graduan diraikan, terdiri daripada 196 graduan pasca siswazah iaitu 46 graduan PHD dan 150 graduan sarjana. Manakala seramai 2,192 graduan pra siswazah terdiri daripada 2,081 graduan sarjana muda dan selebihnya 111 graduan diploma.  Titah Sultanah Nur Zahirah, sebagai Canselor, Baginda berbangga dengan pencapaian ditempa UMT yang telah berjaya meraih pencapaian 5 Bintang dalam Penarafan Malaysia Research Assessment (MyRA) pada tahun 2022.  "Pencapaian ini telah membuktikan, walaupun pada usia yang masih muda UMT sudah setanding dengan universiti-universiti terkemuka di negara ini.  "Beta juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada UMT yang telah dipilih sebagai hos penempatan Penyandang Kursi Sains Antartika Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan (YPASM) dan telah menerima peruntukan sebanyak RM500,000 sebagai Dana Pemula Aktiviti Kursi ini.  "Beta berharap ini akan menyemarakan lagi kecemerlangan akademik dalam bidang Sains Antartika di UMT dan memberikan impak yang membanggakan kepada penyelidikan Antartika Malaysia di peringkat antarabangsa, " titah baginda.  Baginda bertitah, graduan yang dilahirkan oleh UMT diharap dapat memenuhi keperluan tenaga kerja di industri, bukan hanya di peringkat tempatan bahkan di peringkat global.
22 Oct 23
433
Anak Tuaran Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor UMT
Anak Tuaran Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor UMT
KUALA NERUS, 22 Oktober - Anak juruteknik antara graduan yang menerima Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dengan kepujian dan diraikan pada Majlis Konvokesyen Ke-21 Universiti Malaysia Terengganu (UMT) , di sini, hari ini. Brendon Vun Man Fook, 24, dari Tuaran, Sabah juga merupakan penerima Anugerah Pingat Emas Canselor yang disampaikan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang merupakan Canselor UMT pada sidang pertama majlis konvokesyen berkenaan di Dewan Sultan Mizan, UMT. Brendon Vun berkata, dia mendedikasikan anugerah itu kepada bapa, Vun Fook Nam @ Peter dan ibunya Lisda Lutong yang juga suri rumah serta para pensyarah kerana tidak jemu membantu serta mendorongnya sehingga tamat pengajian. “Saya sangat gembira, pencapaian ini di luar jangkaan saya dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi Penerima Anugerah Pingat Emas Canselor UMT,” ujarnya kepada pemberita. Anak kedua dari lima beradik itu adalah antara 2,388 graduan UMT yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen Ke-21 yang berlangsung selama enam sesi bermula hari ini hingga Selasa depan. Berkongsi kisah, Brendon Vun berkata, di UMTlah dia menggunakan sepenuhnya peluang yang ada dan memperoleh pencapaian akademik yang sangat cemerlang dengan meraih Sijil Kepujian Dekan sebanyak enam semester sepanjang tempoh pengajian.  “Dulu dulu saya kurang sedikit dari segi belajar sebab bagi saya yang dari luar bandar ini, isu pendidikan di pekan tempat saya tinggal agak mencabar. “Kita budak luar bandar, kurang ‘role model’, jadi bila dapat peluang sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, saya mula ‘expose’ dan cabar diri bahawa pendidikan itu sepatutnya diterima sama rata oleh semua dan saya sangat bertuah pensyarah UMT banyak mainkan peranan dan setiasa beri peluang dan sokong pelajar," ujarnya. Brendon Vun berkata, dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chen Sin, Tuaran, dan seterusnya menyambung persekolahan ke peringkat menengah di Sekolah Menengah St. John, Tuaran.  Kecemerlangan yang diperoleh dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah melayakkannya melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan seterusnya menyambung pengajian dalam program Sarjana Muda Sains (Biologi Marin) dengan kepujian di Fakulti Sains Sekitaran Marin (FSSM), UMT pada sesi akademik 2019/2020.  Bukan itu sahaja, Brendon Vun juga telah beberapa kali mewakili negara ke peringkat antarabangsa dengan menyertai Intravarsity Leadership Programme 2023 yang diadakan di Indonesia, “Make The Case” Student Case Study Competition 2022 yang dianjurkan oleh City University of Hong Kong dan SMART 3.0 Online Pitch Competition 2021 anjuran National Cheng Kung University, Taiwan.  Selain itu, Brendon Vun bersama-sama ahli kumpulannya turut menjuarai pertandingan Ocean Challenge bagi kategori antarabangsa yang diadakan di Taiwan pada 2022.  Pada tahun 2022 juga, dia telah menjadi salah seorang fasilitator dalam Akademi Impact 2022 - Edisi Jaguh Bumi! yang bekerjasama dengan Youth Environment Living Labs (YELL), sebuah program kerjasama United Nations Development Programme (UNDP) dan United Nations Children’s Fund (UNICEF) dengan sokong Amanah Lestari Alam (ALAM).  Sepanjang bergelar mahasiswa, bakat kepemimpinannya amat terserlah dan telah diberi kepercayaan untuk menyandang beberapa jawatan antaranya ialah Bendahari Kehormat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2021/2022, EXCO Protokol Kelab Mahasiswa/wi Sabah (KEMASIS) selain menganggotai Majlis Tertinggi bagi beberapa program antaranya Jiwa Anak Malaysia 2022 dan Minggu Jalinan Mesra kemasukan Diploma & Asasi sesi 2021/2022.   
22 Oct 23
2276
PETRONAS Taja 107 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM
PETRONAS Taja 107 Pelajar Terengganu Cemerlang SPM
KUALA TERENGGANU, 14 Oktober – Seramai 107 pelajar di Terengganu yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu menerima penajaan pendidikan PETRONAS melalui Program Memperkasakan Ilmu Penajaan Pendidikan PETRONAS 2023. Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly berkata, mereka adalah sebahagian daripada 600 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 seluruh negara yang menerima penajaan bernilai RM 340 juta.   "Program Memperkasakan Ilmu Penajaan Pendidikan PETRONAS merupakan komitmen berterusan PETRONAS di dalam aspek Pembangunan modal insan. “PETRONAS yakin bahawa pelaburan di dalam bidang pendidikan melalui akses kepada pendidikan berkualiti, bukan sahaja mampu membantu menghasilkan tenaga kerja profesional, bahkan juga menyumbang kepada pembangunan negara pada masa hadapan,”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Majlis penganugerahan disampaikan oleh Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh di dalam satu majlis yang diadakan di ibu negara.  Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan Negeri Terengganu, Ahmad Shah Muhamed dan Pengarah Tanah Dan Galian Terengganu, Dato’ Haji Ishamudin Hashim. Menurutnya lagi, setiap penerima terpilih, akan menerima tajaan pengajian asasi sehingga ijazah pertama di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) serta universiti-universiti tempatan dan luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, Jepun, dan Korea Selatan. “Mereka yang terpilih bakal mengikuti kursus di dalam bidang Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Petroleum, Kejuruteraan Mekanikal, Geofizik, Perakaunan, Pemasaran dan Undang-undang.  “Selain daripada itu, PETRONAS juga telah memperluaskan penajaannya merangkumi bidang Sains Data, dan Kejuruteraan Data,”ujar beliau. Tambahnya, semenjak dilaksanakan pada tahun 1975, secara keseluruhannya PESP telah memberi manfaat kepada lebih daripada 38,000 orang pelajar dengan nilai perbelanjaan lebih RM3.5 bilion.  
15 Oct 23
582