lightning-solid
Berita :

Artikel "Pendidikan" Terkini

UC TATI Pilihan Tepat Lepasan SPM Jadi Graduan Berkemahiran Tinggi
UC TATI Pilihan Tepat Lepasan SPM Jadi Graduan Berkemahiran Tinggi
KUALA TERENGGANU, 20 Mei - Kolej Universiti TATI (UC TATI) merupakan pilihan tepat untuk anak negeri Terengganu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi graduan berkemahiran tinggi dalam memenuhi pasaran kerja dan permintaan industri masa kini. Timbalan Rektor UC TATI, Ts. Dr. Mohd Najib Muhamed berkata kolej universiti itu menawarkan program peringkat sijil sehingga peringkat falsafah dengan memerlukan pelajar SPM mendapat tiga kredit untuk ke program diploma yang memiliki 15 pilihan program  dan lima kredit untuk ke peringkat asasi yang menawarkan dua program.  Menurutnya, para pelajar berkenaan akan berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dengan UC Tati menawarkan satu program Ijazah Doktor Falsafah, tiga program Sarjana dan 11 program  Ijazah Sarjana Muda. "UC TATI ini merupakan satu institusi berasaskan Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional yang mana kita menjalankan program yang melibatkan 80 peratus praktikal dan 20 peratus kepada teori. "KIta juga menyediakan pensyarah yang mememiliki kepakaran dalam bidang yang ditawarkan antaranya pembuatan, automasi, elektrikal, kimia, polimer, komputer, pengurusan teknologi, media grafik, Media Komunikasi, Pendidikan Awal kanak-Kanak danb "UC TATI bukan sahaja terkenal dalam negara bahkan di luar negara dengan mendapat pelbagai pengiktirafan daripada agensi luar negara malah memenangi pelbagai anugerah dalam pertandingan inovasi sama ada dalam negara mahupun luar negara," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini. Mengulas lebih lanjut katanya, dengan lepasan SPM menyatakan kesediaan untuk belajar, UC TATI akan menyediakan ruang yang luas bagi untuk bakal pelajar. Katanya, pelajar di peringkat program asasi akan menerima tajaan biasiswa daripada Yayasan Terengganu dengan yuran pengajian akan ditanggung sepenuhnya manakala bagi pelajar Diploma pula akan menerima elaun RM2,000 setahun. Penyediaan penginapan pula katanya akan disediakan sepanjang tempoh pembelajaran untuk semua peringkat. Dalam pada itu katanya, untuk pelajar yang tidak mencukupi kredit serta kelayakan yang diperlukan, UC TATI masih memberikan peluang serta tawaran istimewa dengan menawarkan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga. Selain itu menurutnya, UC TATI juga menawarkan Program SPM Fast Track Darul Huffaz bagi membantu pelajar pondok bagi mengambil peperiksaan di Kolej Universiti terbabit serta berpeluang menyambung pengajian melalui kursus yang ditawarkan. 
20 May 24
891
Anak Guru Muncul Pelajar Terbaik STAM 2023
Anak Guru Muncul Pelajar Terbaik STAM 2023
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Membaca al-Quran sebagai terapi diri setiap kali berhadapan kesukaran dalam pelajaran membuahkan hasil buat anak seorang guru apabila dinobatkan pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 untuk negeri Terengganu. Pelajar Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAAZA) Nik Abdullah Hanif Nik Mohd Akbari, 19, berkata, dia sebak dan bersyukur kerana usaha keras dan tumpuan sepenuhnya ketika belajar akhirnya membuahkan hasil. Beliau yang juga penghafaz 30 juzuk al-Quran berjaya memperolehi sembilan Mumtaz dan satu Jayyid Jiddan antara tujuh pelajar cemerlang STAM Terengganu 2023 yang diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini hari ini. Berkongsi resepi kejayaannya, dia berkata penumpuan terhadap setiap mata pelajaran yang diajar oleh ustaz atau ustazah ketika dalam kelas menjadi amalannya sejak awal termasuk menghafalnya kembali selepas itu. “Tiada rahsia sebenarnya, cuma belajar bersungguh-sungguh, kena hafal daripada awal dan sebelum peperiksaan kita kena ulang balik apa yang kita hafal sebelum ini… bukan saat akhir baru nak buat. “Subjek STAM bukan sahaja memerlukan hafalan tetapi juga pemahaman sebab itu kena tekun dan usaha dengan sunguh-sungguh,” katanya kepada pemberita. Anak kepada pasangan guru itu juga berkata terdapat juga hari-hari yang dia merasakan putus asa dan sedih namun tidak membiarkannya mempengaruhi diri sehingga menjejaskan pengajian. “Pernah rasa  ‘down’…putus asa tapi akan telefon Umi (ibu) Mariam Jameelah Ishak, 40, minta nasihat dan semangat termasuk dengan kawan dan juga para guru supaya kembali kuat,” ujarnya yang berhasrat menyambung pengajian dalam bidang Muamalat di Universiti Madinah. Pada tahun ini, Nilai Gred Purata Negeri Terengganu ialah 2.79 mengatasi Nilai Gred Purata Kebangsaan 3.09 dengan perbezaan nilai sebanyak 0.30 dan peningkatan nilai 9.7 peratus. Seorang lagi pelajar cemerlang, Nor Aidil Syawani Mohd Rowazi, 19 yang memperolehi lapan Mumtaz, satu Jayyid Jiddan dan satu Jayyid menyifatkan kecemerlangan itu adalah untuk membalas jasa kedua ibu bapanya selama ini. "Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan semua guru-guru sehingga saya boleh mencapai kejayaan ini. Namun begitu, fokus belajar macam mana pun, hubungan dengan ALLAH SWT kena jaga, itu yang penting, “Kejayaan ini akan mencetus motivasi untuk terus berjaya dalam menyambung pelajaran dalam bidang syariah ke Madinah nanti," katanya.
26 Mar 24
2143
Keputusan STAM Terengganu Atasi Gred Purata Kebangsaan
Keputusan STAM Terengganu Atasi Gred Purata Kebangsaan
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 di Terengganu menunjukkan peningkatan apabila berjaya memperoleh Gred Purata Negeri (GPN) 2.79 mengatasi Gred Purata Kebangsaan (GPK) 3.09. Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, calon STAM yang menduduki peperiksaan bagi 2023 adalah seramai 165 dan 53 daripada jumlah itu dari sekolah agama kerajaan manakala calon institusi kerajaan negeri (89) dan calon persendirian (23) Katanya, seramai tujuh calon STAM memperoleh keputusan cemerlang (mumtaz) iaitu lima daripadanya adalah pelajar sekolah SMA (ATAS) Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu dan dua lagi daripada Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu “Sekolah Menengah Agama (SMA) (ATAS) Sultan Zainal Abidin menjadi sekolah terbaik dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.37 peratus. “Kedua SMA Al-Falah iaitu GPS 3.04, Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu 2.47, Institut Pengajian Islam 2.50 dan Ma'ahad Tahfiz Wal Tarbiyah Darul Iman 3.86,” katanya di sidang media selepas mengumumkan keputusan STAM peringkat negeri Terengganu, hari ini. Mengulas mengenai jumlah calon yang sedikit menduduki STAM, JPNT akan melihat keperluan meningkatkan pertambahan calon dari semasa ke semasa  “Kita dapat lihat STAM sebenarnya menjadi platform bagi pelajar terutama yang ingin melanjutkan pengajian di luar negara yang mana hanya dua sekolah kelolaan KPM yang menawarkan STAM. “Kita akan lihat kesesuaian untuk menambahnya berdasarkan keperluan selepas ini,” katanya.
26 Mar 24
1053
Sekolah K9 Kini Mula Beroperasi di Terengganu
Sekolah K9 Kini Mula Beroperasi di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Dua Sekolah Model Khas Komprehensif 9 Tahun (K9) mula  beroperasi di Terengganu pada sesi persekolahan tahun ini bagi menangani masalah keciciran pelajar Orang Asli di kawasan pedalaman. Pengarah Pendidikan negeri, Jelani Sulong berkata dua sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Berua di Hulu Terengganu dan Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam di Kemaman. Katanya, menerusi model K9, murid Orang Asli perlu menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah sama bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga "Maksudnya murid akan berada di sekolah rendah selama 6 tahun dan menengah rendah 3 tahun di sekolah yang sama. "Seramai 15 daripada 16 orang murid di SK Sungai Berua yang telah mendaftarkan diri ke Tingkatan Satu (Transisi) di sekolah K9 tersebut. "Bagi SK Sungai Pergam pula kita ada seramai lima pelajar daripada tujuh pelajar dimana dua daripadanya telah ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli di Rompin (PIPOA)," katanya kepada pemberita. Tambahnya, seramai empat guru telah ditempatkan di SK Sungai Berua iaitu empat bagi pengajaran  aliran menengah dan 11 guru lagi  bagi matapelajaran aliran  rendah . "Untuk SK Sungai Pergam pula terdapat seramai empat guru bagi pelajar peringkat menengah dan 12 untuk sekolah rendah," katanya. Beliau menjelaskan, disebabkan kemiskinan dan jarak yang jauh, ramai murid yang tidak menyambung pelajaran selepas tamat sekolah rendah. Justeru itu katanya, KPM mengambil langkah menyediakan sekolah rendah dan menengah rendah atau K9 di sekolah yang sama. Secara keseluruhan terdapat 28 buah sekolah K9 di seluruh negara dengan 10 buah daripadanya mula beroperasi pada Ahad lalu.
12 Mar 24
3096
PKM Batu Rakit Teruskan Tradisi Solat Hajat SPM
PKM Batu Rakit Teruskan Tradisi Solat Hajat SPM
KUALA NERUS, 22 Januari - Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Batu Rakit meneruskan tradisi meraikan dan mendoakan pelajar yang bakal berdepan peperiksaan melalui Majlis Solat Hajat Perdana SPM. Majlis yang dilaksanakan di Masjid As Salam, di sini, semalam melibatkan masyarakat setempat dan ibu bapa pelajar bermula pada jam 7.30 malam dan berakhir pada jam 9.00 malam. Berkaitan program terbabit, Pengarahnya, Azharuddin Shafee menjelaskan bahawa sememangnya telah menjadi tradisi bagi PKM Batu Rakit bersama-sama mengadakan solat hajat. Azharrudin berkata, majlis itu dapat merapatkan hubungan antara masyarakat sekitar dengan pihak sekolah, warga pendidik dan juga ibu bapa pelajar. “Program sedemikian bukan baru tetapi telah sebati dan menjadi tradisi kita di Batu Rakit, bukan hanya untuk peperiksaan namun banyak lagi program-program kemasyarakatan yang lain kerana PKM Batu Rakit adalah satu keluarga besar bagi masyarakat di sini. "Seterusnya, majlis ini secara tidak langsung dapat mendidik pelajar agar sentiasa bergantung kepada Allah SWT dalam semua urusan hidup," ujarnya. Tambahnya lagi, dengan terlaksananya program sebegini, pelajar akan sentiasa menghormati guru-guru dan mengenang jasa serta pengorbanan mereka dalam mendidik dan mengasuh pelajar menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa serta negara. Dalam hal ini beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak khususnya Masjid As Salam Batu Rakit, JPKK setempat dan orang ramai yang bersama-sama hadir serta mendoakan kejayaan anak-anak yang berdepan peperiksaan.
22 Jan 24
150
120 Penduduk di Bukit Besi Terima Tanah
120 Penduduk di Bukit Besi Terima Tanah
DUNGUN, 16 Januari - Seramai 120 peserta Rancangan Tanah Baharu (RTB) di Dewan Undangan Negeri Bukit Besi gembira apabila menerima geran tanah hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kesemua penerima melibatkan RTB Pecah Mangkuk, RTB Dendang Sejahtera, RTB Bukit Jelutong dan RTB Kampung Talong bersyukur kerana penantian sejak sekian lama ditamatkan kerajaan PAS Terengganu. "RTB di kawasan setiap mempunyai proses yang berbeza di setiap peringkat, ia perlu melalui beberapa prosedur untuk diluluskan menyebabkan ada permohonan yang mengambil masa yang singkat dan ada juga mengambil masa yang lama. ‘’Tahniah diucapkan kepada 120 penerima geran tanah pada kali ini, ia  jelas termasuk dalam manifesto yang dijanjikan oleh PAS Terengganu," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas majlis penyerahan geran tersebut. Mengulas lanjut, Ghazali berkata, Kerajaan Negeri berterima kasih kepada para pemohon yang bersabar. "Diharapkan agar pemohon seterusnya memahami urusan berkaitan hak milik tanah ini kerana perkara tersebut memakan masa dan melibatkan prosedur yang sedikit rumit. "Manfaatkanlah tanah ini dengan sebaik mungkin kerana masih ada lagi yang tidak memiliki tanah," katanya.
16 Jan 24
2039
Seramai 399 Calon SPM Sertai Tuisyen Rakyat
Seramai 399 Calon SPM Sertai Tuisyen Rakyat
Besut, 15 Januari - Seramai 399 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut menyertai tuisyen rakyat sebagai persiapan terakhir untuk menghadapai peperiksaan pada 18 Januari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, inisiatif mengadakan tuisyen rakyat itu merupakan usaha pihaknya bagi memastikan pelajar terbabit memperolehi keputusan yang baik kerana SPM merupakan penentu langkah seterusnya selepas tamat alam persekolahan. "Di mana  ia akan membawa hala tuju kita untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading ataupun sebaliknya.  "Walaupun rezeki tidak melihat kita berpelajaran tinggi atau rendah tetapi kita disyariatkan untuk berusaha terlebih dahulu kemudian kita berserah dan bertawakal kepada Allah SWT",ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar bagi DUN berkenaan pada ahad 14 Januari, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya,Program Motivasi Kecemerlangan tersebut merupakan kemuncak program tuisyen rakyat yang telah diadakan selama dua hari pada jumaat dan sabtu baru-baru ini melibatkan tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) iaitu SMK Agama Wataniah, SMK Putra dan SMK Bukit Payong. "Kepada adik- adik calon SPM, jangan lupa kita dekatkan diri kepada Allah swt serta selalu berdoa, memohon maaf mintak restu kepada kedua ibubapa serta guru dan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya kita berjaya didunia dan di akhirat, insya-Allah,"katanya.
15 Jan 24
92
SPM ’Tiket’ Untuk Hidup
SPM ’Tiket’ Untuk Hidup
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kelulusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan sekurang-kurang kelulusan untuk meneruskan kehidupan bagi rakyat Malaysia. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor berkata bahawa SPM adalah tiket penting kalau mahu bekerja. Katanya, majikan mahu yang mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya SPM, apatah lagi jika mahu menyambung pelajaran. "Oleh hal yang demikian, SPM adalah sekurang-kurang kelulusan yang bagi saya wajib ada untuk seorang rakyat Malaysia," katanya. Zuraida berkata demikian ketika merasmikan Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang di Dewan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Jalan Sultan Omar, baru-baru ini. Bergambar bersama-sama para peserta Program Tuisyen Rakyat DUN Ladang. Ujar Zuraida lagi, beliau agak risau dengan keadaan mutakhir ini, apabila generasi muda seakan tidak berminat mahu belajar ditambah pula dengan pengaruh buruk yang dibawa oleh sesetengah pempengaruh media sosial. “Saya doakan mudah-mudahan semua para pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM nanti, dipermudah segala urusan dan semoga peroleh keputusan yang cemerlang, “Antara tujuan utama penganjuran Program Tuisyen Rakyat ialah sebagai pecutan terakhir kepada para pelajar menjelang peperiksaan sebenar tak lama lagi,” tambahnya lagi. Beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Perpaduan Nasional negeri berkata bahawa Program Tuisyen Rakyat ini diadakan di kesemua 32 DUN dalam Negeri Terengganu. Sebahagian daripada peserta Tuisyen Rakyat DUN Ladang. Program tersebut telah berjaya mengumpulkan peserta lebih 50 orang peserta dari pelbagai sekolah, bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 6.30 petang dan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Ladang.
09 Jan 24
242
Terengganu Optimis Pelihara Pembangunan Islam
Terengganu Optimis Pelihara Pembangunan Islam
Kerajaan Terengganu cukup optimis dan prihatin dalam memelihara pembangunan Islam di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar demi kegemilangan Islam di negeri itu.
01 Jan 24
98
80,000 Rakyat Meriahkan Program Indahnya Hidup Bersyariat
80,000 Rakyat Meriahkan Program Indahnya Hidup Bersyariat
Kemuncak acara Program Indahnya Hidup Bersyariat telah dihadiri kira-kira 80,000 rakyat Terengganu sekali gus mencipta fenomenanya yang tersendiri.
01 Jan 24
152