Artikel "Pendidikan" Terkini
UC TATI Perkukuh Ekosistem Inovasi TVET, Selaras PITAS 2030
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Usaha Kolej Universiti TATI (UC TATI) memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi teknikal negeri Terengganu melalui lawatan akademik ke Jepun pada awal Oktober yang lalu disifatkan selari dengan Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS).
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, kerana melalui pelan strategik negeri Terengganu itu antara perkara yang ditekankan adalah pembangunan modal insan berteraskan ilmu, teknologi dan nilai Islam.
"Apabila pelajar TVET (pendidikan dan latihan teknikal)Â berupaya mencipta dan berinovasi, ia bukan sahaja memperkukuh UC TATI, tetapi juga membuka peluang eknomi baharu untuk rakyat Terengganu," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lebih lanjut, beliau berkata apa yang bermakna delegasi Terengganu telah didedahkan dengan pengalaman Jepun dalam memupuk budaya 'Science driven innovation'.
Dalam pada itu Satiful berkata, dalam kunjungan ke negara terbabit pihak UC TATI, Leave A Nest Japan dan Hadid Group yang telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU).
"Di mana 'Leave A Nest' akan menyediakan bimbingan dan akses kepada rangkaian inovasi Jepun, Hadid Group akan menyokong pembangunan industri dan komersialisasi produk pelajar.
"Manakala UC TATI, akan berfungsi sebagai hub pelaksanaan program yang mengabungkan TVET dengan keusahawanan teknologi," katanya.
Â
21 Oct 25
26
Pelajar Perempuan Jangan Bersendirian, Langkah Awal Elak Tragedi - Maliaman
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Maliaman Kassim, menasihati pelajar khususnya pelajar perempuan agar tidak bergerak bersendirian walaupun dalam kawasan sekolah, sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kes jenayah seksual di institusi pendidikan.
14 Oct 25
27
Lebih 1,500 Pelajar Hulu Terengganu Terima Bantuan One-Off Yayasan Terengganu
Lebih 1,500 calon peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di daerah Hulu Terengganu menerima manfaat daripada Bantuan One-Off Yayasan Terengganu (YT) bagi membantu meringankan beban perbelanjaan persekolahan serta memberi suntikan semangat menjelang musim peperiksaan.
14 Oct 25
36
Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
Kerajaan Terengganu terus komited memperkukuh masa depan pendidikan negeri dengan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM1.99 juta kepada 19,932 calon peperiksaan awam di seluruh negeri sebagai dorongan semangat menjelang peperiksaan tahun 2025.
07 Oct 25
40
Terengganu Salur Bantuan RM1.99 Juta Buat Calon Peperiksaan Awam
KUALA NERUS, 6 Oktober – Kerajaan Terengganu terus komited memperkukuh masa depan pendidikan negeri dengan menyalurkan bantuan one-off berjumlah RM1.99 juta kepada 19,932 calon peperiksaan awam di seluruh negeri sebagai dorongan semangat menjelang peperiksaan tahun 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, inisiatif di bawah Yayasan Terengganu itu mencerminkan keprihatinan dan kebersamaan kerajaan negeri dalam memastikan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM bersedia menghadapi cabaran akademik dengan penuh keyakinan dan iltizam.
"Program ini salah satu usaha untuk membuktikan kebersamaan kita bersama-sama dengan calon peperiksaan SPM, STPM dan STAM supaya mereka mempersembahkan yang terbaik untuk peperiksaan serta memperoleh keputusan cemerlang nanti.
"Itu doa kami daripada pihak kerajaan negeri kepada semua calon-calon yang terlibat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Majlis Penyampaian Bantuan One-Off kepada Calon Peperiksaan Awam Negeri Terengganu Tahun 2025 peringkat Kuala Nerus, di sini, hari ini.
Menurutnya, seramai 2,605 calon daripada 17 buah sekolah menengah di daerah Kuala Nerus turut menerima bantuan pendidikan berjumlah RM260,500 dengan kadar RM100 seorang, melibatkan 2,424 calon SPM, 169 calon STPM dan 12 calon STAM.
"Gunakanlah bantuan bernilai RM100 ini secara bijaksana dan bertanggungjawab.
"Ia bukan sekadar bantuan kewangan semata-mata, tetapi tanda kasih serta dorongan moral agar anda lebih bersemangat menghadapi detik penting ini," tambahnya.
Hishamuddin turut menzahirkan harapan agar semua calon menjadikan peperiksaan yang bakal diduduki sebagai langkah awal membina masa depan yang lebih cemerlang dan bermakna.
"Jadikanlah peperiksaan ini sebagai permulaan ke arah menara gading serta kehidupan yang gemilang.
"Ingatlah, setiap kejayaan anda adalah hadiah paling berharga buat ibu bapa dan guru yang tidak pernah jemu berkorban demi memastikan anda berjaya," ujarnya.
Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan awam di negeri ini agar terus melangkah dengan penuh keyakinan dan membawa nama Terengganu sebagai negeri yang unggul dalam kecemerlangan pendidikan.
Â
06 Oct 25
447
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Sambutan 100 Tahun SMK Sultan Sulaiman
Sejarah penuh makna terpahat di bumi Darul Iman apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dataran Perdana sekolah berkenaan.
05 Oct 25
18
Sultan Mizan Berkenan Rasmi Sambutan 100 Tahun SMK Sultan Sulaiman
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober – Sejarah penuh makna terpahat di bumi Darul Iman apabila Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 100 Tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMKSS) dalam majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dataran Perdana sekolah berkenaan, hari ini.
Keberangkatan baginda disambut dengan penuh penghormatan, diiringi oleh Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, serta Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan paduka-paduka anakanda.
Majlis bertambah seri dengan kehadiran Tengku Seri Bijaya Raja, Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Nara Setia, serta Penasihat Undang-Undang Negeri, Nawawi Ismail.
Acara dimulakan dengan persembahan pancaragam SMKSS, diikuti tarian selamat datang oleh penari Sutra Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, dan persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
Sejurus selepas itu, Tengku Seri Bijaya Raja mempersembahkan ucapan aluan, sebelum majlis diserikan dengan titah ucapan perasmian oleh Sultan Mizan.
Usai bertitah, baginda berkenan menyempurnakan gimik perasmian dengan paluan gong, diiringi Yang Di-Pertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail, sebagai simbolik bermulanya lembaran baharu perjalanan kecemerlangan SMKSS dalam abad kedua penubuhannya.
Majlis diteruskan dengan keberangkatan baginda menanam sepohon pokok Majesty Palm, tanda kelangsungan warisan pendidikan yang subur sepanjang zaman. Baginda kemudian berkenan melawat Galeri Junjungan Setangi yang memaparkan perjalanan sejarah 100 tahun SMKSS, sebelum berangkat ke majlis santapan diraja.
Â
02 Oct 25
1386
Dari Sekolah ke Dunia: I-DEWS Bukti Inovasi Pelajar Imtiaz Berimpak Global
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Kejayaan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu (IKT) meraih emas di pertandingan World Sustainable Development Goal Challenge 2025 (WSDG 2025) bukan sekadar pencapaian antarabangsa, malah membuka peluang untuk projek berimpak sosial itu dikembangkan lebih jauh.
Rekaan Imtiaz Dual Eco Water System (I-DEWS) yang telah dibawa ke WSDG 2025 oleh tiga pelajar tingkatan dua – Aira Nur Maisarah Abdullah Fuad, Nur Aeisya Khadija Mohd Yazid dan Ummu Sofiyyah Abdul Mubin, merupakan cetusan idea guru IKT bidang TVET, Suryana Mat Husin.
Dari kiri: Aira, Aeisya dan Ummu
Pengetua IKT, Md Imran Md Nor, berkata pihaknya berhasrat untuk terus menaik taraf teknologi tersebut agar lebih praktikal dan mampu memberi manfaat kepada masyarakat umum.
"Ya, kami berfikir untuk menaik taraf unit penapisan yang sebelum ini menggunakan bahan-bahan semula jadi seperti sabut kelapa, pasir halus dan arang buluh yang telah diklarifikasi oleh Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI), UNISZA.Â
"Kami bercadang untuk menambah baik unit penapisan sehingga air yang ditapis dapat diminum oleh manusia. Kami juga berfikir untuk menaik taraf sistem penjanaan elektrik.Â
"Selain itu, kami juga akan cuba menurunkan kos pembuatan supaya I-DEWS dapat dimiliki semua," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas dihubungi, baru-baru ini.
Beliau turut menjelaskan bahawa integrasi kecerdasan buatan (AI) akan membantu menjadikan sistem lebih efisien dan bersifat automasi.
"Dengan penambahbaikan AI dalam produk kami, AI dapat mengawasi sistem I-DEWS tanpa memerlukan pengawasan seseorang. Dengan ini, pengguna tidak perlu untuk mengendali secara manual kerana sifat 'autonomous' yang AI dapat berikan.
"AI juga boleh memberi ramalan untuk sistem I-DEWS sekiranya terdapat perubahan dalam sistem ini secara keseluruhannya. Kesannya, pengguna mengetahui apa yang patut ditambah baik dan diubah," jelasnya.
I-DEWS pada peringkat awalnya hanyalah sistem penapisan air, namun melalui penambahbaikan bersama pelajar IKT ia diinovasikan menjadi sistem penapisan air dan penjanaan tenaga yang menggunakan graviti serta turbin air dalaman.
Pembentangan secara maya oleh pelajar IKT mengenai I-DEWS; bertajuk 'WSDG 2025 I-DEWA SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU' di laman sesawang Youtube
"I-DEWS merupakan satu sistem air yang boleh mengitar semula air gunaan selain dari air kumbahan untuk kegunaan luaran seperti menyiram pokok, membasuh pinggan dan membasuh kereta. Air yang dikitar semula tidak boleh diminum terus setelah ditapis.Â
"I-DEWS juga menggunakan sistem hydroelectric untuk menjana tenaga hanya dengan menggunakan graviti. Air digerakkan secara automatik oleh graviti dan dapat bergerak tanpa henti. Teknik ini dinamakan teknik siphon," ulas Md Imran.
Tambahnya, IKT turut merangkul satu lagi penghargaan emas dan satu penghargaan istimewa dalam penyertaan mereka WSDG 2025 yang telah berlangsung pada bulan lepas.
Rekaan tersebut sebelum ini pernah meraih pingat perak dalam World Young Inventors Exhibition (WYIE) 2025, namun penambahbaikan berterusan menjadikan rekaan itu kini berjaya diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Katanya lagi, usaha tersebut membuktikan kreativiti dan inovasi pelajar IKT bukan sahaja mampu mengharumkan nama sekolah, malah mempunyai potensi untuk dimanfaatkan masyarakat dalam kehidupan harian.
02 Oct 25
6
UC TATI Anjur Program 'CultureNConnect' Perkukuh Jalinan Antarabangsa
KEMAMAN, 10Â September - University College TATI (UC TATI) telah menganjurkan program CultureNConnect sebagai usaha memperkasa hubungan antarabangsa melalui aktiviti pertukaran bidang dan bahasa bersama institusi luar negara.
Pendaftar UC TATI, Hanyza Ahmad berkata Program tersebut melibatkan seramai 13 peserta antarabangsa dari Mie University, Jepun serta 15 pelajar UC TATI yang bertindak sebagai peserta tempatan dan pengendali program sepanjang ia berlangsung.
"Dalam program yang diadakan ini para peserta telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk pembelajaran bahasa, pertukaran budaya dan lawatan kebudayaan sekitar Terengganu yang menekankan aspek kefahaman silang budaya," ujarnya ketika menyempurnakan perasmian program terbabit, di sini, baru-baru ini
Turut hadir, Profesor Emeritus Mie University, Prof. Dr.Masataka Kubo dan Profesor Fakulti Kemanusiaan, Undang-Undang dan Ekonomi Mie University, Prof. Dr. Hirokazu Ajiki.
Dalam pada itu, Hanyza berharap agar program tersebut berjaya mencapai matlamat dalam memperkukuh jaringan kerjasama akademik.
"Selain memupuk hubungan mesra antara UC TATI dan Mie University di peringkat antarabangasa," ujar beliau.
10 Sep 25
67
Home Guard Lambang Kesatuan Rakyat Gapai Kemerdekaan
Kehadiran segerombolan Pasukan Kawalan Tempatan Persekutuan Tanah Melayu atau lebih dikenali sebagai 'Home Guard' ternyata mencuri tumpuan dalam Perarakan dan Perbarisan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri Terengganu.
03 Sep 25
60