Artikel "Pelancongan" Terkini
Pahang, Destinasi Kedua Promosi Jelajah Beautiful Terengganu
KUANTAN, 29 Jun- Kempen Jelajah Beautiful Terengganu, Pakat Maghi Terengganu 2022 kini diteruskan di Pahang sebagai destinasi pilihan kedua selepas Kedah dengan penawaran pakej percutian menarik di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, ia merupakan kerjasama kerajaan negeri Terengganu menerusi Jabatan Pelancongan Negeri meneruskan sinergi promosi dalam negara.
Katanya, program memperkasakan kempen promosi sektor pelancongan dan kebudayaan negeri ini yang turut mendapat kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Cawangan Terengganu memfokuskan segmentasi pelancongan tertentu dalam menarik lebih ramai pengunjung domestik ke Terengganu.
"Pahang dilihat mempunyai potensi besar dalam industri pelancongan terutama lokasi popular seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron yang berupaya menjadi faktor tarikan pengunjung.
" Terengganu turut mempunyai beberapa persamaan dengan Pahang yang sekaligus dapat memberikan pilihan produk serta pakej pelancongan kepada pelancong sasar," ujarnya kepada pemberita.
Tambah beliau, Pahang mempunyai pulau terkenal seperti Pulau Tioman dan begitu juga Terengganu yang yang mempunyai tujuh pulau peranginan utama yang selama ini menjadi faktor tarikan utama pengunjung seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, dan Pulau Kapas.
"Begitu juga sepertimana Pahang menjenamakan masakan ikan patin sehingga terkenal diseluruh negara, Terengganu juga mempunyai menu masakan istimewa Ikan baung yang akan dijadikan ikon baharu dalam ketengahkan Terengganu sebagai destinasi baharu untuk pelancongan gastronomi" ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi MAH Terengganu, Suaibah Harun berkata, Program Jelajah BTM yang menggunakan kaedah Business to Business (B2B) itu dianggap antara strategi terbaik bagi pelancongan di Terengganu.
Menurut beliau, kaedah itu memberi lebih fokus kepada pemain industri dalam mendapatkan input serta maklumat berkaitan perkhidmatan dan pakej yang ditawarkan di Terengganu.
"Kesan promosi yang digerakkan pihak jabatan melalui pelbagai saluran telah menunjukkan peningkatan hasil tempahan hotel di bawah MAH.
"Purata tempahan pada hari biasa ialah 50 peratus dan jumlah itu meningkat kepada 80 peratus pada hujung minggu, musim cuti persekolahan, perayaan dan setiap kali adanya penganjuran program oleh kerajaan negeri," katanya.
Jelajah BTM ke Pahang kali ini melibatkan 13 penggiat industri pelancongan yang terdiri daripada
pengusaha hotel, agensi kerajaan, agensi pelancongan dan pengusaha produk nasi dagang serta keropok lekor.
29 Jun 22
652
50 Persatuan Motosikal Meriahkan 'Bike Week'
Terengganu Bike Week 2022 (TBW2022) mencatatkan sejarah apabila disertai 50 buah persatuan motosikal berkuasa besar termasuk dari Thailand dan Singapura.
29 Jun 22
221
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
Kerajaaan Negeri Terengganu berharap dengan adanya usaha yang berterusan dijalankan di Santuari Penyu Ma’Daerah (Ma’Daerah) ini akan mempertingkatkan lagi peningkatan pendaratan penyu di Terengganu.
22 Jun 22
172
Kewujudan Ma'daerah Mampu Tambah Populasi Penyu
KEMAMAN, 16 Jun - Kerajaaan Negeri Terengganu berharap dengan adanya usaha yang berterusan dijalankan di Santuari Penyu Ma’Daerah (Ma’Daerah) ini akan mempertingkatkan lagi peningkatan pendaratan penyu di Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata pada tahun lepas sahaja, 2021, Jabatan Perikanan telah melepaskan sebanyak 432,000 ekor anak penyu kembali ke lautan.
"Mengikut statistik, dalam 1000 ekor yang kita lepaskan biasanya seekor akan kekal hidup dan kembali semula ke daratan dimana ia dilepaskan.
"Kita harap paling kurang 400 ekor anak penyu akan hidup sehingga dewasa, matang dan kembali semula untuk bertelur di pantai dimana ia dilepaskan.
“Setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan lebih daripada RM600,000 untuk kerja-kerja pengurusan penyu, menaiktaraf pusat-pusat konversi penyu, bayar upah pekerja-pekerja dan termasuklah pembelian semula telur-telur penyu daripada pemajak bagi tujuan untuk ditetaskan.
“Dan sebagaima kita sedia maklum, bermula daripada 1 Jun baru-baru ini, dimulakan penguatkuasaan enakmen pemeliharaan penyu Enakmen Penyu 1951 mulai 1 Jun 2022, mengharamkan penjualan telur penyu.
"Jadi tidak ada lagi telur penyu yang dijual secara terbuka selepas daripada pelaksanaan enakmen ini kerana sudah ada peraturan.
"Alhamdulillah, nampaknya tinjauan yang dilakukan di lokasi-lokasi telur penyu di jual, tidak ada lagi penjualan yang dilakukan,” katanya kepada pemberita dalam Program Terengganu Turtle Camp 2022 hari ini.
Jabatan Perikanan mengenalpasti punca kematian penyu adalah ombak besar, pelanggaran kipas bot, musim tengkujuh dan terperangkap dalam pukat tunda.
Mengikut rekod, laporan kematian penyu melebihi angka 40 ekor sejak Januari lalu melahirkan kebimbangan pihaknya dalam mengekang perkara tersebut.
16 Jun 22
1014
Terengganu Gerakkan Kempen 'Cakna Penyu'
Kerajaan Terengganu menggerakkan kempen Cakna Penyu bagi memberi kesedaran kepada orang ramai supaya memelihara haiwan ikonik yang menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke negeri ini.
13 Jun 22
268
Tukun Tiruan Tingkatkan 10 Peratus Hasil Nelayan
Jumlah hasil tangkapan nelayan pantai di Terengganu meningkat sebanyak 10 peratus sejak Januari sehingga April tahun ini impak program melabuh tukun tiruan.
13 Jun 22
190
Taman Rekreasi Agro Darau Mampu Lonjak Potensi Besut
Pembukaan Taman Rekreasi Agro Darau, yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini akan membuka ruang percambahan ekonomi di kawasan Hulu Besut.
12 Jun 22
543
Air Tuak Kini Digelar 'Sweet Nira Terengganu'
Kerajaan negeri menjenamakan semula nira kelapa atau lebih dikenali air tuak oleh penduduk Terengganu sebagai minuman isotonik dengan nama Sweet Nira Terengganu bagi meluaskan pasaran produk berkenaan.
08 Jun 22
662
Kerajaan Peruntuk RM5 Bilion Bangunkan Sekolah, Institusi Pendidikan Seluruh Negara
Sebanyak RM5.034 bilion diperuntukan bagi projek pembangunan sekolah dan institusi pendidikan di seluruh Malaysia bawah Rolling Plan Ke-2 (RMKe-12) Tahun 2022.
08 Jun 22
238
e-BECA Diperkenal Bantu Tingkat Pendapatan Pengayuh
Inovasi baharu, e-BECA telah diperkenalkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi meningkatkan pendapatan pengayuh beca dan merancakkan industri pelancongan di Terengganu.
08 Jun 22
354