lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Hasrat Jadikan Terengganu 'Land Of Cycling' Mampu Dicapai
Hasrat Jadikan Terengganu 'Land Of Cycling' Mampu Dicapai
MARANG, 4 September - Kerajaan negeri optimis impian untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri kayuhan basikal mampu dicapai. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, hasrat menjadikan Terengganu sebagai 'Land Of Cycling' merupakan sebagai sebahagian daripada promosi pelancongan negeri Terengganu. "Di mana destinasi yang menjadi tempat atau hentian program sebagaimana yang diadakan hari ini (Tour Gateh D'Tranung) akan lebih memperkenalkan lagi lapan daerah iaitu dari Marang, Dungun, Kemaman , Hulu Terengganu sehingga ke Besut. "Kita akan meneruskan program seperti hari ini bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mengangkat sukan basikal ini juga menjadikan Terengganu 'Negeri Kayuhan Basikal' akan mampu tercapai dan akan menjadi satu faktor pelancong dari dalam dan luar negara datang ke negeri ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelepasan Kejohanan Tour Gateh D'Tranung Peringkat 1, di Pulau Kekabu di sini hari ini. Katanya hari ini sebanyak 27 pasukan hebat antara benua terlibat, serta penyertaan dari Singapura, Indonesia serta Brunei. "Selain kita turut menerima peserta antarabangsa yang pada awalnya ingin turut menyertai namun membatalkan penyertaan pada saat akhir. "Insya-Allah kita akan ulangi lagi pada tahun hadapan dengan menjadikan ia sebagai acara antarabangsa. "Sebenarnya bagi menjadikan negeri Terengganu sebagai negeri kayuhan basikal ia turut dibantu dengan reputasi Terengganu yang selama ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh dalam sukan basikal yang mencipta nama bukan sahaja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.
04 Sep 23
806
Jaga Kebersihan, Terengganu Kini Destinasi Pilihan Pelancong
Jaga Kebersihan, Terengganu Kini Destinasi Pilihan Pelancong
Rakyat Terengganu digesa menjaga kebersihan dengan meninggalkan budaya membuang sampah di merata-rata tempat bagi memastikan kebersihan di negeri ini memuaskan pelancong.
03 Sep 23
150
'Silap Kata Mundur, Terengganu Negeri Wajib Dikunjungi'
'Silap Kata Mundur, Terengganu Negeri Wajib Dikunjungi'
KUALA TERENGGANU, 3 September – Silap besar jika ada pihak mengatakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mundur dan patut diboikot, ujar pelancong dari Selangor. Sunaini Othman, 54, yang berasal dari Shah Alam berkata, Terengganu merupakan sebuah negeri yang wajib dan berbaloi untuk dikunjungi. Katanya, negeri pantai timur itu terus menjadi pilihan orang ramai menghabiskan masa bercuti sehingga beberapa lokasi popular dipenuhi pelancong, sepanjang tempoh cuti sekolah berlangsung baru-baru ini. "Ini merupakan kali kedua saya datang dan kalau boleh nak datang lagi. Bagi saya orang yang mengatakan Terengganu  mundur adalah silap, cakap orang yang tak fikir lebih jauh sekadar nak puaskan hati mereka sahaja. "Bagi saya Terengganu adalah tempat terbaik untuk datang tak kira lah apa orang nak kata sebab bagi saya semua best, rakyat bagus , bersopan santun, peramah dan banyak tempat menarik untuk dilawati,”ujarnya ketika ditemui di Pasar Payang di sini hari ini. Terdahulu, tinjauan pemberita di beberapa lokasi antaranya di Masjid Kristal, Jeti Pulau Redang, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan banyak lagi lokasi meriah dengan kehadiran pelancong yang mengabadikan kenangan mereka di mercu pelancongan negeri itu. Sementara itu, pelancong asing dari Singapura, Reid Lim, 36 dan isteri Kit Shan 31 yang berasal Hong Kong berkata, Terengganu memiliki banyak tempat menarik berbanding negeri lain di Malaysia. Menurut beliau yang kali pertama datang bercuti ke negeri pesisir pantai itu, antara yang digemarinya adalah makanan, cuaca dan masyarakat Malaysia yang peramah dan menerima baik pelancong sepertinya. "Saya sangat sukakan Terengganu dan ketika datang di sini, saya paling gemar makan nasi dagang dan isteri lebih kepada keropok lekor. Di sini juga ada pelbagai makanan enak yang selalu dianggap pelancong sebagai 'syurga' makanan.Negeri ini bukan hanya ada pantai yang indah tetapi pantai itu juga bersih “Saya tak tahu apa yang orang lain fikirkan tapi saya sukakan tempat ini bila datang ke Terengganu. Jika ada yang mengatakan Terengganu tidak sesuai untuk bercuti, mungkin ada salah faham sebab segalanya menarik tentang negeri ini, termasuk binaan bangunan... pasti akan datang untuk kali kedua tidak lama lagi," katanya.  
03 Sep 23
6607
Jaga Kebersihan, Terengganu Kini Destinasi Pilihan Pelancong
Jaga Kebersihan, Terengganu Kini Destinasi Pilihan Pelancong
BESUT, 28 Ogos - Rakyat Terengganu digesa menjaga kebersihan dengan meninggalkan budaya membuang sampah di merata-rata tempat bagi memastikan kebersihan di negeri ini memuaskan pelancong. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Sulaiman Sulong berkata, setiap rakyat perlu berperanan dalam menjadikan amalan kebersihan satu budaya yang perlu ada dalam diri setiap anggota masyarakat. "Pelancongan merupakan salah satu cabang pendapatan ekonomi negeri Terengganu, seluruh negara hari ini apabila sebut di mana lokasi untuk 'healing' maka ramai yang memilih untuk datang ke negeri ini. "Sekiranya aspek kebersiham tidak dijaga sudah tentu ia akan memberikan imej yang negatif  apabila dicemari sampah sarap seperti plastik, botol mineral, dan sisa-sisa makanan. "Kerana itu, menjadi tanggungjawab semua untuk memastikan semua lokasi yang ada dalam negeri ini berada dalam keadaan bersih di samping kita mempromosikan Terengganu untuk terus dikunjungi orang ramai," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Program International Air Festival (TIAF), di sini, semalam. Kata Sulaiman, kebanjiran ramai pelancong dari dalam dan luar negara telah merancakkan ekonomi negeri kerana itu sektor pelancongan dijadikan tumpuan utama. "Agenda memperkasakan pelancongan ini bukan sahaja untuk menguntungkan kerajaan negeri tetapi memberikan pulangan ekonomi yang lumayan kepada komuniti setempat. "Sebagai contoh kita cukup bangga dengan Bukit Bubus ini yang mengamit kehadiran peserta dari luar negara yang menyertai acara TIAF ini. di mana lokasi diadakan acara ini  telah menyumbangkan impak yang positif kepada penduduk setempat. "Acara 'meluncur udara' ini telah dijadikan sebagai acara tahunan yang telah menjadikan Besut sebagai salah satu tarikan pengunjung serata dunia untuk hadir," ujarnya.  
28 Aug 23
1871
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
66 Peluncur Udara 'Terbang' Sempena 66 Tahun Kemerdekaan
BESUT, 28 Ogos - Seramai 66 peluncur udara melakukan terbangan 'Merdeka Fun Fly'  sempena 66 tahun kemerdekaan negara di Bukit Bubus semalam. Pengarah Program, Fahami Zakaria berkata, ia merupakan salah satu acara kemuncak sempena Terengganu Air Festival (TIAF) pada tahun ini. Katanya, ia merupakan tahun kedua program berkenaan diadakan dengan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. "Dengan beberapa acara yang diadakan turut melibatkan peserta antarabangsa dari enam negara iaitu Indonesia, Thailand, Korea, Filipina, Nepal dan India. "Malah ramai lagi peluncur dari negara lain ingin menyertai namun ada kekangan tertentu jadi mereka tidak boleh hadir, diharapkan pada tahun akan datang program ini akan lebih meriah dengan kehadiran lebih ramai peluncur," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di acara penutup program TIAF, di Bukit Bubu, Besut, di sini semalam. Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Sulaiman Sulong yang telah menyempurnakan acara penutup program berkenaan. Dalam pada itu Fahami berkata, program pada tahun ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak sekolah menyertai program bertaraf antarabangsa itu. "Acara yang turut dimasukkan pada festival kali ini ialah acara roket peracut 'paper plan'. 'water rocket' bagi peringkat sekolah rendah dan menengah dengan penglibatan seramai 400 murid dari 40 buah sekolah," katanya. Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Pelancongan Negeri kerana selama ini berperanan menjadi nadi penting dalam memastikan acara TIAF dapat dijayakan dengan sempurna.  
28 Aug 23
142
Peluang Cerah Bangunkan IADA KETARA Fasa 2
Peluang Cerah Bangunkan IADA KETARA Fasa 2
Peluang kerajaan Terengganu untuk meningkatkan pengeluaran padi melalui Projek kawasan Bersepadu (IADA) Terengganu Utara (KETARA) Fasa 2 kini semakin cerah.
23 Aug 23
330
Bilangan Pelancong Ke Terengganu Lebih 10 Juta
Bilangan Pelancong Ke Terengganu Lebih 10 Juta
KUALA TERENGGANU, 25 Julai – Usaha Kerajaan Negeri dan pemain industri pelancongan membuahkan hasil apabila bilangan pelancong ke negeri ini meningkat sehingga 10.23 juta orang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata pada tahun 2022, jumlah pelancong itu meningkat sehingga 175.2 peratus iaitu sebanyak 10.23 juta orang pelancong. Katanya, berbanding pada tahun sebelumnya yang hanya menerima 3.7 juta orang pelancong. “Sepanjang lima tahun mentadbir negeri, Terengganu berjaya mencatatkan tren peningkatan yang konsisten saban tahun apabila merekodkan kadar pertumbuhan KDNK sebanyak 2.5 peratus pada 2018, 3.3 peratus (2019), 3.7 peratus (2021) dan 5.9 peratus (2022). “Sudah pasti industri pelancongan sedikit sebanyak memberikan sumbangan yang signifikan kepada peningkatan kadar pertumbuhan KDNK ini,” katanya melalui kenyataan di laman Facebook Rasmi miliknya semalam. Tambah Ariffin, selari dengan data ini, Negeri Terengganu berjaya menggondol tujuh anugerah di dalam Majlis Anugerah Emas Lembaga Pelancongan Malaysia 2022 pada akhir Disember 2022. “Segala hasil dan kejayaan di dalam industri pelancongan ini bertitik tolak antaranya daripada perlaksanaan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu 2021-2025. "Selain itu, ia turut membuktikan bahawa perlaksanaan Garis Panduan Hiburan, Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan tidak menjadi batu penghalang kepada kedatangan pelancong ke negeri Terengganu Darul Iman,” ujarnya.
25 Jul 23
609
Payang Walk Bakal Jadi Tumpuan Utama Pelancongan Terengganu
Payang Walk Bakal Jadi Tumpuan Utama Pelancongan Terengganu
 Payang Walk dan Operasi Beca Warisan dijangka menjadi tumpuan utama dalam meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri Terengganu.
23 Jul 23
366
Payang Walk Bakal Jadi Tumpuan Utama Pelancongan Terengganu
Payang Walk Bakal Jadi Tumpuan Utama Pelancongan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Payang Walk dan Operasi Beca Warisan dijangka menjadi tumpuan utama dalam meningkatkan lagi industri pelancongan di negeri Terengganu. Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata inisiatif itu merupakan salah satu usaha untuk memperkasa Pasar Kedai Payang yang juga merupakan aset pelancongan utama negeri ini. Katanya, secara tidak langsung ia juga akan menjadi tarikan baharu Pasar Kedai Payang yang telah sedia terkenal sebagai salah satu tempat pelancongan yang popular. “Antara strategi yang telah dirangka adalah melalui inisiatif pembangunan produk-produk pelancongan baharu selain memberi nilai tambah pada kawasan pelancongan sedia ada. “Payang Walk ini diwujudkan bertujuan untuk memperkasakan imej Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Menyempurnakan Majlis Perasmian Payang Walk dan Operasi Beca Warisan bertempat di Pesisir Payang, Kuala Terengganu di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman dan Datuk Bandar dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif. Tambah Ahmad Samsuri, dengan adanya payang walk dan laluan khas beca ini, dijangka akan meningkatkan kedatangan pelancong dan pengunjung ke kawasan ini. “Sekali gus, meningkatkan populariti beca kepada mereka. “Selaras dengan tagline 'Bandar Raya Warisan Pesisir Air', cadangan payang walk dan laluan beca warisan di sekitar Pasar Kedai Payang ini akan dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Terengganu,” ujarnya.  
22 Jul 23
511
Setiu Wetlands Bakal Jadi Produk Pelancongan Terkenal
Setiu Wetlands Bakal Jadi Produk Pelancongan Terkenal
Setiu Wetlands bakal menjadi produk Pelancongan terkenal di negeri ini dengan pelbagai pengisian yang menggambarkan tradisi budaya dan gaya hidup tradisional.
18 Jul 23
195