lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Industri Pelancongan Islam Terengganu Berpotensi Ke Peringkat Global
Industri Pelancongan Islam Terengganu Berpotensi Ke Peringkat Global
KUALA TERENGGANU, 18 September – Terengganu berpotensi besar dalam mempromosikan pelancongan Islam ke peringkat global. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata Terengganu mempunyai produk pelancongan yang hebat dan unik bertaraf antarabangsa. Katanya, serta pelbagai tawaran lokaliti berasaskan pelancongan dan industri berkaitan yang memberi lonjakan kepada industri pelancongan global. “Segala-galanya ada di Terengganu termasuk alam semula jadi, gunung-ganang, sungai, keindahan tasik, panorama yang memukau di pulau-pulau serta pesisiran pantai yang menakjubkan. “Lebih-lebih lagi, aktiviti teras, hiliran dan sokongan berkaitan industri pelancongan dalam kepelbagaian terutama pelancongan Islam. “Justeru, negeri Terengganu dapat menawarkan permintaan dan penawaran yang lebih meluas,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi miliknya pada semalam. Terdahulu, beliau menghadiri makan malam World Islamic Tourism Awards (WITA) 2023 bersekalikan dengan persidangan Asia Islamic Tourism Expo-Exhibition and Conference Haji, Umrah dan Pelancongan Islam (AITEX) malam Jumaat lalu. “Saya sangat teruja kerana WITA dan AITEX berupaya mengangkat pelancongan Islam dan menyemarakkan ekonomi dan pemasaran industri pelancongan Islam tepat pada landasannya, selepas mendepani cabaran hebat sewaktu COVID-19 lalu. “Persidangan dihadiri pakar-pakar professional, peneraju dan usahawan hebat dari seluruh dunia berkongsi pandangan, pendapat dan perkongsian berkaitan pelancongan Islam. “Penyediaan pameran dengan keluasan 7,157 meter persegi dan dipenuhi dengan pemeran dari negara Timur Tengah dan Asia,” jelasnya. Beliau berkata, sudah tentu pakej seperti umrah dan pelancongan Islamik menjadi tarikan utama, di samping ruang khas untuk perbincangan mahupun MoU disediakan bagi menjalankan jaringan perniagaan masing-masing. Beliau turut memuji penganjur kerana menawarkan 55 anugerah mengikut kategori yang sudah tentu memberi pengiktirafan, penghargaan dan motivasi kepada mereka yang terpilih. “Terima kasih jua kerana saya berpeluang menyampaikan anugerah kepada pemenang bersama-sama tokoh tersohor dan negarawan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut hadir bersama. “Suasana santai begitu dirasai apatah lagi diselang-seli nyanyian dan irama Islamik, persembangan kombo dan pertunjukan fesyen Muslimah dan pakaian batik Malaysia,” ujarnya.    
18 Sep 23
584
Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu Labuh Tirai
Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu Labuh Tirai
Kejohanan Kuda Lasak Piala Yang Di-Pertuan Muda Terengganu 2023 di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong telah melabuhkan tirainya.
18 Sep 23
73
Lebih 60,000 Hadir RXZ Members 5.0
Lebih 60,000 Hadir RXZ Members 5.0
Lebih 60,000 pengunjung hadir memeriahkan program RXZ Members 5.0 yang diadakan di Terengganu pada kali ini.
18 Sep 23
158
Operasi 'Pukat' RXZ Members Kerana Ada Aduan
Operasi 'Pukat' RXZ Members Kerana Ada Aduan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Terengganu memaklumkan, operasi khas motosikal secara bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri sewaktu penganjuran program RXZ Members 5.0 pada 8 dan 9 September lalu ekoran aduan daripada orang awam.
18 Sep 23
150
Pelancong Luar Puji Terengganu
Pelancong Luar Puji Terengganu
Ujar pelancong dari Selangor, Punitha, 48 tahun, yang berasal dari Shah Alam ketika ditemui di Terminal Feri Pulau Redang di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. 
12 Sep 23
3561
Pecutan Tour Gateh D'Tranung Bermula 4 September
Pecutan Tour Gateh D'Tranung Bermula 4 September
Perlumbaan Jelajah Terengganu (Tour Gateh D'Tranung) telah memulakan cabarannya membabitkan 27 pasukan bertaraf benua.  
09 Sep 23
74
Lapangan Terbang Sultan Mahmud Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
Lapangan Terbang Sultan Mahmud Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Terengganu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong.
07 Sep 23
291
592 Peserta Bakal Tawan Gunung Tebu
592 Peserta Bakal Tawan Gunung Tebu
Seramai 592 Peserta Mount Tebu Climbathon Challenge 2023 (MTCC’23) bakal menawan puncak Gunung Tebu pada 9 September 2023 di Taman Eko Rimba, Lata Belatan, Besut, Terengganu.
07 Sep 23
163
'Silap Kata Mundur, Terengganu Negeri Wajib Dikunjungi'
'Silap Kata Mundur, Terengganu Negeri Wajib Dikunjungi'
Silap besar jika ada pihak mengatakan Terengganu sebagai sebuah negeri yang mundur dan patut diboikot.
07 Sep 23
112
Lapangan Terbang Sultan Mahmud Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
Lapangan Terbang Sultan Mahmud Dalam Perhatian Kerajaan Negeri
KUALA TERENGGANU, 4 September – Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) Terengganu sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata pihaknya telah melakukan tinjauan di lapangan terbang tersebut yang dikatakan agak suram. "Melalui tinjauan tersebut, kami mendapati bahawa LTSM ada sedikit kekurangan dari sudut pelancong asing untuk terus datang ke negeri Terengganu. “Ramai pelancong asing yang transit di Singapura dan melalui jalan darat ke semenanjung Malaysia,” jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Sidang media dan Penyerahan Penajaan Mount Tebu Climbathon Challenge (MTCC) 2023 bertempat di Aras Bawah, Wisma Darul Iman di sini hari ini. Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu (JPNT), Fadli Yusof Zakaria. Tambah Razali, perbincangan juga telah dijalankan bersama pihak imigresen dan kastam untuk tindakan lanjut. “Insya-Allah, dalam masa terdekat Kerajaan Negeri akan berusaha untuk meningkatkan lagi kualiti Lapangan terbang tersebut yang juga merupakan mercu tanda negeri Terengganu,” ujarnya. Untuk rekod, LTSM merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terkenal terutamanya pada musim haji.  
04 Sep 23
4367