Artikel "Kesihatan" Terkini
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
DUNGUN, 19 Jun - Klinik Nur Sejahtera (KNS) Dungun menjadi klinik rintis pertama di peringkat negeri yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial khusus bagi kaum lelaki.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun berkata, usaha Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu merupakan tambahan kepada fungsi utama KNS yang sebelum ini lebih kepada kesihatan reproduktif wanita.
"Sempena sambutan Hari Bapa yang disambut hari ini, LPPKN turut menawarkan saringan kesihatan percuma kepada 100 lelaki terawal bagi setiap negeri dan sempena pelancaran ini, kita tawarkan perkhidmatan itu bagi 300 lelaki terawal, khusus bagi penduduk sekitar Dungun bermula hari ini sehingga 25 Jun.
"Untuk pengetahuan semua, daripada kes kaunseling yang dikendalikan LPPKN sejak 2019 sehingga Jun 2022, sejumlah 22,156 klien lelaki telah menghadiri sesi kaunseling secara individu dan berkelompok.
"Paling banyak yang kita terima melibatkan masalah perkahwinan iaitu sebanyak 33 peratus, manakala 20 peratus melibatkan masalah kewangan dan masalah-masalah lain," katanya.
Bagaimanapun menurutnya, situasi tersebut dinilai positif kerana perkhidmatan yang fleksibel secara tele-kaunseling, individu dan berkelompok yang ditawarkan menjadikan kaum lelaki lebih terbuka untuk berkongsi masalah dan memohon bantuan khdimat nasihat dengan LPPKN.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Bapa peringkat kebangsaan bertemakan 'Kasih Bapa Pelindung Keluarga' di KNS Dungun, di sini hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu; Hanafiah Mat, Ketua Setiausaha KPWKM; Dr. Maziah Che Yusoff, Timbalan Pengerusi LPPKN; Mastura Mohd Darby dan Ketua Pengarah LPPKN; Abdul Shukur Abdullah.
Rina turut memuji tindakan kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang mengadakan program 'Second Honeymoon' atau berbulan madu kali kedua yang membantu mengatasi masalah keretakan rumah tangga.
"Berdasarkan maklumat dan kerjasama dari kerajaan Terengganu, kita juga turut mengadakan program berbulan madu kali kedua ini untuk menambah baik hubungan kekeluargaan dan kita ingin perluaskannya melalui LPPKN.
"Melihatkan kepada keperluan kaum lelaki juga, kita harap dapat memperluaskan projek ini ke seluruh 49 KNS di seluruh negara selain kepada 15 klinik secara 'mobile' selepas melihat sambutan projek rintis ini.
"Jadi, kepada kaum lelaki, jangan malu dan segan untuk berkongsi dalam usaha menyelesaikan masalah. Untuk membina keluarga bahagia, ia memerlukan kerjasama seluruh ahli keluarga," katanya.
Â
Â
Â
19 Jun 22
511
Kerajaan Terengganu Serius Tangani Dakwaan Isu Keracunan
BESUT, 6 Jun- Kerajaan Terengganu memandang serius dakwaan isu membabitkan enam individu keracunan makanan dan jatuh sakit selepas berang di perairan Pulau Perhentian Kecil dipercayai tercemar dengan sisa kumbahan tidak dirawat, dua hari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah melaksanakan siasatan segera berhubung isu berkenaan.
Menurutnya, setakat ini pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut belum menerima sebarang laporan berhubung kes tersebut.Â
"Dalam satu mesyuarat khas tindakan daerah Besut yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Besut semalam, kita telah mengarahkan jabatan terlibat untuk mengambil sampel air yang didakwa tercemar tersebut serta melakukan pemantauan dengan segera terhadap isu itu.
 "Ini perkara serius memandangkan ia melibatkan soal keselamatan pelancong, dan jika dakwaan tersebut didapati benar, ia sudah tentu memberikan imej negatif terhadap industri pelancongan negeri kita," jelasnya menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, awal pagi ini.
Tambah Ariffin, isu berkenaan secara tidak langsung akan menjejaskan keyakinan pelancong untuk berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Terengganu, lebih-lebih lagi sekiranya ia tidak ditangani dengan baik.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan JKNT semalam, pihak JKNT telah menyemak data kejadian keracunan makanan bagi tahun 2021 sehingga 5 Jun (semalam) dan tidak menerima apa-apa notifikasi kes keracunan makanan yang berlaku di Pulau Perhentian.
06 Jun 22
225
HFMD: 5 Taska Ditutup, 34 Kes Dikesan
Lima Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini telah ditutup secara berperingkat susulan terdapat 34 kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
31 May 22
190
HFMD: 5 Taska Ditutup, 34 Kes Dikesan
KUALA NERUS, 28 Mei- Lima Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPKT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini telah ditutup secara berperingkat susulan terdapat 34 kes jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
TASKA terbabit melibatkan tiga di daerah Hulu Terengganu dan masing-masing satu di Dungun dan Kemaman, ia ditutup dalam tempoh tiga hingga 10 hari bermula 17 Mei hingga 2 Jun.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, penutupannya adalah mengikut nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Katanya, pihak berkenaan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum mengarahkan ia ditutup bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.
"Setakat ini ia masih belum serius, namun begitu dinasihatkan kepada ibu bapa jika ternampak gejala ini bersegeralah mendapatkan rawatan di hospital dan jangan hantar anak yang bergejala ini ke TASKA bagi mengelakkan ia menular," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menghadiri  Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2022 dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCARE) di Taman Tasik Kuala Nerus, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut kata Hanafiah, kesedaran ibu bapa di negeri terhadap HFMD ini adalah tinggi.
"Namun semua diingatkan untuk berjaga-jaga serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap anak-anak mereka bagi mengelakkan penyakit ini daripada terus merebak," tambah beliau.
Â
Â
28 May 22
938
HFMD Di Terengganu Terkawal
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Terengganu masih terkawal walaupun ia menunjukkan peningkatan hampir 10 kali ganda bagi tempoh 1 Januari hingga 18 Mei lalu.
Â
23 May 22
280
Warga Emas Perlu Ambil Dos Penggalak Sebelum Hari Raya
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan rakyat Malaysia terutama warga emas supaya mendapatkan suntikan penggalak vaksin sebelum hari raya Aidilfitri.
18 Apr 22
169
Ganja Jika Dibenarkan Beri Impak Negatif Kepada Negara
KUALA TERENGGANU, 15 April - Kesan negatif yang serius boleh berlaku jika kerajaan membenarkan penanaman, pemprosesan dan penjualan ganja setelah ia rancak diperjuangkan oleh sesetengah pihak untuk menjadikan ia sebagai entiti perubatan.Â
Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata, ini kerana ia akan mengundang kepada kecenderungan penyalahgunaan terhadap bahan berkenaan apabila ia dijual atau diperolehi secara mudah.
"Sebagaimana statistik dari penjualan ganja secara rekreasi di Amerika Syarikat telah meningkat dengan banyak melebihi daripada peningkatan penjualan untuk tujuan perubatan. Boleh lihat laporan dari laman web rasmi Marijuana Business Daily, dimana penjualannya pada tahun 2017 ($2.5 hingga $3.2 bilion) dan tahun 2018 ($2.9 hingga $3.8Â bilion) semakin meningkat
"Ini berlaku kerana permintaan terhadap ganja untuk tujuan rekreasi semakin bertambah pada setiap tahun dan jangkaan jualan semakin meningkat pada 2019 dan tahun mendatang melebihi berkali ganda daripada digunakan untuk perubatan. Perkara ini amat membimbangkan kerana diketahui umum jika disalahgunakan boleh merosakkan fizikal, mental dan sosial masyarakat,"ujarnya melalui kenyataan di facebooknya, di sini, pada semalam.
Ujarnya lagi, lebih parah melalui kajian yang dijalankan di Amerika pada 2013, terdapat lebih 800,000 penduduknya seawal usia 12 tahun telah dirawat disebabkan ketagihan terhadap ganja.
"Didapati 10 peratus daripada mereka yang terbabit mempunyai ketagihan yang teruk, dimana kajian tersebut juga menunjukkan daripada 6.9 juta orang yang menyalahgunakan dadah, 4.2 juta daripanya menggunakan ganja.
"Justeru keadaan ini menunjukkan masalah yang serius telah dihadapi di peringkat global dan bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Desakan daripada kumpulan yang ingin menghalalkan pengunaannya akan mendatangkan kerugian kepada negara. Masyarakat seharusnya menolak dakyah-dakyah sebegini.
"Bagi memastikan taraf kesihatan fizikal dan mental rakyat dapat dilindungi daripada masalah ketagihan baharu, kerana boleh mendatangkan kesan terhadap institusi pendidikan, keluarga dan masyarakat."katanya.
Tambahnya lagi, mengikut kajian yang telah dikeluarkan oleh National Academis of sciences, Engineering and Medecine (NASEM USA) dari Centers of Disease Control and Prevention (CDC), Food and Drug Adminstration (FDA) dan beberapa badan terkemuka dan berautoriti menunjukkan ganja hanya berguna dalam tiga keadaan sahaja.
"Untuk mengawal semua jenis sakit saraf yang dinamakan 'Chronic Neurophatic Pain', dimana ia hanya digunakan sebagai rawatan tambahan kepada ubatan dan rawatan sedia ada yang telah terbukti berkesan bukanlah digunakan rawatan utama, sebaliknya hanya pilihan akhir dengan penyeliaan perunding berpengalaman dimana pesakit perlu dikawal rapi, setelah timbulnya ketagihan maka ia hendaklah dihentikan.
"Ia juga berkesan digunakan untuk melegakan muntah-muntah disebabkan rawatan kemoterapi juga sebagai pilihan akhir sekiranya rawatan lainya tidak berhasil serta ia boleh mengurangkan spastik atau ketegangan otot yang disebabkan oleh penyakit 'Multiple Sclerosis'(MS) dalam keadaan ini pun ia masih tidak menjadi rawatan utama,"ujarnya.
Makanala menurutnya, pihak FDA pula meluluskan penggunaan ganja perubatan jenis cecair CBD berjenama Epidiolex ® untuk rawatan penyakit sawan teruk kanak-kanak dan di United Kingdon dan Kanada serta beberapa negara Eropah pula meluluskan bahan berkenaan beraskan minyak CBD bernama nabiximols (Sativex ®).
"Kita menegaskan bahawa negara ini tidak perlu menaman ganja atas alasan ingin menjalankan kajian. Keputusan yang telah dibuat oleh badan berkuasa dunia FDA dari WHO itu sudah memadai.Â
"Perlu diingat bahawa kebenaran meluluskan ganja bagi kegunaan untuk perubatan berbeza dengan kebenaran dihalalkan untuk tujuan kajian perubatan,"katanya lagi.
14 Apr 22
1196
153 Peniaga Bazar Ramadan Dikompaun
KUALA TERENGGANU, 14 April - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengenakan kompaun kepada seramai 153 peniaga bazar Ramadan di seluruh negeri ini atas pelbagai kesalahan sejak awal Ramadan tahun ini dengan nilaian keseluruhan sebanyak RM18,100.
Pengarah Kesihatan negeri, Dato' Dr.Kasemani Embong berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mematuhi etika pemakaian seperti tidak memakai apron, tiada suntikan pelalian anti-typhoid, tidak memiliki Sijil Latihan Pengendali Makanan dan tidak menjaga kebersihan diri seperti berkuku panjang.
"Kesalahan boleh dikatakan berlaku di bazar Ramadan di semua daerah melalui pemeriksaan yang kita telah jalankan ke atas 4,938 petak jualan di 59 bazar Ramadan di negeri ini yang dilakukan secara berperingkat melalui 104 pasukan terdiri 278 anggota JKNT yang telah ditubuhkan bagi menjalankan pemeriksaan ke atas premis makanan beroperasi sepanjang bulan puasa ini,"ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pihak media, ketika melakukan pemeriksaan di Bazar Ramadan Batu Burok, di sini, semalam.
Dalam pada itu, katanya sebanyak 122 sampel makanan yang berisiko tinggi mendatangkan keracunan makanan turut diambil.
"Seperti kuih muih yang berkuah, juadah yang berasaskan santan, kerabu dan sebagainya yang kita merasakan boleh mengundang kepada risiko kita ambil untuk dibuat analisis.
"Bagi memudahkan orang ramai untuk membuat sebarang aduan apabila timbul permasalahan pihak kami telah membuat inisiatif menyediakan QR Kod secara khusus supaya sebarang perkara tidak diingini dapat dielakkan daripada berlaku,"katanya.
14 Apr 22
522
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
06 Apr 22
299
Elak Jual Makanan Basi Di Bazar Ramadan
KUALA TERENGGANU, 6 April - Kerajaan negeri berharap agar peniaga makanan di bazar Ramadan tidak menjual makanan basi ataupun telah rosak semata-mata demi mengaut keuntungan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, jika didapati berlaku satu tindakan tegas akan diambil ke atas mereka yang terlibat.
"Gerai perniagaan akan diarah untuk ditutup ini akan merugikan peniaga itu sendiri setelah dua tahun tidak berniaga, sudah tentu tiada yang hendak perkara sebegini terjadi, kita sendiri faham rakyat hendak mencari rezeki dan memulihkan kembali ekonomi untuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri melalui keuntungan yang diperolehi.
"Sebenarnya kerajaan sangat mengalakkan rakyatnya berusaha dengan berniaga ini setelah dua tahun tidak dapat berniaga secara normal kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)Â saya kira sekarang ini dah boleh berniaga macam biasa cuma kena jaga tahap kebersihan makanan.
"Kita juga nasihatkan agar pakai 'apron' bagi mengelakkan berlakunya kes keracunan makanan apabila berlaku bazar terpaksa ditutup, yang akan tanggung kerugian adalah peniaga itu sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita, selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Taman Shahbandar, semalam.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar MBKT, Rozali Salleh.
Mengulas lanjut Dr. Alias berkata, para peniaga perlu sentiasa mengamalkan kejujuran dalam berniaga kerana ia juga dituntut oleh agama, bukan semata-mata menumpukan kepada sudut memperolehi keuntungan mudah yang akhirnya membawa kesan buruk kepada pernigaan serta orang ramai.
"Kerana ajaran Islam tidak membenarkan menjual barang makanan yang telah rosak kepada pelanggan, walaupun penguatkuasa atau doktor tidak membuat pemantauan pada setiap masa tetapi Allah ada bersama kita," katanya lagi.
06 Apr 22
369