lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
Hospital KMI Keenam Dibina di Kemaman
Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Kumpulan Medic Iman Sdn Bhd (KMI Healthcare atau KMI) bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) akan membina hospital keenam milik syarikat itu di daerah ini.
18 Jul 23
263
Hadiah Kek Hargai Jururawat
Hadiah Kek Hargai Jururawat
HULU TERENGGANU, 14 Mei - Pemberian Kek kepada jururawat di sekitar Kuala Berang adalah tanda penghargaan atas jasa dan perkhidmatan kepada masyarakat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata pemberian kek itu juga sempena Hari Jururawat Sedunia semalam. "Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Berang sentiasa menghargai penat lelah jururawat yang sentiasa memberikan khidmat kepada masyarakat. "Antara cara kita harga mereka, kita hantarkan sedikit hadiah tanda ingatan dan doa," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi hari ini. Menurut beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa, Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, agihan kek ini melibatkan semua klinik kerajaan dalam dun Kuala Berang termasuk Hospital Hulu Terengganu. "Antara klinik yang kita agihkan adalah Klinik Desa Tanggol, Klinik Desa Pasir Tinggi, Klinik Desa Getang, Klinik Desa Sungai Ular dan Klinik Kesihatan Kuala Berang. "Hospital Hulu Terengganu pula kita agihkan di beberapa buah wad antaranya Wad Kanak-Kanak, Unit Fisioterapi, Unit Kecemasan, Wad Lelaki dan Perempuan," katanya.
15 May 23
162
Tiada Lagi Isu Sampah Ketika Perayaan
Tiada Lagi Isu Sampah Ketika Perayaan
KUALA TERENGGANU, 4 Mei - Hasrat untuk memastikan masalah sampah yang sering kali menjadi isu ketika waktu perayaan akhirnya dapat diatasi setelah tiada aduan ditularkan di media sosial sebagaimana tahun sebelum ini. Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Dr Alias Razak berkata kejayaan itu hasil daripada kesungguhan para wira yang tidak didendang iaitu petugas-petugas kebersihan yang telah bertungkus lumus menjayakan Pelan Tindakan ditetapkan. Justeru katanya, buat julung-julung kalinya seramai 196 para petugas termasuk tenaga sokongan menerima inisiatif sebagai bonus tambahan berjumlah RM58,800. "Masing-masing menerima RM300 atas pengorbanan yang dilakukan bagi memastikan Bandar Raya Kuala Terengganu berada dalam keadaan bersih sepanjang perayaan. "Jadi, majlis hari raya yang diadakan pada malam ini sebagai tanda kebersamaan, jumlah yang diberikan dengan mengharapkan mereka akan bermotivasi dan terus cemerlang. "Kerana telah mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) jadi kita hargailah mereka dahsyat mereka berkerja, sehingga berjaga malam selama dua hingga tiga malam dan pada hari raya tertidur atas jalan. "Ketika orang lain bertakbir raya, mereka pula meraikannya dan melaungkan takbir di tepi tong sampah," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kepada Petugas Kebersihan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), di Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel, di sini, semalam. Turut hadir Timbalan Pengerusi Kerajaan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Ahmad Shah Muhamed Dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Rosli Latif. Mengulas lanjut katanya, bagi menjayakan tindakan kerja pembersihan itu seluruh tenaga MBKT yang ada dikerahkan bagi membentuk satu pasukan khas yang mantap. "Selain itu kita juga menyediakan 'tong roro' serta memastikan lori-lori yang digunakan dapat beroperasi dengan baik selama operasi dijalankan jika berlaku kerosakan akan dibaiki segera. "Bagi pihak saya sangat bersyukur dan saya telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar (Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar) dalam 'Mesyuarat EXCO' bahawa tahun ini kita sehingga tidak menerima lagi sebarang aduan," ujarnya lagi.  
04 May 23
594
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
UniSZA Anjur Kempen Generasi Muda Bebas Rokok & Vape
KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan program ‘Generasi Muda Bebas Rokok & Vape’ bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat sekitar tentang bahaya rokok dan rokok elektronik di Fakulti Perubatan UniSZA., baru-baru ini. Menurut pengarah program berkenaan, Amira Fayiza Abdul Rashid, antara objektif yang ditekankan ialah kesedaran untuk berhenti merokok di samping mempromosikan polisi ‘Generasi Penamat’.   “Pihak kami telah menjalankan kajian di sekitar Kampung Pantai Batu Buruk dan Kampung Ladang untuk memperkenalkan dan mendapatkan maklum balas daripada penduduk di situ berkenaan polisi ini.  “Laporan hasil daripada kajian tersebut telah dipamerkan dan dibentangkan dalam program ini serta akan menjadi asas kepada pelajar yang lain untuk menyambung kajian ini dengan lebih mendalam pada masa akan datang,” katanya. Pameran hasil kajian sokongan komuniti terhadap polisi 'Generasi Penamat' Beliau yang merupakan salah seorang penuntut di UniSZA turut berharap agar kempen ini dapat dipergiatkan lagi agar polisi ‘Generasi Penamat’ dapat menjadi perhatian masyarakat dalam negara dengan lebih meluas. Selain kempen, program yang diadakan turut diisi dengan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma, derma darah, pameran informasi kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), forum bersama pakar dan aktiviti serta pertandingan untuk kanak-kanak. Penutup program tersebut telah disempurnakan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Dr. Farhaana Husainy Hasbullah.  
31 Jul 22
613
Penggunaan Katil Hospital di Terengganu Cecah 90 Peratus
Penggunaan Katil Hospital di Terengganu Cecah 90 Peratus
Penggunaan katil di hospital awam di Terengganu dilaporkan sudah mencecah 90 peratus ekoran peningkatan kemasukan pesakit terutamanya melibatkan influenza dan Covid-19. #TVDarulIman #TRDI #UPDI #TerengganuMajuBerkatSejahtera
24 Jul 22
152
Hospital Setiu Pusat Perubatan Pertama Laksana Tanaman Bandar
Hospital Setiu Pusat Perubatan Pertama Laksana Tanaman Bandar
Hospital Setiu menjadi pusat perubatan awam pertama di Terengganu yang melaksanakan tanaman bandar dengan tanaman sayur-sayuran.
24 Jul 22
226
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Anjur Pemeriksaan Kesihatan Percuma
KUALA TERENGGANU, 24 Julai – Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bagi penduduk setempat bertempat di perkarangan pejabatnya, semalam.  Program yang berlangsung bermula jam 9 pagi dan tamat pada jam 12 tengah hari itu telah mencatatkan 80 penyertaan dalam kalangan warga DUN Batu Buruk di peringkat usia dewasa serta warga emas.  “Antara yang menarik dalam program yang dianjurkan pada kali ini ialah ujian darah secara percuma khusus buat golongan B40 di bawah Skim Peka B40.  “Selain itu, kaunter Tabung Haji juga di buka untuk urusan pendaftaran dan sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan agensi tersebut,” kata ADUN Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika ditemui pemberita.  Di samping itu, program ini juga menerima respon yang positif daripada orang ramai yang hadir.  “Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas penganjuran program yang baik ini kerana ia memudahkan orang kampung untuk membuat pemeriksaan kesihatan dengan lebih dekat malah percuma,” kata Zabedah Ali, 53. Menurut Hanisah Nasuha Azib, 23, program tersebut berjalan dengan baik serta teratur dan berharap agar ia dapat diadakan lagi pada masa akan datang.  Program yang  melibatkan seramai 7 orang doktor perubatan itu juga turut melibatkan kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu Medical Team.  
24 Jul 22
522
Banteras Vape Segera - Pakar Perubatan
Banteras Vape Segera - Pakar Perubatan
KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah menegaskan bahawa rokok elektronik atau 'vape' perlu dibanteras segera kerana ia mendatangkan bahaya termasuk membawa kerosakan serius terhadap paru-paru. Katanya, tindakan pengharaman rokok pada 50 tahun lalu sewajarnya dijadikan iktibar kerana sikap tidak tegas pihak berwajib dan keputusan hukum yang diambil pada waktu itu mengakibatkan penjualan rokok terus subur. "Hinggakan kerajaan sendiri membuka industri tembakau bagi meraih pendapatan negara dan sekarang kita menanggung kerosakan umat (rakyat) hasil dari bahana tembakau sehingga mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung RM4 bilion setahun bagi merawat perokok dan komplikasinya. "Usaha kami tidak akan berhasil jika semata-mata mengharapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi semua pihak termasuk setiap individu dalam masyarakat perlu mempunyai kesedaran terhadap perkara ini,"ujarnya. Beliau berkata demikian melalui kenyataan di facebooknya, di sini, pada semalam. Katanya, pihak KKM sehingga sekarang masih utuh menyatakan pendirian yang sama sejak tahun 2015 mengenai bahaya vape dan telah mengeluarkan amaran tentang ancaman terhadap kesihatan akibat vape. "Pada waktu itu ramai 'vapers' dan perokok tegar menyerang kami dengan menuduh mereka cipta  penyakit yang tidak akan wujud kerana bukti kecederaan paru-paru akibat sedut vape adalah terhad. "Jumlah kes pula pada masa itu tidak nampak dengan jelas, kecuali beberapa kajian kes yang serius telah berlaku di luar negara namun 'vapers' menyangkalnya dengan menuduh kes-kes tersebut adalah terpencil setelah tujuh tahun berlaku sekarang ini ia telah terbukti dan kesan serta kerosakan daripada perbuatan menghisap vape semakin terserlah," ujarnya. Tegasnya lagi, rakyat juga perlu menyedari bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan bersama KKM telah memutuskan bahawa vape adalah haram pada 21 Disember 2015. "Pengharaman berkenaan bersandarkan beberapa dasar hukum, antara asas fiqh yang dinyatakan adalah membahayakan kesihatan, membazir dan tidak terbukti berupaya membantu rawatan penagih rokok," katanya.
28 Jun 22
1216
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera Rintis Khidmat Psikososial Lelaki
Klinik Nur Sejahtera (KNS) Dungun menjadi klinik rintis pertama di peringkat negeri Terengganu yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan psikososial khusus bagi kaum lelaki.
22 Jun 22
270