lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
PBT Perlu Capai Penarafan 'Smart City Early Adopter' 2025
KUALA TERENGGANU, 22 April - Selaras penyediaan Blueprint Bandar Pintar, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menyediakan Pelan Tindakan Bandar Pintar bagi mendapat penarafan 'Smart City Early Adopter' menjelang tahun 2025. Baginda bertitah, penyediaan Blueprint Bandar Pintar Terengganu sebagai panduan utama kepada semua agensi dan pihak-pihak berkepentingan terutamanya pihak PBT sejajar dengan Agenda perbandaran Baharu (New Urban Agenda) dan Sustainable Developement Goals (SDGs). "Kerajaan Beta (juga) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM78.9 juta kepada PBT untuk membiayai hampir 97 zon kawasan perkhidmatan pembersihan awam dan kutipan sisa pepejal. "Beta berharap dengan peruntukan ini dapat memastikan kawasan persekitaran di kediaman, komersial, institusi dan tempat awam sentiasa bersih dan diselenggara dengan baik," titah baginda pada Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan (DUN) Terengganu Ke-15, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.  Dalam pada itu dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan ke tahap optimum dan meningkatkan standard piawaian kebersihan, bagi menarik kehadiran pelancong, Sultan Mizan bertitah semua PBT perlu mengambil perhatian serius terhadap penjagaan kebersihan dan penyelenggaraan infrastruktur awam. "Selain itu, dasar serta amalan yang menekankan prinsip mengurangkan, mengguna dan mengitar semula perlu diperluas dalam usaha meminimumkan penjanaan sisa pepejal. "Beta berharap projek Integrated Island Waste Management di Pulau Redang dan Pulau Perhentian  yang akan beroperasi dapat menyokong pelaksanaan ekonomi kitaran (circular economy) melalui kemudahan tempat pengumpulan e-sisa, barangan kitaran semula (3R) dan mesin kompos sisa organik," titah baginda.
22 Apr 24
258
Awas Ancaman Ulat Bulu Laut Ketika Beriadah di Tepi Pantai
Awas Ancaman Ulat Bulu Laut Ketika Beriadah di Tepi Pantai
KUALA NERUS, 11 Januari - Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil langkah berwaspada dan berhati-hati ketika beriadah di tepi pantai susulan penemuan dua ekor ulat laut (fireworm) terdampar di pantai di sini, semalam. Ketua Unit Pusat Rujukan & Repositori Laut China Selatan, Prof Madya Dr Izwandy Idris berkata, ulat bulu laut ditemui itu dipercayai daripada spesies 'Amphinome Rostrata' (Pallas 1766) itu dijumpai oleh sukarelawan pusat berkenaan ketika berjalan di tepi pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Katanya, bahagian ulat bulu yang digelar 'chaetae' berbentuk tajam serta rapuh mudah melekat pada kulit apabila disentuh. "Spesies  ini mempunyai kelenjar bisa (venom gland) yang mana ia boleh memasuki badan melalui luka tusukan chaetae yang patah. "Gabungan luka akibat chaetae yang patah dan bisa dari kelenjarnya boleh menimbulkan rasa sakit yang kuat, bengkak di tempat yang terkena serta tindak balas alahan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, pengunjung pantai dinasihatkan agar berhati-hati sekiranya terjumpa A. rostrata atau mana-mana organisma marin yang mempunyai rupa seakan-akan ulat bulu tersebut. Katanya,Ulat bulu laut merupakan nama panggilan tempatan bagi kumpulan cacing laut (Annelida, Polycheata) yang mempunyai struktur seperti kuku (cheatae) di seluruh badan yang menyerupai ulat bulu. "Namun, dalam Bahasa Inggeris ia dipanggil fireworm (cacing api) kerana rasa sakit seperti terkena api apabila menyentuh atau memegang haiwan itu. Elakkan daripada menyentuh haiwan ini serta jauhkan dari kanak-kanak," katanya. Izwandy yang juga Pensyarah Biologi, Diversiti dan Ekologi Invertebrat Bentik UMT berkata, haiwan berkenaan dipercayai dihanyutkan ombak yang kuat sehingga terdampar di pantai Terengganu. "Musim Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda Laut China Selatan ketika ini menyebabkan banyak organisma dan benda-benda lain dihanyutkan ke pesisir pantai disebabkan arus dan ombak yang kuat. "Amphinome rostrata merupakan spesies yang banyak berasosiasi (berhubungan) dengan teritip angsa (Goose Barnacle) yang melekat pada benda hanyut seperti kayu serta sampah laut (marine debris) dan dijumpai di lautan seluruh dunia," katanya.  
11 Jan 24
654
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
Kesal Tindakan Menteri Kesihatan Khianati Janji Hapuskan Tabiat Merokok
KUALA TERENGGANU, 1 Disember - Rata-rata Ahli Parlimen menzahirkan perasaan kesal dan kecewa atas tindakan Menteri Kesihatan, Zaliha Mustafa yang tidak menunaikan janji bagi menghapuskakan tabiat merokok dalam kalangan rakyat negara ini. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, ia jelas menunjukkan tiada kesungguhan daripada pihak Kerajaan Madani ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (RUU KPDMKA) baru-baru ini hanya mengawal produk merokok. Ujarnya, Generasi Penamat Rokok (GEG) tidak lagi diperuntukkan dalam RUU tersebut yang telah pun pernah dibahaskan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. "Malah RUU yang hampir sama telah pun dibentangkan oleh Menteri Kesihatan pada 12 Jun 2023 yang lalu, GEG adalah satu dasar yang bertujuan untuk menghapuskan tabiat merokok dan penggunaan Produk Merokok dalam kalangan generasi musa secara beransur-ansur sehingga tahun 2045. "Lebih mendukacitakan saya dan persatuan-persatuan berkepentingan jelas melihat Menteri Kesihatan tidak jujur apabila membuat kenyataan menangguhkan bacaan kedua yang sepatutnya dibacakan pada hari kedua dalam sidang Dewan Rakyat pada kali ini. "Dengan alasan memberikan laluan aturan mesyuarat lain di dalam senarai aturan mesyuarat, walhal memang sudah ada perancangan untuk menggugurkan GEG daripada RUU KPMDKA ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman, di sini, semalam. Tegas Dr Alias, sikap ditunjukkan Menteri Kesihatan itu jelas tidak konsisten serta tidak bertanggungjawab. "Saya mengecam tindakan ini kerana telah mengkhianati janji dan komitmen beliau untuk melaksanakan GEG dalam RUU KPTM (Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok) yang telah pun dibentangkan dalam parlimen pada 6 Oktober yang lalu. "Dengan pengguguran GEG ini maka sasaran untuk mengurangkan jumlah perokok sehingga kurang daripada lima peratus menjelang tahun 2045, pada pendapat saya adalah sukar untuk dicapai," katanya. Tambah beliau, GEG adalah wajar untuk diteruskan kerana ia lebih berhemah, berkesan dan mendasari kesihatan rakyat berbanding KPMDKA yang tidak meletakkan had generasi umur bagi individu yang lahir pada atau selepas 1 Januari 2027. "Kerana ia menekankan pendidikan, kesedaran, sokongan dan pencegahan bagi mengurangkan permintaan dan penawaran Produk Merokok dalam kalangan generasi muda. 'Pada pendapat saya GEG tidak menjejaskan hak dan kebebasan individu untuk membuat pilihan sendiri berkenaan dengan penggunaan produk tembakau," tegas beliau.  
01 Dec 23
168
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
EPIC Terus Kempen Penanaman 100 Juta Pokok
KEMAMAN, 29 Oktober - Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC Berhad atau Kumpulan EPIC) menerusi anak syarikatnya, Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd (KPKSB) meneruskan sokongan kempen penanaman 100 juta pokok peringkat negeri. Semalam anak syarikat EPIC itu telah menganjurkan program 'KPK Grow Grenn 2023- Tree Planting at East Whart' yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu dan melalui program berkenaan sebanyak 300 anak pokok spesies 'Kelat Paya' tetah ditanam di lokasi yang ditetapkan dengan bantuan 100 sukarelawan syarikat. Pengurus Besar KPKSB, Ashari Mohamad berkata program berkenaan juga diadakan bagi meningkatkan kawasan liputan hijau di sekiutar Dermaga Timur kelolaan anak syarikat tersebut. "Ia mencerminkan komitmen yang digalas bersama bagi merealisasikan aspirasi EPIC Berhad untuk mentransformasi pengoperasian dan pembangunan Pelabuhan Kemaman ke arah menjadikannya sebuah pelabuhan hijau," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di program berkenaan yang diadakan di Dermaga Timur Pelabuhan Kemaman, semalam. Turut hadir, Pengerusi KPKSB, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim. Dalam pada itu, Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata pihaknya menyambut baik usaha yang dijalankan syarikat bagi mewujudkan lebih banyak kawasan liputan hijau sekali gus memupuk kesedaran akan tanggungjawab memelihara alam sekitar yang perlu digalas semua pihak. "Dalam menjalankan perniagaan secara lestari dan mampan, kita bukanlah sekadar mencari keuntungan semata-mata, tetapi juga menyumbang tenaga dan usaha demi menjaga khazanah alam yang tidak ternilai harganya," ujar Amzad.
30 Oct 23
163
1,400 Berlari, Berbasikal Sebar Kepentingan Kesihatan Mental
1,400 Berlari, Berbasikal Sebar Kepentingan Kesihatan Mental
Seramai 1,400 rakyat Terengganu menyertai Fun Run & Ride Mental Health 2023 yang berlangsung di Dataran parkir Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
29 Oct 23
119
Zon Larangan Merokok Bakal Diperluaskan
Zon Larangan Merokok Bakal Diperluaskan
Kerajaan Terengganu dengan kerjasama pihak Jabatan Kesihatan negeri sedang meneliti cadangan peluasan kawasan yang digazetkan sebagai Kawasan Bebas Asap Rokok (BAR) di Terengganu.
09 Oct 23
272
Wabak Kuku Dan Mulut Masih Terkawal
Wabak Kuku Dan Mulut Masih Terkawal
Wabak penyakit mulut dan kuku (FMD) melibatkan ternakan lembu di Terengganu kini masih terkawal dan tidak membimbangkan apabila mencatatkan penurunan dari lapan kes pada 2022 kepada lima kes pada tahun ini.  
06 Sep 23
92
Tiada Kes Wabak Pertussis Direkodkan di Terengganu
Tiada Kes Wabak Pertussis Direkodkan di Terengganu
Tiada kes wabak pertussis atau batuk kokol direkodkan berlaku di Terengganu sehingga hari ini.
21 Aug 23
334
Jelajah ANMS Bawa Masyarakat Hidup Sihat
Jelajah ANMS Bawa Masyarakat Hidup Sihat
Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia (ANMS) Sihat Peringkat Negeri Terengganu mendapat sambutan baik oleh rakyat di negeri ini.
21 Aug 23
290
KMIKT Komited Tawarkan Perkhidmatan Lebih Komprehensif
KMIKT Komited Tawarkan Perkhidmatan Lebih Komprehensif
KMI Kuala Terengganu Medical Centre (KMIKT), anak syarikat bahagian penjagaan kesihatan TDM Berhad (TDM) di bawah kelolaan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. terus komited dalam memastikan perkhidmatan yang lebih komprehensif dapat disediakan kepada masyarakat setempat.
07 Aug 23
47