lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

JPKK Perlu Bantu Penduduk Daftar Vaksin COVID-19
JPKK Perlu Bantu Penduduk Daftar Vaksin COVID-19
KEMAMAN, 28 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) membantu penduduk di kawasan masing-masing untuk mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. "Saya minta JPKK terutama di Terengganu yang menjadi nadi masyarakat supaya mengenal pasti dan membantu mereka yang ada kesukaran untuk daftar. Begitulah kepada anak-anak yang ada kemampuan dan ada ruang, daftarlah untuk ibu bapa yang tidak ada kemampuan dan kesempatan," katanya. Beliau mengunjurkan seruan tersebut pada sidang media selepas menyempurnakan penyampaian Bantuan Banjir Terengganu di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, semalam. Menurutnya, setakat ini kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang sasaran pendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 kerana fasa satu pemberian vaksin mengutamakan pasukan barisan hadapan. "Kita sedang melihat menilai maklum balas bagi fasa kedua dan ketiga yang sedang masuk. Dalam tempoh ini kita akan lihat kecenderungan pendaftaran, jika agak perlahan kita akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk langkah-langkah yang perlu dilaksanakan supaya dapat kadar penerima vaksin dimaksimumkan," jelasnya. Dalam program bantuan tersebut, seramai 160 penerima daripada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) daerah Kemaman menerima bantuan tunai sebanyak RM500 daripada kerajaan negeri. Bantuan bagi daerah lain yang terlibat akan disalurkan bermula esok.  
28 Feb 21
391
Pemvaksinan Fasa Satu Terengganu Selesai Selewatnya Bulan Mei
Pemvaksinan Fasa Satu Terengganu Selesai Selewatnya Bulan Mei
KUALA TERENGGANU, 26 Februari – Proses pemvaksinan fasa satu di Terengganu iaitu kepada keseluruhan petugas barisan hadapan yang bermula 2 Mac ini dijangka selesai selewat-lewatnya pada Mei. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, ia akan melibatkan lebih 15,000 orang ‘frontliners’ di seluruh negeri berpandukan senarai nama petugas. “Penerima tersebut terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri dan juga petugas barisan hadapan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lain-lain lagi. “Untuk makluman, bilangan dos vaksin diterima adalah sebanyak 16,380 dos yang disimpan di tiga lokasi Pusat Simpanan Vaksin (PSV) sejurus sampai ke Terengganu sebelum diagihkan kepada kira-kira 20 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh daerah,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Program Vaksinasi COVID-19 Peringkat Negeri Terengganu Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, petang semalam. Tambah Nor Azimi yang juga antara penerima vaksin pertama, pusat pemberian vaksin akan melibatkan enam hospital dan 14 buah klinik kesihatan di seluruh negeri. “Fasa pertama ini mungkin akan tamat pada bulan April atau Mei bergantung kepada setakat mana kita boleh selesaikan senarai penerima vaksin. “Kita juga berbeza dengan negeri luar dan jumlah ‘frontliner berlainan dari negeri ke negeri,” katanya lagi.  
26 Feb 21
591
MB Terengganu Empat Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Esok
MB Terengganu Empat Individu Terawal Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Esok
KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merupakan antara empat individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 di negeri Terengganu mulai esok. Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah, selain tiga individu lain termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Zahari Md. Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nor Azimi Yunus yang akan turut menerima suntikan. “Pihak Kementerian Kesihatan memberi jaminan tiada kesan sampingan akan berlaku selepas suntikan. Bagaimanapun pemantauan akan turut dibuat bagi setiap individu yang menerima suntikan vaksin ini. "Selain itu dianggarkan 15,000 barisan hadapan termasuk 530 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan turut menerima suntikan vaksin Covid-19 fasa satu. “Ia akan dilakukan secara berperingkat di 20 pusat pemberian vaksin (PPV) yang akan dibuka di lokaliti masing-masing,” katanya pada sidang media sempena Taklimat Pemerkasaan Komuniti Agen Basmi COVID-19 (ABC-19) di Bilik Gerakan Bencana Terengganu di sini hari ini. Dalam pada itu, jelasnya, barisan hadapan terlibat akan menerima notifikasi tarikh dan lokasi penerimaan suntikan vaksin COVID-19 masing-masing melalui aplikasi MySejahtera. Kesemua 530 pegawai dan anggota APM negeri telah diwajibkan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 berkenaan mengikut jadual ditetapkan.  
25 Feb 21
2037
Tiada Perancangan Wajibkan Vaksin COVID-19
Tiada Perancangan Wajibkan Vaksin COVID-19
KUALA TERENGGANU, 23 Februari – Kerajaan Malaysia tidak merancang untuk mewajibkan pengambilan vaksin Covid-19 pada fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kerana berpegang kepada prinsip suntikan secara sukarela. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim menegaskan prinsip program pemvaksinan pertamanya adalah percuma (ditaja kerajaan) dan kedua berhubung dengan persoalan kewajibannya. “Kita mahu rakyat menerimanya dalam keadaan rela dan yakin atas keperluan vaksin tersebut. “Oleh itu, kerajaan negeri akan menyampaikan penerangan tentang inisiatif ini secara konsisten sebelum dan sepanjang tiga fasa bermula dengan ketibaan vaksin suntikan Covid-19 Pfizer-BioNTech, baru-baru ini. “Fasa pertama dijadualkan pada 24 Februari melibatkan petugas kesihatan seramai 300,000 dan ada baki lagi 200,000 itu berkait dengan mereka yang terlibat langsung dengan anggota keselamatan seperti polis, askar dan imegresen,” katanya ketika bersiaran langsung di TVDI. Tambahnya yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, fasa kedua dijadualkan bermula April melibatkan kira-kira 9 juta orang yang dikenalpasti terdiri daripada warga emas, golongan berisiko tinggi serta Orang Kurang Upaya (OKU). “Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas (kecuali umur 18 tahun kebawah), bermula pada bulan Mei,” katanya lagi. Sementara itu, beliau turut menjelaskan keperluan pemvaksinan wajib yang ditetapkan oleh negara asing bagi tujuan perjalanan ke luar negara. “Contohnya seperti Amerika Syarikat dan Australia, mereka mewajibkan pembuktian kita divaksin, ini bukan perkara baharu kerana demi menjaga keselamatan negara masing-masing. “Situasi sama turut wujud di Arab Saudi, seperti urusan umrah ke tanah suci, mereka yang tidak dicucuk tidak boleh masuk,” tambahnya.
23 Feb 21
595
Derma Darah Atasi Kekurangan Bekalan Di Terengganu
Derma Darah Atasi Kekurangan Bekalan Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Kerajaan negeri melalui Urus Setia Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu (UBSNT) dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia hari ini mengadakan kempen dan program derma darah bagi membantu kekurangan bekalan di Terengganu. Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir melawat program berkenaan memaklumkan, kekurangan bekalan darah yang berlaku disebabkan penurunan trend menderma dalam kalangan orang ramai. "Memang saya difahamkan bahawa kita kekurangan darah berbanding sebelum ini kerana kekerapan orang ramai ke hospital untuk menderma semakin berkurang akibat Covid-19 ini sedangkan penggunaan darah masih berjalan. "Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh berbincang untuk mengadakan kempen-kempen seperti ini di mana pihak Jabatan Amal Malaysia dan UBSNT juga telah mengadakan kempen untuk menarik lebih 5,000 penderma. "Tentunya dalam kalangan rakyat ada yang masih sihat dan boleh membantu, inilah masanya untuk memberi sumbangan kesihatan di negeri ini," katanya selepas meninjau perjalanan program terbabit hari ini. Berkenaan Covid-19, Dr. Samsuri percaya usaha sedang dibuat dengan serius pada peringkat kementerian melalui pelaksanaan pelbagai langkah oleh kerajaan. "Pada peringkat negeri dan negara, kita akan terus mencari jalan bagaimana untuk mengawal penularan ini. Ia memang tidak mudah dicapai, tetapi kita komited bahawa selepas dua minggu ini akan ada penurunan," tambahnya. Sementara itu, Pakar Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr Muhammad Muhaimin Kambali menyatakan, status bekalan darah di Terengganu masih mencukupi.   "Bekalan darah kita setakat ini mencukupi untuk tempoh tujuh hari berikutan penggunaan juga menurun kerana kurangnya kes kemalangan jalan raya. "Namun, dengan trend pendermaan darah yang turut menurun secara drastik, kita bimbang kalau berterusan bekalan darah kita akan berkurang. Jadi, kita ambil tindakan drastik untuk mengumpulkannya," katanya. Menurutnya, penggunaan bekalan darah di negeri itu dalam tempoh seminggu adalah sekitar 350 pain darah. "Tetapi, kita hanya dapat kumpul sebanyak 150 pain darah minggu lalu, kurang 200 pain bagi penggunaan sepatutnya. "Jadi saya menyeru mereka yang sihat dan berkelayakan untuk menderma darah dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan hari ini, anggota Jabatan Amal dan orang ramai hadir secara berperingkat untuk menderma darah. "Pusat Darah Negara (PDN) telah diberi pelepasan untuk aktiviti pendermaan darah kerana ia penting untuk memastikan bekalan darah mencukupi bagi pesakit yang memerlukan," katanya. Beliau turut menjelaskan, pihak HSNZ membuat inisiatif dengan mengadakan program pendermaan di luar berikutan stigma tentang Covid-19 yang membimbangkan orang ramai untuk hadir ke hospital.    
23 Jan 21
367
Pusat Kuarantin, Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 Diaktifkan
Pusat Kuarantin, Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 Diaktifkan
KUALA TERENGGANU, 10 Januari – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengaktifkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kolej Kejururawatan, Kuala Terengganu hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, langkah itu dibuat susulan peningkatan ketara kes positif yang melibatkan individu tidak bergejala dan bergejala ringan. "PKRC ini yang mula dibuka semalam dan telah menempatkan seramai enam orang pesakit COVID-19 berisiko rendah yang dikuarantinkan selama 10 hari bagi mengelakkan daripada penularan bertambah. “Pembukaan dibuat secara berfasa dengan kapasiti maksima sebanyak 150 buah katil. Kapasiti bagi permulaan ini adalah sebanyak 58 buah katil yang kemudian akan ditambah secara berperingkat. “Pengoperasian PKRC ini diletakkan di bawah Hospital Sultanah Nur Zahirah dengan bantuan tenaga kerja dari hospital-hospital di negeri Terengganu, jadi elakkan daripada menjadi penyebab tambahnya beban kepada ‘frontliners’ yang banyak berkorban untuk kita,” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) ILKKM, Terengganu di Kolej Kejurawatan di sini. Hadir sekali, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus. Menurut Dr Alias, sehingga kini sebanyak enam 'Home Surveilance Centre (HSC)' atau Pusat Kuarantin dibuka. “Empat HSC berkenaan adalah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Marang, Institut Pendidikan Guru (IPG), Batu Rakit, Akademik Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, Marang, Institut Latihan Islam Malaysia Wilayah Timur (ILIM), Besut, Pusat Latihan dan Pembungan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Wakaf Tapai dan Darul Iman Training Center (DITC), Kemaman. “Sehingga 9 Januari 2021, seramai iaitu 482 Person Under Surveillance (PUS) atau belum positif lagi, masih di kuarantin bagi tujuan pengawasan dan pemerhatian. “Individu yang diletakkan di bawah pengawasan dan pemerhatian kerana mempunyai risiko jangkitan COVID-19 dan dikuaratin selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan bagi memastikan selamat sebelum discaj,” ujarnya.  
10 Jan 21
2438
Lebih 70 Peratus Kes Positif COVID-19 Berkait Rentas Negeri
Lebih 70 Peratus Kes Positif COVID-19 Berkait Rentas Negeri
KUALA TERENGGANU, 10 Januari – Sebanyak 73.6 peratus kes positif COVID-19 di Terengganu sejak 7 Disember adalah melibatkan individu rentas negeri dari kawasan berisiko. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya mendapati kes melibatkan golongan itu meningkat selepas saringan ke atas individu yang memasuki Terengganu diperluas. “Ramai yang didapati positif hasil rentas negeri, apabila mereka pulang ke kampung dan berjumpa dengan ahli keluarga, perkara ini berpotensi akan menyebarkan lagi wabak tersebut secara tidak sedar. “Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) meminta semua yang bergerak masuk ke Terengganu khususnya dari zon merah untuk menghubungi pihak berkaitan bagi penilaian risiko COVID-19. “Saya juga ingin menyampaikan pesanan agar semua terus mengambil perhatian aspek keselamatan dan Prosedur Operasi Standard (SOP),” katanya. Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas Pembukaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) ILKKM, Terengganu di Kolej Kejurawatan, Kuala Terengganu. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak. Mengulas lanjut, Dr Nor Azimi menyatakan, keseluruhan kes positif COVID-19 di Terengganu sejak awal penularan telah mencecah 455 kes sehingga 9 Januari 2021. “112 kes sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Hospital Hulu Terengganu,” katanya lagi. Tambah beliau, sehingga kini, tiada lagi rekod kes positif wabak melibatkan mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sama ada yang disahkan, disyaki atau bergejala.
10 Jan 21
809
Delegasi MOSTI Mengadap Sultan Terengganu
Delegasi MOSTI Mengadap Sultan Terengganu
Oleh : Safiq Sapai KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Delegasi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyembah maklum mengenai perolehan vaksin COVID-19, kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri MOSTI, Ahmad Amzad Hashim berkata, pertemuan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu adalah bagi menyembah maklum perkembangan tentang perolehan vaksin COVID-19 yang dibeli oleh Malaysia serta perkembangan semasa pandemik di negara ini dan seluruh dunia. “Saya menjunjung kasih di atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin  untuk menghadap baginda bagi menyembah maklum berkaitan perolehan vaksin COVID 19 di Malaysia. “Saya juga menyembah maklum akan usaha kerajaan melalui Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di dalam membangunkan Pelan Vaksinasi Negara, perolehan vaksin, pembangunan kepakaran dan kemudahan pengeluaran vaksin tempatan,” ujarnya. Beliau berkata demikian selepas usai pertemuan yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, di sini, Khamis lalu. Hadir sama dalam delegasi itu, Ketua Setiausah MOSTI, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembudayaan STI, Dato’ Parang Abai@Thomas. Sehubungan itu, Amzad turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu,  Dato` Pengelola Bijaya Diraja dan Setiausaha Sulit Kanan Tuanku Sultan Terengganu kerana telah menyelaras majlis pertemuan itu.
09 Jan 21
1055
Tiada Kes Daging Import Haram Di Terengganu
Tiada Kes Daging Import Haram Di Terengganu
Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes berkaitan isu daging sejuk beku import haram atau tidak halal berdasarkan pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri.
27 Dec 20
227
KTS Perkenal Rawatan Kesihatan Di Rumah Serendah RM30
KTS Perkenal Rawatan Kesihatan Di Rumah Serendah RM30
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) terus meluaskan rangkaian perkhidmatannya apabila menawarkan servis penjagaan kesihatan terus ke rumah (KTSH Homecare) pada harga serendah RM30.
15 Dec 20
153