lightning-solid
Berita :

Artikel "Kesihatan" Terkini

Ucapan Perasmian Sempena Sambutan Hari Bumi 2021
Ucapan Perasmian Sempena Sambutan Hari Bumi 2021
Tema Hari Bumi Sedunia tahun ini ialah 'Restore Our Earth" atau "Pulihkan Bumi Kita"   Ucapan oleh YB Dr. Haji Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar
28 Apr 21
491
Ingkar SOP : Tutup Bazar Ramadan Pilihan Terakhir
Ingkar SOP : Tutup Bazar Ramadan Pilihan Terakhir
Kerajaan Terengganu menyifatkan tindakan menutup bazar Ramadan akibat kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah terakhir demi mengekang penyebaran wabak COVID-19.  
21 Apr 21
298
Sasar 258,000 Penerima Vaksin Fasa Dua
Sasar 258,000 Penerima Vaksin Fasa Dua
KUALA TERENGGANU, 19 April – Terengganu menyasarkan seramai 258,000 penerima vaksin bagi fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri yang bermula hari ini sehingga Ogos 2021. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, fasa itu akan memberi keutamaan kepada golongan warga emas, golongan yang mempunyai penyakit atau co-morbid dan Orang Kelainan Upaya (OKU). “Program imunisasi menyeluruh ini adalah bertujuan untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti bagi memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19. “Ringkasnya, imunisasi amat penting untuk kita melindungi bukan sahaja diri sendiri, tetapi juga individu yang tersayang dan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kita termasuklah ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti,” jelasnya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran PICK Fasa dua Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Kampung Laut, Chendering, sebentar tadi. Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus serta Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Ariffin Abdullah. Tambah Ahmad Samsuri, fasa tiga akan bermula pada bulan Mei 2021 dan dijangkakan akan berakhir pada hujung tahun 2021 yang melibatkan golongan dewasa yang berumur 18 tahun dan ke atas. Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak memaklumkan, peringkat permulaan fasa kedua melibatkan tiga buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Pusat Sains dan Kreativiti Kuala Terengganu (PSKT), Dewan Dato' Seri Amar Diraja, Kemaman dan Dewan Serbaguna Sungai Tarom, Setiu. "Manakala untuk bulan Mei dan seterusnya bilangan PPV Awam akan ditambah berdasarkan keperluan dan keadaan semasa," ujarnya. Dalam pada itu, seorang pesara kerajaan, Khalid Salleh, 61, menjadi diantara individu pertama dalam kira-kira 150 lebih warga sasar yang disuntik vaksin sempena pelancaran fasa dua peringkat negeri. Dia menerima suntikan kira-kira jam 10 pagi tadi oleh jurusuntik Noraini Mohd Mokhtar, seorang Ketua Jururawat Kesihatan. Khalid yang berasal daripada Kampung Manir berkata, dakwaan akan wujud kesan sakit keterlaluan selepas divaksin adalah tidak benar. Khalid Salleh setelah selesai disuntik vaksin “Kita ada rasa juga, macam digigit semut sahaja. Oleh itu, saya ambil peluang mengajak seluruh warga emas dan orang ramai supaya tidak takut, daftar dan tampil untuk divaksin segera. “Mana-mana pihak yang sebarkan perkara tidak sahih berkaitannya, kita elakkan, Insya-Allah dengan ikhtibar ini kita serahkan kepada Allah SWT,” jelasnya ketika ditemubual pemberita.
19 Apr 21
471
5,478 Kedai Makan Di Terengganu Diserbu
5,478 Kedai Makan Di Terengganu Diserbu
KUALA TERENGGANU, 7 April - Sebanyak 5,478 kedai di seluruh negeri Terengganu dijalankan pemeriksaan melalui satu Operasi bersepadu “Ops Kedai Makan Tumpuan” Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT). Pengarahnya, Dr Nor Azimi Yunus memaklumkan, berikutan Ops tersebut, sejumlah enam tindakan kompaun dengan nilai RM26,000 dikenakan dengan pemeriksaan dijalankan bermula 13 Mac sehingga semalam. “Tujuan Ops ini adalah bagi memastikan semua masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh PKPP ini. “Dari enam tawaran kompaun yang dikeluarkan, lima kompaun telah dijelaskan dengan nilai kutipan sebanyak RM4,015," katanya. Mengulas lanjut berkenaan Ordinan Darurat (Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, beliau memaklumkan, arahan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan itu berperanan dalam menangani penularan wabak COVID-19. "Perintah ini berkuatkuasa daripada 11 Mac 2021 yang merangkumi pindaan lima peruntukan sedia ada dan penambahan lima peruntukan baharu. “Salah satu pindaan berkaitan pengkompaunan kesalahan. Kadar kompaun asal adalah tidak melebihi RM1,000 dipinda kepada tidak melebihi RM10,000 bagi individu dan RM50,000 bagi pertubuhan perbadanan,” katanya dalam satu kenyataan semalam. Tambahnya, semua lapan pejabat kesihatan daerah di negeri Terengganu telah menjalankan operasi oleh Pasukan Task Force Pematuhan SOP PKPP. “Operasi adalah serentak dan melibatkan seramai 52 orang anggota penguatkuasa. “Sepatutnya setiap rakyat mengambil pendekatan kawalan kendiri bagi memastikan jangkitan COVID-19 tidak menular akibat ketidakpatuhan kepada SOP. Penguatkuasaan adalah jalan terakhir. “Namun pihak jabatan perlu bertindak tegas jika didapati perlangaran SOP berlaku dengan terang," jelasnya. Sementara itu, pihaknya turut melaporkan sebanyak 14 kesalahan di bawah Akta PPKHT 2004 (merokok di kedai makan) juga dikesan dengan nilai kompaun sebanyak RM3,500.
06 Apr 21
3649
PKM, JPKK Jalin Kerjasama Tingkat Kesedaran Daftar Vaksin
PKM, JPKK Jalin Kerjasama Tingkat Kesedaran Daftar Vaksin
SETIU, 5 April - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) giat mengadakan kempen pendaftaran vaksin COVID-19 bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan segala berita yang disebarkan pihak tertentu tentang vaksin kerana pakar dalam bidang terbabit sudah memberi penjelasan. "Alhamdulillah, pagi ini saya telah melengkapi jadual suntikan vaksin untuk kali ke dua dan setakat ini tiada apa-apa gejala atau kesan yang teruk termasuk tiada sebarang alahan.. "Vaksin ini adalah sebahagian usaha untuk kita melindungi diri dan masyarakat daripada pandemik COVID-19 di samping pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas menerima suntikan di  Klinik Kesihatan Rahmat,l semalam. Sijil digital melengkapi dua dos suntikan vaksin Covid-19. Dalam pada itu, rekod pendaftaran vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera bagi daerah Setiu setakat 2 April mencatatkan bilangan seramai 7959 orang dengan kadar 18.5 peratus. Orang ramai terus disaran untuk mendaftarkan diri dan tanggungan melalui aplikasi MySejahtera atau melalui laman www.vaksincovid.gov.my/daftar.  
04 Apr 21
755
200 Penduduk Daftar Vaksin Respon Kempen Teganu Prihatin
200 Penduduk Daftar Vaksin Respon Kempen Teganu Prihatin
BESUT, 2 April- Sekitar 200 penduduk Pulau Perhentian mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dalam program Teganu Prihatin, petang semalam. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, hal itu merupakan perkembangan yang baik dikalangan rakyat terhadap program imunisasi ditetapkan kerajaan. "Hari ini kita berjaya mengumpulkan kira-kira 200 pendaftar vaksin di pulau ini. "Cuma mereka bertanya adakah mereka akan dibawa ke daratan atau proses vaksin akan diadakan di sini?," katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan program berkenaan di Dewan Utama Balai Bomba Sukarela, Pulau Perhentian malam tadi. Turut hadir, pegawai penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh serta pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Terengganu, Ahmad Ammar Othman. Jelasnya lagi, penganjuran program lanjutan daripada Malaysia Prihatin itu memperlihatkan reaksi positif daripada rakyat. Usahasama JaPen, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK), Jabatan Kesihatan Negeri (JKNT) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan sokongan padu Pejabat Daerah dan Tanah Besut serta pegawai penyelaras DUN memberikan banyak manfaat khususnya kepada penduduk pulau itu. "Kita ambil pendekatan bersama-sama agensi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang dasar negara dan negeri, disamping mempromosikan pulau ini. "Kita juga tidak melupakan usaha dakwah apabila kempen Jom Solat Berjemaah serta aktiviti keagamaan turut diselitkan di dalamnya," katanya. Mohd Nor menambah, Program Teganu Prihatin kali ini diadakan untuk mendedahkan kepada penduduk tentang pandemik Covid-19 serta kempen kesedaran vaksinasi dan pengamalan norma baharu untuk penduduk di situ. "Ini usaha paling baik kerana kita turun bersama agensi dan jabatan untuk bantu komuniti lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman yang agak sukar untuk mereka keluar. "Program ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan rakyat dan agensi selain memudahkan mereka menyelesaikan urusan berkaitan jabatan," katanya.      
02 Apr 21
448
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
386
Jangan Khuatir, Suntikan Vaksin Selamat
Jangan Khuatir, Suntikan Vaksin Selamat
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Orang ramai diminta agar tidak khuatir akan tahap keselamatan suntikan vaksin Covid-19 biarpun pelbagai berita palsu banyak tersebar mutakhir ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi, tidak dinafikan bahawa sesetengah individu berkemungkinan akan mengalami kesan sampingan tertentu selepas suntikan. “Namun, saya dimaklumkan oleh doktor bahawa kesan sampingan itu hanyalah sementara,” katanya kepada pemberita setelah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering, kelmarin. “Justeru, saya mengajak orang ramai untuk mendaftar suntikan vaksin Covid-19 di aplikasi MySejahtera bagi melancarkan urusan suntikan imunisasi tersebut di masa akan datang,” tambahnya lagi. Klinik Kesihatan Chendering telah memulakan program suntikan vaksin Covid-19 sejak 2 Mac lalu untuk petugas barisan hadapan.  
21 Mar 21
310
Ambil Vaksin Sebagai Ikhtiar - Abdul Hadi
Ambil Vaksin Sebagai Ikhtiar - Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU, 14 Mac - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat supaya tampil mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19, sebagai ikhtiar untuk mengurangkan jangkitan wabak itu. "Sepatutnya kena ambil vaksin dengan keadaan wabak yang ada. Menjadi tanggungjawab semua untuk jaga diri kita masing-masing. "Kita orang Islam tak boleh berserah sahaja, ikhtiar kena ada. Mencegah penyakit sangat penting dan dituntut dalam agama," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Abdul Hadi, 74, menjadi salah seorang penerima suntikan vaksin COVID-19 hari ini dan selesai mendapat suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada jam 10.11 pagi di Klinik Kesihatan Chendering. Proses vaksinasi terhadap Presiden PAS berkenaan dibuat Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Chendering, Raziah Hanim Mamat. Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan. "Hari ini saya sudah disuntik dengan vaksin COVID-19, alhamdulillah tak berasa apa pun, proses yang dilakukan tadi macam biasa," ujarnya. Beliau merupakan antara penerima vaksin COVID-19 selain bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 96, di samping isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali, 95.
14 Mar 21
1764
Sinovac Bukan Vaksin Murahan
Sinovac Bukan Vaksin Murahan
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Tanggapan segelintir pihak mengenai Sinovac sebagai vaksin murahan adalah tidak benar kerana proses kelulusan di bawah kawal selia Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) sangat ketat. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, vaksin yang dibeli secara pukal dari China itu adalah lebih mahal dan dipercayai di peringkat dunia kerana penghasilannya menggunakan teknologi ternama. “Proses pembotolan dijalankan oleh Pharmaniaga Berhad, namun lambat sedikit dari segi kelulusan, kerana ia tidak bergantung kepada kelulusan 200 liter vaksin secara pukal. “Vaksin tersebut perlu diproses dan dibotolkan dengan betul seperti ditetapkan piawaian,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Akademi Robotik TD1303 X JAZRO di TD1303, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Ladang Tok Pelam, pagi tadi. Mengulas isu vaksin Pfizer-BioNTech yang menjadi rebutan warga kasta tinggi, Ahmad Amzad memaklumkan, semua vaksin mempunyai keberkesanan yang sama. “Bagi meningkatkan keyakinan masyarakat awam, saya telah mendaftar untuk divaksin melalui aplikasi MySejahtera dan sedang menunggu giliran. “Bila sampai giliran saya, vaksin selain Pfizer yang diluluskan NPRA akan disuntik, jika ia Sinovac maka itulah vaksin saya, semoga ini menimbulkan keyakinan terhada vaksin yang diluluskan kerajaan,” jelasnya. Menjawab dakwaan sesetengah penerima vaksin meninggal setelah disuntik, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menegaskan NPRA iaitu badan kawal selia ubat-ubatan di Malaysia dirujuk sebagai agensi yang paling ketat dalam kerja kelulusan vaksin. “Berkaitan insiden kematian, apabila diteliti tiada kaitan langsung disebabkan vaksin, jika berlaku sedemikian maka laporan penerima vaksin akan dirujuk untuk mengkaji punca kematian. “279 juta dos vaksin telah disuntik sehingga kini di 107 negara, sehari purata enam juta orang disuntik, kesan sampingan iaitu anaphylaxis pada kadar sangat minimum iaitu sekitar 0.0003 hingga 0.0004 peratus. “Di United Kingdom, alahan kacang lebih tinggi berbanding kesan vaksin pada 0.025 peratus atau 1/200 orang dewasa boleh alami kesan sampingan daripada makanan tersebut,” tambahnya.
06 Mar 21
602