Artikel "Kebajikan" Terkini
Turun Padang Rasai Denyut Nadi Pengusaha Resort- Ariffin
DUNGUN, 17 Ogos - “Kita sentiasa turun ke lapangan dan bertemu dengan pengusaha chalet dan resort untuk merasai denyut nadi mereka terutama yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.
Katanya, kebanyakkan pengusaha chalet dan resort di negeri ini terutama di pulau mengalami kerugian ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
“Pelancong asing tidak dibenarkan masuk sehingga sekarang ke negara ini menyebabkan pendapatan mereka terjejas namun mereka akur dengan situasi sukar ketika ini," ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa membuat lawatan kerja rasmi ke Pulau Tenggol.
Sementara itu katanya, kerajaan negeri sentiasa membantu mempromosikan produk pelancongan yang ada di Negeri Terengganu ini.
“Walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita sentiasa giat membuat hebahan dan promosi berkaitan pelancongan supaya apabila sektor ini dibuka, kita bersiap sedia menerima pelanggan yang telah membuat tempahan awal,” katanya.
Dalam pada itu, ramai pengusaha yang memberitahu selepas kerajaan membenarkan sektor pelancongan beroperasi, sambutan orang ramai sangat positif.
“Kita mendapat maklum balas yang positif dari mereka ini apabila bilik-bilik hampir habis ditempah.
"Ada yang menempahnya untuk percutian seisi keluarga, hari keluarga syarikat dan seumpamanya,” tambah beliau.
17 Aug 20
438
B40 Kini Layak Mohon Kad Sejahtera
Golongan B40 dengan pendapatan purata perkapita keluarga di bawah RM280 setiap bulan kini layak membuat permohonan untuk mendapatkan manfaat kesihatan melalui program Kad Sejahtera yang dilancarkan pada Julai tahun lepas.
13 Aug 20
585
Tiga Strategi Terengganu 'Lupus'kan Kemiskinan Nelayan
Terengganu menggariskan tiga tumpuan utama bagi menangani isu kemiskinan di kalangan nelayan negeri ini.
13 Aug 20
102
Dua Budak, Guru Taska Pulang Dari Kedah Jalani Kuarantin
Dua kanak-kanak dan seorang guru di Taska Permata yang diselia Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) masing-masing kini menjalani kuarantin secara sukarela di rumah selepas pulang berhari raya di Kubang Pasu, Kedah.
12 Aug 20
247
Berapakah Peratus golongan mendapat manfaat sebenarnya daripada bantuan PKS?
Jawapan : Perlukan notis untuk memberi jawapan yang tepat. Cuma untuk makluman dewan hampir 100 peratus usahawan terjejas dengan masalah PKP. Kerajaan menilai keutamaan yang terjejas itu. Menilai berdasar jumlah pekerja yang dimilik oleh usahawan dan mempunyai cawangan yang banyak, bentuk kapasiti perniagaan itu yang dinilai menjadi keutamaan.
11 Aug 20
234
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah lagi bentuk bantuan kewangan selepas tamat tempoh PKP ini?
Jawapan : Kita mendapat permintaan tinggi daripada usahawan-usahawan terjejas, pihak kerajaan dan YPU sendiri sedang meneliti untuk menilai permohonan mereka dan kajian impak COVID-19 menjadi indikator untuk dipertimbangkan bagi memberi tambahan jika sekiranya mempunyai kemampuan yang cukup.
11 Aug 20
309
'Home Manager' Kurangkan Masalah Kebergantungan Kepada Pekerja Asing
Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan penuh kepada program Kakitangan Pengurus Kediaman (Home Manager) dalam meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.
11 Aug 20
78
Galak Ibu bapa Muda Sertai Skim BSN MyFirst
Kerajaan negeri menerusi portfolio Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri menggalakkan ibu bapa membuat tabungan seawal kelahiran bayi demi menjamin masa depan anak-anak
09 Aug 20
255
SRIDI Kota Putera Berwajah Baharu
BESUT, 6 Ogos - Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Kota Putera bakal berwajah baharu mulai tahun hadapan susulan akan berpindah ke tapak bekas Sekolah IMTIAZ BESUT.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, bemula pada bulan ini proses untuk membaik pulih bangunan itu akan dijalankan dengan teratur selepas penubuhan Jawatankuasa bagi kelancaran gerak kerja.
"Pada 15 Ogos nanti juga akan diadakan gotong-royong secara beramai-ramai di tapak ini, diharapkan kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah terlibat sama. Hasrat ini juga adalah untuk membantu kerajaan untuk mencurah tenaga dan mengurangkan kos baik pulih bangunan yang lama ditinggalkan ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Katanya lagi, Bangunan ini dahulunya diduduki oleh IMTIAZ Besut dan Madrasah Moden tetapi telah lama dikosongkan kerana berpindah ke bangunan sekolah yang baharu.
"Tempat yang ada sekarang ini adalah tanah wakaf sejak zaman-berzaman daripada Dato Bentara Luar, insya-Allah akan dihidupkan kembali hasil wakaf ini. Amatlah sayang bangunan sebaik ini tidak dimanfaatkan untuk kegunaan pelajar, katanya ketika ditemubual selepas lawatan kerja ke tapak baharu SRIDI Kota Putera.
Sementara itu, Guru Besar SRIDI Kota Putera, Ustaz Zulhassan Abdullah turut merakamkan jutaan terima kasih hasil usaha dan kecaknaan ADUN Kota Putera dalam bidang pendidikan di Daerah Besut ini.
"Saya percaya dengan wujudnya tempat pembelajaran yang lebih kondusif ini akan memberi impak yang positif kepada bidang pendidikan di sekolah ini. Semoga Allah mengembalikan semula keizzahan anak anak dlm mencari mutiara ilmu Allah d tanah waqaf ini," tambah beliau.
06 Aug 20
1691
Hanafiah Agih 2,500 Daging Korban Untuk Penduduk Cukai
KEMAMAN, 5 Ogos - Sebanyak 2,500 bungkusan daging korban telah diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat di kawasannya sempena program Qurban Perdana DUN Cukai.
Setiap bungkusan daging seberat 850 gram dengan empat ekor lembu sado dan dua ekor kerbau dikorbankan diagihkan kepada mereka yang memerlukan melalui kesemua Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Cukai.
Menurut Hanafiah, besar harapan dan cita-cita Kerajaan Negeri Terengganu agar golongan fakir miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU) dapat merasai kenikmatan daging korban sempena hadirnya Aidiladha.
"Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program pada hari ini. Semoga ibadah korban yang disunatkan ke atas diri kita ini diterima oleh Allah SWT," katanya lagi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri berkata demikian pada program tersebut di kawasan sembelihan lembu di Teluk Kalong, baru-baru ini.
04 Aug 20
756