Artikel "Kebajikan" Terkini
300 Fakir Miskin Terima Sumbangan Raya
KEMAMAN, 4 Ogos - Seramai 300 orang fakir miskin menerima bantuan hari raya sempena program Santuni Fakir Miskin & Mengambil Ibrah Aidiladha bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memanjatkan kesyukuran di atas kejayaan program itu yang diadakan, baru-baru ini.
Katanya, program itu diadakan bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi mereka yang sangat memerlukan dalam menyambut Hari Raya Aidiladha.
"Hari ini pula merupakan Hari Arafah, jadi saya mengambil peluang ini bagi mengadakan program yang boleh memberikan manfaat buat sebahagian rakyat yang memerlukan," ujarnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai program.
Dalam majlis tersebut, kesemua fakir miskin menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan dapur.
04 Aug 20
739
Penduduk Pulau Redang Terima Sumbangan Musaadah COVID-19
Seramai 100 penduduk Pulau Redang, Terengganu menerima sumbangan bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung akibat pandemik COVID-19 yang melanda hebat seluruh dunia baru-baru ini.
03 Aug 20
134
Ahmad Samsuri Serah 33 Lembu Korban
Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyerahkan 33 ekor lembu kepada kawasan di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) parlimen Marang untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.
03 Aug 20
93
YADIM Santuni 100 Asnaf Di DUN Manir
Seramai 100 orang asnaf yang terkesan dengan penularan Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, menerima sumbangan (food basket) mengandungi barangan keperluan harian daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu.
03 Aug 20
143
Kerajaan Negeri Ambil Tindakan 776 Pemilik Tanah Perindustrian Tidak Diusahakan
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap 776 pemilik tanah perindustrian di seluruh Terengganu yang telah dikenal pasti tidak mengusahakan tanah tersebut.
03 Aug 20
93
RM270,000 Bajet Laksana Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak
Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) menghargai inisiatif Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan bajet sebanyak RM270,000 bagi pelaksanaan 9 siri kursus asuhan awal kanak-kanak.
29 Jul 20
281
Lesen Nelayan Kelas A Dibuka Semula, 800 terima Manfaat
Seramai 800 nelayan aktif dan tulen di negeri ini bakal menerima manfaat apabila Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) Malaysia melalui Jabatan Perikanan Malaysia akan membuka semula Lesen Nelayan Sampan Zon A (kategori pesisir pantai) dalam masa terdekat.
27 Jul 20
176
Pemotong Rumput Hargai Pemberian Rumah PPTS
Sepasang suami isteri yang hanya bergantung rezeki hasil memotong rumput menyifatkan pemberian rumah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) secara percuma untuk mereka sekeluarga adalah hadiah yang sangat berharga.
22 Jul 20
122
Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Mampu Milik dan Bercampur Di Kawasan Dendong, Mukim Tembila dan Majlis Pelancaran Rumah Darul Iman (RAHMAN) ‘Rumah Patuh Syariah’
21 Jul 20
1252
Pemotong Rumput Hargai Pemberian Rumah PPTS
MARANG, 20 Julai - Sepasang suami isteri yang hanya bergantung rezeki hasil memotong rumput menyifatkan pemberian rumah Program Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) secara percuma untuk mereka sekeluarga adalah hadiah yang sangat berharga.
Pemilik rumah itu, Khairi Anuar Ali, 48, mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dan berterima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian rumah itu.
Katanya, tidak mungkin dia mampu membina sendiri rumah kerana dia hanya mendapat pendapatan daripada kerja memotong rumput dan apa yang diperolehi juga tidak menentu serta tidak pernah mencecah RM1,000 sebulan.
“Dengan rumah yang diterima ini, pastinya dapat meringankan beban di mana sebelum ini kami terpaksa menyewa rumah kakak sejak rumah pusaka yang didiami selama ini terbakar pada pertengahan Ramadhan tahun lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas Program Serah Kunci Rumah PPTS di Kampung Gelugor, Kampung Gong Kiat, Kampung Pusu 3, Kampung Pak Madah dan Kampung Rawai di sini hari ini.
Sementara itu, menurut seorang lagi penerima, Eda Rohayu Mat Rawi, 36, berkata, setelah hampir 14 tahun dia memohon rumah itu akhirnya pada hari ini dia berjaya menetap di rumah baharu itu.
“Pemberian rumah yang diterima itu sangat membantu ekonomi kami sekeluarga yang hanya bergantung kepada pendapatan suami, Mohd Syazwan Mat Daud yang bekerja sebagai jurujual,” katanya.
Katanya lagi, pemberian rumah itu juga adalah sebagai ganti kepada rumah pusaka arwah ibu dan ayah yang terbakar pada pertengahan Ramadan 2006.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Ariffin Deraman berkata, lebih 100 individu memohon rumah PPTS dan hanya empat rumah dapat dibina dalam tempoh setahun membabitkan peruntukan peruntukan RM200,000 di DUN terbabit.
Katanya, pihaknya mengutamakan mereka yang sangat memerlukan antaranya sebagai ganti rumah yang ditimpa bencana, termasuk kebakaran, banjir, ribut dan rumah yang dikategorikan sangat uzur.
“Apa yang pastinya, agihan rumah PPTS secara percuma itu sangat membantu ekonomi keluarga penerima, termasuk jimat duit untuk sewa rumah,” tambah beliau.
20 Jul 20
770