Artikel "Kebajikan" Terkini
Terengganu Sokong Hasrat PM Naikkan Bantuan JKM
KUALA TERENGGANU, 1 September - Kerajaan Terengganu menyokong hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menaikkan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pihaknya amat terharu dengan pengumuman itu memandangkan jumlah pemberian bantuan berkenaan pada masa kini dilihat tidak mencukupi.
“Saya menyokong penuh cadangan yang dikemukakan oleh Perdana Menteri untuk menaikkan bantuan JKM termasuk kepada orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal daripada sekitar RM200 hingga RM300 ke RM1,000.
“Memandangkan kos kehidupan termasuk harga barangan sangat tinggi maka saya berkeyakinan dengan peningkatan jumlah bantuan bulanan ini akan memberi lebih keselesaan kepada para penerima," katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.
Katanya lagi, kenaikkan itu juga pasti dapat membantu anak-anak penerima untuk meneruskan pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti dengan selesa.
"Saya yakin dengan bantuan ini mereka dapat mengurangkan beban sara hidup.
"Perkara ini sering menjadi rungutan di kalangan mereka di bawah dan mereka memohon supaya bantuan bulanan dapat dinaikkan, bayangkan sebelum ini mereka terpaksa menggunakan sebahagian duit bantuan untuk membayar sewa rumah dan selebihnya membeli barangan keperluan, memang tidak cukup," ujarnya.
Kelmarin, Muhyiddin mengusulkan agar bantuan bulanan JKM dinaikkan sehingga RM1,000 kepada mereka yang berkelayakan.
Menurutnya, cadangan itu akan dikemukakan oleh beliau pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.
01 Sep 20
3137
Cara Dakwah Perlu Seiring Perkembangan Semasa
Usaha dakwah memerlukan ilmu, pendekatan yang lebih terkesan dan paling penting tanamkan keikhlasan dalam diri setiap individu agar ia menjadi wahana dalam penyemarakkan usaha dakwah secara keseluruhannya.
01 Sep 20
148
Tiga Exco Terengganu Bertemu Mata Dengan PERANTAU Perak
Seramai tiga orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu bertemu mata kira-kira 150 orang ahli Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Perak dalam satu Majlis Ramah Mesra di sebuah hotel di Ipoh, baru-baru ini.
30 Aug 20
107
Projek Alam Mutiara Fasa 1 Penuhi Syarat Amalan Terbaik MBKT
Projek Pembangunan Bercampur (Alam Mutiara Fasa 1), Mukim Pengadang Buloh berjaya memenuhi amalan-amalan terbaik rekabentuk fizikal persekitaran yang ditetapkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
29 Aug 20
374
Ameerah DUN Sura Sumbang Kit kebersihan Kepada PASTI
DUNGUN, 27 Ogos- Ameerah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menyerahkan sumbangan kit kebersihan percuma kepada anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di DUN berkenaan sebagai tanda sayang dan usaha murni menangani penularan pandemik COVID-19.
Ketuanya, Khadijah Tahar berkata, pemberian terbabit adalah untuk memastikan pelajar dan guru PASTI sentiasa kekal bersih.
“Kita namakan ini sebagai ‘Projek Kami Sayang Sekolah’ dimana kami turun ke semua PASTI dalam DUN Sura dan agihkan kit kesihatan yang mengandungi pelitup muka, pensanitasi tangan dan pencuci tangan," ujarnya kepada pemberita selepas mengagihkah kit di beberapa PASTI, baru-baru ini.
Munurut Khadijah lagi, projek ini akan diteruskan lagi ke tadika dan sekolah-sekolah di DUN berkenaan
“InsyaAllah kami akan teruskan sumbangan ini ke tadika dan sekolah sekolah terpilih pada masa akan datang.
"Kami juga membuka peluang dan ruang kepada warga Dungun dan sesiapa sahaja untuk terus memberi sumbangan kepada kami untuk kami sampaikan kepada anak-anak diluar sana,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, bendera jalur gemilang turut diedar sempena bulan kemerdekaan dan hari merdeka yang akan tiba tidak lama lagi.
27 Aug 20
445
Tokoh Maal Hijrah, Tidak Jemu Lakukan Kerja Amal
Berpangalaman luas menganjurkan pelbagai program peringkat antarabangsa, tidak jemu menyertai kegiatan sosial dan kemanusiaan antara faktor, Hussain Ismail dianugerahkan tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Terengganu bagi Tahun 1442H/2020M
23 Aug 20
301
100 'Penebuk Buah' Ditembak Mati
SETIU, 21 Ogos – 100 ekor tupai ditembak mati dalam program Mengurangkan Musuh Tanaman Tupai di sekitar kebun durian Kampung Kuala Kubang, Jabi hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti itu merupakan program komuniti untuk mengurangkan makhluk perosak yang memusnahkan kualiti durian dan buah-buahan lain.
"Di sini adalah antara kawasan kebun durian tersohor di Jabi. Durian Kuala Kubang ada jenama dan kualiti tersendiri. Sayangnya banyak yang ditebuk tupai.
"Saya sedar pencinta haiwan tidak akan bersetuju dengan langkah ini. Peminat lagu 'Anak Tupai' Halim Yazid pun akan marah. Tapi operasi ini dah jadi satu keperluan disebabkan banyaknya buah yang rosak angkara tupai.
"Apabila berlaku konflik, akan ada pihak yang terpaksa menjadi mangsa. Kita memahami sesama makhluk Allah, tetapi manusia menjadi keutamaan kita," katanya selepas program terbabit.
Katanya lagi, program seumpama itu akan dibuat secara berterusan kerana ia merupakan isu utama yang dibangkitkan oleh orang kampung.
Sementara itu jelasnya, Jabatan Pertanian juga akan menekankan sistem pengairan serta pembajaan yang teratur di kebun-kebun durian bagi menghasilkan buah yang berkualiti.
"Persetujuan telah dibuat bersama Perhilitan. Insya-Allah, program selepas ini mensasarkan khinzir dan kera.
"Mudah-mudahan langkah yang diambil di samping banyak lagi program di bawah Jabatan Pertanian, kita boleh tingkatkan lagi hasil untuk orang kampung kita khususnya dalam musim buah," tambah beliau.
21 Aug 20
10196
PNK Besut Terima Bot Bubu, Sasar Pendaratan Lebih Banyak
Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Besut menyasarkan lebih banyak pendaratan ikan dengan menggunakan bot bubu baru yang diterima persatuan itu melalui Skim Pinjaman Pembangunan Institusi Nelayan (SPIN) di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Besut.
19 Aug 20
205
Berita Gembira Untuk Nelayan Terengganu, 800 Permohonan Diluluskan
Kerajaan Terengganu mengumumkan berita gembira untuk golongan nelayan di negeri ini apabila sebanyak kira-kira 800 Lesen Nelayan Sampan Zon A (kategori pesisir pantai) telah diluluskan permohonan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jabatan Perikanan Malaysia.
18 Aug 20
155
TADC Fresh Mart Pasarkan Hasil Tani Dengan Harga Berpatutan
TADC Fresh Mart milik anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn Bhd (TADC) bakal merancakkan sektor ekonomi setelah mula beroperasi.
18 Aug 20
499