lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

COVID-19 Kembali Menular, Rakyat Terus Dibantu
COVID-19 Kembali Menular, Rakyat Terus Dibantu
SETIU, 6 Oktober - Penularan pandemik COVID-19 sejak akhir-akhir ini tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi untuk turun padang untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat kurang berkemampuan.  Dr Azman Ibrahim berkata, rentetan penangguhan program rasmi kerajaan membuka peluang untuk menumpukan perkhidmatan sepenuhnya di DUN tanpa meminggirkan tanggungjawab sebagai Exco kerajaan negeri. "Setakat ini, program rasmi kerajaan yang melibatkan rakyat umum ditangguhkan untuk suatu tarikh yang ditentukan kerana penularan kembali pandemik COVID-19. Namun, perkhidmatan kita kepada rakyat tetap berjalan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya. "Program menyantuni kebajikan rakyat tidak boleh tertangguh. Apa pun situasi yang berlaku, rakyat adalah keutamaan," katanya selepas menziarahi penduduk di beberapa kampung sekitar DUN Jabi, semalam. Menurutnya, hasil turun padang itu terdapat beberapa orang telah dikenalpasti tidak menerima apa-apa bantuan daripada mana-mana agensi. Ujarnya, tindakan segera untuk membuat permohonan telah dijalankan bagi membantu mereka terutama warga emas, orang berpenyakit dan Orang Kurang Upaya (OKU).  "Untuk berjumpa dengan rakyat kita, pergilah ke tempat di mana mereka berada. Secara umumnya, tidak sampai 10 peratus pun orang yang akan cari wakil rakyat untuk sesuatu urusan.  "Andai kita tunggu rakyat mari pejabat, itulah lebih kurang gambarannya. Fungsi dan peranan kita tak akan menyeluruh.  Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, melahirkan rasa bibang atas peningkatan kes COVID-19 yang berlaku di seluruh Negara.  "Saya sangat bimbang dan berdoa agar pergerakan rakyat untuk cari rezeki tidak kembali tersekat seperti awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Saya memahami dalam situasi sekarang ramai rakyat marahkan pemimpin lantaran penularan semula COVID-19. Itu hak rakyat dan inilah harga yang perlu dibayar atas apa sahaja tindakan kita sebagai pemimpin.  "Saya akur dan memohon maaf atas sebarang kekhilafan yang berlaku walau saya tak termasuk dalam senarai pemimpin politik yang balik dari Sabah. Teruskan mematuhi SOP bagi mengekang penularan ini," tambah beliau.
06 Oct 20
355
Terengganu Naikkan Jumlah Bantuan Mangsa Kebakaran
Terengganu Naikkan Jumlah Bantuan Mangsa Kebakaran
Bantuan musibah mangsa kebakaran rumah dinaikkan daripada jumlah asalnya bagi membantu meringankan beban mereka yang kehilangan tempat tinggal dalam negeri Terengganu.
04 Oct 20
124
Terengganu Jadi Pusat Rujukan Model Ladang Buluh
Terengganu Jadi Pusat Rujukan Model Ladang Buluh
Terengganu akan membuka jalan bagi langkah awal pembangunan sektor perladangan buluh di Malaysia melalui pembinaan model ladang buluh di Pusat Latihan Industri Kayu Malaysia (TTITC), Kuala Berang.
02 Oct 20
278
JPV Terengganu Bantu Penternak Tangani Masalah Haiwan
JPV Terengganu Bantu Penternak Tangani Masalah Haiwan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPV) sentiasa mengadakan pelbagai inisiatif bagi membantu penternak dalam menyelesaikan masalah berkaitan kesihatan haiwan ternakan di negeri ini.
01 Oct 20
308
Along 'Skuter' Terima Anugerah 'Unsung Hero' Terengganu
Along 'Skuter' Terima Anugerah 'Unsung Hero' Terengganu
KUALA TERENGGANU, 28 September – Walaupun hanya membonceng sebuah skuter ia tidak menghalang Norizan Hashim membantu mereka yang memerlukan ketika negara berhadapan dengan ancaman pandemik COVID-19. Pengorbanan anak kelahiran Kampung Binjai Bongkok, Marang tersebut telah menobatkan beliau sebagai penerima anugerah ‘Unsung Hero’ atau wira tidak didendang sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2020 di Dewan Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort di sini baru-baru ini.  Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO, Hishamuddin Abdul Karim atas jasa dan baktinya kepada masyarakat. Norizan atau lebih mesra disapa sebagai Along berkata, menolong mereka yang memerlukan adalah minatnya dan menjadikan pendakwah terkenal, Ebit Lew sebagai idola. "Walaupun tidak sebesar jasanya (Ebit Lew), segala bentuk kemampuan akan digunakan demi mengurangkan beban golongan yang memerlukan. "Saya bersama ahli kelab permotoran dan badan bukan kerajaan (NGO) lain aktif dalam kerja amal di daerah Marang sehingga ke Kelantan, Pahang dan juga Thailand (sebelum COVID-19) dengan menaiki skuter kepunyaan sendiri. Biasa kami bergerak menunggang secara berkumpulan memberi bantuan ke pelbagai lokasi dengan mematuhi operasi standard prosedur (SOP)," katanya ketika dihubungi pemberita hari ini. Norizan. Mengulas lanjut, beliau menjelaskan antara inisiatif lain yang diambil ialah mengetuai urus setia program Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) PRIHATIN mengagihkan barangan keperluan dapur kepada 1,000 belia di lapan daerah di Terengganu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). "Selain itu, saya turut bekerjasama dengan kelab Amal Bukan Kerna Nama, NGO dan persatuan-persatuan belia dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Alur Limbat, Majlis Belia Daerah Marang dan lain-lain lagi. "Hasilnya kami telah menyumbang pelbagai barang keperluan asas kepada keluarga miskin, orang kurang upaya (OKU), warga belia, warga emas dan sesiapa sahaja yang memerlukan. "Kita jangan lokek dalam membantu orang, tiba giliran kita nanti, akan ada insan yang bantu kita juga," katanya.  
28 Sep 20
1118
Lima Pesakit Terima Bantuan Kewangan
Lima Pesakit Terima Bantuan Kewangan
MARANG, 28 September -  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah sempat meluangkan masa menziarah dan bertanya khabar lima pesakit yang kurang beekemampuan. Pada masa sama ziarah itu bertujuan menyerahkan bantuan bulanan wang tunai RM200 kepada pesakit dan bantuan sama akan diteruskan pada bulan seterusnya. Lima pesakit itu adalah dari Kampung Sena Rendang, Kampung Machang Lada, Kampung Mak Kemas dan Kampung Padang Paksu Man. Mohd Nor berkata, untuk serahan pertama, pihaknya menyalurkan terus supaya dapat bertemu dan melihat sendiri situasi pesakit serta masalah yang dihadapi. "Kita juga berharap dengan adanya sumbangan yang berupa wang ringgit sebegini akan memudahkan lagi pengurusan kewangan terhadap keluarga tersebut," katanya. Beliau yang juga Pengerusi Pembangunan Insan Dakwah Dan Penerangan negeri itu berkata ketika ditemui dalam program penyerahan sumbangan tersebut di Kampung Sena Rendang, Bukit Payong, Marang baru-baru ini. Turut sama dalam program tersebut Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang, Shahrizal Ali dan pegawainya serta Pegawai-pegawai dari Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong.
28 Sep 20
338
78 Kes Penipuan Jualan Murah Direkodkan
78 Kes Penipuan Jualan Murah Direkodkan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan sebanyak 78 kes berkaitan jualan murah membabitkan nilai rampasan RM44,604 dan nilai kompaun RM23,150 atas pelbagai kesalahan sehingga Ogos tahun ini.  
28 Sep 20
299
Warga Emas Sebak Bakal Terima Rumah Baharu
Warga Emas Sebak Bakal Terima Rumah Baharu
Warga emas, Shafie Mohd@Sulong, 74, sebak apabila diberitahu kerajaan negeri akan membina rumah baharu untuknya sekeluarga selepas rumah kediaman mereka musnah dijilat api baru-baru ini.
26 Sep 20
73
Satu Lagi Pusat Pengajian Al-Quran OKU Penglihatan Terengganu Beroperasi
Satu Lagi Pusat Pengajian Al-Quran OKU Penglihatan Terengganu Beroperasi
Kerajaan Terengganu menempa kejayaan terbaharu apabila berjaya menubuhkan satu lagi Pusat Pengajian Al-Quran Braille dan telah beroperasi di Pejabat Yayasan Islam Besut, sejak dua bulan lepas.
26 Sep 20
217
Terengganu Siapkan Rumah Kanak-Kanak Terbiar Januari Ini
Terengganu Siapkan Rumah Kanak-Kanak Terbiar Januari Ini
Kerajaan Terengganu akan menyediakan rumah kanak-kanak terbiar di Kemaman Januari ini bagi melindungi golongan kanak-kanak di negeri ini daripada pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi.
26 Sep 20
381