lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Pasangan OKU Penternak Ikan Keli
Pasangan OKU Penternak Ikan Keli
KEMAMAN, 16 Oktober - Sepasang suami isteri yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Fizikal menjadi penternak ikan keli bagi mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup dan membantu meringankan bebanan keluarga. Muhammad Firdhaus Hasan, 27, dan pasangannya, Nurul Jannah Roh, 25, yang tidak mampu berjalan dan bergantung dengan bantuan kerusi roda itu memulakan perniagaan tersebut sejak bulan Mac yang lalu. Firdhaus berkata, mereka memulakan penternakan tersebut dengan membeli segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengannya serta membeli anak ikan keli sebanyak 1,000 ekor daripada pembekal di Kuantan, Pahang. "Pada awalnya kami juga menghadapi masalah dan cabaran apabila sebahagian daripada jumlah anak ikan kami itu mati.  "Namun begitu, setelah mendapat bantuan daripada keluarga dan ilmu penternakan yang betul daripada seorang abang yang merupakan pesara di Jabatan Perikanan Malaysia, penternakan ikan keli kami ini mula berjalan dengan baik dan lancar serta kini saiznya mula membesar sehingga kami sudah mula mampu menjualnya  kepada pelanggan," ujarnya. Ikan keli yang merupakan baka Afrika ini dijual dengan harga RM10 untuk 4 ekor bersaiz sederhana. Ianya turut dibersihkan dan disiang terlebih dahulu sebelum dijual kepada pelanggan.  Pasangan ini juga turut mencari pendapatan sampingan dengan berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual minuman kopi, dadih, kuih dan sebagainya pada setiap hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) di Pekarangan Pantai Teluk Mak Nik.  Jelas Firdhaus, isterinya juga turut mengadakan perkhidmatan rawatan resdung tanpa asap, spa dan kecantikan di rumah mereka.   Apabila ditanya bagaimanakah perasaan mereka setelah menjalani kehidupan sebagai pasangan OKU, beliau menjelaskan perkahwinan tersebut dibina atas dasar cinta antara satu sama lain. Apabila melihat pada kekurangan yang ada, ianya bukan sesuatu yang mudah. Namun, mereka menerima takdir ini sebagai ketentuan dari Ilahi.  "Bagi meneruskan kehidupan ini, memang sangat mencabar terutama dalam mencari rezeki. Setiap ujian dan dugaan yang kami hadapi ini sebenarnya menandakan yang Allah S.W.T sayangkan kami. Kami perlu berfikiran positif dan semangat perlu kuat. Segala kesukaran kami hadapi bersama. InsyaAllah, semoga rumahtangga yang dibina ini sampai ke akhir hayat," ujarnya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya, semalam. Pasangan istimewa yang melangsungkan perkahwinannya pada Julai 2018 ini turut mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Mereka merupakan penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 seorang. Mereka juga pernah menerima sumbangan berbentuk kewangan, beras dan barangan dapur daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Abd Razak Ibrahim. Kepada mereka yang ingin mengetahui kisah dan melihat bagaimana perjalanan hidup pasangan ini, boleh menonton di Channel Youtube mereka sendiri, "JannatulFirdhaus TV". Manakala kepada mereka yang ingin membeli ikan keli, mendapatkan rawatan resdung, spa dan sebagainya boleh ke rumah mereka beralamat 111 Kampung Tanjung Bukit Mentok, 24000 Kemaman, Terengganu atau hubungi mereka di talian 012-9453435 / 0111- 1401043.
16 Oct 20
5706
UC TATI Terajui Pelaksanaan Data Raya Terengganu
UC TATI Terajui Pelaksanaan Data Raya Terengganu
Kolej Universiti TATI (UC TATI) mendapat kepercayaan kerajaan Terengganu untuk meneraju pelaksanaan Data Raya (Big Data) bagi Negeri ini sekaligus menambahbaik penyampaian kualiti perkhidmatan kepada rakyat.
15 Oct 20
347
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
Seorang Ibu Tunggal di Kampung Kubur Timah, Maimun Yunus tidak dapat menahan sebak apabila Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyampaikan bantuan keperluan asas beserta wang tunai kepada keluarganya.
15 Oct 20
263
Terima Kasih APMM Terengganu
Terima Kasih APMM Terengganu
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Azman Ibrahim mewakili kerajaan Terengganu, melahirkan penghargaan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu atas pelaksanaan program menenggelamkan bot Vietnam sebagai tukun tiruan di perairan negeri ini.
15 Oct 20
114
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
Mak Cik Maimun Sebak Kumpulan EPIC Hulur Bantuan
KUALA NERUS, 14 Oktober – Seorang Ibu Tunggal di Kampung Kubur Timah, Maimun Yunus tidak dapat menahan sebak apabila Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menyampaikan bantuan keperluan asas beserta wang tunai kepada keluarganya. Maimun, 61, berkata setelah kehilangan suami akibat kanser paru-paru pada tahun lepas, ditambah lagi dengan kehilangan kakinya akibat kencing manis, ujian itu menyukarkan dirinya mencari nafkah buat keluarga. “Nak bergerak pun susah, anak-anak kena dukung naik motosikal, duit untuk baiki kereta pun tidak mampu. Keluarga kami bergantung kepada pekerjaan anak dan bantuan-bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubur Timah. “Mak cik nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kumpulan EPIC, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, MPKK Kampung Kubur Timah dan ramai lagi. Dengan bantuan sebegini, boleh mak cik buat makan untuk anak-anak dan cucu-cucu yang ramai,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemubual pemberita di rumahnya hari ini dalam program EPIC Cakna dan Prihatin 2020 di sini hari ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC, Saabi Wahab berkata, program sesi kelima tersebut bertujuan untuk membantu dan mengurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan. “Untuk hari ini, pihak kami telah menyampaikan bantuan katil hospital tiga fungsi kepada seorang penghidap diabetes di Tok Jembal diikuti bantuan keperluan asas serta wang sagu hati kepada Puan Maimun dan keluarga. “Kami sentiasa mengambil berat tentang mereka yang kurang bernasib baik di dalam negeri. Program dalam masa terdekat akan melibatkan 3 hingga 4 kawasan, seperti di Ajil pada pagi esok tetapi ditangguhkan atas sebab pandemik COVID-19,” ujarnya. Dalam pada itu, Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman bersama pihak MPKK turut datang melawat dan mengambil cakna tentang keadaan keluarga Maimun. “Pihak MPKK dan DUN Batu Rakit menganggap mereka seperti keluarga angkat kerana sering melawat dan memberi bantuan keperluan harian dan dapur pada tiap-tiap musim,” katanya.
14 Oct 20
1264
OKU Nikmati Hasil Melon Manis
OKU Nikmati Hasil Melon Manis
Walaupun dilahirkan sebagai orang pekak, ia tidak menghalang 25 ahli Persatuan Orang Pekak Terengganu (POPT) untuk mengusahakan projek tanaman tomato ceri dan Melon Manis Terengganu (MMT).  
14 Oct 20
204
Apakah Profil Rakyat Terengganu (PRT20)?
Apakah Profil Rakyat Terengganu (PRT20)?
Apakah Profil Rakyat Terengganu (PRT20)? Kenapa perlu mengisi PRT20 ini? Sudah pastinya ia sangat perlu PRT20 membantu mewujudkan satu pangkalan data rakyat Terengganu. Ia juga memudahkan saluran bantuan kepada golongan sasar. Semua warga Terengganu diseru untuk mengisi dan melengkapkan data Profil Rakyat Terengganu (PRT20) bagi mengelakkan sebarang keciciran dalam pelbagai sektor pada masa depan Ayuh, jangan berlengah dan ragu! Pastikan anda rakyat Terengganu dan mengisi PRT20. Profil Rakyat Pemacu Kesejahteraan Terengganu
12 Oct 20
5551
PPS Banjir Bakal Perkemas SOP Baharu
PPS Banjir Bakal Perkemas SOP Baharu
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bakal diperkemaskan dengan prosedur operasi standard (SOP) terkini selaras norma baharu yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berikutan pandemik COVID-19 yang melanda dunia, ketika ini.
12 Oct 20
91
'Hor Toh YB' ADUN Batu Buruk
'Hor Toh YB' ADUN Batu Buruk
Hor toh kali ini kita bawakan kepada anda rutin harian ADUN Batu Buruk iaitu YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. Sila like & Share ye.
07 Oct 20
967
Lebih 45 Majikan Didakwa Tidak Carum Perkeso
Lebih 45 Majikan Didakwa Tidak Carum Perkeso
Lebih 45 majikan di Terengganu telah didakwa di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu atas pelbagai kesalahan tidak mendaftar, tidak mencarum dan gagal mendaftar caruman bagi pekerja.
06 Oct 20
125