Artikel "Kebajikan" Terkini
 
                        
                                                    
                            Penantian 11 Tahun Miliki Rumah Sendiri Tercapai
                        
                        
                            Nur Farhana dan beberapa penerima lain menerima replika kunci rumah yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai di majlis penyerahan yang diadakan di Tapak Perumahan Seri Bandi, Kemaman.
                        
                        
                                26 Sep 20
            
                    
                                201
            
             
                        
                                            
                            Rakyat Terengganu Diseru Isi PRT20
                        
                        
                            KUALA TERENGGANU, 25 September – Semua warga Terengganu diseru untuk mengisi dan melengkapkan data Profil Rakyat Terengganu (PRT20) bagi mengelakkan sebarang keciciran dalam pelbagai sektor di masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, PRT20 telah diwujudkan pihaknya bagi mengumpul data penduduk supaya pentadbiran kerajaan dan kebajikan masyarakat dapat diperkasa. 
Katanya, PRT20 adalah rujukan kerajaan dan ‘platform’ untuk menyusun strategi yang berkait sosioekonomi, pendidikan, perkhidmatan kesihatan, aktiviti-aktiviti pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Sistem ini turut berperanan untuk memastikan rakyat tidak tercicir dalam menerima bantuan disebabkan tiada data penduduk.
“Bagi fasa pertama, sasaran 30 peratus jumlah penduduk di seluruh Terengganu melibatkan lebih 1,000 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam tempoh September hingga Disember 2020, pengumpulan data kaedah manual secara rumah ke rumah memerlukan penduduk mengisi borang iaitu jenis pertama PRT20A (kad maklumat keluarga) dan PRT20B (borang individu).
“Fasa kedua pula dijangka pada Januari hingga 2021 sasarkan 50 peratus jumlah penduduk, dan Fasa ketiga pada tahun 2022 dalam 20 peratus.
“Proses pengumpulan data dijalankan oleh MPKK seluruh Terengganu, kemudian 16 orang petugas di pejabat pusat khidmat masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di 32 DUN terus ‘key in’ dalam sistem PRT20," katanya ketika bersiaran di Studio TVDI semalam.
Tambah beliau, PRT20 menjadikan Terengganu sebagai negeri yang pertama mempunyai sistem dan data profil secara berpusat di dalam satu pangkalan data.
Katanya, maklumat itu hanya boleh diguna dan diakses oleh kerajaan negeri untuk perangkaan strategi dan bantuan secara lebih terperinci tanpa penglibatan pihak ketiga.
“Buat masa sekarang, pihak kerajaan masih melihat keperluan bagi 300 hingga 400 ribu rakyat Terengganu di luar atau perantau dan kaedah pengisian borang secara online melalui aplikasi seperti Telegram.
“Saya berharap agar semua rakyat negeri Terengganu memberi kerjasama dengan mengisi borang yang disediakan pihak MPKK demi membantu kerajaan negeri dalam menguruskan program berbentuk kebajikan dan bantuan kepada rakyat Terengganu," tambah beliau.
 
                        
                        
                                24 Sep 20
            
                    
                                36380
            
             
                        
                                            
                            Ibu Tunggal Sara Dua Anak Terima Bantuan
                        
                        
                            BERA , 24 September - 'Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul', itulah perumpaan yang sesuai digambarkan bagi mengambarkan kesusahan seorang ibu tunggal dalam menyara dan membesarkan dua anaknya.
Norsabariha Md Sidek, 37, yang berasal dari Kampung Durian Guling, Marang dan menetap di Bera, Pahang menghadapi krisis ekonomi sejak beberapa tahun lalu.
Katanya, keadaan bertambah rumit apabila anaknya, Puteri Nur Qisha, 8, sedang menghidap penyakit tonsil dan memerlukan rawatan susulan setelah selesai pembedahan beberapa minggu lalu.
"Bagaimanapun, kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dan rombongan untuk melihat keadaan kami sekeluarga sangat dihargai.
"Terima kasih juga kepada semua atas sumbangan yang diberikan," kata Norsabariha kepada pemberita semasa aktiviti ziarah Sulaiman baru-baru ini.
Turut hadir, Pengerusi Perantau Pahang Terengganu Dr Hasbullah dan SU MTD Pengkalan Berangan Badaruddin Ismail.
ADUN Pengkalan Berangan YB Ustaz Sulaiman Sulong terus prihatin dan cakna terhadap warga DUN Pengkalan Berangan walaupun yang berada luar daripada Negeri Terengganu.
Sementara itu, Sulaiman berkata, pihaknya akan terus memberi bantuan kepada rakyat DUN Pengkalan Berangan yang memerlukan walaupun mereka berada di luar negeri.
"Selagi mereka adalah pengundi dari DUN Pengkalan Berangan, maka perlu untuk kita terus prihatin walaupun mereka berada di luar dari negeri kita," ujarnya.
 
 
                        
                        
                                22 Sep 20
            
                    
                                118
            
             
                        
                                            
                            ADUN Jabi Agih RM3,000 Kepada Masjid, MPKK
                        
                        
                            SETIU, 22 September – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengagihkan sumbangan secara ‘one-off’ sebanyak RM3,000 kepada 37 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan 22 masjid di seluruh DUN terbabit. 
ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, bantuan kepada setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berjumlah RM2,000 turut diberikan bagi merancakkan lagi perjalanan entiti itu.
Katanya, walaupun tiada peruntukan khusus untuk institusi-institusi tersebut, pihaknya tetap mengusahakan beberapa langkah supaya ia memberi manfaat kepada semua pihak.
"Kesemua 37 MPKK dalam DUN Jabi menerima sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM3,000 dari Pejabat ADUN Jabi. Sebelum ini pun macam-macam peruntukan kita dah bagi berdasarkan keperluan. 
"Kita tak ada suatu peruntukan khusus untuk masjid, PIBG atau MPKK. Dengan apa yang ada, kita atur dan agihkan sebaik mungkin agar sama dapat merasa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya lagi, pihaknya merupakan badan yang bertanggungjawab dalam memberi kemudahan kepada semua.
"Tahun ini tak ada mesyuarat agong PIBG. Untuk kesemua PIBG bagi 14 buah sekolah dalam DUN Jabi, kita salurkan sumbangan ‘one-off’ sebanyak RM2,000 di samping sumbangan berkala lain sebelum ini. Tak banyak tapi sama merasa," tambah beliau.
                        
                        
                                22 Sep 20
            
                    
                                826
            
             
                        
                                                    
                            Jenazah Wan Mokhtar Selamat Dikebumikan
                        
                        
                            Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor apabila ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mantan Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad.
                        
                        
                                22 Sep 20
            
                    
                                293
            
             
                        
                                            
                            Amzad Sokong Cadangan Penuaian Air Hujan KASA
                        
                        
                             
KUALA TERENGGANU, 21 September- Rakyat Malaysia disaran sentiasa ke hadapan dan terbuka menerima teknologi terkini melalui pelbagai cara daripada pembacaan, pengajian, latihan dan kursus atas talian.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Ahmad Amzad Hashim berkata secara peribadi beliau menyokong kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai penuaian air hujan serta menyambut baik cadangan KASA bagi melestarikan penggunaan air selari dengan usaha Sustainable Development Goals anjuran United Nations (UN-SDG 2030) ke arah Positive Carbon Footprint.
“Pelbagai kajian dalam negara dan pelaksanaan di luar negara menunjukkan keberkesanan dan kelestarian penuaian air hujan.
“Antara contoh penuaian air hujan di luar negara ialah pelaksanaan di Frankfurt Airport dan London Olympic Park,” ujarnya dalam satu kenyataan media, semalam. 
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menjelaskan, pelaksanaan dan kajian dalam negara telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) melalui projek Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)  semenjak tahun 2008 lagi.
Menurutnya, Universiti-universiti tempatan seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) juga telah banyak menjalankan kajian untuk memaksimakan teknologi penuaian air hujan bagi kegunaan domestik, industri dan pertanian.
“Ini kerana, ia merupakan antara inisiatif terbaik untuk kelestarian alam bagi generasi akan datang.
“Saya juga menyokong penuh cadangan Yang Berhormat (YB) Menteri Alam Sekitar dan Air (Dato’ Seri Tuan Ibrahim), mengenai penuaian air hujan dan seterusnya mencadangkan, kita mengukuhkan pelaksanaan dalam negara dengan menggunakan teknologi tempatan yang telah tersedia,” ujarnya.
                        
                        
                                22 Sep 20
            
                    
                                252
            
             
                        
                                                    
                            Aid4Lebanon Hulur Lebih RM800,000 Bantu Lubnan
                        
                        
                            Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia akan menyalurkan bantuan kemanusiaan berjumlah lebih RM800 ribu kepada rakyat Lubnan yang terkesan dalam tragedi letupan di Pelabuhan Beirut, Ogos lalu.
                        
                        
                                21 Sep 20
            
                    
                                107
            
             
                        
                                                    
                            Wan Sukairi Rai 102 Bakal Mahasiswa Dari DUN Wakaf Mempelam
                        
                        
                            Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam, Wan Sukairi Wan Abdullah mengambil peluang meraikan 102 orang bakal mahasiswa dan mahasiswi dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau dalam satu majlis ramah mesra di Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu
                        
                        
                                20 Sep 20
            
                    
                                262
            
             
                        
                                            
                            30 Buah Rumah Dibadai Ribut Dibaiki Segera
                        
                        
                            SETIU, 18 September - Sebanyak 30 buah rumah yang rosak di Jabi akibat dibadai ribut semalam akan dibaiki segera bermula hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, kejadian pada waktu asar itu menjejaskan beberapa buah kampung di sini.
"Ribut melanda beberapa kampung di Jabi waktu asar semalam disertai hujan lebat. Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Oh, Kampung Renek, Kampung Bharu Tok Dor, Kampung Padang Lengkuas, Kampung Sri Aman dan beberapa kampung lain. 
 "Terdapat beberapa buah rumah ditimpa pokok tumbang. Tujuh batang pokok di atas pembahagi jalan Pekan Jabi turut rebah. 
"Alhamdulillah, hanya atap, syiling dan sebahagian dinding sahaja yang rosak. Setakat ini, tiada kecederaan dan kematian yang dilaporkan akibat daripada ribut berkenaan," katanya.
Ribut turut merosakkan sawah padi.
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke beberapa rumah penduduk di sekitar Jabi, petang semalam. 
"Saya sangat berterima kasih atas tindakan segera kakitangan Pejabat ADUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyelesaikan apa yang perlu disegerakan terutama mengalihkan pokok tumbang yang menghalang laluan. 
"Kita buat operasi secara menyeluruh untuk baik pulih rumah yang rosak. Jumlahnya setakat dilaporkan sekitar 30 buah rumah. Harap bersabar semua," katanya. 
Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Idustri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri berkata, beberapa ekar sawah padi di Baruh Kampung Oh Jabi juga ranap akibat angin yang kuat itu.
"Insya-Allah kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan sewajarnya melalui Tabung Bencana Pertanian Negeri," jelasnya.
                        
                        
                                18 Sep 20
            
                    
                                862
            
             
                        
                                                    
                            Terengganu Hargai Keringat Pemandu Teksi
                        
                        
                            Kerajaan negeri mengambil inisiatif memberi ganjaran RM11,000 kepada pemandu teksi di daerah Besut sebagai menghargai jasa golongan terbabit dalam industri pelancongan.
                        
                        
                                17 Sep 20
            
                    
                                156
            
             
                