Artikel "Kebajikan" Terkini
Banjir Gelombang Keempat Di Terengganu Mula Surut
Perkembangan terkini fasa keempat banjir di Terengganu menunjukkan trend penurunan dari segi mangsa terlibat dan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
24 Dec 20
91
Majikan Perlu Beri Kerjasama Kawal Pekerja Asing- Dr. Azman
Kerajaan Terengganu menyeru pemilik dan pengusaha vessel laut dalam C Dan C2 agar memastikan pekerja-pekerja asing di bawah seliaan mereka mematuhi peraturan dan tidak menimbulkan masalah ketika berada di daratan.
23 Dec 20
87
Perdana Menteri Santuni Mangsa Banjir Kemaman
Seramai 487 mangsa banjir disantuni Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok, Kemaman
23 Dec 20
132
Jentera Gotong-Royong, Dapur Rakyat Sedia Berbakti
Jentera gotong-royong dan 'dapur rakyat' daripada pihak kerajaan Terengganu serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersedia membantu penduduk khususnya di daerah Kemaman kembali selesa di kediaman masing-masing.
23 Dec 20
235
Gabungan Dua Exco Bersama 300 Sukarelawan Di Teluk Kalong
Lebih 300 anggota sukarelawan daripada Khidmat Malaysia Terengganu bersama dua Exco Kerajaan Negeri turun padang mencurah bakti membersihkan hampir 500 buah rumah yang terjejas akibat banjir di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, Kemaman.
22 Dec 20
105
Rangka Modul Pusat Rehabilitasi Pesalah Syariah
Kerajaan Terengganu bercadang membina sebuah pusat rehabilitasi bagi pesalah syariah di Marang.
21 Dec 20
181
Gabungan Dua Exco Bersama 300 Sukarelawan Di Teluk Kalong
KEMAMAN, 21 Disember –Lebih 300 anggota sukarelawan daripada Khidmat Malaysia Terengganu bersama dua Exco Kerajaan Negeri turun padang mencurah bakti membersihkan rumah hampir 500 buah yang terjejas akibat banjir di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong, pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, antara Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang terlibat dalam gotong-royong kali ini adalah sukarelawan daripada Jabatan Amal, Terengganu Volunteer (T-VOLT), Alternative Riding Club Terengganu (ARC) dan lain-lain lagi.
“Program dapur rakyat turut menyediakan makanan untuk tuan-tuan rumah dan ahli keluarga yang terkesan di sini pada jam 11 pagi.
“Pasukan kami mengeluarkan harta benda dan peralatan rumah yang rosak dan membersihkan kawasan dalam rumah, mana barangan yang boleh diguna pakai kami selamatkan dan selebihnya dilupuskan menggunakan lori.
“Sekiranya ada lagi tempat lain di sekitar kemaman yang memerlukan tenaga kerja, kami akan santuni mereka juga,” katanya ketika ditemubual pemberita.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri(DUN) Kijal, Hazri Jusoh.
Sementara itu, Hanafiah yang juga Pengarah Khidmat Malaysia Negeri Terengganu, berkata, pihak kerajaan dan sukarelawan terlibat bukan sahaja datang untuk membantu membersihkan rumah , tetapi menyalurkan makanan kepada penduduk setempat melalui dapur rakyat.
“Kita berkampung di Teluk Kalong bagi menjalankan sedikit usaha kebajikan sebagai nikmat kepada rakyat disini, walaupun mereka bersedihan, Insya-Allah, kita akan menolong semampu yang mungkin,” ujarnya.
Salah seorang mangsa, Nurfaraliza Che Hussein, 35, dia turut melahirkan rasa terharu dan bersyukur atas usaha semua sukarelawan terlibat dalam membersihkan rumahnya yang paling teruk terjejas di kawasan itu.
“Hampir semua barang rosak termasuk peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain lagi akibat paras air meningkat hingga paras pinggang.
“Terima kasih juga kepada Yang Berhormat Exco kerana mengadakan gotong-royong dan pek hidangan harini, bantuan RM500 juga akan dimanfaatkan bagi membeli barangan keperluan,” katanya.
21 Dec 20
1199
Jentera Gotong-Royong, Dapur Rakyat Sedia Berbakti
KEMAMAN, 20 Disember – Jentera gotong-royong dan 'dapur rakyat' daripada pihak kerajaan negeri serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) bersedia membantu penduduk khususnya di daerah Kemaman kembali selesa di kediaman masing-masing.
Pengerusi Jawatankuasa kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, skuad itu melibatkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman dan beberapa agensi lain lagi.
“NGO Khidmat Malaysia Terengganu yang terdiri daripada Jabatan Amal Malaysia, 4x4, serta pasukan pemuda PAS akan bersama saya dalam membersihkan rumah penduduk seperti di Air Putih pada akhir bulan November baru-baru ini.
“Bermula seawal pagi esok, pihak kami akan gotong-royong membersihkan rumah di sekitar perumahan di Teluk Kalong dan program dapur rakyat akan memasak hidangan untuk lebih 3,500 orang dan 2,000 orang lagi di Kemasik,” katanya kepada pemberita selepas memantau keadaan banjir di sekitar Kemaman.
Mengulas lanjut keadaan semasa banjir di Kemaman, Hanafiah yang juga merangkap sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Terengganu berkata, banjir di Air Putih mula surut, namun hasil tinjauan 4 pagi semalam mendapati air mengalir masuk ke kawasan Binjai, Kampung Pulau Tempurung, Pasir Minal, Bukit Baru, Kampung Pengkalan Pandan dan sekitarnya.
“Kenaikan air kira-kira satu hingga dua meter menyebabkan 467 keluarga telah dipindahkan ke tujuh PPS melibatkan 1,053 orang, manakala banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, air mula surut terutamanya di kawasan Teluk Kalong.
“Saya jangkakan dalam dua atau tiga hari lagi sebahagian mangsa banjir boleh pulang ke rumah masing-masing di mana pihak kami akan turun padang membersih sama rumah-rumah yang terkesan," tambahnya lagi.
Mangsa di perumahan Rumah Mampu Milik (RMM) pulang mengambil barang sejak air surut
Berdasarkan laporan terkini Sekretariat JPBN Terengganu setakat jam 12 tengahhari, jumlah mangsa yang dipindahkan di Kemaman melibatkan 1,544 keluarga terdiri daripada 6,282 mangsa yang ditempatkan di 29 PPS di seluruh daerah.
20 Dec 20
466
Terengganu Mahu Tindakan Drastik Kawal Hasil Perikanan
Kerajaan Terengganu menggesa tindakan drastik perlu dilaksanakan pihak berkuasa tempatan bagi menyekat aktiviti penjualan hasil perikanan negeri di tengah laut.
20 Dec 20
138
Penyerahan Tanah RTB terkilan Mukim Bujal, Apa kata rakyat?
Luahan penduduk Mukim Bujal setelah memiliki Geran Tanah RTB yang menunggu sekian lama.
17 Dec 20
248