lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Senarai Pengimport Daging Halal Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat
Senarai Pengimport Daging Halal Dikeluarkan Dalam Masa Terdekat
Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengumumkan senarai pengimport daging halal di negara ini  dalam masa terdekat.
05 Jan 21
315
Rombakan Jakim : 'Masih Terlalu Awal' – Menteri
Rombakan Jakim : 'Masih Terlalu Awal' – Menteri
Kerajaan pusat belum memutuskan sebarang tindakan mengenai gesaan untuk merombak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara besar-besaran berikutan isu kartel daging yang berlaku baru-baru ini.
05 Jan 21
55
YaPEIM Bantu Pelajar B40 UniSZA, UMT Lunas Yuran
YaPEIM Bantu Pelajar B40 UniSZA, UMT Lunas Yuran
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyalurkan bantuan berjumlah RM636,500 bagi membantu pelajar B40 Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) membayar yuran pengajian mereka.  
05 Jan 21
359
Polis Marin Rampas Rokok Seludup Bernilai RM2.4 Juta
Polis Marin Rampas Rokok Seludup Bernilai RM2.4 Juta
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga melalui Ops Benteng COVID-19 telah berjaya merampas sebanyak 19,000 karton rokok bernilai hampir RM 2.4 juta dalam sebuah lori di Kampung Tepoh, Batu Rakit.
05 Jan 21
114
200 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan
200 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan
Seramai lebih 200 orang asli di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Berua menerima bantuan yang disampaikan Menteri Hal Ehwal Agama dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), baru-baru ini.
04 Jan 21
196
Tiga Loji Baharu Dibina, Atasi Masalah Air
Tiga Loji Baharu Dibina, Atasi Masalah Air
Tiga loji baharu yang sedang dalam pembinaan bakal menyelesaikan masalah air yang membelenggu penduduk di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.
04 Jan 21
161
200 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan
200 Orang Asli Sungai Berua Terima Bantuan
HULU TERENGGANU, 30 Disember – Seramai lebih 200 orang asli di Kampung Orang Asli (KOA) Sungai Berua menerima bantuan yang disampaikan Menteri Hal Ehwal Agama dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), petang tadi. Menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamed Al-Bakri berkata, program kali ketiga itu bertujuan menyantuni masyarakat dan anak orang asli yang terkesan akibat pandemik COVID-19. “Alhamdullilah kelihatan jelas keseronokan dan kegembiraan yang ada pada muka anak-anak orang asli ini dan diharapkan kita dapat melangsungkan program begini dari semasa ke semasa. “Pihak kementerian bersama agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) memberi tumpuan kepada golongan B40 dan M40 dengan mengadakan hampir 30 jenis skim-skim bantuan. “Skim tersebut terdiri daripada bantuan makanan, persekolahan dan sebagainya kepada pelbagai golongan masyarakat seperti asnaf dan bukan islam,” katanya. Beliau berkata demikian selepas program ‘Cuci-cuci Masjid’ dan Musa'adah COVID-19 di Kampung Sungai Berua, Kuala Berang. Hadir sama, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh, Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Hashim Salleh serta Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu, Yang Mulia Engku Omar Amiruddin Engku Ali . Sementara itu, Tuan Kamarul Arief menyifatkan usaha yang dicetuskan Menteri sendiri itu menunjukkan keprihatinan dan kecaknaan beliau terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang asli. “Sumbangan bantuan terdiri daripada barang keperluan asas, pakaian dan wang tunai kepada warga dewasa dan kanak-kanak. “Manakala sukarelawan YADIM yang terlibat mencuci masjid adalah 20 orang dari Bukit Payung. “Buat masa sekarang sukarelawan seluruh negara seramai 7,000 orang, matlamat kami adalah untuk mencapai 10,000 orang bagi mempergiatkan usaha dakwah dan kebajikan di seluruh negeri dan negara,” tambahnya.  
30 Dec 20
1104
MPKK, Masjid Agih Pek Makanan
MPKK, Masjid Agih Pek Makanan
SETIU, 30 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Putera Jaya dan Pak Kancil serta Masjid Putera Jaya bekerjasama mengagihkan pek makanan kepada penduduk setempat yang kurang berkemampuan. Pengerusi MPKK Pak Kancil, Ramli Halam berkata, bantuan itu adalah sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undagan Negeri (DUN) Permaisuri, badan korporat, individu dan orang ramai. "Bantuan berupa barangan keperluan dapur ini diharap mampu meringkan sedikit beban yang ditanggung golongan B40," katanya dalam majlis agihan tersebut semalam. Hadir sama Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Zul Bhari A Rahman. Seramai 142 penerima pek makanan itu terdiri pelbagai lapisan umur. Rata-rata penerima kelihatan gembira dan mengucapkan syukur serta terima kasih atas sumbangan yang disampaikan.
30 Dec 20
599
Tiada Kes Daging Import Haram Di Terengganu
Tiada Kes Daging Import Haram Di Terengganu
Terengganu tidak mencatatkan sebarang kes berkaitan isu daging sejuk beku import haram atau tidak halal berdasarkan pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri.
27 Dec 20
229
YADIM Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir
YADIM Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir
KEMAMAN, 26 Disember - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Terengganu tidak melepaskan peluang untuk turut sama membantu mangsa banjir yang terjejas di Kemaman. YADIM hadir ke daerah ini dan telah memilih Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir. Penolong Pengarah YADIM Terengganu, Nasrul Hadi Saidin bersyukur ke kerana pihaknya dapat membantu dan menyantuni golongan terjejas di daerah ini. "Alhamdulillah, pagi tadi saya bersama 11 orang anggota berada di DUN Air Putih bersama mangsa banjir di sana. "Petang ini pula kami berada di DUN Chukai membawa sumbangan 140 kampit beras dan barangan dapur khas untuk warga Cukai yang ditimpa musibah banjir," katanya selepas program kelmarin. Menurutnya, peluang yang diberikan pihak berautoriti dimanfaatkan sebaik mungkin YADIM dalam meringankan beban mangsa. "Terima kasih kepada pihak tempatan terutamanya kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat yang membuka peluang kepada kami untuk turun padang bersama-sama menyantuni golongan ini. "Mudah-mudahan sedikit sebanyak bantuan daripada YADIM hari ini dapat meringankan beban mereka yang ditimpa musibah," ujarnya. Beliau turut berharap dengan program bersama yang diadakan itu menjadikan hubungan antara pihak kerajaan dan YADIM dapat diperkemaskan lagi pada masa hadapan demi kebaikan rakyat khususnya di Terengganu. "Sama-sama kita lestarikan dakwah di negeri Terengganu Darul Iman, jom sertai Sukarelawan Fastabiqul Khairat," katanya lagi. Dalam program itu, YADIM bersama Hanafiah sempat menziarahi dan menyantuni hampir 70 orang mangsa banjir di Kampung kuala kemaman.  Hanafiah turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada setiap penerima bantuan tersebut itu.  Kos sebanyak RM13,000.00 diperuntukan bagi keseluruhan sumbangan yang diberikan itu. Turut bersama dalam program tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
25 Dec 20
203