Artikel "Kebajikan" Terkini
Hasrat Nelayan Miliki Tanah Akhirnya Tertunai
Itu luahan seorang nelayan, Abd Ghani Ismail, setelah menerima Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di Dewan Sivik, Kemasik, Kemaman, baru-baru ini.
17 Dec 20
163
KTS Perkenal Rawatan Kesihatan Di Rumah Serendah RM30
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTSH) terus meluaskan rangkaian perkhidmatannya apabila menawarkan servis penjagaan kesihatan terus ke rumah (KTSH Homecare) pada harga serendah RM30.
15 Dec 20
155
HOERBIGER Sumbang RM106,000 Kepada Mangsa Banjir
KEMAMAN, 15 Disember - HOERBIGER-KT Malaysia memberi sumbangan sebanyak RM106,000 kepada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk disalurkan kepada mangsa banjir di Terengganu.
Usaha itu diambil oleh HOERBIGER setelah melihat beberapa kawasan terutamanya di Kemaman terjejas teruk akibat banjir.
Sumbangan tersebut digunakan untuk pembelian makanan dan keperluan asas yang akan diedarkan kepada 1,000 keluarga terjejas di Kemaman, Marang dan Dungun.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat yang mewakili kerajaan negeri menghargai jasa pihak HOERBIGER dan YFBM atas usaha terbabit.
"Ini menandakan bahawa seluruh masyarakat yang berada di negara kita tanpa mengira bangsa dan agama mengambil cakna kesengsaraan yang dialami oleh mangsa-mangsa banjir ini.
"Semoga HOERBIGER dan YFBM terus maju dalam bidang yang diceburi masing-masing seterusnya dapat melakukan kerja amal dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis tersebut di Dewan Sivik Air Putih, semalam.
Dalam majlis itu, Pegawai Daerah Dungun, Anuar Awang dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak turut menerima sumbangan itu mewakili mangsa-mangsa banjir di kawasan masing-masing.
Turut bersama dalam majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab. Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Sophian Abu Bakar serta ketua-ketua jabatan.
Untuk makluman, HOERBIGER aktif di seluruh dunia dalam sektor tenaga, industri proses, industri automotif, sektor kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan keselamatan dan industri elektrik.
Produk dan perkhidmatan mereka digunakan dalam pemampat timbal balik, unit kawalan aliran gas, transmisi kenderaan, penggabung berputar, perlindungan letupan, enjin berkuasakan gas dan hidraulik kereta.
15 Dec 20
494
72 Penduduk Bujal Kembali Dapat Hak Tanah
Seramai 72 penduduk kampung Bujal di sini kembali mendapat tanah mereka selepas proses penyerahan hak milik tertangguh lebih 16 tahun.
13 Dec 20
152
Bot Karam, Tiga Nelayan Hilang Sumber Pendapatan
KEMAMAN, 10 Disember - Tiga nelayan di Chukai di sini hilang sumber pendapatan selepas bot mereka karam dalam sekelip mata.
Juragan bot, Rozak Mohd, 64, berkata mereka sebelum ini bergantung pada pekerjaan itu bagi menyara keluarga.
Namun kini katanya, ia memberi beban kerana mereka tidak lagi dapat turun ke laut bagi mencari rezeki.
"Kami bertiga mempunyai tanggungan sendiri. Kami tiada duit untuk menampung perbelanjaan untuk keluarga.
"Tambahan pula musim begini, bulan Januari nanti pula anak-anak akan ke sekolah, sudah tentu ia memerlukan kewangan yang secukupnya untuk itu," ujarnya ketika ditemui pemberita baru-baru ini di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai.
Rozak yang tinggal di Kampung Paya Berenjut mengharapkan agar ada jalan atau bentuk bantuan daripada kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban yang sedang mereka hadapi
Dalam kejadian pada 29 November lalu itu, Rozak bagaimanapun berkata dia bersama dua lagi rakannya Hamzah Bakar, 67, dan Mohd Rodi Ibrahim, 51 terselamat.
"Kejadian malang itu berlaku pada jam 9.40 pagi ketika kami sedang leka mencari rezeki.
"Kejadian berlaku sekelip mata, kami tidak sempat berbuat apa-apa. Ketika itu kami memakai jaket keselamatan mengambil keputusan terjun ke laut.
"Setengah jam menunggu akhirnya kami diselamatkan oleh bot nelayan lain yang lalu di kawasan itu," jelasnya.
Bot dinaiki mereka dikatakan tenggelam di Laut Kepala Geliga yang dianggarkan sejauh dua batu nautika daripada darat.
10 Dec 20
251
Skuad Banjir Hulur Bantuan, Bersih Rumah Penduduk
Skuad Banjir Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang menghulurkan pelbagai bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terjejas dalam gelombang ketiga banjiir baru-baru ini.
09 Dec 20
205
Abdul Hadi Ronda Empat Dun Agih Bantuan Banjir
Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turun ke semua kawasan dalam daerah ini bagi mengagihkan bantuan banjir kepada semua mangsa yang terjejas.
09 Dec 20
113
138 Pemilik Terima Kunci Rumah Taman Kertih Sri Gemilang 2
Seramai 138 pemohon menerima kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Taman Kerteh Sri Gemilang 2, Kerteh, Kemaman.
09 Dec 20
510
Minyak Hitam Percuma Untuk Mangsa Banjir
KEMAMAN, 9 Disember - Penduduk di Kampung Air Putih dan Teladas yang terjejas akibat banjir baru-baru ini diberikan minyak hitam secara percuma.
Program yang dianjurkan oleh Urus Setia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) dan diketuai oleh Alternative Riding Club (ARC) Kemaman itu merupakan salah satu operasi sukarelawan pasca banjir yang menyasarkan penduduk di kawasan sekitar.
Ketua ARC Kemaman, Ab. Rahman Ngah berkata, bermula seawal jam 9.30 pagi, sebanyak 150 botol minyak hitam disediakan untuk program servis tukar minyak hitam motosikal terbabit.
"Sepanjang tiga jam pertama program ini berjalan, ramai orang kampung yang tidak melepaskan peluang dalam program tersebut," katanya ketika ditemui media.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim yang turut turun padang ke tapak program berkenaan tidak melepaskan peluang membantu para sukarelawan menukar minyak hitam motosikal.
"Program seumpama ini amat bermanfaat terutama kepada mereka yang baru sahaja ditimpa musibah banjir.
"Diharapkan semoga adanya program ini dapat meringankan bebanan para penduduk memandangkan motosikal merupakan salah satu pengangkutan utama bagi penduduk di kedua-dua buah kampung ini,” tambah beliau lagi.
Sementara itu, rata-rata penduduk kampung yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada ADUN Air Putih dan pihak urusetia kerana memberi peluang kepada penduduk di Kampung Air Putih dan Teladas menukar minyak hitam motosikal secara percuma.
09 Dec 20
450
Benteng Kawal Hakisan Pantai Pengkalan Maras Dibina Minggu Depan
Kerja-kerja pembinaan benteng dan menambun pasir sepanjang kira-kira 200 meter bagi mengelak hakisan di Pantai Pengkalan Maras yang semakin meruncing akan dimulakan pada minggu hadapan.
07 Dec 20
161