lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir
Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir
Bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir terus berjalan termasuk sumbangan terbaharu sebanyak RM30,000 melalui inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman.
17 Jan 21
115
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
Sekitar 300 tan sampah berjaya dikumpulkan dari seluruh kawasan banjir di daerah Kemaman.  
13 Jan 21
81
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
300 Tan Sampah Banjir Dilupuskan
KEMAMAN, 12 Januari - Sekitar 300 tan sampah berjaya dikumpulkan dari seluruh kawasan banjir di daerah Kemaman. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memaklumkan, sebanyak lima kawasan pengumpulan turut diwujudkan bagi menampung kuantiti sampah yang dipungut oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). "Untuk pasca banjir, kita sudah bersihkan majoriti rumah-rumah terlibat dengan kerjasama beberapa anak syarikat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Amal Malaysia, pejabat daerah, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) serta wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan. "Kita juga telah kutip hampir semua sampah untuk dilupuskan. "Saya jangkakan semua sampah ini akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk selesai dilupuskan," katanya. Beliau berkata demikian ketika melakukan pemantauan proses pengumpulan sampah di Taman Asoka, Chukai hari ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan negeri atas kemudahan yang disediakan. "Jutaan terima kasih kerajaan negeri, kerana memberi arahan kepada PBT seluruh negeri untuk menghantar keperluan pengangkutan dan tenaga kerja yang saya anggarkan hampir 100 buah lori bagi membantu kami," katanya. Dalam pada itu, Yang Dipertua MPK, Jusman Ibrahim menyatakan, tapak pelupusan sampah yang baru di Bukit Jemalang turut dibuka memastikan pengurusan sampah berlaku dengan baik. "Tapak itu sebenarnya dalam perancangan akan dibuka Jun ini, tetapi MPK buat keputusan supaya dibuka segera memandangkan ada keperluan dan ia mempunyai kemudahan yang lebih baik. "Ini kerana keadaan di tapak pelupusan di Bukit Takal agak padat ketika ini," katanya. Tambahnya, dijangkakan kuantiti sampah yang terkumpul mungkin meningkat sehingga 500 tan menjelang hujung minggu ini. "Setiap hari, kira-kira 500 orang kakitangan ditempatkan untuk urus proses pengumpulan. Dijangkakan, hujung minggu ini MPK akan tutup tempat ini. Manakala, baki sampah yang dianggarkan sekitar 10 peratus lagi akan dikutip dari rumah ke rumah selepas ini," katanya.                    
12 Jan 21
281
Sultanah Terengganu Berkenan Lawat Mangsa Banjir
Sultanah Terengganu Berkenan Lawat Mangsa Banjir
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Masjid Kampung Serdang, Dungun.
12 Jan 21
212
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
Kerajaan Negeri memohon kerajaan pusat mempercepatkan kerja-kerja menghasilkan sungai tiruan (bypass) agar penduduk yang menghadapi banjir di Kemaman tidak lagi dibelenggu risiko bencana tersebut pada masa hadapan.  
10 Jan 21
178
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda Sultan  Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Dungun, semalam.
10 Jan 21
166
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
DUNGUN, 9 Januari- Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda Sultan  Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Dungun, hari ini. Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu berangkat tiba bersama Yang Amat Mulia Tengku Sri Setia Mahkota Raja ke Kemaman, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama Raja dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Daulath Raja ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Kemaman. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md. Azahar dan disambut oleh Pegawai Daerah serta wakil-wakil rakyat tempatan. Pada sebelah pagi, Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda berkenan mencemar duli dan menyantuni rakyat negeri Terengganu yang terlibat banjir di PPS Dewan Berlian ( 528 keluarga), PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Iman (339 keluarga), PPS Sekolah Menengah Agama Al Falah (165 keluarga) dan PPS SK Chukai (185 keluarga) serta mengurniakan sumbangan hamper kepada mangsa-mangsa. Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda turut berkenan mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa di di PPS Kampung Pasir Raja dan PPS Kampung Jongok Batu, daerah Dungun pada sebelah petang. Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda juga berkenan mengurniakan sumbangan hamper selain mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir sebelum berangkat balik.    
09 Jan 21
1544
Redah Banjir Hadir Akad Nikah
Redah Banjir Hadir Akad Nikah
Perasaan gembira dan redha jelas di muka bakal pengantin lelaki, Mohd Al Hafiz Razilah, 32, ketika meredah banjir di Kampung Rantau Panjang, bagi menghadiri majlis ijab kabulnya, semalam.  
08 Jan 21
169
Limpahan Air Di Tasik Kenyir Normal
Limpahan Air Di Tasik Kenyir Normal
Limpahan air yang berlaku di Jeti Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir merupakan situasi normal setiap kali tiba monsun timur laut.
08 Jan 21
351
Walau Banjir, Kenduri Sambut Menantu Tetap ‘On’
Walau Banjir, Kenduri Sambut Menantu Tetap ‘On’
Kenduri menyambut menantu di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu, yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa diubah perancangannya selepas kawasan itu dilanda banjir malam tadi.
08 Jan 21
99