lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Pekerja Penghantaran Terima Pek Makanan Percuma
Pekerja Penghantaran Terima Pek Makanan Percuma
KEMAMAN, 31 Januari - Seramai 300 pekerja penghantaran makanan dan barangan di Kemaman telah menerima pek makanan percuma daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, semalam. ADUN Chukai, Hanafiah Mat berkata, pekerjaan mereka yang berhadapan dengan pelbagai risiko itu sangat mencabar. "Mereka sentiasa mengejar masa. Berada di atas jalan raya berhadapan dengan risiko, waktu rehat yang tidak menentu dan sebagainya. Semuanya bagi memastikan segala pesanan yang dibuat oleh pelanggan sampai dengan cepat dan selamat. "Oleh yang demikian, hari ini kami meraikan mereka dengan mengadakan agihan makanan tengah hari percuma serta memberikan sedikit perbelanjaan untuk isi minyak motosikal. "Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka dalam mencari rezeki untuk keluarga," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas selesai program. Program Sebungkus Nasi Setulus Hati tersebut bermula seawal 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Pengambilan makanan dan duit diadakan secara pandu lalu di pekarangan Pejabat ADUN Chukai.  
31 Jan 21
222
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Buka Peluang Kongsi Rezeki
Khidmat Malaysia Kuala Terengganu Buka Peluang Kongsi Rezeki
KUALA TERENGGANU, 27 Januari – Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), Khidmat Malaysia Kuala Terengganu membuka peluang masyarakat untuk saling menjaga dan berkongsi rezeki melalui Pusat Pengumpulan Sumbangan Barangan untuk  golongan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bermula semalam. Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dun Batu Buruk, Nik Rosdi Nik Jusoh memaklumkan, pusat pengumpulan tersebut diadakan berhadapan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk dan dibuka sepanjang hari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.  “Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menyumbang kepada mereka yang terkesan ini boleh menghantar sumbangan di Pusat Pengumpulan Sumbangan ini. "Antara barangan yang boleh disumbangkan ialah beras, minyak masak, gula, gandum, susu, lampin bayi, kicap dan lain-lain lagi," katanya. Jelasnya, barang sumbangan terkumpul akan diagihkan pada minggu hadapan sekiranya jumlah sumbangan dianggarkan mencukupi.  Sementara itu, wakil NGO Khidmat Malaysia Kuala Terengganu, Tuan Ngah Tuan Ahmad mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menghulurkan sumbangan. Menurutnya, selain di Batu Buruk, Pusat Pengumpulan Sumbangan Barangan ini juga dibuka di seluruh DUN dalam Kuala Terengganu iaitu di hadapan Surau Baru Gong Pauh bagi DUN Wakaf Mempelam, Pasar Cabang Tiga bagi DUN Bandar dan Futsal Berek bagi DUN Ladang. Manakala bagi Parlimen Kuala Terengganu pula di hadapan Pejabat Parlimen Kuala Terengganu. Sumbangan juga dibuka secara atas talian dengan menyalurkan sumbangan ke akaun berikut : BANK ISLAM BADAN KEBAJIKAN PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU 13017010044705  
27 Jan 21
698
108 Pek Bantuan Makanan Asas Diagihkan Dalam Dun Batu Buruk
108 Pek Bantuan Makanan Asas Diagihkan Dalam Dun Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 26 Januari – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Parlimen Kuala Terengganu telah menyumbang sebanyak 108 pek bantuan makanan asas kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk bagi membantu meringankan beban masyarakat setempat yang terjejas akibat Covid-19. PKM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk telah mengambil perjalanan mengagihkan kesemua bantuan tersebut kepada masyarakat yang memerlukan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dalam DUN berkenaan. “Kami telah meminta pengerusi JPKK untuk menyenaraikan keluarga yang tergolong dalam kategori fakir miskin sebelum ini supaya proses pengagihan ini dapat berjalan dengan lancar. “Insya-Allah ada rezeki lagi nanti kita akan adakan lagi agihan bantuan ini,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi. Proses pengagihan pek bantuan tersebut kepada 36 buah JPKK telah diadakan semalam di Dewan Dato’ Hj. Wan Abdul Muttalib, Kuala Ibai. Sementara itu, orang ramai diminta untuk mengamalkan kehidupan norma baharu dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak Covid-19.   
26 Jan 21
502
Masjid Di Terengganu Akur PKP, Kembali Hadkan Bilangan Jemaah
Masjid Di Terengganu Akur PKP, Kembali Hadkan Bilangan Jemaah
Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu yang bermula 22 Januari 2021, masjid-masjid di negeri ini mula melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sebagaimana ditetapkan bagi Solat Jumaat.
24 Jan 21
244
Derma Darah Atasi Kekurangan Bekalan Di Terengganu
Derma Darah Atasi Kekurangan Bekalan Di Terengganu
Kerajaan negeri melalui Urus Setia Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu (UBSNT) dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia hari ini mengadakan kempen dan program derma darah bagi membantu kekurangan bekalan di Terengganu.  
24 Jan 21
185
Terengganu Pertimbang Salur Bantuan Rakyat Terjejas Covid-19
Terengganu Pertimbang Salur Bantuan Rakyat Terjejas Covid-19
Terengganu akan mengkaji serta menilai bantuan Covid-19 yang diperlukan oleh mereka yang terjejas berdasarkan kes dan laporan sewajarnya.  
24 Jan 21
286
Terengganu Dikenakan PKP Bermula 22 Januari
Terengganu Dikenakan PKP Bermula 22 Januari
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Terengganu bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.
20 Jan 21
422
APM Perlukan 3,500 Anggota Berjawatan Tetap
APM Perlukan 3,500 Anggota Berjawatan Tetap
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan sekurang-kurangnya 3,500 anggota baharu berjawatan tetap bagi memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan pasukan itu di seluruh negara.
17 Jan 21
152
Sinar Baharu Buat Anak OKU
Sinar Baharu Buat Anak OKU
Usaha Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkenalkan pendidikan awal Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Program Quranic Playgroup memberi sinar baharu buat golongan tersebut.
17 Jan 21
88
Bilik Sejuk Beku Beri Manfaat Kepada 150 Nelayan
Bilik Sejuk Beku Beri Manfaat Kepada 150 Nelayan
Bilik sejuk beku di Jeti Nelayan Kampung Batin, Seberang Takir bakal memberi manfaat kepada 150 nelayan di sekitar kawasan itu.
17 Jan 21
156