lightning-solid
Berita :

Artikel "Kebajikan" Terkini

Cuaca Panas : Paras Air Empangan Seluruh Negara Normal
Cuaca Panas : Paras Air Empangan Seluruh Negara Normal
Paras air di semua empangan seluruh negara berada pada tahap normal walaupun Malaysia kini berdepan musim kemarau.
22 Mar 21
162
Rumah Usia Lebih 30 Tahun Hampir Runtuh
Rumah Usia Lebih 30 Tahun Hampir Runtuh
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Keadaan sebuah rumah yang berusia lebih 30 tahun di Kampung Raja Chendering telah uzur dan hampir runtuh akibat dimakan anai-anai. Pemiliknya, Che Ku Sanuwa Che Ku Man, 52, memaklumkan, keadaan lantai rumah tersebut yang rapuh telah mengancam keselamatan beliau sekeluarga. Beliau yang bekerja sebagai tukang rumah pernah menerima bantuan tahunan sebanyak RM600 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu untuk menampung kos sara hidup. Ahli Dewan Undagan Negeri (ADUN) Batu Burok, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi telah turun merasmikan gimik penyerahan rumah baharu untuk Che Ku Sanuwa hari ini. Menurut beliau, kos bagi membaikpulih rumah yang uzur tersebut sangat tinggi dan hampir sama nilainya dengan pembinaan rumah yang baharu. Oleh itu, Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Buruk telah membuat permohonan bagi membina rumah baharu untuk Che Ku Sanuwa.   “Rumah merupakan keperluan asas bagi seseorang manusia walau di mana sekalipun mereka berada. “Justeru, pihak kami terus berhubung dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pihak Parlimen Kuala Terengganu untuk mempermudahkan kelulusan permohonan rumah baharu ini,” katanya. Kos pembinaan rumah tersebut telah ditanggung oleh Kementerian Pembangungan Luar Bandar dan agensi Giat Mara yang telah mengambil perjalanan dalam membina rumah tersebut. “Semoga pembinaan rumah baharu ini dapat menghilangkan kegusaran dan memberikan keselesaan kepada tuan rumah sekeluarga. “Saya ucapkan terima kasih semua pihak dan agensi yang terlibat dalam pembinaan rumah ini,” tambahnya lagi.
22 Mar 21
1834
Kod Etika Wakil Rakyat Bakal Diperkenalkan Di Terengganu
Kod Etika Wakil Rakyat Bakal Diperkenalkan Di Terengganu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu bercadang untuk memperkenalkan Kod Etika dan Tatakelakuan yang berpotensi dilaksanakan di peringkat Parlimen kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu.
17 Mar 21
125
RM7.5 Juta Diluluskan Untuk Kerja Pemuliharaan Sungai Atasi Risiko Banjir
RM7.5 Juta Diluluskan Untuk Kerja Pemuliharaan Sungai Atasi Risiko Banjir
Kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak RM7.5 juta untuk kerja-kerja pemuliharaan sungai bagi mengatasi risiko banjir untuk Negeri Terengganu tahun ini.
15 Mar 21
68
Lebih RM1.5 Bilion Diperuntuk, Selesai Masalah Saliran Terengganu
Lebih RM1.5 Bilion Diperuntuk, Selesai Masalah Saliran Terengganu
Lebih RM1.5 bilion diperuntukkan kerajaan persekutuan untuk projek pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Terengganu menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dan RMK-12.
15 Mar 21
68
Agihan Sumbangan Prihatin Mangsa Banjir DUN Air Putih
Agihan Sumbangan Prihatin Mangsa Banjir DUN Air Putih
KEMAMAN, 15 Mac - Baru-baru ini telah berlangsungnya program serahan sumbangan prihatin banjir kepada mangsa yang terjejas berikutan bencana banjir yang melanda pada hujung tahun 2020 dan awal tahun 2021 yang lalu. Program yang berlangsung selama dua hari di Dewan Serbaguna Kampung Air Putih ini menyaksikan seramai 918 orang mangsa banjir dari 10 buah kampung di sekitar Zon B Dun Air Putih menerima sumbangan berupa bantuan kewangan. Antara kawasan yang terjejas teruk berikutan banjir ini adalah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Pasir Gajah, Kampung Felda Seberang Tayor, Kampung Seberang Tayor Hulu dan Kampung Seberang Tayor Hilir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab Razak Ibrahim menyampaikan sumbangan dan melahirkan rasa kesyukuran di atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib yang menimpa mangsa banjir di kawasan berkenaan. “Saya mewakili mangsa banjir di DUN Air Putih ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar yang sudi memberikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir khususnya di DUN Air Putih ini,” ucap beliau ketika merasmikan program agihan sumbangan ini.  Tambah beliau lagi, terdapat 2 kategori penerima bagi agihan sumbangan kali ini. Kategori yang pertama adalah mereka yang kediamannya tenggelam dilanda banjir lumpur secara mengejut dan telah mengakibatkan kerosakan harta benda yang teruk seperti peti sejuk, periuk, bantal dan lain-lain. Kategori yang kedua pula adalah penerima sumbangan kewangan sebanyak RM500. "Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pejabat Daerah Kemaman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Air Putih, Jabatan Amal kawasan kemaman dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus membantu menjayakan program agihan sumbangan kali ini. "Program agihan sumbangan akan diteruskan kepada mereka yang terjejas akibat banjir di zon A sekitar Air Putih pula," katanya.
15 Mar 21
489
Kerusi Dan Meja Untuk Peniaga Kecil
Kerusi Dan Meja Untuk Peniaga Kecil
MARANG, 11 Februari - Peniaga kecil di Dewan Undangan Negeri (,DUN) Bukit Payong yang terkesan akibat penularab Pandemik Covid-19 terus dibantu  Terbaru seramai 9 peniaga kecil menerima sumbangan kerusi dan meja daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Negeri Terengganu (YPU), melalui Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong yang telah disampaikan sendiri oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata, sumbangan ini untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil supaya dapat memberikan suntikan semangat dan menambahkan lagi rezeki dalam perniagaan. "Kita sentiasa meneliti setiap pergerakan semasa yang dilalui oleh peniaga kecil ini. Dengan pemberian kerusi dan meja sebegini dapat memberikan keselesaan dan pilihan kepada pembeli sama ada mahu bungkus atau makan disitu." “InsyaAllah, saya juga berharap dengan sumbangan ini dapat membantu mereka meningkatkan lagi pendapatan sekaligus meringankan beban peniaga-peniaga kecil sebegini." katanya ketika membuat penyerahan tersebut di Pekan Kedai Buloh, Bukit Payong. Salah seorang daripada peniaga kecil tersebut yang berniaga kedai burger di Pekan Kedai Buloh, Norhafiza Ngoh, 41 yang telah berniaga selama 4 tahun di kawasan tersebut, turut meluahkan perasaan gembira dengan pemberian ini. "Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada YPU dan YB Ustaz Mohd Nor Hamzah atas pemberian ini, sudah 4 tahun saya berniaga disini dan harnya menggunakan modal yang ada untuk menampung kos bagi menambah baik pulih peralatan." "Jadi dengan sumbangan ini dapatlah saya memperbesarkan lagi kawasan perniagaan ini agar pelanggan yang datang dapat merasai keselesaan yang lebih baik dan gembira untuk terus membeli disini." Katanya.
10 Mar 21
400
Kawasan Industri Terengganu Dikembali Kepada PMINT
Kawasan Industri Terengganu Dikembali Kepada PMINT
Kerajaan Terengganu mengembalikan tanggungjawab membangun dan menguruskan kawasan industri negeri kepada Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) sebagaimana keputusan yang telah dipersetujui pada 29 Julai 2020 yang lalu.
10 Mar 21
749
Optimis Capai 20,000 Penerima Kad Sejahtera Fasa 2 April Ini
Optimis Capai 20,000 Penerima Kad Sejahtera Fasa 2 April Ini
Kerajaan Terengganu optimis sasaran 20,000 penerima Kad Sejahtera bagi fasa kedua berjaya dicapai April ini.
10 Mar 21
109
Loji Air Baharu Dijangka Beroperasi Minggu Ini
Loji Air Baharu Dijangka Beroperasi Minggu Ini
Sebahagian rakyat di negeri ini boleh menarik nafas lega apabila loji air baharu di Pulau Bahagia, Manir, Kuala Terengganu dijangka akan mula menyalurkan bekalan air bersih kepada 200,000 penduduk minggu ini.  
09 Mar 21
319